Friday, September 28, 2012

Peristiwa Memali Part 2

Polis bertindak
Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah diracun terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69 dari Ulu Kinta menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman. Taklimat yang diberi adalah berkaitan dengan operasi menggempur pengganas komunis. Ramai dikalangan anggota polis yang tidak menyangka Ibrahim Libya yang akan menjadi sasaran mereka, bukannya komunis sepertimana yang disampaikan oleh pihak pegawai atasan.
Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.
Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.
Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiada mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Persediaan di Madrasah
Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasa tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani. Nampaknya Ibrahim Libya telah memasang pengintip yang sentiasa sanggup berkorban nyawa demi Ibrahim Libya.
Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.
Seluruh pengikut Ibrahim Libya didakwa percaya tubuh mereka 'kebal' setelah minum air telaga di kawasan madrasah. Mereka turut solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.
Seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan ,seorang pegawai rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri. Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.
Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Antara yang terbunuh ialah Ibrahim Libya. Mereka kemudiannya di kebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana didakwa tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.

Peristiwa Memali Part 1

Tadi aku tertengok kat instagram abby abadi die melawat Kampung Memali.Banyak gambar2 arwah mereka yang mati syahid yang abby upload.insyaallah kalo sempat aku pun nak melawat Kampung Memali ni..btw, dah lama aku tau pasal Peristiwa Memali. & of course la ia melibatkan pasal politik yang waktu tu PM kite Dr. M & ketua polis negara waktu tu ialah Musa Hitam. Memang ada dua versi pasal citer ni. dan sudah tentu kalau nak kebenaran hanya orang kampung terdekat serta Allah SWT yang tau. Ni aku copy paste cerite sejarah pasal Peristiwa Memali dari forum cari.(biase le, forum cari ni boleh dikatakan sebahagian besar sumber pengetahuan dalan idup aku kot..hihi)
*credit tu tuan punye artikel

Peristiwa Memali
terjadi pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang mati dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemuan yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis , Ustaz Ibrahim Mahmud / Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi mereka sebagai ' Operasi Angkara/ Operasi Hapus.
Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri
Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di negara China.

Lokasi

Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara
Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar . Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali. Kini Parlimen Baling boleh berbangga dengan ahli Parlimen yang berugama dan jelita Datuk Dr Ma#ah Ibrahim.
Kampung Memali
terletak di mukim Siong, Baling , Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah - Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam / Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah penoreh getah dan bersawah padi.

Tujuan Operasi Angkara

Musa Hitam
selaku Timbalan Perdana Menteri menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.
Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh
Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.
Ibrahim Libya
lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.
Lulusan
Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian belajar lagi di di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.
Kerap berceramah agama Islam di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.

Pada 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. 5,081 undi diperolehi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

Thursday, September 27, 2012

Lost Your Weight Challenge!!

1st task utk sesiapa yg ada hati nak diet,try for 2weeks jangan makan malam.start jam 9 malam-6pg,try to 'puasa'.air pun jgn minum.kalau lulus task ni maksudnye anda dah boleh masuk next challenge.

Wednesday, September 19, 2012

My Sharing of Diet

Dulu saya pernah makan slimming product (yg femes jugak).tapi bile makan ubat tu memerlukan saya makan jenis menu yang kurang kolestrol&berminyak dan juga karbohidrat kena lebih untuk bagi tenaga. tapi saya tak boleh teruskan.sebab apa??
sebab kebanyakan menu kita di Malaysia ni semuanya berasaskan minyak,santan,dan bla2..(anda pun tau menu di M'sia ni memang menyelerakan.Akhirnye berat tak turun,makin naik ade le..sebab menjajar sye cari makanan ape yang boleh dimakan & kena dengan selera tekak saya ni.{feez stuff-0139993326 / 29B196D40}

akhirnye sye putus asa.tapi lepas dapat semangat nak kurus balik,sye cuba diet atkins.(diet yang tak perlu makan carbo,tapi boleh makan lauk.Yang penting, ayam goreng boleh makann.)mula2 cuba memang terseksa sbb tak makan nasi.tapi lepas 2 weeks induction dan memang nampak hasil,sukaaa sangat..tapi lepas turun 4kg dalam seminggu, makin semangat saye buat diet ni.sye teruskan diet ni.setiap hari sye limit makan nasi 20gm & air manis secawan kecik (soya sahaja).Alhamdulillah, sye berjaya turun lebih 15kg.Diingatkan,waktu ni SAYA TAK MAKAN APA-APA PRODUCT SLIMMING. {feez stuff-0139993326 / 29B196D40}

Apa pengajaran yang saya dapat lepas amalkan diet atkin?? lepas tu saya pandai control makan & yang penting saya boleh ambil kuantiti nasi yang sikit(separuh senduk sehari)
Baru2 ni, saya terjumpa dengan SD2, product slimming yang memerlukan seseorang tu mengamalkan diet atkins (diet protein)-sama je dua-dua ni..dan saye cuba 1 tin..ape bezanya??bezanya SD2 bertindak sebagai sokongan tenaga untuk kita buat kerja seharian.Sebab bila takde gula & carbo dalam badan, badan kita akan jadi lemah sangat.(saya pernah rasa dulu camne lemahnye takde gula & carbo dalam badan ni)..Lagipun, SD2 dihasilkan dari protein soya yang semestinya tinggi dengan protein.{feez stuff-0139993326 / 29B196D40}

Kenapa diet ni boleh cepat bagi hasil?sebab waktu korang makan sd2&diet protein ni (dipanggil induction), berlakunye proses KETOSIS..proses dimane badan menukar drpd menggunekan karbohidrat sebagai tenage kpd menggunekan lemak. Maksudnye lemak akan bekerja keras sebagai tenaga..sebab tu di peringkat awal, badan kita akan kehilangan lemak yang banyak...lepas takde lemak dalam badan, sebab tu berat kita tak naik walopun dah stop ubat SD2 ni.
okey, sekian my sharing dari insan yang hardcore diet atkin suatu ketika dahulu.niat saya untuk bagi semangat pada sesiapa yang tengah diet ni.
*taken this with my credit..
feez stuff-0139993326 / 29B196D4
whatsapp & bbm available

Sharing diet di atas adalah from me sendiri aka Feez Stuff yang dahulunya saya mengamalkan diet atkins.boleh tumpang baca kalau sudi..nak ambil, letak credit ye..penat tau mengarang...

Wednesday, September 12, 2012

BoA!! BoA!! BoA!!

BoA!!BoA!!BoA!!
Aku pun tak tau kenape minat sangat ngan minat ni..dah try nak ignore je die bile ade news pasal die..tapi tak boleh..okey, kali ni aku share MV baru BoA Only One..Choreographer  by NappyTabs, famous hiphop choreographer. Kalau sape yang selalu tengok So you think you can dance mesti kenal NappyTabs ni.

Tuesday, September 11, 2012

My Inspiration kenapa tetibe active blog balik

Kenapa tetibe nak aktif balik dengan BlogKuDaHCaCaMerba ni?
sebab tadi terbace  blog ni pasal Yasmin J Hunwick . Memula tu klik sebab tengok pic budak ni yang comel. Rupanya die blogers yang telah kembali ke Rahmatullah..& die pun pernah trending di twitter..Innalillah,dari Allah Kite datang,Kepada Allah kite kembali..
Amat sedih baca coretan mama arwah yang sekarang ni masih lagi update blog arwah. Hari ni genap 100 hari arwah tiada..

Bagi sesiapa yang tak tahu, arwah meninggal sebab kemalangan dengan 2 orang lagi kawannya.(taknak cerita lanjut pasal kemalangan tu)

tapi bile baca coretan mama arwah yang terasa kehilangan

ni ayat mamanya
"Hari-hari mendatang, mama akan terus lalui walaupun dalam  kesukaran, doa-doa dari mama yang tiada hijapnya akan menguatkan mama yg satu hari di alam sana nanti, mama pasti akan bertemu along.  Along tenang dialam sana ya, InsyaAllah, Allah maha mengetahui segalanya."

Air mata tak boleh tahan bile baca ayat ni.sebab teringatkan mak dengan ayah di kampung yang memang panggil aku Along..anak sulung memang harapan keluarga..itu yang orang selalu sebut. sebagai anak sulong, 

untuk Mama Arwah Yasmin, bertabahlah..Allah lebih menyayanginya..
ini blog arwah http://misschronicz.blogspot.com/ 

About Me

tak tau nak update ape after 2 years tak update kat sini..tapi untuk refresh blog ni, sye nak citer sikit pasal diri saye..bukan nak promote tauu..
About me:
Born in 1983.
Still Single,not married yet
Work as townplanner in architect & planner consultant in Johor Bahru
Born in Malacca, tapi sekolah di Kelantan, tapi ambil SPM di Besut Terengganu
Family ayah asal dari Besut, tapi belah mak asal dari Melaka & tapi nenek hijrah ke Johor..
ermm..ape lagi eakk..(ni ayat orang Johor)
haa..I'm 1st in my adik beradik. Ade sorang adik lelaki & sorang perempuan..Dua-dua ni dah kerja kat KL.(Maybe after this I should hijrah to KL plak..)
okey, thats all..
Peace..ni pic Qaseh Qaisara..anak kak lola,kakak angkat saya..
btw, di JB ni sye ade family angkat yang dok kat Kempas. Ade kak mawar, kak lola, kak suzy & kak elen..maybe lepas ni saye banyak update pic diorang since saye banyak hangout dengan diorang..lagipun rumah Kempas banyak budak2..so mmg best main dengan diorang yang nakal tak hengat..


Keep it Up

Memang dah lama tak update BlogKuDaHCaCaMerba. Mungkin sebelum ni asyik dok update FB je..so mood nak update blog dah takde..Sejak akhir2 ni memang malas sikit nak masuk FB. walopun dah buat bisnes omline & majoriti hasil datang dari FB, tapi still malas nak masuk FB..Keep It Up Pijaaa..awak kene cari duit..

okey ni first post after 2 years in BlogKuDaHCaCaMerba/
 Pinpinnnn..pomponnn..tepii..bagi laluan..saya nak laluu