Friday, September 28, 2012

Peristiwa Memali Part 2

Polis bertindak
Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah diracun terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69 dari Ulu Kinta menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman. Taklimat yang diberi adalah berkaitan dengan operasi menggempur pengganas komunis. Ramai dikalangan anggota polis yang tidak menyangka Ibrahim Libya yang akan menjadi sasaran mereka, bukannya komunis sepertimana yang disampaikan oleh pihak pegawai atasan.
Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.
Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.
Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiada mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Persediaan di Madrasah
Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasa tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani. Nampaknya Ibrahim Libya telah memasang pengintip yang sentiasa sanggup berkorban nyawa demi Ibrahim Libya.
Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.
Seluruh pengikut Ibrahim Libya didakwa percaya tubuh mereka 'kebal' setelah minum air telaga di kawasan madrasah. Mereka turut solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.
Seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan ,seorang pegawai rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri. Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.
Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Antara yang terbunuh ialah Ibrahim Libya. Mereka kemudiannya di kebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana didakwa tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.

No comments:

Post a Comment