Monday, October 17, 2016

Amazing China 2015 : Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou [Day 6 ; Chongqing Sightseeing]

Sambungan dari Amazing China 2015 : Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou [Day 5 ; Wulong National Park]

Hari ni hari terakhir kami di Chongqing..

Memang tak sabar sangat nak balik Malaysia. Aku rasa mental aku dah breakdown dek pasal terperangkap dengan keramaian rakyat China semalam.

Jadi kalau ikutkan hati aku memang nak duduk dalam bilik hotel je.

Tapi mengenangkan perjanjian aku dengan AA yang mana aku kene ambil gambar selfie sebagai bukti yang aku dah sampai Chongqing, terpaksa aku gagahi jugak untuk keluar.

Misi hari ni cuma nak round-round bandar Chongqing je. Ada lebih kurang 5-6 hotspot untuk tourist dan icon Chongqing.

Jam 10 pagi kami keluar hostel, terus je subway station yang ada depan hotel. Tapi sebelum tu aku tinggalkan beg dalam store. Aku dah set, petang ni kite rehat kat lobby hotel dulu sebelum pergi airport.

Memandangkan aku dah melanda malas melampau, aku banyak tempek gambar je la.

Bercinta betul aku nak finalized travelog chongqing ni.

Eiling Park

Eiling Park ni termasuk dalam list attraction bandar Chongqing. Nasib baik la location die pun dekat dengan train station, jadi senang le aku nak sampai.

Katanya kat sini antara highest place yang boleh tengok skyview bandar Chongqing.

Jadi sebab tu le aku nak datang sini.

Eiling Park ni besar jugak, banyak orang-orang die tengah buat taichi.

Tapi takde le aku nak explore lebih-lebih sebab aku datang sini cuma nak mencari menara die je.

Kata nak tengok skyview bandar Chongqing kan?

Tapi kalau dah nama duduk kat China ni, jangan harap la nak nampak awan cantik.

Kabus  manjang!!

Memang teruk air pollution kat sini. Terimalah kenyataan.


Chongqing adalah satu-satunya bandar yang menerima pembangunan paling pesat. Dalam tempoh 10 tahun, dari sebuah kawasan pedalaman, ianya menjadi satu bandar metropolis. Search je la documentary pasal bandar Chongqing. Even mat saleh pun kagum population & development  tempat ni mengalahkan New York.

Skycrapers dalam gambar ni terletak dalam radius 5km dari pusat bandar Chongqing. Kalau nak tengok dalam bandar, boleh tengok dari cable car yang aku naik pada hari pertama tu. 

Tapi sayang seribu kali sayang, bila di China ni, harapan ko nak jumpa langit yang cerah tu tipis sekali. Kilang kat China beroperasi 24jam, sebab tu semua barang ko jumpa 'Made in China'. Terpaksa la aku selfie jugak walaupun kabus tebal.

Aku selfie banyak-banyak nak bagi airasia, takkan tak tempek pulak kan..Untuk kak Helen yang kerja kat AA(tukang uruskan tiket free aku), ni la buktinya aku dah sampai Chongqing. 

Eh, tak habis posing lagik!!Dah, next location please!!!

Ciqikou

Keluar dari Eiling Park, kami ke Ciqikou yang letaknya dalam district Shapingba iaitu  20km dari CBD.

Walaupun letaknya jauh dari CBD, tapi population bagi district ni ialah 1.2 juta!!

Di Ciqikou ni la kalau nak tengok original Chongqing.

Dan jugak tempat nak shopping souvenir dari Chongqing.

Itu le sebab utama aku sampai sini. Dah tiba masanya untuk kita kena beli buah tangan nak bagi orang kampung. Souvenir kat China ni aku tak kisah sangat sebab harga-harga di China ni masih reasonable lagi kalau nak banding Korea dan Jepun.

Location Ciqikou ni pulak dekat dengan train station, jadi mudah le nak sampai sana. Cuma harga tiket mahal sikit sebab die jauh. Tak salah aku dalam RMB4.

Gate masuk ke Ciqikou

Kedai-kedai yang jual souvenir. Meriah tempat ni.

Bila dok sini, aku teringatkan Xian. Kalau kat Xian, aku boleh pulun semua streetfood tanpa ragu-ragu. Tapi kat sini, bau-bau makanan mengancam, tapi telan bau je laa...

Dah sampai sini, shopping je segala macam souvenir, FM, cermin, tempat urut..macam-macam lagi Jangan ko pi beli yang ni pulak, ni antara barang rare yang jumpa.

Three Gorges Museum dan Chongqing People Square

Dah siap shopping, naik train lagi ke CBD dan berhenti di Lianglukou. Dari sini aku amik teksi ke Three Gorges Museum dan People Square.

Sepatutnya aku boleh naik bas, tapi sebab dah malas nak pening kepala cari no bas, tambah-tambah lagi hari last aku dah takde mood nak explore, jadi le aku naik teksi.

Nak naik teksi kat China ni ade cara die jugak. Bila dah dapat teksi, ko naik terus dan tunjuk gambar bangunan kat driver. 

Jangan ko cuba nak communicate dengan driver die. Kalau ko bagi kertas tulisan cina pun diorang malas nak baca. Jadi, cara terbaik ialah tunjuk gambar je.

Aku dah lupa berapa tambang naik teksi ni, tapi still murah lagi.

Ini le die Chongqing People Square and Auditorium, salah satu landmark bagi bandar Chongqing.

Chongqing Auditorium dan Three Gorge Museum ni saling menghadap. Tujuan aku ke sini untuk masuk Three Gorges Museum, tapi rupanya hari Isnin tutup. Aku nak masuk sini memandangkan aku takde peluang naik cruise menyelusuri Yangtze River. Jadi aku fikir bila masuk museum ni dapat le tengok ape yang ada di sepanjang Yangtze River. 

Gate adalah titik tengah antara museum dan auditorium.

Kawasan ni memang besar, lenguh jugak kaki kalau nak berjalan. 

Masa yang sepatutnya aku masuk museum tu, aku isi dengan lepak-lepak area ni sambil makan buah.

Satu benda yang aku perati, mak bawak anak kencing merata-rata adalah le 3-4 minit sekali aku jumpa.

Haish..balik nanti aku kene samak tapak kasuk agaknya.

Hongyadong

Kemudian, kami naik teksi lagi ke Hongyadong Building.

Aku tunjuk je gambar bangunan ni sebab aku tak pasti nama tempat tu betul ke tak.

Akhirnya sampai..

Ini le Hongyadong Buiding. Kompleks perniagaan bertingkat-tingkat. Dalam ni ade macam-macam. Hotel ade, shopping complex ade..Kalau belah depan akan nampak design bangunan ni yang melambangkan old chinese, tapi belah belakang adalah bukit. kalau nak pergi ke belah belakang, kene naik lift sampai ke tingkat paling atas dan bila keluar akan jumpa jalan besar. Kalau nak lagi cantik, boleh datang kat tempat aku berdiri ni bila dah malam sebab lagi meriah dengan lampu-lampunya. Sebab aku dah sedia maklum yang aku akan fail nak snap nightview, jadi aku pilih datang tengahari.

Nak masuk bangunan ni pun aku berpusing jugak mencari pintu masuk. Sebab design die yang complicated, tenggelam main entrance dibuatnya. Tak macam shopping mall yang lain yang mana entrance die dari jauh boleh nampak, tapi untuk bangunan ni aku tak jumpa pintu besar, yang aku jumpa pintu kecik je.

Ada park depan die..Aku masuk park ni, panjat sampai kat tempat air terjun tu.

Berjalan-jalan dalam ni mall ni aku tengok takde ape yang menarik. Banyak lorong-lorong jadi aku pening nak berjalan. Tapi yang perasan kalau nak cari cruise-cruise menyelusuri Yangtze River, kat sinile tempatnya. Agensi kat sini offer pakej murah-murah.

Masa aku mencari-cari lif untuk naik tingkat paling atas, aku terjumpa model Hongyadong building . Kalau nak ambik gambar overall buiding, aku kene menapak jauh lagi, jadi gambaran Hongyadong building camni le. Dia dibina di kaki bukit jadi bila naik ke atas akan jumpa open area atau skypark.

Keluar je lif aku nampak bende ni. Kapal nak berlayar daaa..




Rupanya kat atas ni ade banyak arca-arca dan patung-patung icon Chongqing. Jadi best la jugak ade port bergambar.



Banyak lagi patung-patung yang macam ni, tapi sebab nak boleh bergambar pun perlu kesabaran yang tinggi sebab nak berebut dengan rakyat die, aku mengalah.

Kami duduk buang masa di starbucks yang ada dekat dengan situ sambil berkira-kira lepas ni nak pergi mana. Nak balik hotel awal lagi.bilik pun dah checkout. Nak pergi berjalan-jalan pun tak tau nak pergi mana dah. 

Along, aku terasa nak makan dumpling la..nak rasa jugak dumpling kat negara china ni camana rupe die..

Haa..jom la, kita makan kat restaurant depan hotel tu."

Ni nak balik hotel ni camana?naik teksi ke?

Tak la, jom jalan kaki.

Ko tau ke kat mana?

Heyy...ini feeza fauzi la..google map dalam tangan.muahahaa

Jomm...

Kami bergerak..

"Eh, Obama!!

"Ape buat kat sini?Bukan sini kawasan komunis ke?"

Takde la..saye saje je ambil angin kat sini.Nak test market pun iye jugak...

Kami berjalan lagi, banyak bangunan design pelik  aku jumpa. Bila nak snap je ade je tukar tolong tilik kat kat screen handphone.

Berjalan hingga ke Liberation Monument yang kami pergi masa hari pertama . Pergi mana-mana pun memang kami jadi perhatian. Ramai tengok tu sebab kami berjalan sambil pegang monopod & cliplens.

Bila aku kata jadi tumpuan tu memang jadi jadi tumpuan la. Ni Nobita kene kerumun dengan penjual monopod sebab die pelik tengok cliplens. Aku datang china setahun lepas, orang die jakun tengok monopod, kali ni aku datang diorang jakun tengok cliplens. Next year aku nak pergi lagi la, nak tengok orang die jakun tengok ape pulak.

Akhirnya sampai area hostel, kami masuk muslim restaurant yang ada area situ dan order dumpling. Tokey kedai pun pelik order dumpling je. Tapi portion die besar, memang penat le nak habiskan.


Kemudian kami balik ke hostel. Masa baru jam 4 petang, flight jam 12mlm.

Nak taknak kami lepak dekat lobby hotel. Nasib baik le sofa banyak, jadi boleh le kami landing kejap.

6.30 petang kami keluar naik train ke airport. Train akan berhenti di Terminal 2, jadi kalau international flight kene tunggu bas untuk pergi ke Terminal 1. Nasib baik le banyak masa lagi, kalau tak kalut jugak aku dibuatnya.

Dah naik bas tu baru le tau, dekat sangat je T1, jalan kaki pun boleh.

Hati aku meronta-ronta nak balik..Tak sabar nak naik flight, nak tidur.

Cukup la..memang hari ni limit untuk aku duduk di China. 

Untuk datang China lagi mungkin boleh, tapi untuk extended sehari lagi aku dah surrender.

Jiwa aku dah ade kat Malaysia dah.

Tapi....

Flight delayed la pulak. Dekat jam 3 pagi baru flight terbang..

Aku dah pengsan awal-awal bila dapat seat. Nobita kata ade ade jumpa air pocket, semua orang menjerit. 

"Ko tak sedar ke?" die tanye aku..

"Tak..tidur mati.."

Akhirnya sampai Malaysia..Alhamdulillah

-END-

Akhirnya habis jugak cerita aku pasal Chongqing ni.

Aku nak sambung pasal Korea pulak. Itupun entah bila boleh siap.

Tapi aku tampal dua gambar yang aku kira hanya jumpa di China je.

Sebelum tu aku nak jawab kalau sesape tanye sama ada nak pergi China lagi ke tak.

Jawapan aku.."Nak..banyak lagi hidden place kat China tu yang aku nak explore."


Kereta tayar tiga ni banyak aku jumpa kat sana. Kat Chengdu, Xian, Beijing aku takde jumpa pun. Tapi di Chongqing berlambak.

Ini??Ini adalah perkara biasa yang boleh jumpa kat sana. Sebab tu sampai je  Malaysia aku basuh kasut & beg aku..


Monday, September 5, 2016

Agoda or Booking.com??

Aku sebenarnya tak tau nak letak tajuk apa untuk story aku kali ni.

Tapi aku rasa aku perlu share bende ni memandangkan hampir semua pembaca blog aku adalah pengguna Agoda atau Booking.com bila nak buat tempahan hotel.

Gini...Panjang ceritanya, tak boleh nak pendekkan.

Dalam bulan July lepas family aku nak bercuti di Melaka. Walaupun kami orang Melaka dan sedara-mara penuh kat sana, kami gatal jugak nak duduk hotel. Nak feeling pelancong la jugak bila dah datang Melaka ni.

Seperti biasa, aku le jadi orang yang dipertanggungjawabkan untuk cari hotel.

Pilih punya pilih, aku berkenan dengan Bayou Lagoon Resort sebab dah siap dengan water park, jadi anak buah aku boleh main-main air. Sebelum ni aku dah pernah stay resort sebelah die, Gold Coast Resort, jadi kali ni aku nak cuba Bayou Lagoon pulak.

Bila tengok teramatlah murah sebab aku guna Agoda Apps dan waktu tu ade happy hour offer.

So, ape lagi, aku terus grab suite tu (3 bedroom) dengan harga RM350++ (after tax).

Tapi....
My selection is 3 Bedroom Apartment


Nasib baik.....nasib baikkkk...

Bila aku kata nasib baik, memang bernasib baik laa..

Booking aku tu auto-generate dengan google calendar kat hp aku.

3 hari sebelum tarikh planning kami nak ke Melaka (23th July) aku terperasan di kalendar hp aku tu die set date utk booking agoda hari Selasa (26th July).

OMG!!!Aku dah salah tarikh booking laa...Aku pun tak tau camana boleh select date tu. Aku fikir maybe jari aku ter'tap' button 26th July, then bile aku tengok harga murah so aku terus grab without check.

Memang salah aku punn..

Kemudian, aku terus amend tarikh since hari tu ialah Khamis, tapi kami masuk check in hari Sabtu. Kalau tak cepat bertindak silap-silap bilik dah full memandangkan Melaka memang penuh tiap kali weekend.

Jadi bila dah buat ammendment, harga bilik terus naik jadi RM475.75.

Takpe la, aku redha..nak buat camane, memang silap aku jadi aku terima hakikat harga bilik dah naik.

Rupanya dalam masa yang sama, adik aku pun dah buat booking hotel yang sama bila die dapat tau aku salah tarikh booking. Mase ni memang misscomunication sikit antara kami sebab masing-masing dah kalut dan  risau takut hotel tu dah full untuk weekend.*malas nak cerita panjang bab ni.

Kalau tak jadi trip ni, punah lah harapan ayah aku nak tengok cucu die main air. Die siap beli boya lagi untuk cucu die.

Jadi sekarang ni, kami ada 2 booking untuk hotel yang sama dan tarikh yang sama.

Waktu tu dah termasuk 3 hari sebelum departure yang mana aku dah sedia maklum sama ada agoda atau booking.com akan kenakan fully charge kalau cancel.

Tapi aku tak pasti dengan Agoda, sebab dekat aku punya page terang-terang masih lagi state "Free Cancelation" untuk aku punya booking.

Sementara di Booking.com, awal-awal lagi dia dah highlightkan dengan font besar & kaler merah untuk penalty charge kalau aku cancel booking.

Jadi dalam situasi tu, haruslah aku cancel booking di Agoda since its 'free cancellation'.

Maka di hari kejadian, berjimba lah kami sekeluarga di Bayou Lagoon.

Nak review jugak ke Hotel ni?

Ni waterpark die..belah sana nun ade lagi, tapi sebab anak buah aku kecik, takde le pegi tempat dalam. Itu pun takut masuk air..Bilik pulak aku tak sempat snap sebab belum ape-ape dah bersepah diorang pulun.

Bagi aku biasa-biasa je. Tapi aku dah pernah masuk Gold Coast (sebelah die), aku lebih prefer Bayou Lagoon lagi.

Dari segi suite, Bayou Lagoon lagi best, cuma kitchen die tak disediakan dapur/microwave. Tapi dari segi waterpark, Gold Coast lagi best..

Baik..habis berjimba di Melaka kami sekeluarga pulang dengan seronoknya.

Selepas sebulan, aku pun dah lupa memori daun pisang di Bayou Lagoon.

Satu hari....

Aku tergerak hati nak check statement credit card aku. Dulu seminggu sekali aku akan check, tapi sejak akhir-akhir ni aku malas, jadi le sebulan sekali..

Dan aku terlihat ada transaction bertarikh 21hb July atas nama 'Agoda Reservation Internet GB'.

Ah sudahhh..berderau darah aku kejap..

Setau aku, last aku guna Agoda waktu nak book Bayou Lagoon, tapi aku cancel sebab check in guna Booking.com.

Aku call Agoda Malaysia, tapi mesin yang jawab dan suruh tinggal pesanan. Tinggalkan pesanan pun lepas 2 hari takde reply.

Jadi aku try godek website Agoda, nasib baik la ade button 'Email Us'. Itu pun aku jumpa lepas masuk bahagian 'FAQ'..

So aku buat report, cerita by kronologi dari start booking, amendment dan seterusnya cancel booking.

Aku tekankan jugak yang memang waktu aku cancel, di website tu tertera 'Free Cancellation'.

Jadi lepas 2 hari, aku dapat reply dari Customer Service Agoda.





Memang le jawapan diorang akan tekankan yang 'Cancellation & Change Policy bla..bla..' tu.. Itu aku dah sedia maklum.

Walau macamanapun diorang akan try jugak contact hotel untuk waiver fee tu without guaranty.

Keesokannya aku call Bayou Lagoon dan bercakap dengan budak account. Panjang lebar aku terangkan nak suruh die faham. Aku pun memang tak mengharapkan apa-apa dari hotel since aku buat booking melalui Agoda. Cuma aku harapkan diorang accept untuk buat waiver tu.

Tapi budak yang aku berurusan tu kata after bincang dengan management, diorang tak boleh buat waiver tu since dah terikat dengan 'cancellation policy' tu. Budak tu memang nak tolong sebab dia faham aku dah bayar untuk 2 suite, tapi check in 1 suite je. Tapi management tak bagi, die tak boleh buat apa.

Okey, management Bayou Lagoon ni memang aku dah sedia maklum sifat tamak diorang sebab aku dah pernah baca review kat sini. Tapi ape salahnya kalau die offer compensation dengan cara aku boleh check in satu hari hat hotel dia.


Selang sehari, Agoda reply yang pihak hotel tak nak buat waiver fee tu. Aku dah tau dah jawapan diorang walaupun diorang tak inform dan aku dah pasrah..

Tapi Agoda tanya apa reason kenapa aku cancel booking lepas dah buat confirmation.

Berkira-kira jugak aku nak reply, sebab aku dah sampai tahap redha.


Tapi aku reply le jugak sebab nak jaga hati diorang. Diorang pun mesti nak masukan dalam rekod


Tup tap, sehari kemudian aku dapat email cakap Agoda dah buat waiver fee tersebut since aku adalah loyal customer diorang. Hah!!Ape lagik, senyum sampai telinga la aku..

Iyela, RM475 tu bagi aku boleh dapat tiket pergi Bali kot.

Thanks to Agoda!!

Aku takde le nak letakkan semua kesalahan pada Agoda sebab memang salah aku pun.

Tapi bab website diorang state 'free cancelation' before aku proceed untuk cancel tu memang aku tak puas hati. Yang ini memang aku tak tipu..Mata aku belum rabun lagi nak bezakan 'free cancellation' ataupun 'cancel with penalty,etc'.

Kalau waktu tu aku tau kene full penalty untuk cancel booking pun, aku akan paksa sedara-mara aku masuk sekali Bayou Lagoon tu & mintak duit balik dengan depa. hikhik

Jadi pengajaran pada kes aku ni:

Berhati-hati sebelum buat booking atau nak cancel booking. Check tarikh betul-betul, jangan jadi macam aku. Lagi-lagi kalau nak book by apps, kadang-kadang kite tak perasan jari kita dah tap tarikh lain. Tapi biasanya book by apps akan dapat harga lagi murah dari dekstop.

Antara Agoda dengan Booking.com? Aku still prefer Agoda. Booking sebenarnya main trick kotor. Lepas confirm book, baru tau harga die letak without service tax & GST.
Masa nak proceed payment harga RM450, tp dapat SMS charge dekat credit card RM525..macam taik kannn??Actually dah lama aku perasan, tapi kali ni sebab terkena dengan same date, same room & same hotel jadi ternyata terbukti le permainan die.

Kalau ade apa-apa tak puas hati pun boleh email customer service. Bagi aku Agoda Customer Service ni bagus (mentang-mentang dapat refund). Kalau dah booking & departure pun Agoda akan send email minta feedback or complaint pasal websitre kalau ade ape-ape. Tapi dengan website booking.com takde pun mintak feedback. Aku nak email pun sampai sudah tak jumpa email customer service.

Lagipun dengan Agoda boleh collect point & aku pun sempat redeem point Agoda itu hari time gi Korea. Ada certain room boleh dapat AirAsiaBIG point. So bagi aku berbaloi dengan Agoda.

Aku tak tau pasal website lain seperti Expedia, Trivago, etc..sebab asal aku search melalui website diorang mesti jumpa yang mahal untuk hotel yang sama.

Okey la, semoga jadi pengajaran buat semua kes aku ni. Jangan loghat sangat nak cancel booking..Dan berhati-hati jugak dengan trick diorang ni. Kena baca betul-betul dulu term & policy. Kalau ada tak puas hati pun terus je email diorang, tak payah nak mengamuk dengan orang kiri kanan.

end..

 p/s.. ade grab tak promo AA yang baru ni? Aku cuba bertahan, tapi orang sekeliling aku berusaha memujuk rayu.haishhh


Tuesday, August 16, 2016

Mencari Kangaroo : Sydney 2016



Aku baru balik dari Sydney.

*Mase aku create draft entry ni memang baru balik dari Sydney, tapi aku tak pasti bila akan published.

Asal hari buruh je aku keluar Malaysia.

Ye..memang aku suka celebrate hari buruh luar negeri.muahahaha..

Tapi Australia tak sambut hari buruh..jadi takde le aku rase disambut kat sana.

Nak dijadikan cerita, tourist cina mainland ramai gila..

Oii..apasal aku jumpa korang kat sini padahal aku tak pergi tempat ko?

Hilang ekslusif tau tak?

Kali ni pergi, aku bawak Mak dan Ayah aku sekali. Depa pun mengeyam tengok aku berjalan, jadi depa demand nak pegi Sydney.

Apasal Sydney??

Sebab ade sepupu aku duduk sana. Jadi depa nak pergi ziarah anak sedara depa.

Aku layankan aje sebab memang aku pun nak pergi sangat Sydney..

Wishlist aku after China, Jepun dan Korea.



Jadi bila ayah aku suruh cari flight ke Sydney, terus aku bertindak. Al-maklumlah, lesen nak terbang aku susah nak dapat. Jadi bila ada peluang, mesti kene cepat.

Cuti Hari Pekerja jadi pilihan aku. Iyela, kita ni buruh kasar yang kekurangan cuti..kene la pandai-pandai pilih cuti.

And my story begin..

Disebabkan penyakit malas aku semakin menjadi-jadi untuk update blog, aku sumbat terus journey sepanjang kat sana dalam satu entry. 

BUT NO ITINERARY!!

Jangan harap aku sumbat itinerary sebab aku pergi melawat sepupu aku dan pergi dengan orang tua..

Jadi, kalau buat itinerary ikut style aku yang asyik nak rush ke sana sini, kene ketuk dengan tongkat ayah aku nanti.

Sebelum tu aku nak cerita berapa hari aku pergi sana.

5D4N

Tapi dua hari perjalanan dalam flight sebab pergi balik naik flight kol 10pagi.

Rugi!!!

Ini menjadikan aku ade masa 3 day full untuk cover Sydney.

Itu pun dengan situasi ayah aku yang kene berjalan pakai tongkat, mustahil nak kejar naik public transport dan cover banyak tempat.

Actually aku ready jugak le itinerary..Hari pertama, nak round city naik public transport, hari kedua ke Blue Mountains naik train dan hari ketiga, personal time untuk aku berjalan-jalan.

Tapi malam sebelum naik flight, sepupu aku, Izraq whatsapp mintak itinerary aku. Bila die dah recheck, terus die kata.."Uish..ni penat Umi & Ayah Long nak kene berjalan ni."
*Umi & Ayah Long tu panggilan untuk mak ayah aku bagi pangkat anak sedara die.

Then die tanye aku nak sewa van jalan ramai-ramai tak?

Aku ni bukannya taknak sewa van, tapi aku malas nak pening kepala drive kat negara orang. Tapi kalau die yang drive, aku takde masalah..

Tetiba mak aku pun cakap .."Bagus la kalau nak sewa kete berjalan ramai-ramai dengan Pak Teh & Mak Teh sekali. Duit sewa kereta tu takpe la, Mak bayar".*Biarpun aku tau penghujungnya, bukan duit die pun.

Jadi terus aku reply "Confirm!!Umi suruh sewa kereta".

Sambil buang itinerary. Bye itinerary!!

Welcome travel guide!!muahaha

Jadi, sepanjang aku kat sana, kami dilayan oleh family Izraq termasuk anak die dan adik Mak aku iaitu Makteh dan suaminya Pakteh.

Makteh dan Pakteh  secara kebetulan duduk kat Sydney 3 bulan semata-mata nak jaga cucu diorang. Jadi terasa umpama reunion family la kali ni.

Di hari kejadian..29 April

Flight kami jam 10 pagi dan akan tiba di Sydney 8.30malam.

Ecah dah pesan, kak, order makan 2 kali, nanti ko lapar.

Jadi aku booking 2 set meals..Mak ayah aku komplen "Asyik makan je..tak kenyang-kenyang ke?"

Pulakkk..acu try aku book sekali je, mesti diorang cakap lapar kan?

Selepas 8 jam, akhirnya kami sampai Sydney Airport disambut dengan family Makteh. Dan Alhamdulillah sekotak ikan masin yang kami bawak selamat dari imegresen.

Sepupu aku ni duduk di area Eastlakes, jauh dari CBD tapi dekat dengan airport. 

Sampai rumah 10mlm, tak de maknanya nak round-round bandar. Dengan mak aku punya style, balik rumah buat sessi chitchat minum kopi lagi bagus

Sampai airport disambut family makteh. Kecoh le kejap kat airport tu. Kedai-kedai dalam airport dah tutup padahal baru jam 9mlm. Sunyi macam jam 1pagi.."Welcome to Sydney,Kak Long.Negara maju memang camni, dia peduli apa undang-undang negara lain. Yang penting rakyat dia hidup aman".

Kawasan persekitaran apartment sepupu aku di Eastlakes. Best dok sini..dah le bersebelahan dengan Woolworth, best le bapak aku shopping.



Day 1

Hari kedua kat Sydney, tapi hari pertama kami mulakan berjalan-jalan. .

Awal pagi kami bergerak ke Katoomba untuk melawat Blue Mountains. Makteh siap masak bawak bekal untuk picnic kat sana..aku dah feeling best sebab dengan autumn season yang feeling sejuk ni, mesti syiok picnic kat taman. Kat Malaysia susah nak buat bawah cuaca terik. Kejap kang berpeluh ketiak.

Our route for today: 
Eastlake - Blue Mountains (Lincoln's Rock) - Blue Mountains (Three Sister's) - Blue Mountains (Leura) - Blacktown Mosque - Eastlake.

On the way ke Katoomba naik kereta baru aku tau sistem tol kat sini tak guna kad, tapi automatic scan dari atas. Maksudnya bila kereta masuk highway, akan bunyi beep. Dia akan charge dekat credit card ataupun akan hantar bil.

Jangan mandai kecoh nak request kat kerajaan Malaysia tau. Nanti lagi semangat puak tu nak luluskan projek highway. Negara lain berlumba nak sediakan public transport,dia sibuk nak buat highway.

Aku malas nak cerita panjang, tempek gambar je la.

Seperti biasa, bila berjalan dengan orang tua gambar aku mesti kurang. Dan haruslah mak ayah aku yang jadi model. Cantik gambar diorang aku snap.

Gambar aku??Haruslah setakat gambar selfie je. 

Apasal tak suruh ayah aku amik?

Sekeping dua boleh la die amikkan. Nak pose lebih-lebih tak boleh. Itupun kalau menjadi,kalau herot berot, redha je la.


Destinasi pertama, Lincoln Rock. Sampai je dekat signboard ni.."Haa..amik gambar Ma cepat."Lepas snap, terus depa ke depan, takde nye nak offer amikkan gambar aku.


Wife Izraq, Maria anak-anak die. Bila berjalan dengan budak-budak, depa le penyeri. Budak lelaki tu nama die Khalif, die le BFF aku sepanjang bercuti. Aku asyik kene dengar die cerita pasal Transformer je.

Bila aku snap gambar ni, Izraq aku sound "Kaklong, kene panjat la batu tu. Amik gambar batu ni buat ape.." "Mana la aku tau,dah ko berenti kat Lincoln Rock, jadi aku ingat attraction die batu besar laa.."

Rupanya kene panjat batu dan boleh le view ni.. Izraq cakap, nak masuk sini ade nasib die sebab asyik ditutup je. Die datang berapa kali tak dapat masuk, kiranya aku ni bawak tuah la. Takde orang pun kat sini, cuma kereta kami je yang masuk kawasan ni.

Besar jugak Lincoln Rock ni. Sapa yang suka pose adventure dengan style kaki tergantung tu memang cantik . Izraq berjaya pose tu, aku nak buat, tapi ade halangan. Asal aku ke depan sikit, dengar la suara "Along, nak g mana tu?dah dah le!!"

Ini le yang paling jauh aku boleh pegi. itu pun sepupu aku yang amikkan, sambil dipantau oleh bapak aku. Asal aku undur setapak, die halang..haish..

Mak dengan Ayah. Bila part bergambar memang diorang tau nak hadap mana background cantik.

Antara gambar selfie bertiga yang terbaik aku dapat. Lepas dari ni memang takde gambar kami bertiga.Makteh, pakteh dan wife sepupu aku dok kat bawah sebab nak jaga anak-anak die dari panjat batu ni. Budak-budak bahaya kalau dilepaskan kawasan ni.


Gambar ayah aku memang banyak. Mak aku, lepas bergambar sekeping dua terus turun buat sessi anyam ketupat dengan Makteh. Ayah aku pulak taknak turun-turun. Aku tunggu jugak die turun, so boleh la aku ke depan lagi. Rupanya selagi aku tak turun, selagi tu die tak nak turun.

Seterusnya selesai Lincoln Rock kami ke Three Sisters. Jauh jugak perjalanan sebab Izraq ikut jalan-jalan berpusing, bukan main road. Jadi boleh la tengok scenery yang cantik dengan daun-daun yang dah berubah warna.

Izraq tanya aku nak naik scenic world tak? Kalau nak naik, die akan drop kami bertiga then die pergi tunggu kat mana-mana tempat. Tapi aku rasa mak aku komfirm taknak berpisah dengan makteh, ayah aku pulak mesti susah nak berjalan dengan tongkat die. Aku pulak, nak naik sorang-sorang dah rasa tak syiok kalau semua tunggu aku menghayati keindahan. Jadi aku skip Scenic World. Takpe, next time aku datang Syney aku naik la ropeway dan segala macam tu.


Three Sisters. Ada sejarah dia kenapa nama dia tiga orang kakak. Tapi aku malas nak gugel sebab kat tempat lain dah banyak cerita.

Masa aku sampai sini ramaiiiii gile tourist Cina Mainland. Kalau dah ramai orang dia tu, paham-paham la camane kerenah diorang.Bergaduh jugak la aku nak amik gambar. "Apasal ramai sangat sedara ko ni Kaklong? Tiga kali aku datang sini, ini le kali pertama aku tengok orang ramai. Ko ni bawak sedara la, mek.." MakTeh aku sound

Dah habis buang masa di Three Sisters, kami ke Chocolate Factory. Aku ingatkan kilang coklat, rupanya cafe kedai chocolate je. Aku bukan peminat coklat, bagi aku semua coklat sama je. Tapi ayah aku kata sedap.

Bila order, die akan bagi fresh milk yang diletak dalam cawan panjang dan ade lilin kat bawah untuk panaskan susu. Lepas tu kita letak banyak mana coklat yang kita nak dan kacau sampai cair.

Kat Chocolate Factory ni ade sebatang pokok yang daun die dah berubah warna. Cantik pulak buat family potrait kat sini.

Aku nak buat selfie potrait, tapi tak nampak penuh. Jadi letak atas tanah, ambil le gambar sendiri.

Kemudian kami cari tempat untuk picnic. Aku tak tau mana location ni, tapi kat tepi jalan je. Bestnye dapat picnic dengan cuaca sejuk gini..

Dah siap makan sempat le solat sekali.

Kemudian kami bersiar-siar di Pekan Leura, di Katoomba.

Leura

Pekan Leura ni banyak benda kedai-kedai vintage. Mak-mak suka le sebab ade kedai anyaman, jahit baju, buat kasut dan tanaman pokok. Orang-orang tua suka la dok jalan-jalan area sini. Orang muda macam aku ni, lepak kat cafe je. Jalan-jalan kat pekan ni tak sampai 15 minit pun dah siap.

Dengan Mak

Kemudian kami keluar dari Katoomba dan menuju ke Blacktown. Di Sydney ada dua tempat utama muslim, satunya di Auburn (paling besar) dan satu lagi di Blacktown. Sampai sini kami pergi ke restaurant Afghanistan. Speciality kat kedai ni, bila kita order nasi,time tu baru dia masak. Tapi memang sedap gila..Kedai ni memang aku recommend bagi mereka yang memang suka style nasi arab ni.

Sambil tunggu nasi masak yang aku sedia maklum mesti lambat, team mak-makpergi window shopping kat pekan Blacktown ni. Memandangkan dah nak gelap banyak kedai dah tutup jadi takde le shopping apa pun.

Dah siap makan, kami ke masjid Blacktown. Baru aku tau yang masjid Blacktown ni majoriti jemaahnya adalah dari Afghanistan manakala di Auburn pulak dari Turki.

Day 2

Memandangkan hari ni Ahad dan sepupu aku pun tak kerja, kami semua ke bandar Sydney. Nasib baik ada van, jadi senang la pusing bandar. 

Our route for today: 
Eastlake - University of Sydney - The Rock - Royal Botanic Garden (Mrs Macquarie's Chair) - Sydney Fish Market - Sydney Paddy's Market - Worlds Kitchen (Shopping Corelle) - Auburn Gallipoli Mosque.

First planning, Izraq nak bawak pergi Blacktown untuk tengok kangaroo di Featherdale Wildlife Park Tapi aku fikirkan kalau pergi pun yang masuk kemungkinan aku dengan ayah je. Family Makteh komfirm taknak sebab diorang pernah masuk dan Mak aku memang aku paham sangat yang dia cuma suka duduk rumah je. *Mak punye style ni, dia betul-betul mengamalkan rumahku syurgaku.

Aku pun boleh bayang yang aku exited sorang-sorang sambil orang tunggu kat luar. Jadi aku request Izraq hari ni sekadar pusing bandar Sydney je.  Yang penting mak ayah aku puas berjalan. Jadi hari ke 3 tu boleh aku spend masa untuk aku sightseeing sorang-sorang.

Tempat pertama yang kami pergi ialah University of Sydney, tempat belajar Maria. Dia pun susah nak sampai kat bangunan old skul ni, tourist pulak exited yang nak melawat. Dia pun pelik camane aku boleh masukkan tempat ni dalam itinerary aku.

Bila kami sampai, ade 3 bas pelacong China Mainland. Lagi la aku kene bahan dengan Makteh aku. Btw, cuaca pagi ni sungguh nyaman. 

Mak dengan ayah, suka betul diorang dapat datang sini. Mak aku pulak sibuk suruh aku sambung belajar kat sini. Takde le Mak oii..PTPTN tak block pi obersea pun dah bersyukur.

Family Makteh. Diorang pun menumpang jadi pelancong. 

Kemudian kami masuk ke dalam.Bangunan ni bentuk segi empat dan kat tengahnya adalah yard.


View surrounding dari dalam

Dah habis buang masa di university, kami terus ke bandar untuk tengok icon Sydney, Sydney Opera House. Izraq pun pandai pilih location, die start dengan masuk Royal Botanic Garden. Dah dapat parking, aku bawak mak dan ayah pergi cari port yang nampak Sydney Opera House & Harbour Bridge iaitu di Farm Cove. Mula-mula aku ingatkan port tu namanya Mrs Macquaries Chair, tapi sebenarnya 'chair' tu bahagian lain, menghadap harbour.

Lama jugak duduk sini, maklumla nak snap gambar poskad...

Kat sini pun ramai tourist Cina. Seperti biasa aku kene berebut.. 

Kat sini banyak burung-burung yang duduk kat tepi air. Aku dah lupe nama burung tu, tapi dalam Finding Nemo die ada. Si Khalif pun sama naik join anak-anak cina tu tengok burung.

Mula-mula aku ingatkan ini le Mrs Macquaries Chairs, tapi bila naik atas baru aku jumpa signboard die. Nak snap gambar, penuh tourist cina dok berebut duduk kerusi tu.

Mak dengan Ayah memang untung la sebab aku berjaya snap dengan background cantik. Aku setakat selfie je, ade senget la, tak nampak penuh la..Bila suruh ayah amikkan peuh orang kiri kanan. Aku redha...

Siap buat aksi romantik lagi.Jeless??Tak la, tapi bengang jugak la diorang ade photographer tak bertauliah ni.hahaha

Last, sebelum naik ke atas.

Area atas ni banyak pokok rendang dan tempat rehat. memang best la dating.

Kan..model aku ni.

Berjalan menuju ke bahagian yang nampak Potts Point. Tapi aku tak bagi ayah pegi jauh sebab nanti jauh nak patah balik.

Naik ke atas, mak teh dan pakteh tengah berehat bawah pokok. Bila mak dan makteh bergabung join sekali tu maksudnya dah sampai ending la tuh. Terus nak naik kereta. 

Seterusnya kami naik kereta lagi pusing-pusing ke Darling Harbour dan terus ke The Rocks. Dalam kereta aku nampak bende ni, sempat le aku snap..Oooo..ini tempatnya. Aku pernah tengok Qi razali ambil gambar dia melompat atas batu tu. Aku tanya die kat mana lokasi ni, sampai sudah die tak jawab..haishh..ye la, sebab aku tak cun kann..cuba aku putih gebu macam anak beranak senrose tu, komfirm die reply punye.Eh..tetibe aku nak sentap apedehal... Btw, nama tempat ni Still Life with Stone and Car.

Kemudian Izraq drop di Sydney Opera House, die pergi tempat lain. Maka semua bersiar-siar di kawasan ni. Jadi kita layan view je la..Harbour Bridge & Sydney Opera House.

Harbour Bridge

Sydney Opera House

Ayah dan Sydney Opera House

Mereka berlatarbelakangkangkan Sydney Opera House.

Bila time aku nak selfie, semua dah ke depan tinggalkan aku kesorangan.

Sydney Opera House dari dekat

Bila dah dekat ni takde la cantik mana sebab tak muat nak capture. Aku dah sedia maklum dah benda ni, jadi takde la hingin aku nak naik dan masuk..

Sekali ayah aku dah panjat tangga. Dari atas die lambai aku.."Along, meh amik gambar ayah kat atas ni.." Tak sempat sampai atas, datang sorang polis pergi dekat ayah aku. Ingatkan die nak tahan sebab IS, tapi rupanya die nak bagitau ayah yang kat dalam ade lift untuk orang macam die gunakan. Tapi ayah aku taknak, "Its okey, thankyou..". Lepas tu aku ingatkan die nak turun pakai lift, tapi still pakai tangga lagi. Nampak tak gigihnya ayah aku.

Layan jugak view dari Sydney Opera House.

Harbour Bridge dari Sydney Opera House.

Ayah yang gigih

Kemudian kami turun. Mak dengan Makteh  memang dah duduk kat bawah dari tadi sambil anyam ketupat. Pakteh pulak sibuk dok kejar Khalif yang tak tentu arah lari ke sana sini. Cuma aku dengan ayah je yang feeling pelancong kat sini.

Dah puas di Sydney Opera House, kami ke Sydney Fish Market untuk lunch. 

Antara yang dibeli..takde le mewah pun, cukup sekadar alas perut. Ramai gile kot orang dalam pasar ni, nak dapat port tempat nak makan pun susah.

Antara seafood yang dijual.

"Lepas makan nak pergi mana, Kaklong?"tanya Izraq. "Kite pergi shopping kat Paddy's Market, kemudian pergi World Kitchen nak shopping corelle. Datuk Datin ni dah tak sabar dah nak shopping ni." Maka pergi lah kami semua ke kedai-kedai untuk shopping. Masa ni la mata mak aku terbukak luas. Kalau tak, lesu je aku tengok. Gambar kat Paddy's takde sebab aku snap guna sportscam, balik Sydney aku dah missplace simpan kat mana sportcam tu.
*Yang pict no 2 tu masa aku datang tengah nak habiskan stock, sekotak AUD 41.

Dah siap shopping, aku ingat nak balik, rupanya dibawaknya pergi Auburn. Ooo.. baru aku teringat yang tengahari tadi makan light-light je. Perut orang tua memang kene sumbat nasi jugak, jadi kami ke Auburn untuk pergi ke Restaurant Jasmine, antara yang femes jugak kat Sydney ni. Semalam balik dari Black town, kami singgah Auburn, tapi sebab dah malam takde le singgah masjid Gallipoli ni. Jadi hari ni sempat le kami solat magrib kat masjid Gallipoli.

Kemudian kami jalan kaki ke Restoran Jasmine untuk dinner. Kalau semalam nasi arab dari Afghanistan, hari ni dari Lubnan pulak. Marvelous!!

Mak aku dok komplen..Mana satu orang Australia ni?Mak asyik jumpa orang arab, indo, cina..

Ni restaurant Jasmin, lokasi die kat simpang empat..Kalau malam, kedai die je penuh cahaya lampu. kedai lain semua dah tutup..

Day 3

Hari ni Mak dan Ayah aku nak berehat kat rumah je. Lagipun hari ni Isnin, masing-masing dah start keje dan Makteh aku kene jaga cucu dia, jadi schedule hari ni aku bebas keseorangan.

Memang aku dah set hari ni aku nak pusing sorang bandar Sydney

My route for today: 
Eastlake - Bondi Beach - Cirqular Quay - The Rock - Harbour Bridge -  Manly Harbour - Darling Harbour - Queen Victoria Building - Eastlake.

Awal pagi lagi aku dah keluar dari rumah. 

Sebelum tu aku nak cerita sikit pasal Opal card sebab sebelum keluar Maria dah bagi aku Opal Card yang memang die bagi sedara-mara nak guna kalau datang Sydney.

Sistem tambang public transport kat Sydney ni selalu berubah. Kalau dulu untuk tourist ada My Multi Pas. Ada 3 day, ada 1 week. Kalau taknak guna pass, boleh guna Opal Card yang sama funtion die macam Touch n Go.

Tapi start January 2016, my multi pass dah takde dan semuanya guna Opal Car yang mana akan jadi capping bila dah cecah AUD15. Maksudnya lepas AUD15, apa-apa transport yang kita naik dah free hanya untuk hari tu sahaja.

Sistem capping ni menyeluruh sampai Katoomba, tapi tak termasuk dari airport.

Mari kita bergerak!!

Aku jalan kaki ke bus stop luar dan singgah di Woolworth dulu untuk reload kad dan naik bas ke Bondi Beach. Tapi sebelum tu aku kene turun ke Bondi Junction dulu sebab takde bus direct dari Eastlake.

Aku malas nak cerita naik bas no berapa sebab info tu korang boleh google sendiri dalam Google Map. Kalau Waze aku tak tau le ade ke tak sebab aku bukan pengguna waze..Google Maps bagi aku lebih user friendly dan worldwide (kecuali Korea dan China).

Dah!! Jom layan gambar. Hari ni langit sungguh cantik!!


Turun je bus aku terus ke Bondi to Bronte Coastal Walk. Aku tak pergi ke Bondi Beah sebab aku tau nanti nak patah balik. Jadi start coastal Walk dulu.

Bondi Beach dari atas.

Bondi Iceberg

Kemudian aku jalan menyelusuri coastal walk . Hajat hati nak jalan sampai Coggee Beach..Ramai mat saleh bawak bawang anjing jogging pagi-pagi ni.

Bondi Beach telah kutinggalkan..

Sebelum sampai Tamarama  Beach ada Mackerenzies Point. Belah kiri Bondi Beach, belah kanan Tamarama Beach.  

Kata tadi nak jalan sampai Coggee Beach kan? Dah suku jalan aku decide nak jalan sampai Tamarama Beach.. Dah semput separuh jalan Tamarama Beach ntah ke mana, aku decide nak patah balik je. 

Dan aku patah balik ke Bondi Beach. 

Oi..mana nak lari daaaa...

Bondi to Bronte Coastal Walk

Kemudian aku naik bas dan turun di Circular Quay. Kat sini aku tak tau nak start mana dulu. Nak naik ferry dulu ke, nak berjalan ke The Rocks dulu. Tanda "T" tu maknanya train, "F" pulak ferry. Kalau ke kanan maknanya ke Sydney Opera House, ke kiri pula ke The Rock. Disebabkan Opera House dah pergi semalam, jadi aku decide ke The Rocks dulu.

View from The Rocks

Sydney Opera House dari belakang


The Rocks..masih pagi lagi dan tak sibuk. Kedai-kedai pun baru nak bukak.. Yang penuh lawatan sekolah..ada sekolah rendah, sekolah mengah..yang aku geram bila cikgu tadika buka kelas mengajar budak-budak kat taman tepi jalan..

Sebenarnya aku ada misi...Nak cross Harbour Bridge..Berpusing-pusing aku mencari mana nak naik. Akhirnya jumpa pintu gerbang ni.Cantik pulak kete tu..

Harbour Bridge dari tepi. Hajat hati aku nak cross sampai belah nun dan naik train untuk balik semula ke Circular Quay..Teringin jugak aku nak naik train Sydney since kat sini 2 tingkat.

Circular Quay dari starting point Harbour Bridge.

Dah jauh aku berjalan, rehat kejap kat pit-stop sini..ini le yang dapat

Overall

Sydney Opera House dari Harbour Bridge. Bukan dari atas pun..kalau nak panjat Harbour Bridge ni bapak mahal..


Aku berkira-kira..nak teruskan ke tidak..Masalahnya aku dahaga gile sebab makan bekalan coklat.  Mineral water pulak aku boleh tercicir masa jalan-jalan tadi. Jadi aku buat keputusan untuk patah balik.*Sebenarnye ko malas kannnn...

Patah balik ke Circular Quay, aku naik ferry ke Manly Harbour. Kalau nak tengok Sydney Opera House dengan jarak dekat dan dari depan, boleh naik ferry. 

Sydney Opera House dari depan.

Sydney Opera House dan Harbour Bridge. Rupanya tadi aku berjalan sampai ke column yang pertama je. Tak sempat cross pun..Tapi gaya tercungap tu macam dah sampai column kedua. 

Bandar Sydney dari jauh.

Manly Beach.. 

Turun ferry di Manly Harbour, aku mencari something untuk dimakan. berkenan pulak dengan yogurt mangga. Atas fery, aku makan brahim nasi goreng kampung yang aku dah panaskan dari rumah. Nasib baik atas ferry ni boleh makan..

Mango yogurt. Aku terpaksa habiskan sebab susah nak pegang takut tumpah. Padahnya aku lawassss...

Balik semula ke sana

Kemudian aku naik lagi ferry ke Darling Harbour. Ferry ni kecik sikit kalau nak dibandingkan ferry ke Manly.


Lalu Opera House lagi.

Tapi ferry menuju ke Harbour Bridge

Rupanya dia singgah Luna Park kejap untuk amik orang.

Bridge dari bawah.

Menuju ke Darling Harbour

Darling Harbour.

 Australian National Maritime Museum

 Australian National Maritime Museum. Aku tak masuk pun..Aku masuk Harbourside shopping complex.. Nak cari Hardrock Cafe.

View sepanjang Darling Harbour. Orang ramai nak lunch.
Lepas HRC, aku lepak dulu kat food court dalam shopping complex tu. Kemudian carik trem..Tak tau kenapa aku suka naik trem dekat banda-bandar lama. Kalau nak naik/turun trem, kene tap Opal Card kat tiang sebelum naik. Kalau tak tap, atas trem nanti ade orang datang check satu-satu. Kene tangkap, habis la korang. 

Dari Darling Harbour, aku turun di station Capitol Square dan jalan ke George St. 

George St. waktu ni orang dah start nak balik kerja.


Berjalan sampai Queen Victoria Building, tengah construction pulak..aku malas nak masuk ke dalam,dapat tengok dari luar pun dah cukup la.


Sydney Town Hall

Dah..moh le kite balik..perut aku meragam pulak..Tadi dah buang masa kat Darling Harbour, sekarang mintak buang lagi. Berkat makan yogurt mangga & jalan kaki banyak sangat kot. Kaki aku memang penat gile, balik rumah nak tidur je.

Balik rumah terkejut aku tengok Mak dengan Ayah shopping barang tak ingat dunia kat Woolworth. Depa ikut Makteh shopping kat Woolworth, pastu kemaruk tengok barang murah sangat. Sampai olive oil pun beli..buah-buahan, coklat, biskut toksah cakap la..nak bawak balik bagi cucu katenye. Mak aku sibuk suruh aku tambah luggage  since nak kene sumbat corelle dan semua barang. Pening aku nak sorting, mana pinggan mangkuk, mana coklat..semua barang high risk masuk luggage.

Balik kerja Izraq beli pizza dengan kebab arab. Besar bapak pizza die. Portion kat sini memang besar..

Last Day

Hari ni hari balik Malaysia..Nasib baik flight kol 10.30 pagi, jadi on the way diorang ke office, sempat le depan hantar kiteorang pi airport.

Masa datang dua beg je,beg kuning & beg purple. Nak balik tambah satu lagi kotak, belum kira lagi sorang-sorang kena bawak 1 set pinggan mangkuk corelle. Semua gigih nak jaga pinggan mangkuk taknak bagi pecah, terpaksa la bawak naik atas. Actually boleh je nak letak bawah, tapi macam biasa, mak aku tak confident takut pecah, so bawak naik atas je la. BTW, a big thanks to travel guide kami, Izraq & family. 

Nak balik dah...orang kampung..tunggu kami haaa..

Sampai KLIA2, satu beg kami tak sampai, beg yang purple tu..menangis lah ayah aku sebab dalam beg tu ade buah pisang kaki & buah pear nak bagi cucu die.

Tapi lepas 2 hari, AA call cakap beg dah sampai, dan diorang hantar sampai depan rumah. Ntah ke mana la beg tu pergi agaknya.

Semua barang tu elok lagi. Masa aku bukak, buah-buahan sejuk macam dalam peti ais, coklat pun tak cair..Nasib baik, kalau tak kecewa orang tua tu.

Habis daa...Sydney punya cerita.

Kalau tanya aku jumpa kangaroo tak, haruslah tak jumpa..

Aku tak ralat walaupun tak jumpa since aku dah sedia maklum memang tak cukup 3 hari kalau nak cover semua.

So, ade harapan pegi lagi la gamaknye tu..

Ok, bye!!