Setelah selesai umrah pertama, kami semua balik hotel.
Lepas sarapan, kami semua masuk bilik dan tidur. Mase ni aku,adik,mak & tok memang tidur dah tak sedar sebab terlalu mengantuk.
Sedar-sedar je orang tengah azan zuhur.
Alamak...kami dah terlepas nak solat zuhur berjemaah dekat masjid. Jadi memang tergesa-gesa la kami ke masjid time tu. Bile turun hotel, aku tengok dekat lobby hotel tu diorang dah bentang sejadah nak solat.
Dan bile keluar dari hotel je aku nampak pekedai semua dah hampar sejadah tepi-tepi jalan dan sedia nak solat.
Dalam pada tu pulak imam dah start nak mulakan solat.Lagi le kami menggelabah
Lastnye bile dah sampai masjid, orang dah siap solat..Jadi bayangkanlah pertembungan antara kami yang nak masuk dengan jemaah yang nak keluar masjid. Aduhai...Kalau kaki tak kuat, memang kami kene lenyek la jawabnye..
Akhirnye dapat le kami tembus jemaah yang keluar tu & solat zuhur. Lepas solat, kami balik hotel untuk lunch..Time ni mak aku dah risaukan ayah aku sebab kami tak jumpa die. Bilik die pun kami lupe nak amik ngan die tadi.
Lepas lunch, tak sempat panas buntut kat bilik hotel, dah sampai masa untuk solat asar. Sebab taknak kelam kabut, kami terus je pergi masjid. Mak aku ni dah risaukan ayah aku sebab satu beg ayah dok dalam bilik kami termasuk beg ubat darah tinggi. Die risaukan kot-kot ayah aku ni takde baju laa,pastu dah makan ke belum..Nanti die nak pakai baju mana..
Lastnye lepas balik solat Isyak baru le kami jumpa ayah. Itupun nasib baik die ingat no bilik kami...mungkin penat sangat & jet lag sampai segala bende die tak ingat.
Rupenye ayah dah banyak kali dok melilau level bilik kami. Tapi nak dijadikan cerita, time ayah sampai, kami baru keluar bilik laa,pegi makan laa..
Memang ujian untuk ayah hari kedua ni.
Kalau ikut plan, kami nak pergi Tana'im bermiqat & umrah dalam kol 1pagi.
Tapi bile jumpa ayah baru tau yang ayah tak tidur lagi dari pagi. Sebabnye time lepas subuh tu, kami naik tidur kat bilik, tapi ayah pi temankan TokSu aku cari kerusi tongkat & segala jenis ubat-ubatan die kat kedai farmasi.
Jadi boleh dikatakan ayah aku tak dapat tidur dari Malaysia lagi.
Bile tengokan ayah dah penat & tengok cara die pun darah tinggi die dah nak datang, kami tak jadi nak buat umrah hari tu. Kalau ikutkan aku dengan adik aku nak pergi je bermiqat sendiri kat Tana'im, tapi sebab kami berdua pompuan & bahaya kalau pergi sendiri,jadi kami batalkan jugak le..
Jadi hari kedua kami kat sini tak sempat nak buat umrah.
Memandangkan takde aktiviti, jadi aku letak je gambar sekitar Masjidil Haram.
Gate King Aziz. Pintu ni yang menjadi landmark keluar masuk kami kat sana. Masa hari pertama dan kedua kami masuk ikut pintu ni. Tapi sebab kesiankan tok aku yang tua yang kene naik turun turun tangga bile nak masuk ke kawasan solat, kami pilih terus ke level atas terus memandangkan kalau nak le level atas ade disediakan ramp besar dari ground floor. Jadi takde le susah-susah tok aku nak kene mendaki tangga.
King Aziz Gate dari kejauhan.
Kalau korang tengok jambatan tu, itu le ramp yang terus ke level atas. Kalau keluar masuk ikut pintu tu kurang sikit sesaknye kalau nak dibandingkan dengan pintu King Aziz tu.
Susana dalam Masjidil Haram. Aku suka tengok kemegahan senibina & seni ukiran geometri kat siling & tiang masjid.
Baitullah ..Time tengahari ni kurang sikit jemaah buat tawaf. Kalau korang tengok ade dinding putih belah kanan tu dah jadi lorong untuk ke tempat saei. Kawasan situ tengah renovate sekarang. Tapi aku tak dengar pun kerja-kerja menukang sepanjang kat sana.
Menara jam yang terletak depan King Aziz Gate.
No comments:
Post a Comment