Sunday, April 6, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 5 [Part 2] ; Tokyo [Asakusa & Harajuku]

Sambungan dari Day 5 [Part 1] ; Tokyo [Odaiba]

Keluar dari station Asakusa, aku follow je crowded mana pergi....

Akhirnya aku dah nampak dia....

Kaminari Gate...Ini le yang aku nampak.Semua berebut nak bergambar kat sini.

Ramai gile orang nak amik gambar situ sebab itulah trademark Asakusa.

Lagipun kalau datang melancong ke Tokyo, semua tourist agent akan bawa rombongan ke sini. So tempat ni akan penuh dengan para pelancong lagi-lagi golongan mata sepet.
Ada dari Korea, dari China dan ramai jugak orang dia sendiri.

Asakusa ni adalah salah satu kawasan traditional yang masih terpelihara di tengah-tengah kota metropolitan Tokyo ni.

Dalam area ni  Sensoji Temple dan Asakusa Shrine jadi faktor utama kenapa Asakusa jadi tumpuan orang selain ianya menjadi pusat untuk hiburan persembahan theatre sejak zaman edo lagi.

Pelancong Korea
Pelancong Uruguay
Pelancong Congo

Masuk melintasi Kaminari Gate, jumpa le Nakamise street yang mana banyak deretan kedai cenderamata kat sini. So ape lagi, misi cari FM le.

Area deretan kedai kat bahagian depan tu kebanyakannya harga FM dalam Y380 seketul..

Jalan belakang lagi, jumpa la Y350.

Kat sini aku cari FM yang ikon Kaminari gate Asakusa & Tokyo je. Kalau nak ikon Jepun, aku dah cadang nak beli kat Kyoto.


Nakamise street
Fuh..ramai gile orang..

Dah penat berjalan, kami nak cari tempat nak duduk, tapi takde!!

Nak duduk kat kaki lima, segan pulak...

Oh Jepun, korang ni tak sakit kaki ke? Korang ni duduk kat mana eh kalau letih?

"Kalau penat nak rehat, masuk la restoran cik kak oi.." orang Jepun jawab.

Kami patah balik arah Kaminari gate, aku nampak ramai uncle-uncle yang tunggu aunty shopping berdiri kat situ. Akhirnye aku duduk je atas bollard penghadang jalan. Lantak laa orang nak cakap ape..

Kaminari Gate dari pandangan belakang
Kat sini jugak boleh nampak Tokyo Sky Tree, menara baru Jepun yang menggantikan Tokyo Tower.

Sebenarnya Asakusa ni pun besar sangat dan banyak tempat nak berjalan. Tapi sebab kaki pun dah penat, kami terus naik train ke Ueno Station naik subway Ginza Line.

Kite nak pegi Hard Rock Cafe Ueno. Aku plan nak lunch kat HRC je sebab dah lapar benor dah ni.

Tapi...

Tapi...

Bila sampai sana, inilah hadiah yang kami terima.

Boleh pulak HRC renovate time aku datang..

Sedih..

Penat...

Lapar..

Sakit kaki...

Cari tempat duduk pun tak jumpa..

Nak masuk restaurant pun tibe-tibe macam bodoh tak reti nak masuk yang mana.

Akhirnya kami buat keputusan nak terus ke Harajuku.

Aku memang saja letak itinerary pegi Harajuku petang Sabtu, mana tau kot-kot fesyen anime cosplay tu keluar..

Dari Ueno Station, kami naik train JR Chuo Line ke Harajuku Station. Walaupun jauh train ni pusing, tapi still kami tak dapat tempat duduk. Bertabahlah kaki.

Sampai di Harajuku Station, mak aihhh..ramainye orang..

Kami terus menghala ke Takeshita Dori.

Tengok usha kedai-kedai yang baju..tapi mood nak shopping tak sampai. Lagipun aku baru lepas beli winter coat kat Osaka semalam, lagipun harga di Harajuku  bagi aku lagi mahal dari area Dotonbori.

Majoriti price winter coat di Dotonbori antara ¥3000 -¥5000 sehelai, tapi di Harajuku ni aku tengok winter coat paling murah pun ¥4000. 

Akhirnya masuk Daiso nak beli hotpack.

Sekali lagi kami cari tempat nak duduk rehatkan kaki tak jumpa. Kalau nak duduk, sila masuk restoran ye!!

Stress mak gini tau!!!

Akhirnya kami duduk di kaki lima depan restoran sambil makan kebab Turkey yang harga die ¥500.

Banyak gile daging die isi..pastu aku pulak mandai mintak pedas, memang pedas berapi laa...

Nasib baik cuaca sejuk, makan pedas jadi badan aku pun boleh bertahan dengan cuaca sejuk tu.
Taksehita Dori. Dori tu maksudnya adalah street.

Spot Arashi
Lelongg...lelongg...bising diorang dok panggil customer.
Mamat Turkey yang jual kebab..die boleh cakap bahasa sikit-sikit sebab duduk dengan orang Indonesia.
Kebab ¥500. Besar dan sedap..makan dua orang pun dah kenyang.Tapi untuk perut aku dengan Nobita laa..perut orang lain tak tau le cukup ke tak.
Di Harajuku ni femes dengan creepe..banyak kedai yang jual crepe..Tapi sebab aku dah melabur beli kebab, so malas le aku nak merasa crepe ni..

Rasanya macam takda ape yang menarik di Harajuku ni. Cari minah cosplay pun tak jumpa. So aku plan balik terus ke Osaka.

Sebenarnya Harajuku ni pun besar jugak, bukannya setakat Takeshita Dori je kalau nak membeli belah.

Kalau jalan lagi di bahagian belakang lagi ada taman & shrine yang boleh tourist tengok.

Tapi sebabkan tapak kaki kami time tu terasa sakit sangat, so aku rasanya better balik Osaka je la.

Si Nobita pun cakap badan die dah rasa seram sejuk nak demam..jadi moh le kite balik Osaka, rehat kat hotel.

Dan aku pun rasa itulah solution terbaik.

Walaupun itinerary hari ni tak mencapai tahap yang aku plan, tapi aku kene jaga kesihatan jugak.Ada dua hari lagi di Tokyo ni..

Jadi terpaksa le aku skip satu lagi tempat..iaitu Tokyo Tower..

Aku memang plan nak jengok Tokyo Tower waktu malam sebab nak tengok bangunan ala-ala Eiffel Tower warna merah..Tapi nak buat camane, takde rezeki. Kita simpan je untuk next trip ke Tokyo.

Dari Harajuku Station kami naik train ke Shinagawa Station.

Di Shinagawa station, kami masuk farmasi yang hari ke-3 kami masuk tapi tak jadi beli ubat.

Kali ni, bila berdiri depan kaunter, tibe-tibe minah tu keluarkan sekeping kertas jadual translation English - Japan untuk mudahkan communication. 

Lohh..ada rupanya...Awat hang tak habaq awal-awal?

Hampa tau kami hari tu sebab tak boleh mengadu dengan awak yang kami sakit kaki..

Kat jadual tu kami tunjuk kat "muscle pain" , "foot".

Then die keluarkan 3 jenis ubat yang semuanya jenis tablet.

Dah okey dah tu..cuma masalahnya harga lebih ¥1000.

Adoi laa...

Dia pun tengok muka kami macam masalah so die tanya kami.."cheap?"

"Ooo...hait..hait..""beria-ia kami angguk..

Nasib baik die paham.

So die keluarkan lagi ubat yang harga Y280..Lorr...ada pun ubat murah.

Terima kasih doktor farmasi..

Ini le ubatnya..

Akhirnya dapat jugak ubat yang dicari.

Naik shinkansen,kami terus makan ubat tu dan terus tidur umpama tidur malam.

Sedar-sedar dah nak sampai Osaka..

Ohooo..badan kembali bertenaga..

Sakit kaki pun dah hilang...Adik aku pun badan die dah okey.

Rasa macam tak perlu balik hotel je, boleh lagi kalau nak berjalan ke Dotonbori..hihi

Tapi tak pe la, bila mengenangkan dah 4 hari aku lenjan badan aku berjalan banyak, sekarang ni perlu bawak la berehat.

Lagipun zat makanan dalam perut ni tak cukup. So perlu balik hotel makan maggi.huhu..

Balik hotel malam tu, seperti biasa lepas berendam dalam bath tub dengan air panas, makan maggi, strecthing dan terus tidur.
Aku rindu dengan coffee ni yang beli dekat vending machine. Botol belah kiri tu jadi bulat sebab aku rendam dengan air panas. Nasib baik tak meletup..

Semoga esok aku boleh bangkit dengan sihatnya memandangkan esok kita akan ke Kyoto!!

Bersambung...

1 comment:

  1. Assalammualaikum..sy dapat maklumat dari rakan sy yg tinggal di jepun..die maklumkan pada sy yg air georgia tu ade terkandung DNA en.Ba..jenama2 dari georgia dan BOSS..

    ReplyDelete