Monday, April 29, 2013

Umrah : Day 3 [Ziarah Makkah Mukarramah; Part 2]

Sambungan dari Part 1

Ni adalah peta lokasi kedudukan Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina. Ketiga-tiga tempat ni menjadi lokasi penting untuk jemaah haji menunaikan fardhu haji.Kalau kat Mina tu, korang nampak putih-putih tu adalah khemah-khemah untuk jemaah haji bermalam..besar kan kawasan die..Sementara tu, Jabal Rahmah pula terletak di Arafah.

Jabal Rahmah
Kami singgah di Jabal Rahmah. Nabi Adam AS telah dibuang ke Sri Lanka dan Hawa pula dibuang di Iraq.Di sinilah tempatnya Nabi Adam AS bertemu dengan Hawa setelah dibuang ke bumi. Dikatakan mereka berjumpa setelah 200 tahun terpisah.

Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir yang diturun pada Nabi Muhammad SAW ketika melakukan wukuf. Wahyu tersebut dimuatkan dalam Surah Al-Maidah(5):3 yang berbunyi;
Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku ridhai Islam itu jadi agama bagimu. ….."

Bagi sahabat-sahabat Nabi, apabila turunnya ayat ini mereka rasa sedih kerana mereka dapat merasakan kewafatan Rasulullah dalam jangkamasa terdekat.

Sebelum menunaikan umrah, ramai yang sempat berpesan, kalau dah ke Jabal Rahmah tu jangan lupa doa jumpa jodoh. Tapi bila sampai sini, mutawif aku cakap tak perlu le beria-ia panjat Jabal Rahmah tu nak berdoa. Lagi pun, kita sekadar menziarah je. Dalam nas pun takde cakap yang tempat bermustajab untuk berdoa di Jabal Rahmah. Cuma kita digalakkan berdoa bersempena tempat pertemuan Adan dan Hawa sahaja.

Bila difikirkan balik, memang betul pun. Yang aku tahu tempat untuk mustajab untuk berdoa di bumi Makkah cuma di Multazam, Hajar Aswad,Hijir Ismail, Makam Ismail, dan semuanya di dalam Masjidil Haram.

Aku dengan adik cuma mendaki separuh bukit je sebab ayah aku kat bawah ni sibuk dok melambai kami suruh turun. Ade sorang pakcik yang naik bas sama kami sempat panjat sampai atas. Die cakap ade orang mane ntah sempat lagi solat berkiblatkan tiang monumen atas bukit tu.Ini le yang dikatakan terlalu taksub.


Atas; Gambar di Jabal Nur.
Bawah: Jabal Rahmah

Jabal Rahmah di waktu musim umrah memang tak ramai jemaah.
 Jabal Rahmah dari pandangan atas di waktu musim haji.

Masjid Namira di waktu musim haji. Masjid ini terletak di Padang Arafah dan digunakan sekali sahaja untuk setahun iaitu di hari wukuf.

Selepas tu kami ke Masjid Ji'ranah untuk bermiqat.Kali ni memang ramai betul bas-bas jemaah yang datang. Penuh le masjid tu. Kami ni pompuan bernasib baik sebab tak perlu nak tukar ihram, tapi kaum lelaki le terpaksa berebut masuk toilet. Nak ambil wudhuk pun susah..Nasib baik ade botol spray yang memang kami bawak kemana-mana untuk ambil wudhuk.

Ji'ranah merupakan tempat bermiqat utama bagi yang mengerjakan umrah selain Hudaibiyah dan Tana'im. Para ulama' berpendapat Ji’ranah merupakan tempat miqat umrah yang paling afdal bagi penduduk Makkah.

Kemudian kami pulang untuk meneruskan umrah. Waktu kami sampai belum masuk Zuhur jadi sempat le kalau nak tunaikan umrah.

Gambar sekitar Bandar Makkah.

Umrah Ke-2
Hari kedua kami di sini, kami mengerjakan umrah yang ke-2. Sebenarnya berat jugak aku nak share peristiwa yang terjadi di hari kedua ni sebab bagi aku peristiwa ni betul-betul menguji keluarga kami.
Memandangkan kami datang dengan warga tua iaitu tok aku, jadi kami tau pergerakan mestila limited sebab taknak tok aku penat. 
Memandangkan kami dah bermiqat di Jiranah,waktu sampai di hotel jam 12.00tghari  sempat lagi sebenarnya kalau nak start tawaf dulu sementara tunggu Zuhur. Tapi kami cadang nak start lepas lunch dulu sebab taknak lapar  mase tawaf dan saei tu.

Tapi sebab kesiankan tok aku yang cepat lemah kalau bawah panas terik, kami cadang buat selepas asar, waktu redup sikit. Kebetulan ayah aku pulak memang dah niat nak jaga tok aku masa tawaf dan saei dan tok aku pulak nak buat dengan anak lelaki kesayangan die tu, jadilah aku, mak dan adik buat tawaf dulu.

Jadi kami lepas Zuhur, aku, mak dan adik keluar untuk tawaf dan saei sementara ayah, tok dan toksu pulak start lepas Asar. Kami dah cakap dengan ayah awal-awal,mungkin kite jumpa lepas Isyak je la sebab kalau kami balik hotel lepas Asar pun ayah tak mungkin siap umrah lagi.

Dan aku, mak dan adik teruskan buat tawaf dan saei dan kami selesai lepas solat Asar. Bila difikirkan balik, aku cakap ngan mak "Sempat lagi ni mak,kalau kite balik hotel tidur kejap.." Mak pun cakap "okeyla,kita balik.".

Tapi on the way keluar dari Masjidil Haram tu, kami ingat nak explore dalam Masjidil Haram, so kami jalan-jalan pusing masjid. Nama je pusing masjid, tapi disebabkan terlalu besar, memang lenguh le kaki kami. Pastu bile keluar dari masjid, terjumpa pulak toilet. Selama ni tak pernah jumpa toilet..Tapi nak masuk toilet pun bawah tanah, dua tingkat..Kaki kami pun sebenarnye dah tak tahan dah nak naik turun tangga. Akhirnye kami buat keputusan tak balik hotel dan tunggu je Maghrib dan Isyak kat masjid.

Peta Masjidil Haram. Laluan biru tu laluan yang kami pusing dalam Masjidil Haram dari tempat saei hingga sampai ke kawasan toilet(tanda kuning). Selama ni kami keluar masuk ikut pintu King Aziz yang bertanda merah je..Kalau nak menapak balik ke hotel memang tak sanggup lagi dah..

Maka tunggu le kami tiga beranak kat masjid dari Magrib hingga Isyak. Mula-mula aku dengan adik ingat nak pi cari kebab kat dalam bazaar dekat masjid tu,tapi sebab kaki kami sakit tak tahan sangat batalkan je la..
 Hilton Hotel yang terletak sebelah menara jam. 
Dalam Masjidil Haram, level atas bahagian solat perempuan.


Saei..gambar-gambar ni snap mase berehenti rehat untuk saei.

Nampaknye hari tu memang penat sangat kami tiga beranak. On the way balik dari masjid lepas Isyak tu, aku sakit pinggang sebab banyak sangat jalan.So tak boleh jalan menegak,jadi le aku nenek bongkok tiga. Adik aku plak sakit kaki, terpaksa jalan seret.Mak aku plak, sakit perut dah nak kene gastrik sebab dah lapar. Macam kelakar pun ade 3 beranak ni jalan macam-macam pesen. 

Dah sampai lobby hotel, kami duduk dulu kat sofa hotel,sambil tunggu ayah,tok dan toksu aku.Sambil-sambil tu dok berborak,"Mungkin ayah dah siap kot umrah..Camne la ayah bawak tok tu.."
Mula-mula aku nampak Toksu aku masuk hotel,die tanye kami.."Haa..Dah jumpe dah Tok mu?"
Kiteorang jawab "Jumpa apanya..Dok tunggu ayah la ni..Toksu dah makan?Gi la naik makan dulu,takpe kami tunggu ayah kat bawah makan sekali ngan ayah.."
Yang Toksu aku ni dah buat muka bingung,terus naik atas.

Adik aku pulak nak naik atas dulu sebab nak pergi toilet.Jadi aku ngan mak tunggu la kat bawah.
Tibe-tibe ayah aku datang dengan muka pucat.
"Jumpa Mak (Tok ) dah?"Die tanye mak aku..
"Mak kat mane?" Mak aku tanye die balik..
"Kite terpisah ngan mak mase nak sembahyang Asar lagi.Polis pompuan tu dok halau kite, terus tak jumpa Mak sampai sekarang."

Zasss...

Macam halilintar aku dengan Mak aku dengar. Ya Allah...Aku tak boleh bayangkan camne Tok aku yang tua tu sesat sorang-sorang dalam masjid.

"Ayah dah berapa kali dah ulang alik masjid kot-kot Tok dah balik hotel."
Bile dengar ayah aku cakap camtu, aku dah tau yang ayah aku dah lelah & dah lama panik sebab terpisah dengan Tok. Jadi aku terus lari keluar dari hotel nak ke masjid nak cari Tok.

Dari tadi sakit pinggang dah hilang bila dengar ayah dengan Tok terpisah kat masjid tadi. Mak pulak muka dah takde darah dah..Ayah toksah cakap laa..

Tapi elok je aku keluar hotel, aku nampak tok aku dipimpin oleh sorang nenek tua dan cucu lelaki nenek tua tu.

Aku terus terkam tok aku. Ya Allah,hanya tuhan je yang tahu waktu tu bersyukur sangat sebab ade orang bawak Tok aku balik. 

Dan aku amat berterima kasih sangat dengan budak lelaki tu.*Aku tak sempat nak ucap terima kasih kat dia sebab bile die tengok Tok aku dah jumpa keluarga,terus dia lari. Mungkin sebab die taknak kami bayar duit selipar yang dia belikan untuk Tok aku sebab Tok aku hilang selipar masa nak keluar masjid.
Maka terjadilah sessi jejak kasih depan hotel.*sambil kesat air mata dan urut dada.

Tok aku cerita,lepas pengawal tu halau ayah aku dari solat sebelah Tok *sebab tak boleh solat sebelah perempuan, tok aku banyak kali kene halau.Lepas satu tempat,satu tempat die kene halau sebab tempat die berenti nak solat tu laluan orang. 

*Situasi ni hanya orang yang pernah sampai Masjidil Haram tau le camne sebab time imam dah nak start solat fardhu, memang jemaah akan kalut cari kawasan untuk solat.Jadi ramai jemaah akan 'park' mana yang sempat. Sebab tu pengawal ni ditugaskan 'halau' jemaah dari solat di tempat laluan orang.

Dia cuba cari balik ayah aku kat tempat mula-mula terpisah tapi tak jumpa dan Tok aku pun duduk kat kawasan tu tak ke mana-mana. Dan ayah aku pun memang asyik dok cari Tok kat tempat sama, tapi Allah Maha Besar, memang ayah aku tak nampak Tok.

Tok cakap, nasib baik die pakai tag nama yang gantung tu, jadi ada jemaah dari Malaysia call mutawif Tiram. Mutawiff tu dah janji nak ambil Tokdekat dengan polis yang jaga kat Gate King Aziz. Tapi faham-faham je la bile orang ramai sangat, die tak jumpa Tok aku. Jadi ade famili Malaysia ni bawa Tok aku duduk dulu dan bagi makan dan tenangkan kat Tok aku, jangan risau, lepas Isyak nanti die akan hantar Tok balik ke hotel.

Nasib baik le jumpa family Malaysia ni yang temankan Tok aku sepanjang dok kat masjid tu.

Cuma yang kesiannya ayah aku le, 4-5 kali lari balik hotel kot-kot dah ade orang hantar tok aku pulang.

Bila difikirkan,memang ditakdirkan ayah aku diuji sorang diri sebab kalau ikutkan aku, adik & mak nak balik hotel lepas solat Asar, tapi kami tukar program tak jadi balik. Mungkin kalau balik time tu dapat ringankan beban ayah aku yang sorang diri berlari sana sini cari Tok.

Sebabnye time adik aku nak masuk bilik, adik terbaca nota yang ayah tinggalkan untuk kami yang cakap Tok dah hilang. Tulisan ayah pulak time tu memang nampak sangat terketar-ketar menulis.
Terus dia berlari turun cari aku dengan mak kat bawah.*yang tadi dia jalan terseret pun terus ok.

Tapi bile die sampai bawah, die tengok Tok dah ade dengan kami.

Lepas tu aku dengan adik pegi beli kebab depan hotel nak kasi ayah dengan tok makan sebab ayah tak makan ape pun.

Depan kedai kebab pulak, adik aku dok wat drama swasta menangis teresak-esak sebab teringat ayah sorang-sorang panik cari Tok..
"Kesian ayah,Along..Kalau kita balik tadi pun takpe..Kalau tau camni, baik tok buat tawaf ngan kita je.."sob..sob..

Tuan kedai tu tengok je kami. Yang aku pulak tak tau nak buat camne..sedih memang la sedih, tapi nak tergelak pun ade die dok wat drama swasta depan kedai kebab.. Kalau teresak-esak menangis depan Baitullah, orang paham la..

Korang boleh faham tak situasi kehilangan Tok aku yang ceritakan ni?

Tak paham pun tak pe la, tapi sebagai pengajaran kalau jemaah lelaki dan perempuan nak solat sebelah menyebelah, boleh le solat kat kawasan luar MasjidilHaram ataupun kawasan saei. Sebab kat bahagian dalam tu dah diasingkan lelaki -perempuan. Kalau nak solat kat dalam jugak, datang awal, sekurang-kurangnya sejam sebelum masuk waktu. Jadi boleh le cari saff..

Macam dalam situasi ayah dan Tok aku, kalau dia datang awal, die boleh letakkan Tok kat kawasan saff perempuan dan janji lepas solat, ayah akan cari Tok kat tempat sama dia letakkan Tok. Tapi silapnya diorang sampai waktu imam dah nak start solat.

Maka selesailah umrah kedua untuk aku, adik dan mak hari tu. Untuk Ayah, Tok dan Toksu pulak, tak selesai lagi. Disebabkan diorang tiga orang terlalu penat, jadi diorang naik tidur dulu dan bangun awal untuk buat tawaf dan saei esok pagi.Jadi diorang malam tu kena berjaga-jaga sebab masih lagi dalam ihram.

Monday, April 22, 2013

Umrah : Day 3 [Ziarah Makkah Mukarramah; Part 1]

Hari ke-3 ni kami diberitahu yang kami akan melawat kawasan sekitar Makkah.

Kalau ikutkan lepas solat subuh aku nak buat umrah, tapi disebabkan nak pergi melawat, kami batalkan niat tu. Lagi pun agenda kami hari ni akan meawat ke Ji'ranah di mana kat sini jemaah boleh bermiqat untuk menunaikan umrah.

Jadi kami ambil keputusan bermiqat kat Ji'ranah

Sebenarnya kalau boleh famili kami taknak buat umrah waktu siang. Salah satu sebab kami bawak warga tua,kesiankan diorang dok bawah panas terik. Lagi satu, ikut dari pengalaman mak ayah aku yang pernah tunaikan haji, dulu diorang dah pernah cuba buat umrah selepas Subuh,selepas zuhur,selepas Asar, selepas Isyak dan sebelum subuh. Dan diorang dapat rasa kalau buat sebelum subuh, kurang penat sikit. Lagi pun,lepas subuh kita boleh rehat & tidur kejap dan sempat pergi solat berjemaah kat Masjid.
 Keadaan depan hotel pagi tu.Ramai jemaah menunggu bas depan hotel untuk program ziarah.
Mak dengan ayah mungkin ade penyakit tak nak tengok kamera kot.Memang kebanyakan gambar diorang tak pandang kamera,lagi-lagi ayah aku. Yang gambar belah kanan tu lagi la, tok aku memang taknak pandang camera langsung.

Okey, hari ni kami akan melawat Jabal Tsur dan akan melalui Jabal Nur yang letaknya Gua Hira', Padang Arafah serta Muzdalifah yang merupakan salah satu tempat untuk para jemaah haji menunaikan rukun haji. Kemudian kami akan ke Ji'ranah untuk bermiqat di sana.


Dah sampai di kawasan Jabal Tsur , kat sini aku tengok ramai bas-bas jemaah yang datang untuk aktiviti ziarah. Disebabkan terlalu ramai, kami cuma turun sekejap je dan mutawif pun tak menggalakkan kami mendaki ke Gua Tsur dan Gua Hira' sebab lebih elok tenaga tu disimpankan untuk buat umrah. Kalau nak panjat jugak, boleh kumpul beberapa orang dan datang sendiri dalam group untuk mendaki.

Kami pun sebenarnye taknak mendaki,cukup le sekadar melihat kawasan-kawasan yang menjadi bukti peristiwa besar dalam agama Islam ni.
* Jabal Tsur dan Jabal Nur terletak di dua tempat berlainan. Untuk Jabal Nur kami tak turun, cuma lalu je dan tengok Gua Hira' dari jauh.

Jabal Nur

Jabal Nur ini terletak bahagian utara Mekah, sekitar 5 km dari Masjidil-Haram. Di sinilah menjadi titik tolak perjuangan Nabi Muhammad SAWmengembangkan agama Islam. Jabal bermaksud bukit,manakala Nur bermaksud cahaya. Di puncak Jabal Nur terletaknya Gua Hira' di mana wahyu pertama diturunkan di sini ke atas Nabi Muhammad SAW oleh Malaikat Jibril.

Di Gua Hira' inilah Nabi Muhammad SAW sering bertafakur dan berdiam diri mengenangkan nasib kaumnya yang waktu itu itu hidup di zaman jahiliah. Muhammad (waktu ni belum diangkat menjadi rasul) sering menjauhkan diri dari kaumnya yang mengamalkan cara hidup yang jahil seperti penjualan hamba, mengamalkan riba, menyembah berhala, menindas kaum wanita dan banyak lagi.

Setelah berumur 40 tahun, pada 17 Ramadhan turunlah Malaikat Jibril menyampaikan wahyu (yang juga merupakan ayat Al-Quran pertama diturunkan) iaitu ayat [Al 'Alaq 1-5] yang berbunyi:

Bacalah dengan (menyebut) nama  TuhanMu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhanmu Yang Maha Mulia, Dzat yang mengajar (kepada manusia) dengan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa-apa yang mereka belum mengetahuinya   (Al-Qur’an surat Al-’alaq/96 ayat 1-5)


Kemudian Baginda pulang dengan keadaan menggigil dan diselimutkan oleh isteri kesayangannya, Khatijah.

*Sekarang kita menyambut peristiwa ini sebagai Nuzul Al-Quran. Tapi umat Islam kat Malaysia ni kebanyakannya cuma tahu cuti umum je tanpa tahu sejarah dan kepentingan peristiwa ini.

Selepas peristiwa itu, Baginda mula berdakwah secara senyap-senyap iaitu cuma di kalangan kaum keluarga dan sahabat terdekatnya sahaja.

Selepas 3 tahun turunlah perintah dari Allah SWT yang menyuruh Nabi Muhammad SAW mengembangkan agama Islam secara terang-terangan. Di waktu inilah bermulanya tentangan hebat dari kaum kafir Quraisy yang menyeksa sahabat-sahabat baginda yang beragama Islam.

Selepas *Tahun Kesedihan, baginda mula merangka untuk berhijrah ke Madinah (waktu tu dikenal sebagai Yathrib) kerana pernerimaan ajaran Islam di kalangan penduduk Madinah amat terbuka dan mereka sememangnya menantikan kehadiran Nabi Muhammad SAW ke tempat mereka.

*Tahun kesedihan dikenali oleh umat Islam kerana pada tahun ini Nabi Muhammad SAW telah kehilangan dua orang insan yang amat disayangi baginda iaitu isterinya, Saidatina Khatijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Pada tahun ini juga umat Islam di Makkah menghadapi ancaman dan tentangan hebat dari kaum musyirikin Makkah. Atas peristiwa inilah mendorong terjadinya peristiwa Hijrah ke Madinah.



Jabal Tsur

Jabal Tsur terletak kira-kira 6km dari Masjidil haram. Di sinilah terletaknya Gua Tsur yang menjadi saksi persembunyian Nabi Muhammad SAW dan sahabat kesayangan baginda, Abu Bakar As-Siddiq sewaktu peristiwa Hijrah.

Gua Tsur mempunyai dua pintu, di sebelah barat dan timur. Pintu di sebelah barat digunakan Nabi untuk masuk sedangkan di sebelah timur sengaja dibuat bagi memudahkan pengunjung keluar masuk ke dalam gua.

Ceritanya bermula sebelum Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar r.a berangkat untuk hijrah ke Madinah, baginda tidur di rumah pakciknya, Abu Talib. Waktu tu, rumahnya telah dikepung oleh orang kafir Quraisy untuk membunuh baginda. Tapi atas pertolongan Allah SWT, mereka tertidur dan Nabi Muhammad SAW dapat keluar dari rumahnya tanpa halangan dan terus menuju ke satu tempat di mana Abu Bakar r.a menunggunya.

Mereka kemudian menuju ke arah berlawanan dari Madinah iaitu Jabal Tsur yang terletak menghala ke Yaman bagi menghindari orang kafir yang mengejar mereka.

Apabila di dalam gua, Allah SWT memberi pertolongan dengan mengutuskan para malaikat membuat sarang labah-labah untuk menutup pintu gua, hingga orang kafir tersebut yang tiba di mulut gua yakin bahawa tidak mungkin baginda bersembunyi di situ.

Di sinilah juga, sahabat baginda, Abu Bakar r.a menutup lubang gua dengan tapak kakinya sedangkan pada waktu itu beliau memangku Rasulullah SAW yang sedang tidur. Pada waktu itu, tapak kakinya telah dipatuk ular berbisa, tapi beliau bertahan bagi melindungi Rasulullah SAW. Disebabkan terlalu sakit, air matanya mengalir hingga menitis atas wajah Rasulullah SAW dan baginda tersedar. Setelah mengetahui kaki sahabatnya itu dipatuk ular, baginda telah menggunakan air liurnya sebagai penawar pada bisa ular tersebut.

Setelah 3 hari bersembunyi di Gua Tsur, mereka keluar setelah salah seorang sahabat mereka membawa dua binatang kenderaan yang diminta oleh Abu Bakar dan mereka menuju ke Madinah Al-Munawwarah  dan peristiwa ini dikenali sebagai Hijrah di mana tahun bermulanya kalendar umat Islam.

Terdapat enam orang sekeliling baginda yang terbabit melindungi baginda dalam peristiwa hijrah ini iaitu
1) Asma binti Abu Bakar yang ditugaskan menyiapkanserta menghantar bekalan makanan sewaktu Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a bersembunyi di gua ini.
2)Ali bin Abi Talib (sepupu baginda) yang menyamar di tempat tidur Rasulullah SAW ketika orang kafir Quraisy menyelinap masuk ke rumahnya untuk membunuh baginda.
3) Abdullah bin Abu Bakar ditugaskan memberi maklumat tentang pergerakan kaum musyirikin Mekah.
4) Amir bin Fahirah ditugaskan menghilangkan jejak-jejak kenderaan yang dipakai oleh baginda dan sahabatnya Abu Bakar r.a.
5) Abdullah bin Uraiqith bertugas sebagai penunjuk jalan mereka ke Madinah.
6) Abu Bakar As-Siddiq yang merupakan sahabat setia Rasulullah hingga ke akhir hayat baginda.

Jabal Tsur dari kejauhan. Aku cuba bayangkan anak Abu Bakar r.a  Asma binti Abu Bakar yang mengikat bekalan makanan di pinggangnya dan memanjat Jabal Tsur yang tinggi itu untuk menyampaikan bekalan makanan kepada Nabi Muhammad SAW dan bapanya ketika bersembunyi di gua ini.
 
Sangat beruntung insan-insan ini yang berpeluang membantu Nabi Muhammad SAW mengembangkan agama Islam di waktu ini seperti yang kita tahu terlalu hebat tentangan yang diperolehi dari kaum musyrikin Makkah.
 

Kemudian kami dibawa ke Padang Arafah di mana di sinilah umat Islam menunaikan salah satu rukun Haji. Padang Arafah sememangnya amat lengang kalau bukan musim haji. Tapi bila tibanya 9 Dzulhijjah, tempat ni akan dipenuhi umat Islam yang datang dari segenap lapisan umat Islam seluruh dunia.

Waktu ni la mak aku asyik bercerita macam mana dia tunaikan haji tahun 1998. Waktu tu kemudahan untuk jemaah tak secanggih seperti yang ada sekarang seperti khemah beraircond. Time ni la betul-betul menguji kesabaran umat Islam sama ada sabar atau tidak bertahan di bawah cuaca panas.

Padang Arafah, Mudzalifah


 Padang Arafah waktu aku ziarah adalah padang jarak padang terkukur. Tapi bila tiba musim haji, tempat ni akan penuh dengan jemaah haji.

Jemaah haji akan wukuf (berada) di Arafah pada 9 Zulhijjah, kerana jika tidak,  hajinya tidak akan sah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Haji adalah (wukuf) di Arafah." Ketika berada di Arafah pada 9 Zulhijjah, jemaah perlu memperbanyakkan doa, berzikir, membaca al-Quran, talbiah dan lain-lainnya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah."

Ibadah wukuf di Arafah adalah "kemuncak" ibadah haji. Semasa wukuf di Arafah jemaah bermuhasabah diri menilai kekurangan, kelemahan, menyedari dosa yang seterusnya memohon keampunan Allah SWT.

Jika Allah menerima taubat mereka dan perjalanan hidup seterusnya mereka tidak lagi melakukan dosa, maka bayangan syurga akan dapat digapai.
 
Masjid Namira dari kejauhan. Masjid ini digunakan sekali sahaja dalam setahun iaitu pada musim haji.

Pada hari wukuf ini ,para malaikat dan Allah SWT turun ke langit serendahnya menyaksikan para jemaah yang wukuf di Padang Arafah. Allah berfirman dalam hadis Qudsi kepada para malaikat-Nya bermaksud: "Lihatlah kepada orang-orang yang menziarahi rumah-Ku, sesungguhnya mereka telah mengunjungi-Ku, hingga kusut masai keadaannya dan penuh debu." (riwayat al-Hakim bersumber daripada Abu Hurairah).

Mutawif aku cerita kalau ikutkan di Padang Arafah tiada satu pun tumbuh-tumbuhan yang akan hidup di sini. Tapi sekarang ni dah ade tumbuhan menghijau yang hidup di sini iaitu benih pokok yang dibawa khas dari Indonesia yang diberi nama pokok Suharto sempena presiden pertama Indonesia. Apabila pokok dapat tumbuh menhijau di sini bermakna dah ada pengaliran air di bawah tanah. Ini merupakan salah satu tanda akhir zaman di mana adanya tumbuhan hijau yang boleh hidup di Padang Arafah.
 Pokok-pokok yang hidup di Padang Arafah.

Selepas berwukuf di Arafah, selepas solat Isyak jemaah akan bermalam di Mudzalifah. Disini jemaah sunat tunggu hingga waktu subuh dan jemaah akan mengutip anak batu untuk melontar di Jamrah pada hari tasrik 11,12 dan 13 zulhijjah.
Dan seterusnya kami menuju ke Mudzalifah. *Sebenarnya dalam perjalanan ke sini kami singgah dulu Jabal Rahmah. Tapi aku tunjuk dulu gambar Mudzalifah.Dalam Part II aku ceritakan Jabal Rahmah.

Perjalanan dari Arafah ke Mudzalifah mengambil masa lebih kurang 5 minit dengan menaiki bas. Tapi bila musim haji,perjalanan dengan bas mengambil masa hingga 2-3jam. Sekarang ni LRT dah disediakan oleh kerajaan Arab Saudi untuk kemudahan jemaah haji tapi buat masa ni hanya jemaah dari Timur Tengah sahaja yang boleh guna.
Khemah-khemah kalis api di Mina. Di sini pernah terjadi khemah terbakar pada tahun 1995 disebabkan cuaca yang terlalu panas. Dalam peristiwa tu, ramai jemaah yang terkorban pihak dan kerajaan Arab Saudi membina khemah kekal yang kalis api. 
 
Khemah jemaah di Mina dari atas. Source; [Utusan] 

bersambung...

Thursday, April 18, 2013

Oh My Candy Crush

Selingan kejap sementara aku dok update pasal travelog umrah ni.

Sebenarnye kalau ikutkan virus M memang boleh membiak berleluasa kalau dilayankan sangat.

Sebabnye sekarang ni musim Candy Crush Saga.

Kalau tahun 2010 & 2011 masa awal-awal penggunaan smartphone tu, app game yang paling best bagi aku Angry Bird.

Pastu tahun 2012plak game Temple Run.


Pastu sekarang aku ingatkan game Subway Smurf yang bakal jadi kegilaan aku. Tapi disebabkan game tu tak support dengan Galaxy Tab P1000 aku yang dah jatuh taraf hina dina ni, maka terpaksa le aku main temple run yang dah ketinggalan zaman tu..

Akhirnye muncul jugak pengubat duka lara aku di kala kebosanan iaitu Candy Crash.
Masa mula-mula main, aku letak game ni taraf kanak-kanak yang baru nak beralih arah dari minum susu kepada ribena..Tapi lama kelamaan baru le aku aku sedar yang aku dah jadi kanak-kanak ribena tu.ahaks..



 Candy Crash mase level awal-awal tu buatkan korang akan kate.."game bodo camni pun ramai orang addict ke??"

Makin lama,makin gian aku main.Nak-nak bile opismate aku dok berlawan level sape paling tinggi..

Pastu bile balik kampung, mak aku dok bising sebab kat laptop ayah aku dah takde game zuma, diamons,jewel quest..kes ayah aku pi format laptop die..

Untuk tidak menghampakan mak, aku suruh die main Candy Crash kat Note ayah..pastu kalau nak main kat laptop, guna account FB ayah..
Akhirnye mak aku pun dah terkena virus Candy Crash ni..

Bile dah sampai part kene pecahkan jelly tu, korang dah start geram sebab asyik kalah. Nak-nak bila moves dah abis, jelly tu tinggal lagi satu je nak pecahkan.

Meh aku bagi info sikit untuk sesape yang tak kenal candy crash ni:
1. Boleh install app kat smartphone korang. (Kecuali Blackberry)*kesian kan pakcik BB
2. Link dengan account FB.So korang boleh main kat FB,kemudian sambung kat hp.
3.  Hanya ada 5 nyawa je sekali main. Tapi kalau habis nyawa kat FB, kat hp ade lagi 5 nyawa.
4. Bila nyawa dah habis, kene 'ask friends'..Tapi kalau friends dah kasi nyawa, korang jangan aprrove lagi kalau dalam bank nyawa tu dah ade 5.Sebab die takkan lebih dari 5 nyawa. Kalau korang approve jugak buat rugi je.So kalau korang tibe-tibe dengar kawan-kawan borak "oii,mintak nyawa.." paham-paham je la..jangan le korang ingat kawan tu nak bunuh die plak.
5. Korang akan rasa 'feel' gile bile dengar "sweeett"..."devine".."tasty".."delicious.."sugar crash!!
6. Kalau dalam kepala korang asyik nampak bentuk candy kat dinding, gula-gula,item yang bulat,bujur...tu maknanye korang dah terkene Virus Candy Crash.
7. MV baru PSY pun ade tunjuk orang main Candy Crash.


Bile korang dah asyik menang lepas satu-satu level tu, lagi le korang tak boleh stop main game ni.

Dah!!Aku nak main Candy Crush plak..ade orang nak potong aku dah ni..


Wednesday, April 17, 2013

Umrah : Day 2 [Makkah Mukarramah]

Sambungan dari Part 1

Setelah selesai umrah pertama, kami semua balik hotel.
Lepas sarapan, kami semua masuk bilik dan tidur. Mase ni aku,adik,mak & tok memang tidur dah tak sedar sebab terlalu mengantuk.

Sedar-sedar je orang tengah azan zuhur.

Alamak...kami dah terlepas nak solat zuhur berjemaah dekat masjid. Jadi memang tergesa-gesa la kami ke masjid time tu. Bile turun hotel, aku tengok dekat lobby hotel tu diorang dah bentang sejadah nak solat.

Dan bile keluar dari hotel je aku nampak pekedai semua dah hampar sejadah tepi-tepi jalan dan sedia nak solat.

Dalam pada tu pulak imam dah start nak mulakan solat.Lagi le kami menggelabah
Lastnye bile dah sampai masjid, orang dah siap solat..Jadi bayangkanlah pertembungan antara kami yang nak masuk dengan jemaah yang nak keluar masjid. Aduhai...Kalau kaki tak kuat, memang kami kene lenyek la jawabnye..

Akhirnye dapat le kami tembus jemaah yang keluar tu & solat zuhur. Lepas solat, kami balik hotel untuk lunch..Time ni mak aku dah risaukan ayah aku sebab kami tak jumpa die. Bilik die pun kami lupe nak amik ngan die tadi.

Lepas lunch, tak sempat panas buntut kat bilik hotel, dah sampai masa untuk solat asar. Sebab taknak kelam kabut, kami terus je pergi masjid. Mak aku ni dah risaukan ayah aku sebab satu beg ayah dok dalam bilik kami termasuk beg ubat darah tinggi. Die risaukan kot-kot ayah aku ni takde baju laa,pastu dah makan ke belum..Nanti die nak pakai baju mana..

Lastnye lepas balik solat Isyak baru le kami jumpa ayah. Itupun nasib baik die ingat no bilik kami...mungkin penat sangat & jet lag sampai segala bende die tak ingat.

Rupenye ayah dah banyak kali dok melilau level bilik kami. Tapi nak dijadikan cerita, time ayah sampai, kami baru keluar bilik laa,pegi makan laa..

Memang ujian untuk ayah hari kedua ni.

Kalau ikut plan, kami nak pergi Tana'im bermiqat & umrah dalam kol 1pagi.
Tapi bile jumpa ayah baru tau yang ayah tak tidur lagi dari pagi. Sebabnye time lepas subuh tu, kami naik tidur kat bilik, tapi ayah pi temankan TokSu aku cari kerusi tongkat & segala jenis ubat-ubatan die kat kedai farmasi.

Jadi boleh dikatakan ayah aku tak dapat tidur dari Malaysia lagi.

Bile tengokan ayah dah penat & tengok cara die pun darah tinggi die dah nak datang, kami tak jadi nak buat umrah hari tu. Kalau ikutkan aku dengan adik aku nak pergi je bermiqat sendiri kat Tana'im, tapi sebab kami berdua pompuan & bahaya kalau pergi sendiri,jadi kami batalkan jugak le..

Jadi hari kedua kami kat sini tak sempat nak buat umrah.

Memandangkan takde aktiviti, jadi aku letak je gambar sekitar Masjidil Haram.
Gate King Aziz. Pintu ni yang menjadi landmark keluar masuk kami kat sana. Masa hari pertama dan  kedua kami masuk ikut pintu ni. Tapi sebab kesiankan tok aku yang tua yang kene naik turun turun tangga bile nak masuk ke kawasan solat, kami pilih terus ke level atas terus memandangkan kalau nak le level atas ade disediakan ramp besar dari ground floor. Jadi takde le susah-susah tok aku nak kene mendaki tangga.
King Aziz Gate dari kejauhan.

 Kalau korang tengok jambatan tu, itu le ramp yang terus ke level atas. Kalau keluar masuk ikut pintu tu kurang sikit sesaknye kalau nak dibandingkan dengan pintu King Aziz tu.

 Susana dalam Masjidil Haram. Aku suka tengok kemegahan senibina & seni ukiran geometri kat siling & tiang masjid.

 Baitullah ..Time tengahari ni kurang sikit jemaah buat tawaf. Kalau korang tengok ade dinding putih belah kanan tu dah jadi lorong untuk ke tempat saei. Kawasan situ tengah renovate sekarang. Tapi aku tak dengar pun kerja-kerja menukang sepanjang kat sana.

Menara jam yang terletak depan King Aziz Gate.

Tuesday, April 16, 2013

Umrah : Day 1 [Makkah -The Journey & Umrah Pertama]

Akhirnya tiba masa untuk aku update travelog umrah ni.Macam biasa, untuk start sesuatu karangan memang liat. Kalau dah buat tu pandai le kita nak sambung. Tapi bile start dari zero, memang blank le aku nak buat ayat pertama.hihi..

Dan aku akan cuba habiskan sikit-sikit..
 Mula-mula aku nak cerita secara rawak je tempat aku ziarah sepanjang kat sana. Tapi bila difikirkan balik, baik aku buat day by day supaya aku pun senang nak ingat perjalanan aku bila 4-5 tahun akan datang.


Bismillahirrahmanirrahim...

Aku pegi start dari 1/3 hingga 12/3.Sepatutnye aku kat sane 10hari(tambah 2hari perjalanan).
Tapi tibe-tibe kami diberitahu yang kapal terbang nak balik awal sehari.Maka terpaksa dipendekkan menjadi 9hari.
Jadi perjalanan kami dijadualkan 7 hari di Makkah dan 2 hari di Madinah.

Dan kami dijadualkan akan pergi ke Makkah terlebih dahulu.

Perjalanan aku bermula dari Johor Bahru.Aku gerak sendiri dengan flight AirAsia malam 28/2  & stay rumah sepupu aku. Jadi Aku & adik dari KL, Mak,Ayah, Tok dan Atok sedara (TokSu) aku pulak bergerak dari Kota Bharu pagi 1/3.

Jadi kami semua berjumpa le di KLIA terus.

Dalam entri sebelum ni aku ade cerita yang perjalanan aku kali ni TA chartered 1flight untk ke Jeddah.Jadi proses die pun makan masa lama la sebab jemaah terlalu ramai.nak bahagikan visa & tiket lagi.nak bahagi tempat duduk atas flight lagi.

Maklumle,free seat..sape yang naik lambat tu berpecah le duduk.Macam famili aku le,bersepah duduk.Mak kat depan,tok kat kiri,ayah kat belakang.

Sepatutnye flight dijadualkan terbang kol 5ptg,tapi tuptup kol 6.30ptg baru terbang.
Perjalanan selama 9 jam masing-masing jemaah dok study tatacara nak beribadat kat tanah suci nanti.Termasuk le aku..exited nak jejakkan kaki ke sana sampaikan aku tak tido.

Okey, bila flight dah mula cecah awan, diorang dah start bagi makan.Aku sebenarnye dah malas nak makan sebab pagi aku dah sental nasi lemak, tengah hari dah sental nasi dengan lauk asam pedas, pastu kol atas flight (dalam kol 7ptg) tu takkan nak kene makan nasi lagi??
Tapi memandangkan sebab makanan die nampak sedap dan aku pun bukannye jenis nak biarkan makanan tu jadi hiasan je depan aku, maka aku pun sental le lagi untuk kali yang ke-3.

Lepas hampir 3jam dalam flight,aku terasa nak pergi toilet.bukannye nak buang air sangat pun,tapi saje gatal nak tengok toilet kapalterbang.*jakun.
Maklumle,sepanjang naik AirAsia aku tak teringin langsung masuk toilet.Tapi bile naik kapalterbang besar,jakun le kejap.haha

Kisah sedih
*Untuk cerita ni, aku aku tak galakkan kaum adam baca. Better skip untuk part 'Ketibaan' kat bawah nun.

Rupanya aku tak sangka pengalaman 1st time pegi toilet atas flight merupakan pengalaman terburuk aku..*pasang lagu Nur kasih jap.

Bila aku pergi ke toilet tu, bende yang paling aku nak elak terjadi sebab 'bendera Jepun' dah naik.Adeh..bende ni la yang merungsingkan wanita-wanita bila nak nak mengerjakan umrah ni. Aku memang dah panik dalam toilet. Hancur luluh jiwa aku waktu tu.Impian aku nak kerjakan umrah pertama berkecai..

Aku dah bayangkan sepanjang 7 hari kat Makkah nanti aku berada dalam lingkungan 'bendera Jepun' tu..
Jadi kalau camtu umpama sia-sia la aku datang umrah kali ni.Perasaan aku time tu lagi lagi sedih dari putus cinta..huhu

Keluar toilet, aku terus cari mak aku yang dok terpisah jauh ke depan dari tempat aku. Bila mengadu kat die, memang aku rase nak menangis,tapi aku mampu kawal lagi emosi aku.

Aku tanye mak, abis camne ni mak?Mak aku diam tergamam je..Sebab kalau ikutkan, die lagi rungsing adik aku sebab period adik aku memang akan datang tarikh tu. Tapi tengok-tengok aku plak yang datang..


Then aku teringat yang aku ade beli ubat stop period kat farmasi tempoh hari. Orang jual tu kata ubat tu akan stop period lepas kite makan. Tapi kene makan sehari 3 kali le..
Jadi aku makan ubat tu sambil berdoa biarla 'dia' stop untuk sementara waktu. Sambil tu mak aku pesan urut bahagian dari bawah perut tolak naik ke atas sambil baca Surah Tabbatyada.

Rupanya nak dijadikan cerita sorang kakak yang dok sebelah aku pun datang period jugak. Dia punye kes lagi bahaya. Sebabnya dia baru je 2 minggu keguguran. Sebelum pergi, kalau ikutkan dia dah bersih dah, tapi bila naik flight darahnya keluar balik.


Bila orang lain semua nyenyak tidur, aku terkebil-kebil layankan perasaan sedih ni. Pastu aku teringat balik yang sepanjang hari kat airport tadi aku penat ke hulu ke hilir cari visa, angkat beg-beg berat bagai..Dan jenis aku plak bile dah buat kerja berat, maka 'dia' akan datang tanpa diundang..Jadi aku cuma cuma harapkan keputihan biasa je la sambil mulut tak henti-henti doa biar la 'dia' stop.

Jadi,seperti diajar dalam kursus,kaum wanita memang digalakkan pasang niat umrah bersyarat supaya jika 'dia' datang, walaupun kita tak sempat nak buat tawaf wida', maka umrah kita tak terbatal.

Niat umrah bersyarat:-

“Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah swt, sekiranya aku terhalang oleh sesuatu, ketika itu aku menjadi halal”.

Then bila dah niat umrah bersyarat, mak aku datang kat tempat aku bagitau.."Kalau dah sampai hotel nanti, tengok 'dia' ade ke tak..Kalau takde, mandi wajib, pastu terus buat umrah."

Jadi lega la kejap aku atas flight tu.

Lepas tu Flight Attendant kejut jemaah untuk bagi makan. Makan lagik??Waktu jam aku dah pukul 1pagi waktu M'sia.

Memandangkan Mak aku pun dah bagi ayat penyedap hati, dan makanan pun dah ade depan mata,aku pun sental le lagi. Hilang semua duka lara aku time tu.
See??Aku bukannye jenis ade masalah tak lalu makan. Aku jenis akan makan jugak walaupun sambil menangis.ahaks..

Jadi cuba korang kira berapa kali aku makan hari tu..5 kali tauu..dan semuanya heavy menu..
 Menu atas dihidangkan jan 7ptg, menu bawah tu dihidangkan 1pagi.*waktu M'sia.

Ketibaan

Jam aku dah menunjukkan 3.30 pagi waktu sampai di King Abdul Aziz Airport, Jeddah..
Tup tap nak uruskan imegresen & barang-barang, siap kira-kira jam 5pagi. Tapi itu waktu Malaysia...

Waktu kat sana sebenarnya baru jam 11 malam. Kemudian bas datang ambil jemaah bawa kami ke Makkah yang perjalanannya kira-kira 2 jam. Masa atas bas ni le aku mampu lelapkan mata sekejap.itupun tak sampai setengah jam.

Kiri atas; Tag nama.seeloknya pakai le kat sane.lagi-lagi untuk warga emas. Kalau sesat ke, boleh le orang tolong hantarkan balik hotel. Kanan bawah: Jemaah sedang tuggu bas untuk dibawa ke hotel. Kanan atas & Kiri bawah; Tengah beratur mase nak cop imegresen.

Sampai hotel, sementara nak tunggu kunci hotel mutawiff aku cakap boleh pegi dewan makan dan makan dulu..Makan lagik???adeh..ape nih..dipenuhi dengan makan je..Tapi kali ni aku tak makan, aku cuma tumpang pinggan adik aku je..Sebab dalam hati aku dah memberontak nak masuk hotel nak mandi wajib je waktu ni.

Dah dapat kunci bilik, dan kami pun dah bersiap, semua turun ke lobby hotel..Bila turun terjumpa mutawiff aku rupenye semua jemaah tak turun lagi. Famili aku je yang dah turun. Aku ingatkan kami dah lambat..So, ayah aku bagitau yang famili kami dah pergi buat dulu since ayah aku dah berpengalaman buat. Dan Ustaz pun mengalu-alukan kalau nak pergi sendiri dan die pun tunjuk arah masjid.

Rupanya hotel kami dekat sangat dengan masjid kira-kira 400m je.

Time tu waktu di Mekah jam 3.15pagi dan kat lobi hotel kebetulan ade diletakkan jam waktu Malaysia. Waktu Malaysia time tu kira-kira 8pagi..

Wow...
Aku tak tidur lagi..tapi tenaga aku still kuat macam baru bangun tido waktu tu.

Umrah Pertama

Perjalanan kami sekeluarga ke Masjidil Haram waktu tu diiringi dengan Lafaz Talbiyah ;
Labbaik Allahumma Labbaik: Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah
Labbaika la syarika laka labbaik:Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.

Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.
Dan akhirnya kami sampai di Masjidil Haram. Walaupun baru 3.30 pagi, tapi ramainya umat pada waktu tu.

Pengalaman first time tengok Kaabah aku dah ade ceritakan dalam entri Umrah : Sneak Peak. My Mind Still There .Jadi korang baca la kat situ.*malas nak taip.

Ayat bawah ni pun dah keluar dalam entri sebelum ni,aku copy paste je ye..halal laa..ni karya aku jugak..bukanye aku cedok dari orang lain pun..hihi

Waktu masuk Masjidil Haram tu orang dah sesak buat tawaf. Kami sekeluarga mula-mula dah bergerak seiring masa nak tawaf tu,lama-lama terpisah pada 3 group. Mak dengan adik, ayah aku  dengan bapak sedara die, aku pulak dengan Tok aku.

Dalam situasi ni mesti le ayah aku amat risaukan aku sebab aku kene jaga tok aku yang dah berusia tu. Lagi satu sebab aku ni 1st time, sape le nak bimbing aku dengan tok aku. Walaupun Tok aku dah pergi haji kira-kira 20 tahun lepas tapi ingatan die pun dah pudar, memang aku tak boleh harapkan tok aku time ni.Tapi Alhamdulillah aku dapat siapkan semua tanpa bimbingan ayah aku. Berkat aku pergi kursus umrah ditambah dengan application yang ade dalam tab yang jadi rujukan aku mase tawaf dengan saei.

Dan bagi sesiapa yang tak tahu, di Mekah ni ade dua kali azan Subuh. Azan yang 1st kira-kira jam 4.30pg untuk kejutkan umat manusia. Azan yang kedua sejam selepas tu baru le betul-betul azan Subuh untuk solat. Yang Mak dengan adik perempuan aku bile dengar azan yang 1st tu terus diorang keluar tawaf dan masuk saf untuk solat subuh.hihi..(mak aku dah lupa daaa)

Kenapa aku cakap aku tak boleh follow bimbingan dari tok aku bile awal-awal kami terpisah dengan tu?Sebab lepas azan Subuh yang first, bile kami terus habiskan tawaf siap solat sunat tawaf, die nak terus nak solat subuh sendiri sebab dah tunggu lama imam takde nak solat Subuh jemaah.hihi..Time tu aku dah rase yang dalam keadaan camni,aku le yang perlu bimbing tok aku yang tua ni.

Dan seterusnya mase nak buat saei pun Tok aku cakap 1 pusingan saei dikira dari Safa-Marwah dan Marwah-Safa. (walhal sepatutnye Safa-Marwah dikira satu pusingan)..Means kalau aku ikut cakap Tok aku time tu, aku dah buat 14pusingan saei..hihi

 Atas; Kawasan saei. Kanan; Gambar Baitullah selepas tahalul, baru aku datang depan ni untuk ambik gambar. Bawah; Masa saei, aku terjumpa pakcik ni yang pakai tongkat, jalan terhincut-hincut tapi still gigih nak jalan tanpa guna kerusi roda.

Dan kira-kira jam 7 pagi, tamat le umrah pertama kami.
Tapi Mak dengan adik aku tak habis lagi umrah nye sebab diorang tunggu lepas solat subuh baru diorang sambung tawaf.
Aku dengan ayah aku plak terjumpa kat tempat saei.Jadi kami tunggu le mak dengan adik dulu sebelum balik hotel.

Tapi boleh boleh pulak selipar kami yang simpan dekat rak hilang. Padahal dah letak dalam uncang dah..Nak jugak orang ambik.

Jadi aku dengan tok aku jalan kaki balik ke hotel dulu sebab nak beli selipar sementara ayah aku tunggu mak aku dulu sampai siap umrah diorang.

bersambung...

Monday, April 15, 2013

Umrah : Si Baju Hijau


Bile baca tajuk kat atas tu mesti buatkan korang nak nyanyi lagu Sanisah Huri kan??
"Si Baju hijauu..
sedang bertugas..
di perbatasan..
peluru tak bermata..
harus waspada.."

Mentang-mentang la time ni dok sibuk pencoroboh Lahad Datu, baru le naik kerjaya perajurit di mata masyarakat awam. Kalau tak, aku komfirm sangat orang-orang biasa ni pandang sebelah mata je dengan kerja askar ni..

Okey, sebenarnye si baju hijau kat sini takde kene mengena langsung dengan perwira-perwira kita.
Kat sini aku cuma nak cerita kan si baju hijau yang kita nampak dalan picture kat bawah ni.

Kalau korang tengok di sekeliling Kaabah  para jemaah sedang sujud menunaikan solat. Dan di barisan hadapan sekali tu korang nampak ade jemaah yang berbaju hijau. Siapa kumpulan mereka ni?Majoriti umat Islam yang nak menunaikan fardhu umrah & solat kebanyakannya berpakaian putih & hitam. Tapi siapa mereka?

Mereka merupakan golongan yang kita kat Malaysia ni takkan pandang pun. Tapi bila dah sampai sini, aku amat jealous  dengan golongan ni. Sebab apa??
Sebab diorang ni senang-senang je dapat masuk ke kawasan tawaf dan terus menuju ke Baitullah-Multazam/Hijir Ismail/Hajar Aswad/Makam Ismail(semua tu merupakan tempat paling bermustajab untuk berdoa) tanpa perlu pengawasan macam VIP nak masuk dan tak perlu berebut-rebut dengan jemaah lain.

Mereka merupakan tukang cuci masjid...Dengar baik-baik ye,Tukang Cuci Masjid.
Keseluruhan dalam Masjidil Haram ada waktu dan kawasan akan dicuci dan dibuat secara berperingkat.Bila tiba masa nak cuci kawasan tawaf, bagi aku amat mencabar jugak sebab ia bakal menggangu jemaah yang sedang buat tawaf. Tapi diorang akan buat step by step..
Mula-mula polis akan datang suruh jemaah ke tepi dan bagi laluan untuk tukang cuci ni hadang laluan dengan tali merah..Bile kawasan tu dah dihadang dengan tali, maka sorang tukang cuci ni akan simbah air sabun. Lepas tu 2-3 orang lagi akan tolak air tu dan 2-3 orang lagi akan lap & keringkan lantai tu. Lepas tu kawasan tu akan dibuka semula untuk laluan para jemaah.

Semuanya dilakukan dalam masa yang tak sampai seminit pun.. Dan aku pernah tengok masa kerja-kerja pembersihan ni tak cecah 30saat pun!!Pantas,cekap, bersih dan amanah!!Itu le slogan yang paling bersesuaian.

Jadi bayangkan la kalau waktu diorang mencuci tu dah dekat dengan waktu solat..Jadi dengan mudah diorang akan solat-betul depan Kaabah. Normally kalau jemaah lain, lagi setengah jam sebelum solat orang dah beratur buat saff.


 Korang tengok le gambar kat atas ni. Waktu ni diorang tengah bersihkan kawasan saei dan aku snap ni guna BB je..Memang tak sempat nak capture diorang buat keje sebab diorang memang pantas.

Kerja mencuci rumah Allah yang paling mulia ni, amat besar pahala tu. Dan aku teramatlah cemburu dengan mereka-mereka ni sebab setiap masa diorang boleh menunaikan ibadat kat sini.

 Backpackers Busuk dah ade ceritakan pasal tukang cuci masjid ni. Kalau nak tengok video diorang mencuci pun boleh le jenguk situ. Aku ade record kerja-kerja mencuci ni, tapi sebab time tu aku tengah berborak dengan ayah aku, so tak sesuai le nak upload.hihi..

Selain dari si baju hijau, ade jugak si baju coklat. Yang mana tugas si baju coklat ni ialah menjaga dan mengangkut air zam-zam. Bila air zam-zam dalam tong habis, diorang le yang akan angkut.
Ada jugak yang berbaju biru. Tapi aku tak pasti ape tugas diorang.Mungkin diorang akan mencuci lantai kawasan luar masjid sebab aku selalu nampak diorang kat luar masjid je.

Kebanyakkan pekerja tukang cuci ni datangnya dari Bangladesh dan Pakistan. Tapi pekerja Indonesia pun ramai jugak.Kalau sesat dalam masjid, boleh le tanye pada pekerja Indonesia ni sebab tak menjadi masalah bahasa. Kadang-kadang pekerja Bangladesh pun tahu bahasa melayu sebab majoritinya dah pernah kerja kat Malaysia.

Mak aku pernah sesat nak mencari tempai saei masa mula-mula sampai buat umrah. Bila mak aku tanya tukang cuci budak Indon yang tengah berdiri dekat dengan dia, dengan rela hati dia bawak mak aku pi tempat saei. Sempat le diorang borak jugak..

Dia cakap yang die sebenarnye student, bila tengah malam & awal pagi die kerja tukang cuci. Pastu die ada cakap jugak.."Orang Malaysia tak mahu kerja tukang cuci, ibu.."
See??orang Indon pun tau yang orang M'sia tak nak keje  low-class ni..Tapi high class sangat ke Malaysia ni?

Selain tu jugak, gaji diorang ni kecik je..dalam RM400 sebulan. Tapi bila hidup di bumi Makkah Mukaramah ni, segalanya jadi sedang. ramai yang berebut nak buat amal jariah..Maka ramai jemaah yang bersedekah dengan golongan ni. Aku pun pernah nampak keluarga arab ni siap tukar duit kecik lagi dengan sorang tukang cuci sebab die ade banyak duit satu riyal..ekeke..

Okey, sekian cerita aku pasal warga Si Baju Hijau ni.

Sunday, April 7, 2013

Umrah: The Cutie

Sepanjang mengerjakan umrah, mata aku tak lepas dok tengok budak-budak yang comel kat sane..

Lagi-lagi anak orang Arab

Kalau dalam Masjidil Haram tu, kawasan tempat kite solat (sama ada saff depan/sebelah) ade mak-mak yang bawak anak die, memang ade possibility le kite kurang khusyuk nak solat.

Mane tak nye, satu hal sebab budak-budak tu terlalu comel & main sorang-sorang time ibu die solat.
satu hal lagi, kalau budak tu menangis time ibu die solat, dengan tak semena-mena ibu die pujuk budak tu, pastu sambung balik solat.lagi-lagi kerenah orang arab ni..

Sebagai contoh, kalau ibu die tengah rukuk, anak die nangis..
Pastu bile nak sujud ibu ambik anak tu, then kepala tu sujud sebelah anak die.
Means kat sini perletakan tangan atas sejadah tu, tapak kanan kiri,kepala die,anak die,pastu baru tapak kanan tangan.

Sambil sujud tu, die tepuk-tepuk anak die ..
erkk...boleh ek camtu??aku bukannye arif sangat pasal solat sambil mendukung anak ni..
Tapi sebenarnye mase ni le nak tengok kepelbagaian mazhab dari seluruh pelusuk dunia.

Kat bawah ni antara gambar budak-budak yang comel tahap takboleh tahan.
comel kan budak ni pakai kain ihram??comel sampai tak boleh tahan jadi papparazi snap gambar ni..mula-mula terserempak dengan famili diorang mase nak pergi masjid, aku snap je picture die dari belakang.pastu bile balik malam tu terserempak lagi kat lobby hotel..rupenye diorang duduk satu hotel dengan aku..aku pun snap le lagi..lastnye bapak die perasan,so bapak die tegur le.."Malizi??Apa khabar..."hihih





Budak kat atas ni aku memang snap macam paparazzi..sambil jalan,sambil snap..bapak die senyum je tengok aku.hikhik..

 baby atas ni Ammar..Time ni waktu solat maghrib hingga Isyak. So famili diorang ni dok depan kami le..Suka tengok die dok main-main dengan adik die yang perempuan tu..Bile dah nak solat Isyak, mase ibu die solat sunat, Ammar ni datang kat aku. Mase tu aku pegang hp nak amik gambar die & aku set self-cam..So die nampak muka die kat screen hp..Exited die tengok muka die mase tu & sibuk nak touch screen..Mase tu jugak ibu die dah siap solat & panggil die.."Ammar..La' La'(jangan..jangan..)"
Acu tengok mata Ammar ni..macam mata barbie princess tu..lagi-lagi mase die kerlipkan mata die..sebijik sama dengan barbie
The cutie bercanda tempat kasi burung merpati makan ..syiok pulak tengok diorang main kerja burung..