Showing posts with label Kansai. Show all posts
Showing posts with label Kansai. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 7 [Part 3] ; Kyoto [Arashiyama]

Sambungan dari Day 7 (Part 3) ; Kyoto (Fushumi Inari)

Fuhh...

Aku harapkan ini entry last Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun.

Sebenarnya aku dah kene virus M.
Aku dah start pandang sepi entry ni yang terperuk dalam draft..

Kalau ikut hati aku nak sumbat gambar, biar korang cuci mata puas-puas..
Tapi kalau ade intro, mesti ade penutup, ye dokkk..tu yang nak kene finalized jugak citer pasal Jepun.

Nanti cikgu karangan bebel pulak..

Lai..lai...meh sini vitamin Rajin..biar aku rajin sumbat karangan tahap darjah satu ni.

Eh..kita kat mana dah ni??

Okeh..tadi kita pergi Fushumi Inari kann??

Sekarang ni kita nak ke mana?

Yeahh..ada lagi satu destinasi yang belum complete sebelum kita jumpa abang pilot Air Asia yang nak terbangkan kita balik kampung...

Nama tempat tu Arashiyama.

Ada apa di sana?Apa yang menarik kat situ?

Ada 4 main attraction yang jadi hotspot tourist bila pergi ke Arashiyama.
1) Bamboo Groove
2) Torishiyama Bridge
3) Tenryuji Temple
4) Sagano Romantic Train

Nak kene bayar ke masuk semua tempat tu?

Nak masuk Tenryuji Temple je kene bayar ¥500. Yang lain tak perlu bayar.

Eh..
Kalau nak naik Sagano Romantic Train tu pun kene bayar..takkan naik free pulak.

Dah sampai station JR Arashiyama, nak berjalan ke tempat tu pun jauh jugak.

"Lightooo..straightoo...leftoo..."

Itu je yang aku paham bila makcik tuan kedai tunjuk arah..

Misi kami kat sini cuma nak pergi ke Arashiyama Bamboo Groove je since temple aku dah banyak cover di Kyoto.

Masa plan awal-awal, aku nak naik Sagano Romantic Train..

Tapi..die tak beroperasi di musim winter...

Arghhh...

Stresss..

Nak nangis pun tak gunaa..Sape suruh datang time winter..

JR Arashiyama Station.
Deretan kedai di Arshiyama
Kat area sini abang beca ramai yang aktif nak tarik penumpang..Kat tempat tourist yang lain aku nampak abang beca tarik banyak berehat. Tapi kat sini diorang boleh banyak dapat duit. Mungkin sebab Arashiyama ni besar, dan jalan lengang takde kereta, so ramai tourist nak gunakan khidmat diorang.
Nak masuk ke Bamboo Groove

Dah dekat setengah jam berjalan, sampai jugak depan bamboo groove..

Exited nak masuk ni..nak tengok buluh..Nasib baik nak masuk tak kene bayar..

Tapi, camera buat hal...Semua gambar yang aku snap jadi blur.Tak cukup dengan DSLR, digicam, Note II, dengan iphone adik aku..semua blurr bile amik gambar area pokok buluh ni..

Aku pun tak faham apa masalah kat sini..dah puas godek..

Akhirnya aku pasrah... Mungkin hantu buluh tu tengah meroyan,tu yang tak bagi kami snap kat situ.

Stress aku dibuatnya...terus hilang feel nak bergambar.Nak explore area bamboo groove pun aku dah takde mood..

Jadi kami patah balik keluar dari bamboo groove tu.

Bamboo blurr
Bamboo bambino
Aku cuba snap banyak kali,ini le satu-satunya gambar aku yang tak blurr..tapi ada entiti pulak terkandung dalam gambar ni..aku pasrah..

Kalau ikut plan, lepas pergi bamboo groove aku nak balik Kyoto Station terus sebab nak shopping & habiskan baki duit Yen yang ada..tapi aku tak puas hati dengan apa yang aku dapat di Arashiyama..

Misi aku ke Arashiyama cuma untuk bamboo groove je,temple & bridge tu tak pergi pun tak pe.

Tapi bile bamboo groove dah tak mencapai tahap kepuasan aku, so aku perlu cari objek lain untuk penuhkan memory card ni sebelum balik.

Jadi dalam kepala aku dah nampak Tenryuji Temple..Tapi aku masih berbelah bahagi lagi nak masuk sebab Nobita dah takde mood nak melawat apa-apa tempat sekalipun. Muka die pun dah jadi macam Sinyu..Aku tak tau hati dia dah sampai mana, mungkin dah sampai Malaysia kot..Tapi buat kepala aku sendiri, sikit demi sikit aku approach nak masuk Tenryuji Temple.

Akhirnya sampai jugak depan Tenryuji Temple.


Pintu masuk ke Tenryuji temple..
Masuk gate paling depan
Chokushi Gate ni adalah struktur tertua dalam komplek Tenryuji Temple ni. 
Sepanjang jalan masuk ke Tenryuji Temple, sebelah kanan ada banyak gate masuk ke hall yang juga sebahagian dari kawasan Tenryuji Temple. 
Lagi satu gate..
Aku tak tau boleh masuk tak ke dalam. Aku cuba jalan masuk sikit, tengok garden yang ada ni memang lawa. Kalau ikut hati aku memang nak masuk lagi, tapi sebab Nobita dah sound aku & buat muka 'cepatla nak balik wei.." so aku tak jadi nak amsuk.

Akhirnya sampai le bangunan hall ni yang dipangil The Teaching Hall a.k.a Sermon Hall.


Tenryuji Temple ni boleh dikatakan kompleks temple yang besar di mana ia menempatkan anak-anak temple yang lain. Ada bangunan untuk meditasi, quarters tok sami, ade bangunan untuk melukis dan banyak lagi bangunan yang aku pun tak tau ape kegunaan die.

Tapi mata aku cuma terarah padah Main Hall Tenryuji Temple je sebab hall ni memang femes dan pernah digunakan dalam cerita Hana Yori Dango SP.

Masuk ikut Main Entrance Gate, akan jumpa zen rock garden dan Main Hall dulu.

Kemudian boleh le nak pusing keliling zen garden ni. Memang cantik..Aku rasa antara Zen garden yang aku pergi di Kyoto ni, garden di Tenryuji Temple paling cantik.

Kalau aku datang semalam, mungkin aku tak dapat feel konsep zen garden ni sebab kene tutup dengan salji. Tapi hari ni sebab salji takde, jadi aku dapat tengok sendiri betapa kemas dan telitinya diorang jaga garden ni.

Masuk dari main entrance akan jumpa Main Hall (Hojo)

Zen rock garden yang ada depan Hojo.
Hojo (Main Hall)
Hojo (Main Hall)
Kemudian kami jalan mengelilingi Sogen Garden..Cantik!!Cuma pokok je togel takde daun.
Penuh dengan moss
Walk path
Sebahagian Sogen Garden
Sebahagian Sogen Garden
Sebahagian dari sogen garden
Shoin drawing room.
Kalau ikut laluan berbumbung boleh pergi ke dewan-dewan yang lain seperti bangunan tea house.
Dah habis pusing Sogen Garden, membawa kami ke bahagian belakang Main Hall tadi yang ada kolam yang telah diuruskan sejak 700 tahun lagi. View kat sini memang cantik.
Gambar 4 season di Sogen Garden

Dah habis jelajah sebahagian Tenryuji Temple, kami pun balik..Tak jalan habis pun sebab ada orang dah rimas nak balik..

Die kata semalam dah jumpa snow kat Kyoto dah cukup puas..So dia malas nak buat aktiviti lawatan budak sekolah..Dia nak buat lawatan kat shopping complex pulak..

Iyo laa...iyo laaa..tau le duit Yen banyak lagi..Kot ye pun jimat laa..

Kami balik ke Kyoto Station, pusing-pusing sekitar shopping complex underground sambil-sambil cari restoran yang aku berani masuk. 

Tapi lepas tanye semua restoran, semua ade menu pork, so memang takde rezeki la nak makan dalam restoran Jepun.

Lastnya masuk balik Kyoto Station, shopping di mini mart yang ada. Teh uncang, coklat, cikedish...semua aku borong...

Sebelum naik train direct ke airport, kami beli set bento dulu. Sebab ralat tak boleh makan dalam restoran, so kali ni set bento kami taknak share.. 

Tibe-tibe angin tamak datang..maklumle, exited nak balik...

Dari Kyoto Station, kami naik Haruka Limited Express yang mana train ni cuma berhenti di beberapa main station je.Nasib baik le bila naik train ni boleh makan..Ala-ala shinkansen jugak..So dapat le kami makan atas train...

Tapi bento tak habis!!..aku dah puas sumbat nak habiskan. Rugi pulak beli dua set..Kalau tau beli satu set je..

Tu laa...

Tamak lagi...

Nobita punye set bento Y1000

 Aku punye set bento Y880..Kotak die pun cantik.Nak makan pun sayang..
Pramugari airport sedang berdiri tunggu announcement sebelum kaunter bukak. Bila dah abis announcement, tunduk hormat then baru bukak kaunter. 

Dah sampai airport, kami terus hantar luggage..Bila aku timbang beg aku, dah kurang 3kg dari aku datang itu hari...Nampak sangat nak datang penuh bawak makanan je..

Dah settle semua, aku masuk toilet sebab nak tukar baju biasa..panas pulak duduk dalam airport ni. Jadi long john dan segala mak nenek barang winter dah boleh sayonara..

Bila dah pakai one piece ni, aku perasan yang jeans aku dah hampir terlondeh, baju aku pun dah longgar..
Aku pun tak tau berapa berat badan aku dah hilang..

Exited!!Happy!!

Tak sangka 8 hari kat Jepun boleh buat aku turun inch..

8 hari kat Jepun juga aku sempat cover 4 main hotspot : Hiroshima-Tokyo-Osaka-Kyoto.

Siap bonus dengan Fukuoka, Hakone, Kobe & Nara..Cuma Hokkaido je aku tak sampai lagi.

Dengan budget yang ciput, aku pun tak sangka dapat cover semua tempat tu..

Berbaloi sakit kaki..
Berbaloi jalan terkangkang..
Berbaloi stock ubat yang aku bawa semua habis..
Berbaloi dengan kulit muka & jari aku menggelupas..
Berbaloi dengan kuku aku rosak dek suhu yang over sejuk..
Berbaloi tak cukup zat makanan..
Pendek kata segala kesengsaraan aku sepanjang pengembaraan ni terbayar dengan apa yang aku dapat.

Terharu...

Bangga..

Gembira..

Sedih nak tinggalkan negara matahari terbit ni...

Dan..jam 11.30mlm, flight bertolak balik ke Kuala Lumpur..

Bye Jepun!!Seribu kenangan denganmu takkan kulupakan..

Nanti aku datang lagi..

Sayonara...

Wednesday, March 26, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 2 [Part 2] : Nara


Oh Yeah!!

Eh,apsal tibe-tibe Oh Yeah pulak ni..

Sebab dapat naik shinkansen lagi kot..

Seriously aku dah jatuh cinta dengan shinkansen ni.

Eh???

Aku suka sebab dapat tengok view rumah-rumah kampung,sawah padi yang mengering,ladang-ladang yang togel daunnya, sungai-sungai yang bersih..

Tapi...asal aku nak ambik video,die masuk terowong..asal aku nak snap gambar,die masuk terowong..huh!!

Okey, nak aku tempek penempatan sepanjang atas shinkansen. 






Selepas 1 jam setengah, kami sampai di Shin-Osaka dan terus kami cari locker untuk simpan mak tapir ni.

Nak simpan locker tu pun satu hal jugak bila masing-masing takde duit kecik sebab dah buat beli air pagi tadi. Bagi locker besar, kene sediakan syiling ¥600.

Sekali aku dengar bunyi "kling..kling.." syiling jatuh..rupenye kat belakang tu ade mesin nak tukar duit kecik..hohoho..mantap!!

Lepas simpan beg, kami masuk balik ke track shinkansen..

Nak pegi mane pulak ni??Asyik dok naik shinkansen je budak bertuah ni.

Kita nak pergi Nara.

Nak ke Nara ni ada dua cara kalau dari Shin-Osaka.
1st: Shin Osaka --> Osaka Station --> Nara Station(naik train JR)
2nd: Shinkansen ke Kyoto Station-->Nara Station

Memandangkan aku dah duduk di Shin Osaka, jadi aku pilih route ke Kyoto Station naik shinkansen then ambil train ke Nara.

Dah sampai Kyoto Station, pun senang nak cari track untuk naik train., cuma follow signboard Uji & Nara. Kat sini aku cuma jeling je ke arah keluar Kyoto Station..

"Tak pe,Kyoto..4 hari lagi I datang sini cari u tau..hari ni I tumpang lalu je dulu."

Aku memang dah set date untuk datang Kyoto ni haro-hari terakhir pengembaraan aku.

Save the best for the last!

Train ke Nara ni train ekspress sebab die tak berhenti di station kecik. Journey dari Kyoto Station->Nara Station mengambil masa 1jam10min.

Atas train dari Kyoto ke Nara, boleh tengok lagi dekat kawasan perumahan Kyoto.

Atas train nak ke Nara. 

Nara

Nara kiranya salah satu must visit attraction place kalau ada di Kansai Area.

Kat sini adanya Nara Park yang sungguh besar yang menempatkan Temple, Shrine, Museum, taman yang cantik. Ianya dibuka pada tahun 1880 yang juga menempat lebih 1200 ekor rusa.

Turun dari station Nara, masuk kejap tourist information nak ambil map.

Tourist Information Centre  depan Nara Station


Hajat di hati nak sewa basikal, tapi bile aku tilik map, nak pergi kedai nak sewa basikal pun kene menapak jugak. So cancel je hajat tu.Lagipun aku fikir jugak, kalau nak naik tangga naik ke temple pung kene tingalkan basikal tu kat bawah jugak.

Map Nara Park yang aku dapat di Tourist Information Centre.Korang tengok le sendiri Nara Park yang teramat besar. 

Deretan kedai yang ada sepanjang jalan menuju ke Nara Park.  
Tengok orang-orang dia naik macam-macam jenis basikal rasa nak bawak balik satu kat Malaysia. Tapi kalau naik basikal kat Malaysia kene bersaing dengan kereta. Diorang kat sini best le sebab persaingan dengan pejalan kaki.

Jalan menuju ke Nara Park.

Sepanjang jalan ke Nara Park aku asyik berhenti tengok decoration bangunan-bangunan ni. Tak macam kita, biasanya sepanjangan jalan dibina kedai teres, jadi design bangunan tu nampak boring sebab sama je. Tapi kat Jepun diorang bebas nak nak design bangunan asal nampak cantik dan kemas.



Dah sampai separuh jalan, aku berhenti masuk lagi Tourist Information Centre nak tanye kat mana kedai nak sewa basikal. Then die tunjuk jauh lagi kedainya yang mana aku kene ikut jalan lain seolah-olah kene patah balik. So aku buat keputusan berjalan kaki je. Lagipun basikal tak boleh bonceng, means aku kene sewa dua buah basikal jugak.

Lepas 1km berjalan, sampai jugak di Kofukuji Temple.

Nak naik temple ni pun kene daki anak tangga jugak..fuh!!Mengah!!

Tasik yang ada depan depan Kofukuji Temple.


The Southern Octagonal Hall
Five Storey Pagoda
The Eastern Golden Hall 

Aku dah cerita kan dekat Miyajima ada banyak rusa yang berkeliaran. Di Nara Park ni laaaagii banyak banyak rusa.
Rusa ni binatang suci agama diorang, sebab tu diorang biarkan aje berkeliaran dan nasib baik dia jinak.

Kat sini pun ade gerai yang jual makanan untuk bagi rusa makan. Kemudian korang berpeluang le dekat dengan rusa  sebab dah ada makanan. Kalau tak rusa memang tak pandang korang laa...

Macam aku dengan Nobita, sebab takde pegang makanan, memang rusa tak datang dekat pun.
Kesian pulak aku tengok rusa tu dok kacau budak-budak yang pegang makanan.

Tengok tu, orang dah bagi makan, die mintak lebih pulak.
Kesian famili ni, rusa tu asyik dok follow stroller baby tu je sebab die tau dalam beg tu ade makanan.hahaha

Seterusnya kami berjalan lagi nak menuju ke Todaiji Temple & Daibutsuden Hall melalui taman yang besar dipenuhi dengan rusa.

Dah sampai tengah-tengah taman menuju ke Nara Park ni, aku berdiri di bahagian belakang bangunan Nara International Museum, aku berkira-kira nak teruskan perjalanan ke Daibutdusen Hall dan seterusnya ke Nara Park.

Tempat yang aku berdiri sekarang ni tak masuk centre Nara Park lagi, cuma pintu depan je..

Nara National Museum


Aku tengok map, waahh..jauh lagi tu kalau jalan kaki..

Tiba-tiba ada rusa berdiri belakang, tengah aim nak sondol buntut aku le tewww...

Tapi sebab aku takde pegang anything berunsur makanan, die tengok je..

"Oii rusa, kalau aku teruskan perjalanan ke depan agak-agak letih tak?"

"Mesti le letih dowh..lagi-lagi ko kan Doraemon, kaki pendek. Orang lain langkah besar, ko langkah kecik.."
rusa jawab.

Erk....

Betul jugak, sape suruh cancel sewa basikal.


Akhirnya aku tinggalkan je rusa tu kat sini, Mesti die frust aku tak bagi die makanan padahal time tu aku baru nak bukak coklat sneakers.

Nobita!!Kita patah balik!!

Save the energy!!

Jalan balik ke Nara Station, lalu ikut restoran yang letak sample makanan depan kedai buatkan aku rasa lapar.
Waktu tu dah habis waktu lunch, tapi kami cuma makan coklat je..

Terliur aku tengok set makanan yang diorang letak depan kedai tu.

Akhirnya kami beli coffee BOSS di vending machine. Kat Nara le satu-satunya vending machine yang aku jumpa jual semua air Y100. Kat tempat lain kebanyakannya jual Y120-Y150 setin.




Dah,jom kita tinggalkan Nara. Ada lagi satu tempat yang kita perlu jejak dan nak pegi situ pun makan masa sejam lebih jugak.

Sebab itulah menguatkan alasan aku tak perlu ke Todaiji Temple walaupun sebenarnya aku boleh dikira rugi tak jejakkan kaki ke situ.

Tak pe la, dekat Kyoto ada banyak lagi temple.Lagipun, aku ni Islam, tak perlu ralat sangat tak pergi temple.

Kita nak ke mana pulak ni?

Kita akan ke Kobe, kawan-kawan..

Jom..pakai tali pinggang keselamatan.

Bersambung..