Monday, April 27, 2015

Amazing China 2015 [Chongqing - Chengdu - Jiuzhaigou] : Intro

Hulaa..hulala!!

Aku tak sangka akan jejakkan kaki lagi ke China.

Mase baru pulang dari China tempoh hari, Eiza cakap.."Sumpah, kite dah taknak datang China lagi kecuali kalau office trip atau melalui travel agent. Kalau nak travel sendiri kite dah taknak!"

Aku pun sama mengiyakan..

Tapi tak sangka dalam masa terdekat aku boleh sampai sana lagi.

Lagi tak sangka bile aku menang contest AirAsia. Aku malas nak cerita detail pasal menang contest ni, sebab aku dah cerita dalam entry sebelum ni.

Selama aku hidup, aku anggap diri aku ni selalunya tak bertuah sebab tak pernah menang ape-ape contest. Sekali menang contest yang hadiahnye tiket flight free ke Chongqing,China.

Haaa..ape lagik?Start merancang la.

Kalau tak pasal tiket free, aku memang tak tau kat mana Chongqing dalam kedudukan negara China.

Bile dah tengok map, baru aku tau yang die dah dekat dengan Chengdu..Jadi dalam kepala aku dah merancang nak ke Jiuzhaigou!

Tapi aku tak cukup masa. 

Mula-mula aku plan 4 hari untuk trip ni.Tapi aku perlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk cover Jiuzhaigou dan 2 hari untuk cover Chongqing. Menjadikan total trip aku selama 6 hari (Full day).

Masa mula-mula aku study pasal Chongqing, nak menangis aku bile majoriti rakyat Malaysia tak tau kat mana Chongqing dan tak pernah pergi Chongqing.

Jadi terpakasala aku berharap 100% sumber dari traveler mat saleh..Sumber rujukan aku hanya pada tripadvisor dan chinatravelguide je..Sedih gile aku dibuatnya bile kenangkan AA bagi tiket flight free yang locationnye tak berapa nak best ni..

Bile lagi 2 bulan nak bertolak, baru aku tau main attraction orang pergi ke Chongqing ialah ambil cruise 3 Days 2 Night menyelusuri Yangtze river.

Naik cruise?

Amik package?

3D2N?

Alaa...ini tak kene dengan jiwa aku..
Jugak tak kena dengan itinerary aku yang waktu tu aku dah beli tiket flight balik dari Jiuzhaigou-Chongqing.

Lagi satu, bile dah naik cruise tu aku dok pikir, ade halal food ke tak?Camane aku nak survive atas cruise nanti?Baik aku survive atas tanah, dari atas kapal.

Jadi, aku terpaksa tolak tepi activity naik cruise.

Aku dah spend 4 day untuk Jiuzhaigou (termasuk 1 day journey naik bas Chengdu-Jiuzhaigou).
Jadi aku cuma ada 2 full day untuk Chongqing. Maka terpaksa la aku cuma berharap sightseeing sekitar bandar Chongqing je.

Untuk pengetahuan semua, most attraction bagi Chongqing ni terletak jauh dari pusat bandar atau dengan kata lain luar dari region Chongqing. Dan mostly terletak di persisiran Yangtze River. Sebab tu main attraction tourist datang sini amik package cruise.

Bila aku dok survey ape yang menarik di sekitar Chongqing selain dari naik cruise, aku terjumpa 2 buah heritage site yang bertaraf UNESCO.

Wulong Karst & Dazu Rock Climbing.

Wulong National Park ni rupenye tempat penggambaran Transformer. Dan juga tempat ni memang jadi location penggambaran movie-movie China yang famous.

Wah!!ini sudah bagus.

Tapi nak pegi Wulong Karst ni ambil masa satu hari sebab location yang jauh dari Chongqing..Sama jugak dengan Dazu Rock Climbing, perlu ambil masa seharian nak melawat.

Jadi, aku kene pilih salah satu.

Bila aku study ape yang special Dazu Rock Climbing, yg aku jumpa cuma patung buddha yang diukir di kaki bukit. Jumlah die banyak, dan memang special sebab ia wujud sejak beribu tahun dulu.

Tapi memandangkan kita ni muslim, jadi aku rase tak perlu le beria nak melawat tempat ni. Lagipun kalau aku nak tengok patung buddha besar, baik aku cari kat Kelantan.

Eh???

Dah, malas nak cerita panjang, aku tampal gambar-gambar ape yang special untuk Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou.

Kejap lagi flight aku ke Chongqing.

Berdebar nak travel lagi ke negara China ni. Tak confident pun ade.Lagi-lagi bile nak berjalan dengan Nobita.

Dan sekali lagi masuk ke negara yang FB, IG, blogspot & google kene block!

Haish!!

Apepun, mulakan langkah dengan Bismillahirahmanirahim....


Huanglong Valley

Huanglong Valley. Antara Huanglong dan Jiuzhaigou, aku lagi exited nak pergi Huanglong.Kali pertama tengok gambar aku dah jtuh cinta dengan tempat ni.

Jiuhaigou National Park.Besar sangat kawasan die dan menjanjikan view yang sangat menarik.

Jiuzhaigou National Park.Nak masuk ke National Park dalam China ni amatlah mahal. China antara yang termahal kos entrance fee bagi UNESCO site. Aku pun tak faham kenapa.

Wulong Karst National Park.Kali pertama tengok gambar ni aku terus masukkan dalam must visit place bila aku sampai di Chongqing.

Lagi-lagi bila aku tau tempat ni location untuk shooting Transformer. Tapi kene sediakan duit je la kalau dah dimaklumkan yang UNESCO site di China ni antara yang termahal di dunia.
Tau tak korang yang kos perbelanjaan aku ke 3 tempat di atas dah hampir menyamai budget aku travel ke Beijing-Xian-Chengdu tempoh hari.*pecah tabung buluh aku.

Main attraction bila sampai Chongqing ni ialah naik cruise menyelusuri Yangtze River. Sepanjang Yangtze River ni cruise akan berhenti untuk melawat tempat menarik.View toksah cakap la, memang stunning punye.*itupun kalau bernasib baik tak jumpa foggy.haha Aku survey price pakej yang paling rendah ialah RM1.5k..kita boleh naik cruise dari Chongqing then tamat di Yitchang. Harga pakej tu dah termasuk untuk tiket flight balik dari Yitchang-Chongqing.
Bila aku dapat tiket free dari AAX ni, antara task aku kene buat ialah send to AA gambar selfie sepanjang percutian ke Chongqing. Dan aku tau, AA mengharapkan aku send kat die gambar aku sepanjang di Yangtze River. Tapi aku tak amik pakej cruise ni, so kurang la gambar aku di Chongqing nanti. Mesti banyak gambar di Jiuzhaigou je.haha
*Sorry la Uncle Tony..saye sebenarnye seram naik kapal..takut air....tapi sebenarnye, saye tak cukup wang.kihkih..

20 comments:

  1. Salam..bon voyage..

    my boss ada gi Chongqing, naik cruise, pegi ke Three Gorges Dam..view yg sangat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru balik dari Chongqing.as ur bos said, naik cruise adalah wajib bile dah sampai Chongqing, sbb view die memang cantik.

      Delete
  2. wah have fun ye!

    best ape g tempat yg jarang orang malaysia pegi. tapi, jiwa kena kental beb

    salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenaln.
      haa..ye la..mmg jiwa kene double kental lagi-lagi ke Chongqing.Foreigner boleh bilang dengan jari

      Delete
  3. Wah pakai last time punya visa ke? hehe

    Tahniah Feeza! Enjoy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kene buat baru daaa..baru je expired visa tu, dah kene buat baru.

      Delete
  4. cantik.....planning kembara china 2016.. hehehe.... kene penuhkan tabung ayam dulu as u said national park sana mahal.... train pun mahal sana...

    Follow me back
    www.mytravellicious.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks...pergi le ke tempat2 ni..memang recommended.2016 tu sempat la detail travelog ni siap.haha

      Delete
    2. Hai Fadli...dh tamat lom cite Myanmar :-)

      Delete
  5. Feeza...mmg betul ..kalau nak cari perkongsian kisah travel trip ke Chongqing dari rakan travel msia agak kurang sbb tak ramai yg ke sana.....view sgt ohsem itu sbb entrance fee termahal di dunia...

    ohh...baru tahu kenapa leh dapat FREE tu...tahniah!!!!! rezeki

    ReplyDelete
  6. JM tengah stalker cheq punye blog!!bangga sat!!haha...

    Tunggu haa..nak siapkan detail travelog trip chongqing ni..tp asyik malas je..

    Macam fah malas nak travel skarang bile pikir pasal RM merundum kan..haishh!!

    ReplyDelete
  7. JM tengah stalker cheq punye blog!!bangga sat!!haha...

    Tunggu haa..nak siapkan detail travelog trip chongqing ni..tp asyik malas je..

    Macam fah malas nak travel skarang bile pikir pasal RM merundum kan..haishh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat2 share..i ni mmg minat nk baca tempat rare mcm ni...heeee

      Delete
  8. JM tengah stalker cheq punye blog!!bangga sat!!haha...

    Tunggu haa..nak siapkan detail travelog trip chongqing ni..tp asyik malas je..

    Macam fah malas nak travel skarang bile pikir pasal RM merundum kan..haishh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feeza...dah lama 'ngendap' tapi jarang tinggalkan komen...kalau ye pun excited jgn lah sampai 3 kali reply komen yg sama ahahahahah

      Delete
    2. Haha..exited hokey!!!
      *sebenarnye internet gile

      Delete
    3. Haha..exited hokey!!!
      *sebenarnye internet gile

      Delete
  9. salam, nk tnya bapa kos msk ke national park? sbb plan mcm nk ke Jiuzhaigou.. tgk view cam cntk sgt.. n byk ke tmpt best kat area nie kena fee? mohon share.. msh noob lg travel2 nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ade cerita detail dalam next-next entry

      Delete
  10. hehe...chongqing....
    In shaa Allah, next month after raya kena pi sana lg 2 mnggu..last 2 years pn dah pegi sana 2 mnggu jugak...ckup susah nak cari halal food...
    n barang2 smua mahal....
    stay area shapingba...

    ReplyDelete