Monday, September 5, 2016

Agoda or Booking.com??

Aku sebenarnya tak tau nak letak tajuk apa untuk story aku kali ni.

Tapi aku rasa aku perlu share bende ni memandangkan hampir semua pembaca blog aku adalah pengguna Agoda atau Booking.com bila nak buat tempahan hotel.

Gini...Panjang ceritanya, tak boleh nak pendekkan.

Dalam bulan July lepas family aku nak bercuti di Melaka. Walaupun kami orang Melaka dan sedara-mara penuh kat sana, kami gatal jugak nak duduk hotel. Nak feeling pelancong la jugak bila dah datang Melaka ni.

Seperti biasa, aku le jadi orang yang dipertanggungjawabkan untuk cari hotel.

Pilih punya pilih, aku berkenan dengan Bayou Lagoon Resort sebab dah siap dengan water park, jadi anak buah aku boleh main-main air. Sebelum ni aku dah pernah stay resort sebelah die, Gold Coast Resort, jadi kali ni aku nak cuba Bayou Lagoon pulak.

Bila tengok teramatlah murah sebab aku guna Agoda Apps dan waktu tu ade happy hour offer.

So, ape lagi, aku terus grab suite tu (3 bedroom) dengan harga RM350++ (after tax).

Tapi....
My selection is 3 Bedroom Apartment


Nasib baik.....nasib baikkkk...

Bila aku kata nasib baik, memang bernasib baik laa..

Booking aku tu auto-generate dengan google calendar kat hp aku.

3 hari sebelum tarikh planning kami nak ke Melaka (23th July) aku terperasan di kalendar hp aku tu die set date utk booking agoda hari Selasa (26th July).

OMG!!!Aku dah salah tarikh booking laa...Aku pun tak tau camana boleh select date tu. Aku fikir maybe jari aku ter'tap' button 26th July, then bile aku tengok harga murah so aku terus grab without check.

Memang salah aku punn..

Kemudian, aku terus amend tarikh since hari tu ialah Khamis, tapi kami masuk check in hari Sabtu. Kalau tak cepat bertindak silap-silap bilik dah full memandangkan Melaka memang penuh tiap kali weekend.

Jadi bila dah buat ammendment, harga bilik terus naik jadi RM475.75.

Takpe la, aku redha..nak buat camane, memang silap aku jadi aku terima hakikat harga bilik dah naik.

Rupanya dalam masa yang sama, adik aku pun dah buat booking hotel yang sama bila die dapat tau aku salah tarikh booking. Mase ni memang misscomunication sikit antara kami sebab masing-masing dah kalut dan  risau takut hotel tu dah full untuk weekend.*malas nak cerita panjang bab ni.

Kalau tak jadi trip ni, punah lah harapan ayah aku nak tengok cucu die main air. Die siap beli boya lagi untuk cucu die.

Jadi sekarang ni, kami ada 2 booking untuk hotel yang sama dan tarikh yang sama.

Waktu tu dah termasuk 3 hari sebelum departure yang mana aku dah sedia maklum sama ada agoda atau booking.com akan kenakan fully charge kalau cancel.

Tapi aku tak pasti dengan Agoda, sebab dekat aku punya page terang-terang masih lagi state "Free Cancelation" untuk aku punya booking.

Sementara di Booking.com, awal-awal lagi dia dah highlightkan dengan font besar & kaler merah untuk penalty charge kalau aku cancel booking.

Jadi dalam situasi tu, haruslah aku cancel booking di Agoda since its 'free cancellation'.

Maka di hari kejadian, berjimba lah kami sekeluarga di Bayou Lagoon.

Nak review jugak ke Hotel ni?

Ni waterpark die..belah sana nun ade lagi, tapi sebab anak buah aku kecik, takde le pegi tempat dalam. Itu pun takut masuk air..Bilik pulak aku tak sempat snap sebab belum ape-ape dah bersepah diorang pulun.

Bagi aku biasa-biasa je. Tapi aku dah pernah masuk Gold Coast (sebelah die), aku lebih prefer Bayou Lagoon lagi.

Dari segi suite, Bayou Lagoon lagi best, cuma kitchen die tak disediakan dapur/microwave. Tapi dari segi waterpark, Gold Coast lagi best..

Baik..habis berjimba di Melaka kami sekeluarga pulang dengan seronoknya.

Selepas sebulan, aku pun dah lupa memori daun pisang di Bayou Lagoon.

Satu hari....

Aku tergerak hati nak check statement credit card aku. Dulu seminggu sekali aku akan check, tapi sejak akhir-akhir ni aku malas, jadi le sebulan sekali..

Dan aku terlihat ada transaction bertarikh 21hb July atas nama 'Agoda Reservation Internet GB'.

Ah sudahhh..berderau darah aku kejap..

Setau aku, last aku guna Agoda waktu nak book Bayou Lagoon, tapi aku cancel sebab check in guna Booking.com.

Aku call Agoda Malaysia, tapi mesin yang jawab dan suruh tinggal pesanan. Tinggalkan pesanan pun lepas 2 hari takde reply.

Jadi aku try godek website Agoda, nasib baik la ade button 'Email Us'. Itu pun aku jumpa lepas masuk bahagian 'FAQ'..

So aku buat report, cerita by kronologi dari start booking, amendment dan seterusnya cancel booking.

Aku tekankan jugak yang memang waktu aku cancel, di website tu tertera 'Free Cancellation'.

Jadi lepas 2 hari, aku dapat reply dari Customer Service Agoda.





Memang le jawapan diorang akan tekankan yang 'Cancellation & Change Policy bla..bla..' tu.. Itu aku dah sedia maklum.

Walau macamanapun diorang akan try jugak contact hotel untuk waiver fee tu without guaranty.

Keesokannya aku call Bayou Lagoon dan bercakap dengan budak account. Panjang lebar aku terangkan nak suruh die faham. Aku pun memang tak mengharapkan apa-apa dari hotel since aku buat booking melalui Agoda. Cuma aku harapkan diorang accept untuk buat waiver tu.

Tapi budak yang aku berurusan tu kata after bincang dengan management, diorang tak boleh buat waiver tu since dah terikat dengan 'cancellation policy' tu. Budak tu memang nak tolong sebab dia faham aku dah bayar untuk 2 suite, tapi check in 1 suite je. Tapi management tak bagi, die tak boleh buat apa.

Okey, management Bayou Lagoon ni memang aku dah sedia maklum sifat tamak diorang sebab aku dah pernah baca review kat sini. Tapi ape salahnya kalau die offer compensation dengan cara aku boleh check in satu hari hat hotel dia.


Selang sehari, Agoda reply yang pihak hotel tak nak buat waiver fee tu. Aku dah tau dah jawapan diorang walaupun diorang tak inform dan aku dah pasrah..

Tapi Agoda tanya apa reason kenapa aku cancel booking lepas dah buat confirmation.

Berkira-kira jugak aku nak reply, sebab aku dah sampai tahap redha.


Tapi aku reply le jugak sebab nak jaga hati diorang. Diorang pun mesti nak masukan dalam rekod


Tup tap, sehari kemudian aku dapat email cakap Agoda dah buat waiver fee tersebut since aku adalah loyal customer diorang. Hah!!Ape lagik, senyum sampai telinga la aku..

Iyela, RM475 tu bagi aku boleh dapat tiket pergi Bali kot.

Thanks to Agoda!!

Aku takde le nak letakkan semua kesalahan pada Agoda sebab memang salah aku pun.

Tapi bab website diorang state 'free cancelation' before aku proceed untuk cancel tu memang aku tak puas hati. Yang ini memang aku tak tipu..Mata aku belum rabun lagi nak bezakan 'free cancellation' ataupun 'cancel with penalty,etc'.

Kalau waktu tu aku tau kene full penalty untuk cancel booking pun, aku akan paksa sedara-mara aku masuk sekali Bayou Lagoon tu & mintak duit balik dengan depa. hikhik

Jadi pengajaran pada kes aku ni:

Berhati-hati sebelum buat booking atau nak cancel booking. Check tarikh betul-betul, jangan jadi macam aku. Lagi-lagi kalau nak book by apps, kadang-kadang kite tak perasan jari kita dah tap tarikh lain. Tapi biasanya book by apps akan dapat harga lagi murah dari dekstop.

Antara Agoda dengan Booking.com? Aku still prefer Agoda. Booking sebenarnya main trick kotor. Lepas confirm book, baru tau harga die letak without service tax & GST.
Masa nak proceed payment harga RM450, tp dapat SMS charge dekat credit card RM525..macam taik kannn??Actually dah lama aku perasan, tapi kali ni sebab terkena dengan same date, same room & same hotel jadi ternyata terbukti le permainan die.

Kalau ade apa-apa tak puas hati pun boleh email customer service. Bagi aku Agoda Customer Service ni bagus (mentang-mentang dapat refund). Kalau dah booking & departure pun Agoda akan send email minta feedback or complaint pasal websitre kalau ade ape-ape. Tapi dengan website booking.com takde pun mintak feedback. Aku nak email pun sampai sudah tak jumpa email customer service.

Lagipun dengan Agoda boleh collect point & aku pun sempat redeem point Agoda itu hari time gi Korea. Ada certain room boleh dapat AirAsiaBIG point. So bagi aku berbaloi dengan Agoda.

Aku tak tau pasal website lain seperti Expedia, Trivago, etc..sebab asal aku search melalui website diorang mesti jumpa yang mahal untuk hotel yang sama.

Okey la, semoga jadi pengajaran buat semua kes aku ni. Jangan loghat sangat nak cancel booking..Dan berhati-hati jugak dengan trick diorang ni. Kena baca betul-betul dulu term & policy. Kalau ada tak puas hati pun terus je email diorang, tak payah nak mengamuk dengan orang kiri kanan.

end..

 p/s.. ade grab tak promo AA yang baru ni? Aku cuba bertahan, tapi orang sekeliling aku berusaha memujuk rayu.haishhh