Dah sampai hotel, sekali lagi kami lunch restoran depan hotel..Kali ni masuk restoran, waiter die mengalu-alukan kedatangan kiteorang..Maklum le, dua hari berturut-turut datang makan kedai die.
Esok kite datang lagi ye bang...
Dah siap solat kat bilik, kami keluar lagi berjalan kaki menuju ke Muslim Quarter.
Memandangkan lambat lagi nak petang, kami singgah dulu di Bell Tower.
Nak masuk ke Bell Tower ni memang kene melalui underpass sebab kedudukan Bell Tower ni betul-betul dalam roundbout.Underpass pun happening!!Banyak orang berniaga souvenir dan macam-macam lagi.
Fee nak masuk Bell Tower ni ni RMB 35, tapi kalau nak combine dengan Drum Tower, boleh dapat RMB 50. Aku tak amik joint ticket tu sebab aku memang taknak masuk Drum Tower. Bagi aku, Bell Tower lagi best sebab kedudukan die yang betul-betul tengah bandar Xian. Jadi boleh tengok keseluruahn sudut bandar Xian.
Bell Tower
Bangunan ni dibina atas tembok batu yang setinggi 3.5 meter. Ini menandakan sebelum naik, korang kene panjat dulu tembok.
Dibina pada zaman awal pemerintahan Dinasti Ming iaitu pada tahun 1384. Walaupun dibina pada zaman dinasti Ming, tapi loceng yang ada dalam bangunan ni adalah dari dinasti sebelumnya, dinasti Tang.
Bell tower ni digunakan untuk bagi emergency warning kalau ade serangan pada waktu zaman dulu.
Walaupun nampak bangunannye kecik, tapi bile naik atas, tengok bandar Xian dari tingkat atas memang best.
Kite layan gambar je.
Bell Tower dari luar..nak ke sana memang kene lalu undeground pass je.
Dah naik atas, dapat tengok view setiap sudut bandar Xian. Ni dari arah hotel aku. Nampak tak tower yang ada tiang tu, masuk ikut jalan tu la kalau nak balik ke hotel.
Ini view dari a arah kanan..
View arah belakang..penghujung jalan tu adalah south gate for Xian city wall.
Area depan bangunan ni memang meriah bila dah malam. banyak night aktiviti kat sini.
Dari sini pun boleh nampak Drum Tower.
Kemudian destinasi kami seterusnya ke arah Drum Tower.
Drum Tower
Sampai bawah Drum Tower ni dah kira pintu masuk ke Muslim Quarter. Tapi kami tak naik pun Drum Tower, sekadar amik gambar dari bawah.
Sama juga seperti Bell Tower, dibina di bawah pemerintahan dinasti Ming pada tahun 1380 dan berfungsi sebagai untuk bagitau masa dah tak mencukupi kalau tiba-tiba berlaku kecemasan.
Kalau daripada luar memang nampak banyak drum bersusun.
Drum tower..dari bawah je aku tengok..
Drum tower waktu malam.
Dua kali aku datang sini, dua kali jugak le aku lepak depan bangunan ni sebab park area sini selesa sikit..Sambil tengok orang lalu lalang..Ade jugak band perform kat sini, tapi lagu china la, aku tak kenal..Lain la kalau die nyanyi lagu Sheila Amzah nyanyi mase dalam I Am Singer tu, mesti aku join karoke skali.
Dari tshirt, FM, anak patung panda, patung terracota, kain sutera, bag, lukisan...semua ada..
Tapi kene pandai tawar la..Harga yang diorang letak takde le mahal gedabak macam kat Beijing, tapi yang pasti kene tawar jugak!
Pintu masuk ni le yang aku masuk
Mane le aku tak habiskan duit kat sini banyak..memang best nak shopping kat Xian ni kalau nak dibandingkan dengan Beijing. Tapi ini pendapat aku la..sebab aku just cari barang souvenior je..Kain ela, handbag, cadar tu memamg aku tak cari pun..
Finger painting..Die tekap tangan die atas warna, pastu tekap atas kertas..Memang amazing hasil kerja tangan die..Tapi aku tak pasti berapa harga..komfirm mahal!
Lukisan
Aku boleh dapat harga tshirt kat area sini RMB20.. Tudung sutera pulak boleh dapat RMB15.
Xian Mosque
Bile dah masuk Muslim Quarter, nak pergi ke Masjid Xian pun aku main jalan je..Alih-alih dah jumpe pintu masuk die..
Semalam aku jumpe pintu masuk lain, hari ni kot lain pulak..
Btw, foreigner nak masuk masjid ni kene bayar, tapi sebab kite muslim tak perlu bayar le..
Mase aku masuk, ramai je foreigner masuk dengan tour guide masing-masing..Aku curi-curi dengar jugak ape yang guide tu explain.
Actually banyak jugak tinggalan sejarah yang disimpan dalam kawasan masjid ni. Antaranya hadiah-hadiah dari maharaja-maharaja dinasti Tang di antara tahun 618 hingga 907 kepada umat Islam China.
Banyak binaan yang dah uzur, dan ade jugak yang tengah dalam proses nak baik pulih. Biase la, kerja-kerja baik pulih bangunan sejarah ni memang makan mas. Lagi-lagi bile bangunan milik minoriti, lagi le slow progress die.. Memang banyak tak terurus dalam kawasan masjid ni. Ye la, nak maintenance pun harapkan usaha masing-masing, bukannye fully bantuan kerajaan China.
Masa aku sampai kat dewan solat utama, jemaah baru keluar masjid, dah habis solat asar. Ramai jugak aku tengok jemaah yang solat asar jemaah. Alhamdulillah, komuniti Islam kat sini masih lagi kuat.
Pintu gerbang pertama yang ada bile dah masuk ke kawasan masjid.
Tugu ape aku pun tak tau. Tapi aku pasti ia ade kene mengena dengan Maharaja sebab aku tengok guide ade cerita something kat mat saleh.
Mungkin pejabat dan tempat menyimpannya khazanah-khazanah lama.
Lagi..dalam kawasan ni ade banyak binaan bangunan.Tapi aku tak tau ape fungsi setiap bangunan tu..pergi dekat pun takde information.
Main Hall untuk solat.Ruang untuk pompuan memang takde, tapi pompuan takde masalah je nak solat dalam ni.
Lama jugak aku diri depan hall ni. Bukan tak nak masuk, tapi segan nak masuk sebab pakcik-pakcik tua yang dah habis solat dok lepak kat depan pintu masjid. Mase ni ade sorang mat saleh datang tegur..Die tanye kami, "Malaysia?"..Die cam cara pemakaian tudung kami yang ala Malaysia. So kami berbual le..Die dah travel overland dari Sabah nak cross ke Semenanjung, tapi die terkejut takde service ferry dari Borneo..So die terpaksa naik flight. Die kate lagi, die suka sangat Malaysia. Pastu die tanye aku, kenapa masjid kat Malaysia die masuk melawat, tapi kat China ni die tak boleh masuk. Aku tak tau nak cakap ape, so aku bagitau le , mungkin salah satu sebabnye, Chinese Muslim kat sini adalah minoriti, jadi diorang create their own rules yang mana non-muslim tak boleh masuk atas sebab-sebab tertentu. Maybe one of the reason is source untuk kos maintenance bukannya datang dari kerajaan China sepenuhnya, tapi dari komuniti mereka sendiri. Lain pula dengan Malaysia, owned by muslim government, and Muslim people is majority. So, rules for tourist untuk masuk masjid comes by government. Tau ape jawab? "Really?? I never know that Malaysia is Muslim country."
Dalam masjid..nyaman je bile masuk dalam ni.Ade sorang perepuan yang pakai tudung ala-ala orang Malaysia duduk berehat. Pegi berbual dengan die, rupenye orang Narathiwat, study kat Xian amik course doktor. Die kate die memang selalu je datang masjid ni nak release tension.. Aku borak dengan die loghat kelate, so Eiza dah tak boleh nak mencelah. hahah.. Cun budaknye, lemah lembut pulak tu.Tau le kalau orang siam bercakap lemah gemalai die punye tone..Kalau abang-abang traveler jumpe komfirm dah mintak no phone budak tu.
Dah habis pusing dalam masjid Xian, kami keluar untuk round-round lagi Muslim Quarter..Waktu dah dekat jam 5ptg, tapi kami taknak makan-makan lagi..So,kami pi lepak depan Drum Tower sementara nak tunggu malam.
Bila dah start malam, kami masuk muslim quarter lagi dan bermulalah episod kedua food hunting. Aku pun dah lupe ape yang aku makan, tapi sebab malam ni adalah malam last, kami makan sate kambing sampai puas. Lepas ni dah susah nak jumpe sate kambing dah.
Dah dekat jam 9 malam, kami balik ke hotel dan tidur.
Esok tengahari kita nak bertolak ke Chengdu.
bersambung...
Saya baru balik dari China (Shanghai-Hangzhou-Beijing-Xian). Memang best!!!
ReplyDelete