Sambungan dari Day 2 [Part 2] ; Nara
Dari Nara, kita akan ke Kobe. Hari ni sama jugak dengan semalam, route jouney kami jauh-jauh tempatnya.
Breakfast di Hiroshima, lunch di Nara, hi-tea di Kobe.
Nak ke Kobe pun aku boleh pilih 3 route sama macam aku datang ke Nara:
1)Nara Station (JR train)-->Kyoto Station (Shinkansen)-->Shin Osaka(Shinkansen)-->Shin Kobe
*Dari Kyoto Station takde direct shinkansen ke Shin Kobe,aku kene turun dulu Shin Osaka then naik shinkansen menghala ke Hakata.
2) Nara Station (JR train)-->Osaka Station (JR train)-->Kobe Station/Sumiyoshi Station
3) Nara Station (JR train)-->Osaka Station (JR train)-->Shin Osaka(shinkansen)-->Shin Kobe
Masa aku sampai di Nara Station, train ke Kyoto baru je berlepas,next train aku kene tunggu dalam 20 min lagi.
So aku ambil keputusan naik je JR train ke Osaka station yang kebetulan waktu tu dah nak bergerak.
Dari Nara Station ke Osaka Station ambil masa 1 jam.
JR train ke Osaka Station
Dah sampai Osaka Station, aku boleh je terus naik train biasa ke Kobe yang cover under JR jugak, ambil masa 40 minit untuk ke Kobe.
Tapi aku tak nak naik train tu. Aku pilih ke Shin-Osaka dulu sebab nak naik shinkansen ke Shin-Kobe yang ambil masa 15 minit..
Degil le ko ni kan!!
Nak naik shinkansen jugak...Ko ni dah kira ketagih shinkansen dah ni..*ayat Mak aku bebel.
Ada sebab kenapa aku degil nak naik Shinkansen.
Sebabnya aku nak naik Kobe City Loop Bus.
Aku tak boleh berhenti di Kobe Station sebab bas ni takkan lalu di Kobe Station.
Tapi aku perlu berhenti di Sumiyoshi Station yang terletak tengah-tengah bandar Kobe.
Masalahnya Sumiyoshi station besar dan aku tau mesti banyak exit door ataupun bustop sekeliling die sebab kat situ main hub untuk train dan bas.
Nak cari Tourist Information Centre nak mintak info pasal City Loop Bas satu hal lagi yang mana makan masa.Tambahan pula aku dah malas nak bazir tenaga berjalan dalam cuaca sejuk beku ni.
Bila aku check route bas ni, die akan berhenti di Shin-Kobe dan sebab itulah aku naik Shinkansen dari Shin-Osaka.
Apasal beria sangat nak naik Kobe City Loop Bus ni?
Sebab nya aku malas nak pening kepala nak bergerak antara satu-satu tempat dalam Kobe. Bas ni akan berhenti di 12 hot-spot dalam Kobe.
Korang check je la route ni die.
Jangkaan aku betul berkenaan mudahnya nak naik bas ni dari Shin Kobe.
Keluar je dari track shinkansen, aku dah jumpa tourist information centre..Lepas die explain sikit,die suruh aku terus naik bas sebab bas dah nak jalan.
Keluar aje main door sebelah tourist information tu, aku nampak bas warna hijau,dan terus naik.
Ini le City Loop Bus.
Plan awal aku nak pergi ke Masjid Kobe. Untuk ke masjid tu, aku perlu berhenti si Kitano Meister Garden dan perlu berjalan kaki untuk ke Masjid Kobe tu.
Tapi masalahnye sebab aku ambil bas di Shin Kobe, dan bas akan pergi ke Kobe Port dulu baru ke Kitano Meister Garden dan time tu hari dah hampir gelap.
So terpaksa le skip Masjid Kobe dan cuma pergi ke Kobe Port je.
Naik bas ni pun best jugak sebab die akan pusing bandar Kobe.
Bandar Kobe menjelang malam.
Dalam bas ni ada sorang tourist guide pompuan yang akan explain pada penumpang apa nama tempat sekian sekian, belah kanan apedia, belah kiri ade ape sepanjang perjalanan bas tersebut.
Tapi die cakap Jepun..memang langsung tak paham.
Tapi aku kagum dengan die keje.Mula-mula aku ingatkan pompuan tu cuma jaga pintu jemput orang masuk je. Lepas tu baru aku tau yang suara tu bukannya recording. Dari awal aku naik sampai aku turun die explain..agaknya dengan sejarah sekali die cerita kott..
Tak penat ke die??
Boleh tahan jugak maju Kobe ni.
Ada sekali tu bas lalu di kawasan butik-butik mahal. Ada butik LV, Channel, Salvatore Ferragamo,dll..
Adakah dengan adanya butik-butik ni dikira bandar maju?
*Tidak sama sekali dowh..
Adakah dengan adanya butik-butik ni dikira bandar maju?
*Tidak sama sekali dowh..
Tapi cuba fikir, kalau ade butik mahal ni maksudnya mesti ada demand..Bile ada demand barang-barang mahal ni, maksudnya penduduk sekitar bandar adalah dari golongan elite. Padahal kedudukan Kobe adalah kira-kira 30 km dari bandar Osaka.
Kalau ikutkan, mereka-mereka yang nak beli barangan ni tak perlu ke Bandar Kobe pun, menapak sikit je Osaka.
Tapi kenapa perlu disediakan jugak? Kenapa investor berani nak bukak branch kat sini? Mesti le ade demand...
Sebab tu Kobe boleh dikira bandar maju jugak walaupun bandar ni pernah collapse akibat gempa bumi 1995.
Gempa bumi ni mengakibatkan bandar Kobe lumpuh sepenuhnya. Ia antara gempa bumi yang terkuat dalam sejarah Jepun.
Tapi lepas 19 tahun, pembangunan Kobe terus membangun umpama tiada apa-apa yang berlaku.
Hebatnya Jepun.
Sedangkan bandar Hiroshima yang dibom jadi yang padang jarak padang terkukur pun boleh membangun umpama bandar yang telah dibina 100 tahun dulu, apatah lagi Kobe.
Sekian, pembelajaran perbandaran kita pada hari ni.
*eh..kira belajar ke ni??
Dah.. layan gambar-gambar sekitar Kobe Port di bawah suhu 5c..
Kobe Tower. Inilah die ikon Kobe. Bila dah malam, tower ni akan lagi cantik disimbahi dengan neon-neon. Tapi takde kuasa aku nak menunggu sampai malam sebab suhu dah senja ni makin drop,aku dah frozen duduk tepi laut ni.
Aku tak tau ape nama structure ni, tapi ia juga jadi ikon pada Kobe.
Kobe Meiriken Oriental Hotel
Jambatan Kobe yang menghubungkan Port Island.
Dah habis berjalan di Kobe Port, naik bas yang sama ke Shin Kobe.
Dan minah tadi seperti biasa akan non-stop talking cerita apa yang ada di kiri kanan sepanjang laluan bas.
Lupe nak cerita, yang sekali naik bas ni tambang ¥250. Kiranye pergi balik tambang kami ¥500..
Tapi kalau korang sehari suntuk duduk kat Kobe ni, boleh ambil day pass yang harganya ¥650 sah untuk sehari.
Jadi korang boleh berhenti di 12 hotspot yang bas tu akan berhenti.
Dah!!Moh kite balik ke Shin Osaka, kita ade lagi satu misi iaitu nak cari hotel pulak ni.
Hari dah gelap, suhu makin turun,perut tak isi ape-ape lagi.
Sekali lagi naik shinkansen.
Dah sampai Shin Osaka, ambil mak tapir yang disimpan dalam locker pagi tadi dan kemudian cari subway nak ke hotel kami.
Part ni memang mencabar sebabnya dengan 12kg kat belakang + kaki sakit dah banyak berjalan + bawah suhu 1c.
Dari station nak ke hotel aku tengok map dekat je. Kalau nak naik subway pun cuma satu station je.
Kalau diikutkan hati, aku nak jalan kaki je ke hotel dari station, tapi bila aku try tanye kakak kaunter JR tickets, dengan muka kesian dia cakap "better you choose a subway. Its 30 minute walk from here."
*ayat ni aku translate berdasarkan pandangan die terhadap aku yang dok galas mak tapir belakang.
Bila pilih subway, terpaksa le melayang ¥200 untuk tambang sebab subway tak termasuk dalam JR Pass.
Aku kene ambik Midosuji Line dan berhenti di Nishinakajima Station.
Turun di station, kami singgah kejap di Family Mart untuk beli onigiri. Perut perlu diisi walaupun sebenarnya badan nak katil je.
Dari pagi, perut kami cuma diisi dengan roti gardenia & serunding yang dimakan atas shinkansen dari Hiroshima. Bila lapar, kami cuma makan biskut, coklat & coffee vending machine. Bertabahlah perut, akan ada sinar menyinari seminggu je lagi.
Dah sampai Sunny Stone Shin Osaka Hotel, nasib baik la kali ni bilik private, bukannya dorm. So boleh le terbungkang freestyle.
Heater pun ada,bathtab untuk berendam air panas pun ade. Bagi aku dah lengkap dah facility yang disediakan.
Nasi onigiri makan dengan sambal bilis dan serunding.honestly...tak sedap.huhu..maggi jugak yang sedap.
Dengan itu, kami tutup malam itu dengan nasi onigiri dimakan dengan sambal bilis & maggi dan air milo.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment