Monday, October 17, 2016

Amazing China 2015 : Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou [Day 6 ; Chongqing Sightseeing]

Sambungan dari Amazing China 2015 : Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou [Day 5 ; Wulong National Park]

Hari ni hari terakhir kami di Chongqing..

Memang tak sabar sangat nak balik Malaysia. Aku rasa mental aku dah breakdown dek pasal terperangkap dengan keramaian rakyat China semalam.

Jadi kalau ikutkan hati aku memang nak duduk dalam bilik hotel je.

Tapi mengenangkan perjanjian aku dengan AA yang mana aku kene ambil gambar selfie sebagai bukti yang aku dah sampai Chongqing, terpaksa aku gagahi jugak untuk keluar.

Misi hari ni cuma nak round-round bandar Chongqing je. Ada lebih kurang 5-6 hotspot untuk tourist dan icon Chongqing.

Jam 10 pagi kami keluar hostel, terus je subway station yang ada depan hotel. Tapi sebelum tu aku tinggalkan beg dalam store. Aku dah set, petang ni kite rehat kat lobby hotel dulu sebelum pergi airport.

Memandangkan aku dah melanda malas melampau, aku banyak tempek gambar je la.

Bercinta betul aku nak finalized travelog chongqing ni.

Eiling Park

Eiling Park ni termasuk dalam list attraction bandar Chongqing. Nasib baik la location die pun dekat dengan train station, jadi senang le aku nak sampai.

Katanya kat sini antara highest place yang boleh tengok skyview bandar Chongqing.

Jadi sebab tu le aku nak datang sini.

Eiling Park ni besar jugak, banyak orang-orang die tengah buat taichi.

Tapi takde le aku nak explore lebih-lebih sebab aku datang sini cuma nak mencari menara die je.

Kata nak tengok skyview bandar Chongqing kan?

Tapi kalau dah nama duduk kat China ni, jangan harap la nak nampak awan cantik.

Kabus  manjang!!

Memang teruk air pollution kat sini. Terimalah kenyataan.


Chongqing adalah satu-satunya bandar yang menerima pembangunan paling pesat. Dalam tempoh 10 tahun, dari sebuah kawasan pedalaman, ianya menjadi satu bandar metropolis. Search je la documentary pasal bandar Chongqing. Even mat saleh pun kagum population & development  tempat ni mengalahkan New York.

Skycrapers dalam gambar ni terletak dalam radius 5km dari pusat bandar Chongqing. Kalau nak tengok dalam bandar, boleh tengok dari cable car yang aku naik pada hari pertama tu. 

Tapi sayang seribu kali sayang, bila di China ni, harapan ko nak jumpa langit yang cerah tu tipis sekali. Kilang kat China beroperasi 24jam, sebab tu semua barang ko jumpa 'Made in China'. Terpaksa la aku selfie jugak walaupun kabus tebal.

Aku selfie banyak-banyak nak bagi airasia, takkan tak tempek pulak kan..Untuk kak Helen yang kerja kat AA(tukang uruskan tiket free aku), ni la buktinya aku dah sampai Chongqing. 

Eh, tak habis posing lagik!!Dah, next location please!!!

Ciqikou

Keluar dari Eiling Park, kami ke Ciqikou yang letaknya dalam district Shapingba iaitu  20km dari CBD.

Walaupun letaknya jauh dari CBD, tapi population bagi district ni ialah 1.2 juta!!

Di Ciqikou ni la kalau nak tengok original Chongqing.

Dan jugak tempat nak shopping souvenir dari Chongqing.

Itu le sebab utama aku sampai sini. Dah tiba masanya untuk kita kena beli buah tangan nak bagi orang kampung. Souvenir kat China ni aku tak kisah sangat sebab harga-harga di China ni masih reasonable lagi kalau nak banding Korea dan Jepun.

Location Ciqikou ni pulak dekat dengan train station, jadi mudah le nak sampai sana. Cuma harga tiket mahal sikit sebab die jauh. Tak salah aku dalam RMB4.

Gate masuk ke Ciqikou

Kedai-kedai yang jual souvenir. Meriah tempat ni.

Bila dok sini, aku teringatkan Xian. Kalau kat Xian, aku boleh pulun semua streetfood tanpa ragu-ragu. Tapi kat sini, bau-bau makanan mengancam, tapi telan bau je laa...

Dah sampai sini, shopping je segala macam souvenir, FM, cermin, tempat urut..macam-macam lagi Jangan ko pi beli yang ni pulak, ni antara barang rare yang jumpa.

Three Gorges Museum dan Chongqing People Square

Dah siap shopping, naik train lagi ke CBD dan berhenti di Lianglukou. Dari sini aku amik teksi ke Three Gorges Museum dan People Square.

Sepatutnya aku boleh naik bas, tapi sebab dah malas nak pening kepala cari no bas, tambah-tambah lagi hari last aku dah takde mood nak explore, jadi le aku naik teksi.

Nak naik teksi kat China ni ade cara die jugak. Bila dah dapat teksi, ko naik terus dan tunjuk gambar bangunan kat driver. 

Jangan ko cuba nak communicate dengan driver die. Kalau ko bagi kertas tulisan cina pun diorang malas nak baca. Jadi, cara terbaik ialah tunjuk gambar je.

Aku dah lupa berapa tambang naik teksi ni, tapi still murah lagi.

Ini le die Chongqing People Square and Auditorium, salah satu landmark bagi bandar Chongqing.

Chongqing Auditorium dan Three Gorge Museum ni saling menghadap. Tujuan aku ke sini untuk masuk Three Gorges Museum, tapi rupanya hari Isnin tutup. Aku nak masuk sini memandangkan aku takde peluang naik cruise menyelusuri Yangtze River. Jadi aku fikir bila masuk museum ni dapat le tengok ape yang ada di sepanjang Yangtze River. 

Gate adalah titik tengah antara museum dan auditorium.

Kawasan ni memang besar, lenguh jugak kaki kalau nak berjalan. 

Masa yang sepatutnya aku masuk museum tu, aku isi dengan lepak-lepak area ni sambil makan buah.

Satu benda yang aku perati, mak bawak anak kencing merata-rata adalah le 3-4 minit sekali aku jumpa.

Haish..balik nanti aku kene samak tapak kasuk agaknya.

Hongyadong

Kemudian, kami naik teksi lagi ke Hongyadong Building.

Aku tunjuk je gambar bangunan ni sebab aku tak pasti nama tempat tu betul ke tak.

Akhirnya sampai..

Ini le Hongyadong Buiding. Kompleks perniagaan bertingkat-tingkat. Dalam ni ade macam-macam. Hotel ade, shopping complex ade..Kalau belah depan akan nampak design bangunan ni yang melambangkan old chinese, tapi belah belakang adalah bukit. kalau nak pergi ke belah belakang, kene naik lift sampai ke tingkat paling atas dan bila keluar akan jumpa jalan besar. Kalau nak lagi cantik, boleh datang kat tempat aku berdiri ni bila dah malam sebab lagi meriah dengan lampu-lampunya. Sebab aku dah sedia maklum yang aku akan fail nak snap nightview, jadi aku pilih datang tengahari.

Nak masuk bangunan ni pun aku berpusing jugak mencari pintu masuk. Sebab design die yang complicated, tenggelam main entrance dibuatnya. Tak macam shopping mall yang lain yang mana entrance die dari jauh boleh nampak, tapi untuk bangunan ni aku tak jumpa pintu besar, yang aku jumpa pintu kecik je.

Ada park depan die..Aku masuk park ni, panjat sampai kat tempat air terjun tu.

Berjalan-jalan dalam ni mall ni aku tengok takde ape yang menarik. Banyak lorong-lorong jadi aku pening nak berjalan. Tapi yang perasan kalau nak cari cruise-cruise menyelusuri Yangtze River, kat sinile tempatnya. Agensi kat sini offer pakej murah-murah.

Masa aku mencari-cari lif untuk naik tingkat paling atas, aku terjumpa model Hongyadong building . Kalau nak ambik gambar overall buiding, aku kene menapak jauh lagi, jadi gambaran Hongyadong building camni le. Dia dibina di kaki bukit jadi bila naik ke atas akan jumpa open area atau skypark.

Keluar je lif aku nampak bende ni. Kapal nak berlayar daaa..




Rupanya kat atas ni ade banyak arca-arca dan patung-patung icon Chongqing. Jadi best la jugak ade port bergambar.



Banyak lagi patung-patung yang macam ni, tapi sebab nak boleh bergambar pun perlu kesabaran yang tinggi sebab nak berebut dengan rakyat die, aku mengalah.

Kami duduk buang masa di starbucks yang ada dekat dengan situ sambil berkira-kira lepas ni nak pergi mana. Nak balik hotel awal lagi.bilik pun dah checkout. Nak pergi berjalan-jalan pun tak tau nak pergi mana dah. 

Along, aku terasa nak makan dumpling la..nak rasa jugak dumpling kat negara china ni camana rupe die..

Haa..jom la, kita makan kat restaurant depan hotel tu."

Ni nak balik hotel ni camana?naik teksi ke?

Tak la, jom jalan kaki.

Ko tau ke kat mana?

Heyy...ini feeza fauzi la..google map dalam tangan.muahahaa

Jomm...

Kami bergerak..

"Eh, Obama!!

"Ape buat kat sini?Bukan sini kawasan komunis ke?"

Takde la..saye saje je ambil angin kat sini.Nak test market pun iye jugak...

Kami berjalan lagi, banyak bangunan design pelik  aku jumpa. Bila nak snap je ade je tukar tolong tilik kat kat screen handphone.

Berjalan hingga ke Liberation Monument yang kami pergi masa hari pertama . Pergi mana-mana pun memang kami jadi perhatian. Ramai tengok tu sebab kami berjalan sambil pegang monopod & cliplens.

Bila aku kata jadi tumpuan tu memang jadi jadi tumpuan la. Ni Nobita kene kerumun dengan penjual monopod sebab die pelik tengok cliplens. Aku datang china setahun lepas, orang die jakun tengok monopod, kali ni aku datang diorang jakun tengok cliplens. Next year aku nak pergi lagi la, nak tengok orang die jakun tengok ape pulak.

Akhirnya sampai area hostel, kami masuk muslim restaurant yang ada area situ dan order dumpling. Tokey kedai pun pelik order dumpling je. Tapi portion die besar, memang penat le nak habiskan.


Kemudian kami balik ke hostel. Masa baru jam 4 petang, flight jam 12mlm.

Nak taknak kami lepak dekat lobby hotel. Nasib baik le sofa banyak, jadi boleh le kami landing kejap.

6.30 petang kami keluar naik train ke airport. Train akan berhenti di Terminal 2, jadi kalau international flight kene tunggu bas untuk pergi ke Terminal 1. Nasib baik le banyak masa lagi, kalau tak kalut jugak aku dibuatnya.

Dah naik bas tu baru le tau, dekat sangat je T1, jalan kaki pun boleh.

Hati aku meronta-ronta nak balik..Tak sabar nak naik flight, nak tidur.

Cukup la..memang hari ni limit untuk aku duduk di China. 

Untuk datang China lagi mungkin boleh, tapi untuk extended sehari lagi aku dah surrender.

Jiwa aku dah ade kat Malaysia dah.

Tapi....

Flight delayed la pulak. Dekat jam 3 pagi baru flight terbang..

Aku dah pengsan awal-awal bila dapat seat. Nobita kata ade ade jumpa air pocket, semua orang menjerit. 

"Ko tak sedar ke?" die tanye aku..

"Tak..tidur mati.."

Akhirnya sampai Malaysia..Alhamdulillah

-END-

Akhirnya habis jugak cerita aku pasal Chongqing ni.

Aku nak sambung pasal Korea pulak. Itupun entah bila boleh siap.

Tapi aku tampal dua gambar yang aku kira hanya jumpa di China je.

Sebelum tu aku nak jawab kalau sesape tanye sama ada nak pergi China lagi ke tak.

Jawapan aku.."Nak..banyak lagi hidden place kat China tu yang aku nak explore."


Kereta tayar tiga ni banyak aku jumpa kat sana. Kat Chengdu, Xian, Beijing aku takde jumpa pun. Tapi di Chongqing berlambak.

Ini??Ini adalah perkara biasa yang boleh jumpa kat sana. Sebab tu sampai je  Malaysia aku basuh kasut & beg aku..