Dan memandangkan Korea ni hotspot holiday untuk warga Malaysia, jadi aku update itinerary Korea dulu..
Korea ni memang le best dan selesa. Sesuai untuk family holiday..
But, below my expectation..huhu
Sorry la for those yang menjadikan Korea destinasi terbaik mereka.
Tapi bagi aku, tidak..
Japan & China is far away better and value for money for travel.
Tapi Jeju Island memang best. Nasib baik aku selitkan Jeju dalam itinerary, jadi aku rasa berbaloi la trip aku kali ni.
Dah, okey.. malas nak cerita banyak, meh aku cerita sikit mana aku pergi..
Aku pergi 10D9N, tolak 2 hari perjalanan. Sebab fight pegi balik awal pagi..
Rugi..rugi...
Seoul for 4 days : Jeju for 2 1/2 days : Busan 3 1/2 days
Rugi..rugi...
Seoul for 4 days : Jeju for 2 1/2 days : Busan 3 1/2 days
Kali ni pergi berdua je dengan Ecah, tapi flight kami lain-lain.
Aku naik AAX, Ecah naik MAS.
Flight aku KL-Seoul- Jeju- Busan-KL..
Tapi Ecah KL-Seoul-Jeju-Busan-Seoul-KL
Flight aku KL-Seoul- Jeju- Busan-KL..
Tapi Ecah KL-Seoul-Jeju-Busan-Seoul-KL
Jadi pergi balik kami berpecah, cuma buat jejak kasih kat Korea je.
Aku bercerita melalui gambar, mana aku pergi..
Makin hari, makin malas nak update,jadi harap faham la kalau text makin kurang, tapi gambar yang lebih.hahaha
Seoul
Hari pertama sampai, memandangkan aku kesorangan, aku amik Night Bus Tour pusing Seoul je..Kira okey la..nak jalan-jalan outdoor pun, sejuk gila babas..Badan aku nak kene ambil masa jugak nak adapt dengan suhu -6c.
Esok pagi, menanti kedatangan Ecah di hostel dan kemudian round sekitar bandar Seoul je.
Namsan Tower: Sebab ini first official destination, tak banyak gambar..gambar yang ade pun tak berkualiti sebab matahari baru nak naik. Campur pulak beku jari nak snap guna phone, lagi le terkial-kial terkial-kial nak tukar setting.
Namdaemun Market & Myeongdong : Bahaya la Seoul ni..market @ tempat shopping bersepah. Kuih pun W3000.. Haishh
Nami Island : Second day, kami pergi Nami Island. Kalau ikutkan tak pergi pun takpe sebab aku tau takde ape-ape pun. Tapi katanya antara must visit place if you come to Seoul, terpaksa la pergi.
Gangcheon Rail Bike : Kalau tak pasal running man, aku tak tau ade aktiviti camni. View time autumn lagi mengancam, tapi kene berebut la dengan rakyat die. Sebab tu aku pergi time winter, tak ramai orang. Tapi hadap la -6c.
Ewha Woman University: Kat sini antara yang termurah kalau nak shopping. Shopping..shopping..pening kepala aku kira duit keluar.
Ttukseom Resort : Sebab aku nak elak pergi market, aku buat aktiviti main sled, bayar W6000. Kecik je tempat je, tapi okey la puas hati nak bergambar. Kalau nak real, kene pegi Yeongpyong Resort..tapi sedia duit je la..
Jeju Island
Jeju Island ni memang penyelamat trip aku. Kiranya aku betul-betul puas hati sebab create trip ni sebabkan Jeju Island je. Kalau aku tau baik setup 4 hari kat Jeju..Waktu aku sampai ni Jeju baru mengalami heavy snow after 30 tahun tak turun. Ramai yang stranded kat airport 3 hari sebab snow lebat.
Jadi aku ni kiranya bernasib baik tak kena time tu, tapi yang tak bestnye aku tak jumpa snow la.
Tapi nasib baik taxi yang kami guide tu bawak ke checkpoint starting untuk start mendaki Mt. Halla, dapat le jumpa snow tebal..hihi..
Sangumburi
Maze Land : Tempat running man buat shooting
Cheonjiyeon Waterfall
Jeongbang Waterfall
Oedolgae Rock
Jusang Jolliedae
1100 highland. Dekat dengan checkpoint untuk mendaki Mt. Halla. Antara tempat yang terima salji tebal.
Esoknya pegi Udo Island, dengan tak semena-mena aku dah terbuat Olle Jeju, antara aktiviti wajib yang buat bila di Jeju Island. Berapa km aku berjalan dan mendaki pun tak tau la..Lastnye aku cancel pergi Seongsan Ilchubong Peak dan Seongpanak. Antara must visit place in Jeju jugak la dua tempat tu..
View dari Udobong Peak.Nice!! Sebenarnye Jeju banyak tempat yang nak kene pegi ..sebab tu aku kata 2 hari tak cukup..Kalau nak best 5 hari terus, takde le terkejar-kejar itinerary tu.
Busan
Busan..nasib baik tak bosan. Bagi aku Busan lagi okey dari Seoul..sebab ade banyak choice tempat melawat instead of market je.*kali ni travel aku anti sikit dengan market.mane taknye, buat habis duit je.haha
Haeundae Beach & Dongbaek park : Berjalan menyulusuri coastal. Cantik la..Busan ni memang cantik pantai-pantai die
Sky crappers of Busan City
Taejongdae Park : Coastal di Busan tak dinafikan memang cantik. Cuma kaki ko tahan ke tak untuk naik turun tangga.
Gamcheon Culture Village ; Satu kampung membangunkan tempat ni dengan mural-mural yang funky dan comel. Dikenali juga Santorini of Korea
Bockchun Musem : Tak tau kenapa aku masukan ia dalam itinerary. Sebab aku pegi time hari raya diorang, memang sunyi..Lagi-lagi aku masuk kawasan pemakaman raja dulu-dulu. Bengong pun ade.
Haedongyongung temple : Temple yang terletak tepi laut. Bukannya nak pergi temple sangat, lagi-lagi di hari perayaan diorang (Seooluk day). Tapi sebab view die memang superb, sampai jugak aku ke sini.
Dah habis cerita mana tempat aku cover, sekarang nak cerita budget pulak..
Terus terang aku cakap, budget cover 3 tempat dalam Korea ni lagi tinggi dari cover Japan. Kalau Japan, banyak tempat aku boleh pegi, tapi di Korea tak.
Salah satu sebabnya, ialah di Japan banyak disediakan pas-pas public transportation khusus untuk pelancong. Tapi di Korea tak banyak. Kalau ada pun tak cover menyeluruh.. Di Busan ade one day pass, tapi cover subway je, tak termasuk bus. Padahal untuk sampai ke satu-satu tempat tu kena naik bas jugak.
Di Seoul pun ade one day bus tour, tapi tak kena dengan itinerary aku..Timbal balik, balik aku naik subway je. Tambang subway pun mahal jugak. Sekali naik terus W1250. Kalau kita pegi jauh, kena ada bayaran tambahan lagi. Aku main touch je T-Money.Alih-alih dah tinggal sikit balance..
Mula-mula aku pikirkan topup T-money W30 000 dah cukup, sekali aku kene topup hingga cecah W60 000 termasuk Jeju dan Busan.
Di Jeju pula ade Jeju City Bus tour, tapi banyak review yang kate lambat dan destination yang die cover pun bukannye tempat yang aku nak pergi, jadi aku terpaksa tolak tepi. Penyudahnye, naik public bas Jeju je.
Nak cerita pasal budget kan?
Okey sedia..telan air liur dulu aku nak cerita. sebab memang diakui, yang kali ni memang mahal sikit budget aku.
Aku cerita pasal flight dulu
Flight
Tiket flight aku beli setahun sebelum. Tapi aku beli KL-Seoul je dengan harga RM 315. Tapi dah tambah luggage & meals, jadi le RM415
Tiket Flight balik Busan-KL pulak, aku memang weng. Patutnye aku tunggu kejap promo 2-3 bulan sebelum tarikh tapi aku loghat beli, dapat harga RM 650..Lat 3 minggu, ade promo AA dengan harga RM450.Telan air liur aku..
Masa tu aku beli sebab fikirkan aku nak balik tarikh CNY, jadi mustahil ade promo murah. Sekali promo tarikh CNY memang wujud. Jadi dah campur luggage and meals, menjadikan total one-way flight aku RM 830. *Luggage & meals mahal sebab die kira harga dalam Won.

Ini menjadikan total flight aku RM 1245. Damn!!mahal gile. Tapi sebab duit keluar sikit-sikit bukan sejelepuk, aku buat tak nampak je.
Flight Seoul-Jeju dan Jeju-Busan pulak aku naik Eastar Jet.
Kebetulan aku dapat time promo, dapat le harga Seoul-Jeju ( RM98), Jeju-Busan (RM 60)
Kebetulan aku dapat time promo, dapat le harga Seoul-Jeju ( RM98), Jeju-Busan (RM 60)
Jadi untuk flight je aku dah habiskan :-
KL-Seoul (RM415) + Busan - KL (RM830) + Seoul - Jeju (RM98) + Jeju -Busan (RM60) = RM1403
Accommodation
Total penginapan aku kali ni 9 malam dan takde nak tidur kat airport..
Dan disebabkan duit RM yang jatuh mendadak dan hostel di Korea ni boleh tahan mahal jugak, kali ni aku amik dorm je.
Kalau dulu aku dah boleh pilih ambil private room, tapi nampak gaya kali ni aku dah kene downgrade sejajar dengan RM yang jatuh menjunam.
Seoul : Family Housetel (4 night) = RM 215
Jeju : Lyndon Hostel ( 2 night) = RM 35 (Actually harga sebenar RM 104, tapi sebab aku guna point rewards Agoda, dapat le murah sikit.
Busan : Busan Suk Bak Hostel = RM 200
Total : RM 450
* Ketiga-tiga hotel yang duduk adalah recommended.
Budget on the ground
Hmm..part ni memang berat aku nak cerita..memang banyak hangus..
Sebabnya, dalam itinerary asal aku cuma perlukan W230 000. ~RM828. Jadi aku fikir, kalau over budget pun mesti sampai W300 000.
Tapi untuk memudahkan cara, aku tukar duit W 400 000 ~RM1440 include makan & shopping souvenir.
Tapi untuk memudahkan cara, aku tukar duit W 400 000 ~RM1440 include makan & shopping souvenir.
Nak dijadikan cerita, aku rasa tak cukup. Baru di Seoul aku dah beli macam-macam. Lastnye di Busan, aku gadai lagi SGD dan RM yang ade (W30 000), menjadikan total cash aku ialah W430 000.
Dan cash aku tu habis licin!!
Lagi sadis tshirt HRC & krim muka, makeup pun aku gores kad plastik, tak guna cash..
Itu pun cuma sekali je aku makan kat restoran kat Dongdaemun (Ikan Bakar). Yang lain tu aku makan stok maggi & brahim. Paling mewah pun aku beli nasi pulut dan banana uyuu..

Haishh..memang mahal Korea ni. Orang kate jangan convert, tapi aku convert jugak. Sebab kalau tak convert, tetiba aku boleh bankrap kat sana.
Ni le makanan aku kat sana selain nasi brahim dan maggi. Beli nasi pulut dan banana uyuu. Telur pindang dan sambal bilis kami bawak dari M'sia
Bayangkan kalau susu banana uyuu tu W1300 ~RM4.60, nasi pulut W1500~RM5.40.
Pastu kalau terasa nak makan tteokbuki W3000~RM10.80.
Kuih muih street food kat sana around W1000-W3000 ~ RM 3.60 - RM 10.80.
Sebab tu aku kata baik aku gi Jepun, takde pun terliur nak makan-makan bende ni semua..Lagi satu, harga makanan di China pun jauh lagi murah dari Korea.
Sebab tu aku kata baik aku gi Jepun, takde pun terliur nak makan-makan bende ni semua..Lagi satu, harga makanan di China pun jauh lagi murah dari Korea.
Belum lagi cerita nak masuk makan dalam restaurant, kene sediakan duit W 7000-W10 000 untuk 1 set makanan. Sama je dengan Jepun, kalau nak makan kat restaurant, kene sediakan Y1000 untuk 1 set menu.
Sebab tu aku tak paham bila rakyat Malaysia berpusu-pusu ke Korea, shopping dan enjoy bagai.. tapi bila ke Jepun terus mindset fikir "Jepun mahal laa.."..Sebab bagi aku, walaupun Jepun mahal, tapi jiwa aku tak tergugat dengan bende alah kat market-market ni..dan walaupun China mainland tu annoying, tapi price masih reasonable lagi.
Ini tak, stokin pun beli..mask muka pun beli..hoiiii..membazir tau tak??
*eh, ni aku tak marah orang tau, aku marah diri sendiri.
Mane tadi?cerita pasal budget kan??
Haa..total budget aku ialah :-
Flight (RM 1403) + Accommodation (RM 450) + On the Ground Budget include transportation+shopping+makan (W 430 000 ~ RM 1548)= RM 3401.
Rate duit aku guna W 1000 = RM 3.60
Mase 3 hari sebelum bertolak, aku tukar duit dengan rate RM3.62, hari aku bertolak naik RM3.55. Dan lepas aku balik, naik lagi RM3.50..ni semua jadi after TPPA confirm sign..
Nampak sangat, jual negara, duit terus naik.
Phuiiiii
Phuiiiii
Kat bawah ni aku tampal terus itinerary & budget sekali. Tak perlu nak minta aku email itinerary sebab file-file itinerary ni tak tau di mana after a month. hahaha
Night City Bus Tour ade dua jenis, single bas (W5000) double decker (W12 000). Time aku pergi yang ade cuma double decker bas je, so no choice.
Nak naik rail bike tu ade 2 tempat. Gapyeong Rail Bike (baru buka) dan Gangcheon Rail Park. Gapyeong tu kalau nak include sekali dengan Nami Island-Pettite France shuttle bas pun boleh. Tapi sebab yang famous ialah Gangcheon Rail Bike. Walaupun nama die Gangcheon Rail Bike, tapi starting track ialah dekat dengan Gimyujeoung Station. Jadi kalau naik train better berhenti di Gimyujeong Station. Tapi ingat, ITX train takkan berhenti di Gimyujeong St. Kena berhenti di Gangcheon St,tukar train train biasa ke Gimyujeong st. *Yang penting study route ni. kalau tak study, jadi macam aku.W12000 melayang bagi kat pakcik taxi sebab salah turun station
Bagi route perjalanan taxi di Jeju tu, aku dah create, tapi die cakap tak sesuai sebab jarak dan masa. Jadi kalau korang nak create itinerary untuk bagi pakcik teksi better bahagi terus west island & east island. Diorang takkan cover 2 side island terus. Macam aku, ingat nak ending kat Seongsan(East Island, sebab nak pegi Udo Island dan balik hotel naik bas. Tapi die tak nak camtu..)Jadi kene follow la pakcik driver.
Yang mana aku cross tu info die boleh pakai, cuma aku tak guna method tu bila on site.
Kalau tengok total perbelanjaan dalam itinerary tu ialah W 227 500.
Tapi duit aku W 430 000 tu habis kemana??
Haaa..tu la yang dok bebel kat atas tu..
Beli Souvenir untuk orang kampung takde la sangat. Tapi beli barang ntahapehape tu yang lebih.
Ni semua gara-gara tengok variety show & drama korea la..terliur tengok depa makan tuh, beli..makan nih beli..tu pun nasib baik kita ni limited dengan halal-haram. Kalau tak, semua balun..
Bayangkan terbeli ice cream dengan harga W5000~RM18 yang dekat warong tepi jalan. Bukannye masuk cafe lagi tau..
Kalau jenis lepak dalam cafe follow style orang korea tu, lagi le berapa duit aku habis.
Aku siap terbeli periuk korea lagi..Ye la, nak beli kat go shop mahal sangat. ni dapat W5000 aku rasa berbaloi la..
Jadi, budget boleh reduce lagi kalau tak sebab tergugatnya iman aku terhadap barang-barang kat market & makan (terutamanya banana uyuu tu).
Tapi meh aku bagi list harga, tip dan tambang yang boleh korang jadikan panduan :-
*okey tu je tips.Kalau aku ingat, nanti aku tambah..
- Tambang Subway guna T-Money =W1250 * Tapi kalau station ko pergi tu jauh, maybe mase nak keluar ada bayaran tambahan (W300)
- Kalau duduk@ nak pergi Hongdae, elakkan naik AREX sebab itu bukan subway. Jadi kalau nak tukar lain, terpaksa touch keluar T-money and masuk subway lain balik.Harga jadi mahal.
- Kalau reti naik bas, better naik bas. Harga lebih jimat & cepat.
- Kalau group dalam 4 orang, nak pergi dekat-dekat tu lebih murah naik teksi dari touch t-money
- Kalau di Seoul, better shopping di Namdaemun market untuk souvernir dan barang-barang lain. Tapi kalau baju,beg dan kosmetik better di Ewha Woman University.
- Di Busan, ade one day pass W4500. Kalau memang banyak guna subway, berbaloi beli. Tapi di busan lebih convenient naik bas.
- Di Jeju, kalau malas nak pening kepala drive kereta, sewa teksi dari KJ Taxi Tour. Untung jugak sewa teksi sebab die juga merangkap photgrapher korang. Tapi kalau ramai, better sewa sewa kereta. Tapi kesian kat driver la, pening nak bawak sorang-sorang. dah le tak boleh pecut.
- Harga souvenir di Namdaemun : Tshirt- 3 helai W 10 000, bookmark & fridge magnet 6pcs W10 000, sudu & chopstick W2000 1 set.
- Brooch di Namdaemun ,bangunan e-lengdang, level 2. Harga around W1000 - W10000 . Kalau jumpa kedai no 209 itu le kedainya. Tapi respect la makcik-makcik kedai sebelah die. Dan respect la jugak orang M'sia yang nak beli brooch jugak. FYI, kedai makcik tu lebar die tak sampai 1 meter. Terpaksa berhimpit dengan pembeli lain. Masa aku sampai, ade dua orang kakak M'sia yang tak reti bahasa, buat bodo je bile orang lain naik beli. Dah le tak turunkan beg galas die yang halang laluan orang. Pastu dok gedik-gedik mintak diskaun dengan ajumma tu. Beli dalam W40 000 je. Aku ingatkan borong nak jual kat M'sia, tapi rupanya sibuk orang kirim. Time tu la snap gambar bagi kawan kat M'sia tengok. Punye la lama die dengan ajumma tu. Tuan kedai sebelah pun dah panas hati jugak le sebab orang Msia menyempit kat sini. Nak tak nak, aku beli jugak brooch dengan kedai-kedai sebelah. Jadi, tunjuk la teladan yang baik wahai pelancong M'sia oii...
*okey tu je tips.Kalau aku ingat, nanti aku tambah..
Nak pergi lagi?Ntah la, for personal portfolio aku rase takkan pergi lagi ke Korea.
Tapi kalau nak bawa family bercuti, aku akan pilih Jeju. Tapi nak tak nak kene landing Seoul /Busan jugak.
Dah kenapa title trip ni aku letak 'Glove Yang Hilang'?
Sebab aku bawak 4 pasang glove, akhirnye sepasang je selamat. Yang lain hilang sebelah tangan.
Kat sana aku beli lagi glove, dan keje aku asyik nak cari glove je..kejap-kejap jatuh,kejap-kejap tak jumpa.Pastu jumpa balik.
Dan bukan aku sorang je, partner aku, Ecah pun sama..glove die pun hilang..
Nak salahkan sape tak tau. Tapi mungkin sebab terlalu sejuk, jadi tangan aku kadang-kadang tak rasa tengah pegang barang ke tak..
Hari-hari terakhir kat sana, aku betul-betul rindukan Malaysia. Nak balik sangat..
Aku rindukan cuaca Malaysia. Rindukan daging ayam,daging lembu....Rindukan orang Malaysia.
Bagi aku orang die ni lebih kurang sama je dengan orang China. Cuma diorang upgrade sikit dari menerima kedatangan pelancong dek pasal Hallyu Wave.
Pergi sana buatkan aku rasa bersyukur dilahirkan Malaysia, negara yang majoritinya Islam yang menerima qada qadar.
Apsal aku cakap camtu?
Penat dowh tengok pompuan-pompuan die bergaya, makeup tebal dan terlalu memuja kecantikkan. Asal cantik dapat le ko hidup kat sana.
Oppa-oppa diorang pun sibuk bawak bunga-bunga nak gi dating. Mana-mana aku pergi semua nak bercouple, bercakap pun ala-ala gwiyomi..
Jeles memang la jeles, tapi lebih pada annoying.
Masuk kedai pun, layan tak ikhlas, mungkin sebab tokei kedai ingat aku orang indon & pinoy yang datang kerja kat negara die kot. Tapi bila orang die masuk kedai, terus senyum sampai telinga..
Itu belum aku cerita lagi kene halau dengan makcik kedai. Tak habis makan lagi, dah suruh bangun kene halau sebab ade customer lain nak duduk. Customer sebelah yang dok lama dari kiteorang tak dihalaunye pulak.
Sebab tu aku nak pesan bagi budak-budak yang dok gile Korea, toksah le dok puja anggap masyarakat diorang tu perfect sangat. Bagi aku, takde bezanya orang korea dengan orang China.
Orang Malaysia jugak yang penuh sifat hormat dan respect sesame kaum tanpa prejudis.
Walau apepun S.Korea memang destinasi pelancongan yang best. Lagi best kalau korang datang dengan niat honeymoon. Mane-mane ade tempat nak romantic. Lagi-lagi kalau ko tengok pompuan cun dok melentok-lentok dengan oppa die,lagi le ko nak bermanja-manja dengan cik abang ko.
Ini tak, aku pergi dengan Ecah..Aku tengok die, die tengok aku..muak tau tak..
Okeyla, dalam malas nak taip panjang lebar jugak entry ni. Ni maksudnye lambat lagi la aku nak update travelog Korea ni.
Apepun nak kene habiskan travelog Chongqing dulu. Kesian sape-sape yang mengidam nak pegi Jiuzhaigou tu..Sabar ye...

Percayalah, bila aku kata datang dengan yang halal tu, dengar la kata aku. Kalau tak memang takde feeling dok kat Nami. Tapi sebenarnye kalau datang dengan scandal pun best jugak..eh..setann...setann..
Okeyla, dalam malas nak taip panjang lebar jugak entry ni. Ni maksudnye lambat lagi la aku nak update travelog Korea ni.
Apepun nak kene habiskan travelog Chongqing dulu. Kesian sape-sape yang mengidam nak pegi Jiuzhaigou tu..Sabar ye...
-edit-
p/s : Aku halalkan untuk sesiapa sahaja ambil & follow itinerary yang aku share di blog ni. Itinerary ni pun ilmu jugak,beb..penat siang malam bersengkang mata cari info, bukak map, blog traveler, tripadvisor,dll.. sebab tu aku rasa kene ade akad. Jadi, aku nak pesan kat korang, jangan curi-curi itinerary orang, kecuali die dah share link kat mana-mana site. Kalau dah share tu maksudnye die dah ready nak kongsi ilmu. Tapi kalau belum share, ko dah ambil senyap-senyap, tu maksudnye ko mencuri.