Sebenarnye kan.. mase aku dah sampai di Chengdu mood aku untuk survive di China dah takde.
Waktu tu aku dah malas nak berjalan pergi ke tempat wishlist yang ade di Chengdu. Yang aku ingat, aku tak sabar nak balik Malaysia.
Aku tak tau sebab ape..Tapi mungkin salah satu sebab ialah rakyat marhain kat sini tak de sense of welcoming untuk tourist like me.
Kadang-kadang aku ni datang jugak jiwa tourist, aku bukannye traveler tegar pun. Kalau jiwa traveler, lagi susah journey die, lagi die suka..Tapi aku still manja lagi, tu yang aku dah rasa pudar bile dah sampai Chengdu ni.
Lagi-lagi information di Chengdu ni aku takde langsung. Yang aku print cuma direction ke hotel dan google map bandar Chengdu size A4.
Nak lagi sadis, internet hotel lembap bangang..
Lagi best bile China block blogspot, FB dan IG. FB & IG takde aku tak heran..Tapi yang paling huru hara, google pun kene block. Bile pakcik gugel takde, google map pun tak boleh la.
Terus aku mati kutu!!
Aku cuma tau datang chengdu nak tengok panda.nak pegi tempat panda pun aku tak tau..habis, camne??
Takkan nak berjimba dalam bilik hotel pulak?Rugi..rugi..
Dah la Eiza, kite tak boleh mengeluh lama-lama. Moh le kite keluar dari bilik hotel ni. Walaupun bilik best, tapi kite tak boleh buang masa.
Kita terus ke Panda Research Base Centre je.
Tapi aku tak tau cara nak ke sana. Jadi aku tanye budak hotel tu.
Die amik kertas, then tulis nama bas dan bustop yang kene turun. Lepas tu die amik map hostel, die suruh aku tunggu bus stop kat satu location yang agak jauh dari hotel..
Tu diaa tulisan dia...Mula-mula kene naik bas no 87, turun kat station Zhou Jue Heng lu, pastu cross jalan, tunggu bas no 1 plak then turun di station Wuhouci.
Kami terus bergerak. Tawakal je la..yang aku ade sekarang ni map bandar chengdu dari hostel dengan kertas budak tu tulis. Kalau sesat kang aku mintak tolong la dengan cina mana-mana.
Mula-mula misi mencari bus stop yang mana bas no 48 berhenti.
Lucky sistem public bus kat China ni memang tahap efisyen. Dua hari duduk di bandar Chengdu ni, aku boleh katakan yang sistem public transport kat sini memang bagus.
Setiap bus stop dah ada signboard bas no berapa yang akan berhenti dengan time schedule sekali. Setiap bus stop pulak ade name die, so tak payah risau nak turun kat mana asalkan alert pada nama bus stop tu je.
Akhirnya bas no 87 sampai, kami naik..puas aku dok tilik nama-nama bus stop bile bas berhenti. Lama-lama aku dah pening dengan tulisan cina, aku pegi kat driver bas, tunjuk kertas tu..Pastu driver tu angguk kepala..
Boleh caya ke tak driver ni? Tawakal je la..
Tuptup bila dah sampai satu bus stop ni, driver bas tu panggil aku, suruh turun dan tunggu bas kat seberang jalan nun...
Ooo..die paham rupenye..Tengok, ramai lagi Cina baik tauuu...
Kemudian kami lintas jalan, dan tunggu bas kat no 1 pulak..Time ni aku tengok ade geng budak muda gantung camera kat leher, so aku dah tau yang depa pun nak pergi tempat panda jugak.
Jadi, aku follow je diorang..
Kawasan ni la nak tunggu bas no 1. Seberang sana tempat bas no 87 tu berhenti. Rupenye kawasan ni adalah hub untuk pertukaran bas bas.
Akhirnya sampai jugak depan entrance Panda Research Base Center.
Dah bayar tiket die, bile dah masuk aku tengok ramai beratur dok tunggu shuttle bus untuk bawak passenger round dalam kawasan ni..
Takpe la, kali ni aku nak jalan kaki habiskan masa kat sini je. Kalau penat kang kite berhenti duduk la.
Kawasan die memang besar gile..Ade cinema, panda kitchen, swan lake, rose garden, research center..Tapi yang paling banyak ialah rumah panda la..
Panda ni diletakkan dalam satu kawasan yang luas..Memang jauh dari visitor nak pegang atau capai panda tu.
Nak-nak kalau panda pemalas, tengok dari jauh je la..
Laluan nak ke anta satu tempat ke satu tempat dikelilingi dengan pokok buluh..Cantik landscape die..Teringat pulak aku yang mase kat Jepun aku pergi Arashiyama, camera aku asyik blurr je bile masuk kawasan buluh. Tapi kat sini lagi luas kawasan landscape buluh..So boleh la aku posing ala Lopak celah-celah buluh tu.
Aku pun tak tau nak cerita apa pasal panda ni.
Walaupun dulu aku pernah berjiran dengan panda (dulu aku duduk belakang zoo negara), masa sibuk panda bawak balik Malaysia, aku tak gigih pi jenguk die. Aku tetap cari panda yang ade kat Chengdu.
Hebat kan wa?hahahahaha..
Dah, jom kite layan gambar je..
Shuttle bus a.k.a electric car untuk bawa penumpang round dalam kawasan ni. Aku dah lupa berapa tambang die. Tapi kat belakang lereta tu boleh nampak orang dok beratur tunggu turn.
Landmark Panda territory.
Landskap kiri kanan nak ke rumah panda ialah pokok buluh.
Hi Panda!!Tengah makan ye..Nak snap gambar ni punye le lama nak tunggu die alihkan buluh-buluh tu..kalau tak, buluh tutup badan die.
Taraa...dapat jugak amik gambar dengan panda dari jauh.Tau tak korang yang gambar ni bawa tuah. Nanti aku cerita kat last entry .haha...
Sekumpulan mereka sedang buat operasi mengumpat jiran sebelah..Yang sekor tu pulak merenung masa depan..pemalas depa semua ni...susah betul nak bergerak.
Dari jauh aku sekodeng panda macam paparazzi.
Haa...ni sekor lagi..punye lama aku tunggu, asyik nak menyorok di sebalik buluh tu je..Nasib aku la, datang time panda-panda ni tengah nak tidur.
Cuba ko datang dekat sikit panda oiii..Camera aku tak canggih nak zoom jauh ni.
Tengok!!Terbungkang je kejenye..hampir kebanyakan aku sampai kat rumah panda, diorang terbungkang tidur!
Oii!!Bangunlaa...mak pangil!!!
Huhuhu..Ooo..Panda!!Tolong le paham perasaan aku yang datang dari jauh semata-mata nak tengok ko..Acu datang dekat sikit, ye sayang...
Dalam kawasan ni jugak ade red panda.Bulu ekor die macam best je buat pelok.
Anak-anak panda yang comel sedang tidur. Geram je aku nak lempar somthing nak suruh diorang bangun..Haishh!!
Tengok!!betapa jauhnye diorang tidur, sampai aku kene hulur monopod aku ke depan..Ni yang nyesal tak bawak dslr ni.
Setiap rumah panda akan ade signboard panda tu datang dari mana dan umur panda.
Ini le antara panda yang paling dekat aku boleh tengok kat sini..Itupun kene beratur sebab kene masuk dalam satu bangunan dan tengok melalui cermin. Comel gile!!!
Dalam kawasan panda research base ni jugak ade kedai yang jual souvenior panda.Tapi mahal gile barang die.
Dah habis pusing semua rumah panda, kami buat keputusan nak balik je. Aku tak tau worth it ke tak datang sini. Sebab aku memang tak suka sangat binatang, jadi aku tak berapa hyper sangat datang sini. Kalau orang yang suka something about leisure, mesti suka. Lagi-lagi kalau datang dengan budak-budak.
Tapi kalau dah memang nak tengok panda dengan puas, datang aje ke Chengdu sebab kat sini le research base panda yang paling besar dalam China.
Dan walaupun aku tak berapa hyper datang sini, tapi aku perlu berterima kasih pada panda sebab panda la aku dapat tuah..Nanti aku cerita lain ye...
Sekarang kita nak cari jalan pulang dari sini dulu. Bila aku tilik dalam map yang hotel provide, salah satu attraction lain yang ada ialah Jinli Street. Dalam banyak-banyak tempat, cuma itu je yang menarik perhatian aku sebab ade title 'street' tu. So aku cadang nak ke Jinli Street terus.
Keluar dari exit panda tu aku nampak ramai tunggu bas. Dan aku tengok bas macam-macam no berhenti. Aku pun dah start konfius.
Akhirnye aku tanye je sorang budak lelaki ni. Die bagi suggestion naik bas yang sama, iaitu no 1 dan akan terus berhenti di Jinli Street.
Tapi kenapa ntah,aku rase tak confident. So aku buat keputusan balik hotel je dulu. Jadi aku ikut route yang sama mase datang tadi.
Dah sampai hostel, si Eiza sempat tidur. Tapi aku dok hadap pc nak survey mana lagi tempat yang boleh pegi selain Jinli Street.
Haa...ade masjid..so aku plan nak pergi masjid la..Lagipun kat area situ mesti ade Muslim restoran...dan yang paling senang sebab location die berada di tengah-tengah bandar CHengdu, iaitu Tianfu Square.
bersambung...
No comments:
Post a Comment