Thursday, August 1, 2013

Apa yang berlaku di Syria_Isu semasa Dunia Islam

Salam Ya Ramadhan...
Dah lama aku senyap, bukannye pergi mane pun..ade je kat Malaysia ni..Tapi bulan June lepas aku sempat ke Krabi..hihi..Travelog umrah pun tak habis update lagi, hutang travelog Krabi pulak..
Tapi sejak akhir-akhir ni hati aku terkesan dengan apa yang berlaku di Syria.

Mungkin kalau ade sesape yang follow FB aku pun dah naik muak sebab aku asyik share pasal Syria dan Mesir. Mungkin ade yang fikir "Ape yang kau nak sebok sangat negara orang tu?Ambil tau pasal negara sendiri la..yang sekarang ni kes tembak-menembak pulak dah kecoh..."

Hello...kalau aku amik tau hal Kpop,ade artis Kpop tu kenal aku?Kalau aku amik tau hal 'Sebenarnye saye isteri dia' pun, habis cerita Tiz Zaqyah tu bercinta dengan orang lain jugak..

Tapi terus terang, kalau aku amik tau hal Syria, aku makin dekat dengan-Nya. Seingat aku, pada March 2013 (balik umrah) adik lelaki ade cerita pasal Syria, tapi aku tak ambil berat sebab mindset aku mase tu adalah typical melayu.."Alaa..biasa la orang Arab memang asyik bergaduh sejak zaman nabi lagi.."

Tapi lepas aku baca sirah-sirah nabi, pentadbiran sistem khalifah dan berkenaan hadith-hadith nabi tentang apa yang bakal berlaku di akhir zaman, akhirnya membawa pada aku ke Syria..Sejak dari bulan Mei, aku cuma memahami ape yang berlaku di Syria..Search sendiri info di internet, ceramah ustaz-ustaz dan juga info-info FB page Syria, akhirnya aku boleh faham apa yang berlaku..

Tapi kalau aku harapkan info di berita kaca tv, mungkin sampai bila-bila mindset aku berpegang  "Alaa..biasa la orang Arab memang asyik bergaduh sejak zaman nabi lagi.."Jadi aku sarankan pada sesiapa yang masih lagi berfikir seperti apa yang aku fikir 2-3 bulan lepas tu, tolong selidik dengan betul-betul apa permasalahan yang berlaku di Syria. Dan tolong buka minda dan hati dengan selapang-lapangnya untuk menerima kenyataan mengenai hal Syria ni kerana ia adalah melibatkan masa depan umat Islam sedunia.

Berikut aku letak video di mana salah seorang penceramah ade bagi maklumat mengenai isu Syria. dan aku tau ade orang malas nak tengok video,jadi aku letak point penting ape yang ustaz ni cakap.
Kalau yang jenis malas nak baca point yang aku dah tulis tu, tengok le video tu..kalau malas jugak, aku pun tak tau nak cakap ape....
  1. Statistik populasi di Syria:- Syiah Alawiyiah (6%-12%), Kristian (kurang dari 10%) dan selebihnya adalah Islam Sunni (80%)
  2.  Pemerintahan di Syria adalah dipegang oleh puak  Syiah.Presiden Syria sekarang adalah Basyar Asaad. Kekejaman Syiah di Syria juga berlaku telah berlaku di Iraq di mana selepas Amerika menawan Iraq, Iraq diperintah oleh Syiah. Lebih 100,000 Islam Sunni telah dibunuh oleh Syiah.(dikhabarkan oleh Ulama’ Iraq)
  3. Pembunuhan puak Syiah terhadap Sunni jauh lebih kejam dari US dan Zionis.
  4. Mengapa rakyat Syria bangkit menentang pemerintahan Basyar Assaad??Kita perlu lihat apa yang berlaku di sekitar Arab yang dipanggil Arab Spring.Cth:- Kebangkitan rakyat di Yaman, Mesir, Tunisia dan beberapa tanah arab yang mengamalkan pemerintahan diktator. Semangat ini telah merebak masuk ke dalam rakyat Syria kerana mereka telah lama tindas.(Pemerintahan Bashar Al Asaad)
  5. #Flashback:  Tahun 1982,pemerintahan ayah Basyar, Hafeez AlAsaad telah menghantar tentera ke Negeri Hama dan membunuh lebih 46,000 orang Islam Sunni dalam tempoh 27 hari hanya kerana rakyat negeri tersebut kuat dengan agama Islam dan disyaki menganggotai Ikhwan Muslimin,
  6. Satu hari, sekumpulan pelajar sekolah menconteng di dinding awam “Rakyat ingin turunkan kerajaan”
  7. Kemudian polis tangkap budak sekolah ni dan masukkan dalam penjara, disiksa dan bentuk siksaan ialah cabut kuku kaki&tangan. Bila ibubapa budak ni dapat tau, mereka ingin tuntut anak mereka, dan pegawai penjara cakap “Anggaplah anak-anak kamu sudah tidak wujud di dunia lagi” dan mereka berkata lagi “Kalau kamu nak anak kamu, kami akan rogol isteri kamu dan kamu akan dapat anak lagi,tapi lupakan anak yang ini”
  8.  Keesokan harinya rakyat Syria mula buat demonstrasi seramai 3juta orang untuk menurunkan kerajaan yang zalim.Dan sejak itu, bermulalah era kekejaman tentera Basyar yang dah sedia ada kejam itu.
  9. Seterusnya, tentera Syria sedia ada (majoritinya adalah Ahli Sunni) yang sedar kekejaman ini telah mula menubuhkan FSA (Free Syrian Army) dan bersama rakyat bagi menentang kekejaman tentera Basyar (sekarang tentera Basyar yang tinggal hanyalah puak Syiah). Resolusi ulama’ sedunia telah menyatakan kewajipan tentera Syria bersama rakyat Syria bagi  membantu mereka yang tertindas.
  10. Kebanyakan tentera sekarang bersama dengan rakyat. Maka siapa yang bersama dengan tentera Basyar Asaad?Mereka ialah dua kelompok yang menyokong Basyar Asaad iaitu tentera Hizbullat (Syiah-Lubnan) dan tentera Iran (Syiah) juga termasuk bantuan dari Russia dan China.
  11. Modus operandi tentera Basyar menyerang musuh (bukan sahaja FSA,tetapi rakyat Syria Sunni terutama golongan yang lemah; kanak-kanak,wanita dan orang tua) boleh dilihat di FB page dan youtube. Bentuk seksaan, menebuk lubang tubuh badan, dikelar,dirogol,potong kepala dan keluarkan otak,bakar, dll.. *tak sanggup nak cerita ..Kemudian akhir sekali baru kaum lelaki akan disiksa hingga mati sebab nak tunjuk pada mereka ahli keluarga mereka diseksa terlebih dahulu..
  12. Persoalan sekarang??BOLEH ATAU TIDAK PBB MEMBANTU UMAT ISLAM DI SYRIA?
  13. Secara logik boleh sebab mereka ada kuasa. Sila faham trend serta sejarah terlebih dahulu. Kalau diperhatikan, mana-mana resolusi yang merugikan Islam, mereka main wayang seperti delay masa, supaya semakin ramai umat Islam dibunuh. PBB diwujudkan hanya untuk menjustifikasi dan survival Negara Israel.
  14. #Flashback: Tahun 1947, PBB telah menyerahkan 55% tanah umat Islam Palestin kepada Yahudi,30% umah Islam Palestin dan 15% rezab. Setahun selepas itu, (1948) PBB telah memerdekakan Negara Israel sedangkan Negara Palestine tidak wujud di mata dunia!!
  15.  #Flashback: Timor-Timor (sebuah Wilayah di Indonesia),disebabkan majority rakyatnya adalah Kristian, mereka buat referendum pada PBB untuk jadi Wilayah merdeka, dan dengan cepat PBB luluskan.
  16.   #Flashback : Negara terbaru dalam dunia, Sudan Selatan..Oleh kerana di sini majoritinya Kristian, PBB ambil peduli dan memerdekakan Sudan Selatan menjadi sebuah Negara.
  17. Apa yang berlaku pada umat Islam di Selatan Thailand? Puluhan tahun mereka ditindas,dibunuh,ada PBB peduli?
  18. Apa yang berlaku pada umat Islam Moro di Philippines ada PBB peduli?Di Rohingyamade mereka peduli??
  19. FSA telah mengeluarkan keyataan bahawa PBB telah menipu dalam isu Syria. PBB konon telah umumkan tentera Syria membuat genjatan senjata di beberapa tempat di Syria. Tapi bila FSA lalu di 4 post tersebut, masih terdapat kereta kebal,askar-askar Basyar masih berkawal di situ.
  20.   #Flasback: Isu US-Iraq. Kenapa US nak serang serang Iraq:-point utama mereka dikatakan mereka nak minyak. Tapi penganalisis isu semasa yang ada fiqrah aqama menyatakan ia bukannya isu minyak. Minyak mungkin diletakkan di no 3 atau 4.Kalau US nak minyak, mereka tak perlu habiskan Trillion dolar untuk serang Iraq, tapi mereka boleh jangkau sedikit ke Venezuela!!
  21. #Flashback: Sejarah yang kita belajar adalah dari penjajah. Jadi kita tidak tahu bahawa hebatnya hubungan kerajaan Uthmaniah dengan Tanah Melayu (kerajaan Acheh) di mana khalifah Uthmaniah pernah menghantar 500 laras meriam untuk Acheh mengahadapi penjajah Belanda. Penjajah menutup bahawasanya dahulu ada hubungan antara Negara Islam dengan sebuah daulah. Adakah umat Islam sekarang tahu apa maksud khalifah??Apa maksud daulah??ini membuktikan bahawa sistem pendidikan hari ini telah dijajah oleh penjajah.
  22. #Flashback : Apa yang kita tahu Belanda & Portugis datang ke Tanah Melayu kerana nak rempah ratus. Memang benar rempah adalah satu barang yang mahal ketika itu. Tapi Belanda telah lebih awal bertapak di India lebih awal lagi dan menubuhkan Syarikat Hindia Timur. Adakah tidak cukup rempah ratus di India.Tapi mengapa mereka memilih wilayah-wilayah yang ditadbir oleh umat Islam??
  23.  Dimana-mana negara umat Islam jika dlaksanakan secara telus khususnya di Negara Arab, Gerakan Islam akan menang. Buktinya di Turki, walaupun ia tidak dinamakan sebagai Gerakan Islam ia tetap menang.Kemudian Palestine, pilihanraya secara telus, HAMAS menang. Bila berlakunya Arab Spring, Tunisia, gerakan Islam menang, Maghribi, Gerakan islam menang, dan yang terbaru di Mesir,Dr.Morsi yang lahir dari gerakan Ikhwan Muslimin  menang padahal tidak ada yang menjangkakan kemenangan mereka . Tapi  apa yang berlaku di Mesir sekarang? Mereka gerun dan jatuhkan Dr. Morsi kerana dia tidak tunduk pada arahan barat(US). 
video

Kapten Ustaz Asri Khalek: Isu Syria