Friday, September 28, 2012

Peristiwa Memali Part 1

Tadi aku tertengok kat instagram abby abadi die melawat Kampung Memali.Banyak gambar2 arwah mereka yang mati syahid yang abby upload.insyaallah kalo sempat aku pun nak melawat Kampung Memali ni..btw, dah lama aku tau pasal Peristiwa Memali. & of course la ia melibatkan pasal politik yang waktu tu PM kite Dr. M & ketua polis negara waktu tu ialah Musa Hitam. Memang ada dua versi pasal citer ni. dan sudah tentu kalau nak kebenaran hanya orang kampung terdekat serta Allah SWT yang tau. Ni aku copy paste cerite sejarah pasal Peristiwa Memali dari forum cari.(biase le, forum cari ni boleh dikatakan sebahagian besar sumber pengetahuan dalan idup aku kot..hihi)
*credit tu tuan punye artikel

Peristiwa Memali
terjadi pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang mati dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemuan yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis , Ustaz Ibrahim Mahmud / Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi mereka sebagai ' Operasi Angkara/ Operasi Hapus.
Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri
Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di negara China.

Lokasi

Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara
Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar . Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali. Kini Parlimen Baling boleh berbangga dengan ahli Parlimen yang berugama dan jelita Datuk Dr Ma#ah Ibrahim.
Kampung Memali
terletak di mukim Siong, Baling , Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah - Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam / Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah penoreh getah dan bersawah padi.

Tujuan Operasi Angkara

Musa Hitam
selaku Timbalan Perdana Menteri menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.
Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh
Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.
Ibrahim Libya
lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.
Lulusan
Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian belajar lagi di di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.
Kerap berceramah agama Islam di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.

Pada 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. 5,081 undi diperolehi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment