Wednesday, March 18, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 4 & Day 5 (Beijing-Xian)

Kita nak ke Xian naik keretapi 16 jam a.k.a bermalam atas keretapi ni.

So, get ready!!

Entry ni tak panjang sebab aku cuma nak cerita perihal atas keretapi je.

Keretapi akan bertolak jam 5.30ptg, tapi jam 1.30 tghari aku dah tercongok depan station. Orang nasihatkan datang awal 2 jam sebab takut rakyat marhain die penuh mase nak scan bag, tapi time aku pergi, takde orang!

Jadi, jam 1.30tghari tu kami dah bersila atas lantai dalam starbucks!

Dah tak tau nak pergi mana dah.

Mula-mula hajat aku nak tinggalkan je mak tapir dalam station tu then pegi jalan-jalan kat luar..tapi kang ralit jalan, terlepas train pulak. Sudahnye, hadap le kami berkelah dalam starbucks tu..

Nasib baik memang ramai dok lepak menunggu train dalam tu, jadi takde le hina dina sangat kami berdua.

Pintu depan, sebelum masuk ke Beijing West Railway Station. Ape-apehal kene scan beg dan check pasport dulu

Hall menunggu untuk train T55

Jam 4ptg, kami masuk hall menunggu untuk train T55 ke Xian..Dari jauh dah nampak screen T55 dan hall menunggu.

Sebab seat dah penuh dalam hall tu, terpaksa jugak le aku duduk atas beg aku.

Mase ni, ade sorang lelaki cina tegur kami.

"Malaysia ka?"

"Yess!!"

Exited bile ade orang tegur di kala kami ni dah macam alien semua orang dok pandang.

Rupenye mamat Chinese dari Malaysia..Die pun nak train pergi ke Xian..Tapi die amik seat duduk,kami amik soft sleeper..Katenye die nak rasa sendiri pengalaman duduk dengan local people..Die kate, kadang-kadang ayam itik pun diorang bawak naik train..

"Kalau u punye coach tu majority orang class dan kaya je naik." die sambung..

"Oh, kalau kami tidak le bang..tak sanggup. Bukan menghina, tapi dah boleh bayang toilet die camane."aku kate dalam hati je.haha

Ruang menunggu T55.Penuh rakyat marhain die.

Bila gate bukak, semua berebut..Barisan yang tadi tu ntah ke mana dah hilang..

Naik je train,waaa...aku exited!!

Sebab 2 tingkat..

Kami dok tingkat atas.

Naik je jumpa lorong, dan setiap bilik menempatkan 4 katil. Walaupun takde pintu, tapi ade privacy.

Orang lalu lalang tak kacau..

Nasib baik bilik aku tu semua perempuan yang duduk. Jadi takde masalah le aku nak tunggang terbalik tidur.

Platform
Corridor..Tempat pompuan tu berdiri tangga nak turun tingkat bawah
Masing-masing berebut duduk kat corridor.Nasib baik kami cepat, boleh le duduk sebelum tidur..Yang best jadi alien ni, takde orang berani kacau tempat kami.haha

Bile keretapi dah gerak, datang penguatkuasa check tiket dan tukar tiket tu dengan kad.Kad tu kene simpan..nanti dah nak sampai, die datang lagi kutip kad dan tukar dengan tiket asal kite.

Kami pulak, lepas menghayati keindahan alam, dah ready nak makan. Kali ni kami makan nasi goreng kampung brahim..

Sedapp!! 

Sampaikan orang lalu lalang tu jenguk kami ni makan ape.

Dah siap makan, solat..kemudian terus tidur..waktu baru je jam 9 malam.

Sedar-sedar dah jam 4.30 pagi..fuh!!nyenyak betul aku tidur malam tu..

Memang berbeza dengan KTM.

Kalau KTM mesti terhuyung hayang bile nak berjalan. Yang ini, aku siap tadah air panas dalam mangkuk maggi, bawak naik tingkat atas, takde tumpah pun..

Masa untuk tidur!!

Beg aku letak kat hujung kaki, tak larat nak angkut letak atas.

Harga tiket die tulis RMB272. Actually mase nak booking ticket, aku mintak 2 pax middle/hardsleeper untuk Beijing-Xian dan Xian-Chengdu. Tapi agaknye depa tak sempat nak grab ticket middle hardsleeper awal-awal so depa topup kot lain. Menjadikan train Beijing-Xian (2 pax softsleeper) dan Xian-Chengdu (1 pax lower & 1 pax upper). Total semua dalam USD230.

Keluar dari train station, kami terus pegi tempat teksi untuk pergi ke hotel.
Kalau ikutkan boleh je naik bas, tapi aku malas nak pening kepala cari bus stop mana nak tunggu. Lagipun mak tapir kat belakang ni berat, jadi teksi adalah pilihan utama.

Nak naik teksi pun kene beratur sebab ramai orang. Tak pe, aku sabar..untuk melepasi gate tu pun ade guard jaga. Bila ada teksi datang, baru die bagi kite keluar dari gate tu..

Bila tibe tang aku, kebetulan ade 3 buah teksi datang.So aku pergi teksi yang paling belakang since die datang dulu tapi die nak keluarkan penumpang yang dah duduk dalam tu.

Bile penumpang tu dah turun, aku cakap dengan pakcik tu mane nak pegi sambil bagi kertas hotel nak tunjuk alamat tu dalam tulisan cina.

Die terus chong-cheng chong-cheng sambil halau aku dan terus pergi ke depan amik penunpang lain yang tengah beratur.

Aku terpinga-pinga.

Apa salah aku??

Kebetulan datang lagi satu teksi berhenti dekat dengan aku, nak drop penumpang.

Sekali lagi aku bagi kertas kat driver tu.

Sekali lagi aku kene halau..Kali ni die tunjuk mata die pulak..

Lorr..buta huruf ke tak nampak?

Aku dah jadi blurr campur bengang.

Time tu jugak guard yang jaga gate dan sorang makcik tua datang tolong aku.

Die amik kertas aku, pastu die cakap dengan driver tu mana kami nak pergi..

Terus aku boleh naik!

Heran aku, driver teksi kat sini ni memang jenis tak nampak atau buta huruf ke? Habis tu ko bawak kete camane?

Dah!!Malas aku nak cerita pakcik teksi kat China ni..

Eh!!kita dah sampai Xian kan? Sebab dok hadap pakcik teksi gile, terus lupe yang aku dah dok Xian, bukannye Beijing!

Xian Railway Station. View dari atas Xian City Wall.

Hello Xian!!

Ade quote menyatakan "Go to Shanghai and you will find a 100-year-old China; go to Beijing and you will find a 1000-year-old China; go to Xian and then you will find a 3000-year-old China."

And here I am. Xian!!!

Kita terus ke hotel..Nama hotel die Han Tang Inn.Typical hotel bagi traveler blogger di Malaysia ni.

Antara sebab utama aku pilih sini ialah sebab betul-betul berhadapan dengan restaurant halal.

Dan ianya sedap.3 hari aku dok sini, 3 hari jugak le aku masuk kedai ni.

Meh la aku cerita pasal hotel Han Tang Inn ni sikit.

Untuk hotel ni, aku booking standard twin private room. Aku dah malas nak amik dorm. Bukan pasal toilet or taknak bercampur dengan traveller lain, tapi sebab susah aku nak bongkar cari barang. Bile duduk dorm, space aku nak bongkar cari baju, makanan dll jadi limited. Maklumle, bawak beg sebemban..khazanah penuh..kesian kat orang lain kot-kot aku sepahkan kawasan die.

Masuk je bilik, benda pertama yang jenguk ialah toilet..

Fuh!!Lega!!

Bukannya glass wall.


Han Tang Inn Hotel. Diambil dari dalam restoran. Sambil makan, sambil guna wifi hotel.

Facilities dalam hotel. Bilik kami level bawah, so tak sempat nak naik rooftop.

Biliknye. Aku suka sebab katil besar..best guling-guling..

Tapi sampai pagi tu, kami tak terus check in bilik..Letak beg, minum air dan makan biskut..kami terus keluar..

Kite nak pergi cycling atas Xian City Wall pulak.

bersambung...

9 comments:

  1. tak sabar nak baca cerita di xian pula ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ye..memang tengah malas ni.hihi

      Delete
  2. Dari Beijing ke Xian takde bullet train ke feeza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade je..tp xnak naik sbb nak jimat duit hotel

      Delete
  3. Feeza, nak tanya dekat Xian railway station ada locker besar tak untuk letak bag?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Locker tu tak perasan pulak ade ke tak.tp service nak simpan beg ade rasenye..kat xian ni sye tak sempat nak explore station die

      Delete
    2. Oh, ye ke. Sebab nanti nak naik train dari beijing. Pagi sampai xian, terus pegi terracotta army dgn muslim quarters. Tgh mlm terus naik flight dari xian ke kl. tuh ingt nak simpan beg dekat railway station.

      Delete
    3. sebenarnye kan..memang elok sangat le buat camtu..sebab sepanjang 3 hari kat xian ni, cuma terracotta & muslim quarter je yang mencapai keinginan yang saye nak.
      Bukannye Xian tak best..Xian memang best sebab bandar die ramai muslim & aman sikit nak dibandingkan beijing & chengdu..Tapi list of attraction place yang tahap wow tu kurang..lebih pada sightseeing je.

      Delete
  4. Saya setuju bab tido nyenyak kat dalam train tu. Dekat lebih 12 jam from Beijing to Xi'an memang tak terasa. Dah la bilik kitaorang yg 4 orang jugak tapi saya dan kawan conquer berdua je. Hehehe..

    ReplyDelete