Day 4 : 5.00ptg
Time ni kami dah sampai Padang, ibu negeri Sumatera Barat, Padang..
Kami sampai di bandar kira-kira jam3ptg. Sepatutnye kalau ikut perjalanan kami dibawa ke hotel dulu untuk check in dan keluar balik.Tapi bile dipikirkan kalau balik hotel pun mesti malas nak keluar balik. Jadi kami mintak bawak sightseeing bandar Padang, makan malam kemudian baru balik hotel.
Tapi kami cuma tengok bandar Padang dari atas van je,bukannye turun jalan-jalan.. Kami melalui jambatan Siti Nurbaya, kawasan China Town dan tengok kesan-kesan gempa bumi yang paling kuat dalam sejarah Padang iaitu pada tahun 2009.
Banyak bangunan yang retak,hampir roboh dan kesan runtuhan bangunan yang dapat dilihat.
Antaranya bangunan hotel kat dalam gambar bawah ni. Ada juga hotel yang runtuh sepenuhnya.Diceritakan TA kami waktu kejadian gempa tu, nasib baik ramai penghuni hotel dapat diselamatkan dan sempat keluar dari bangunan. Kalau tak memang ramai yang meninggal.
Sementara nak menunggu waktu malam, kami dibawa berjalan-jalan di tepi pantai around Jalan Samudera.
Sambil menunggu matahari terbenam tu, sempat le jugak melayan pemandangan tepi pantai di Sumatera Barat ni.
Sebenarnye Padang ni kalau tidak disebabkan ade kepulauan Mentawai, bandar Padang akan teruk dilanda tsunami pada tahun 2010.
Tapi disebabkan ade kepulauan Mentawai yang menghalang arus deras tsunami ke bandar Padang pada waktu tu dan kepulauan Mentawai ni merupakan benteng laluan arus tsunami dari Lautan Hindi.
Dah habis bercanda di tepi pantai, kami pun menuju ke restaurant untuk makan malam.
Dah 5 hari asyik makan nasi padang,masakan minang, malam ni kami makan makanan Jami (Jawa+Minang) pulak.
Lepas tu baru le kami dibawa ke hotel. Kat sini kami menginap di Hotel Bunda. Bile dah sampai hotel je terus lepak. Hajat di hati nak keluar cari murtabak, tapi sebab dah malas nak keluar, dok je la kat hotel packing barang sebab esoknya pun dah nak balik.
Keesokan pagi, dah bangun sarapan, sementara menunggu TA kami ade free activity. Jadi kesempatan ni kami berjalan-jalan kawasan sekitar, masuk pasar harian yang ade dekat dengan Hotel. Aku pun dah lupa ape name pasar tu. Tapi time kami pegi tu masih awal pagi,so aktiviti jualan kat sini kebanyakannye masih belum start lagi. Akhirnye kami balik dengan tangan koson. *Bagus le save sikit duit.
Suasana pagi di pasar. Bumbung bangunan yang tinggal rangka tu adalah salah satu kesan gempa bumi tahun 2009
Akhirnye jam 11pagi, TA datang untuk angkut kami ke airport dan pulang ke Malaysia.
Bye Minangkabau..nanti kami datang lagi..
*Entry ni memang terserlah kemalasan aku nak mengarang.ahaks...
nanti datang lagi sila ajak ek hahahaha.. :P
ReplyDeleteboleh...jommm..ahaks..
Deletesalam ziarah..
ReplyDeleteblog singgah blog sy baca ttg trip ke osaka, kobe, nara n kyoto...hehe
tq sudi datang sini..;)
Deletenanti sye jenguk sane ye..memang tengah gigih study pasal Jepun ni..suka bace travelog traveler yang dah ke sana
Salam,
ReplyDeletebole bagi details travel agent x?
Saye pergi dengn agent Raunsumatra. Search je dekat fb or google raunsumatra
Delete