Thursday, April 3, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 5 [Part 1] ; Tokyo [Odaiba]

Sambungan dari Day 4 [Part 4] ; Osaka [Don Qui Jote]

Pagi ni bangun dengan penuh kesegaran. Nasib baik sakit kaki semalam dah hilang..tapi aku tau, sekejap je tu die hilang..

Hari ni hari ke 6 berada di Jepun, tapi hari ke 5 untuk kita berjalan-jalan.

Itinerary hari ni, kami akan ke Tokyo naik shinkansen dan malam akan balik semula ke Osaka.

Jam 6 pagi, kami keluar hotel dan jalan kaki ke Shin Osaka. Aku dah tau dah yang kami memang tak sempat ambil first shinkansen, so aku amik masa ni jalan berlenggang kangkung.

Seperti biasa, masuk ke kaunter shinkansen untuk reserve tiket..

Tapi reserve car dah full. Kami kene naik non-reserve car jugak..

Ooo..hari ni hari Sabtu, ramai orang dia pergi ke Tokyo kot, tu yang penuh..

Duduk atas shinkansen, macam biasa kita sarapan dulu. Kali ni sarapan dengan serunding & nasi onigiri yang dibeli malam tadi tapi tak sempat nak makan..

 Tapau air milo dalam tumbler, makan onigiri dengan serunding. Lepas tu aku tulis poskad dalam shinkansen..tak sempat habis tulis, aku mual..semua yang aku makan tu keluar balik..aisyhh..
Ini bulan ke matahari? Waktu ni dah jam 7 pagi. First time aku nampak seketul matahari yang bulat terbit..Sebab itu le kot Jepun digelar negara matahari terbit.

First destination kami di Tokyo kita nak ke mana?

Odaiba!!

Jam 8.30pagi, kami sampai di Shinagawa Station dan kemudian naik JR Yamanote line untuk patah balik ke Shinbashi Station. Dari sini, naik private line (Tokyo Waterfront Transit) untuk ke station Odaibakaihinkoen Station.
Apasal aku tempek gambar jalan?Ntahle,tapi aku berkenan dengan road system di Jepun.

Bila naik private line dan subway di Tokyo ni,  JR Pass tak boleh guna. JR train di Tokyo ni hanya JR Yamanote line & JR Chuo Line sahaja, tapi train ni route die mengelilingi Tokyo dan kebanyakan station jauh antara satu sama lain. So JR Pass tak berapa utilize di bandar Tokyo sebab subway lagi lebih bagus.

Subway di Tokyo ni terbahagi pada 3 main line iaitu Toei, Metro  & private line.

Ada juga pass untuk subway ni boleh jugak contohnya :-
Tokyo Metro One Day ticket [ Y710 ] hanya boleh guna di subway Metro line sahaja.
One Day Ticket [ Y1000 ] boleh guna di Toei & Metro Line
Tokyo Combination Ticket [ Y1590 ] boleh guna di Toei,Metro & JR lines untuk sehari.

Tapi bagi private line, tiada pass disediakan.

Disebabkan itu, aku pun rasa tak perlu ambil One Day Ticket tu since nak ke Odaiba, hanya private line sahaja disediakan.

Odaiba Seaside Park

Odaiba ni merupakan man-made island yang dikhaskan sebagai tempat untuk leisure & commercial.

Banyak attraction place yang ada di sekitar sini seperti ferris heel, gundam, rainbow bridge, mini legoland, museum, aqua park dan banyak lagi.Bandar Odaiba ni sebenarnya kalau nak explore kene amik masa sekurang-kurangnya sehari since memang banyak aktiviti sekitar sini.

Tapi misi kami kat sini cuma nak tengok Rainbow Bridge dan New York Liberty Statue je. Tak dapat tengok yang original dekat New York, kat Jepun pun jadik le..Untuk tengok view Rainbow Bridge & New York Liberty, aku kene pergi ke Odaiba Seaside Park.

Turun di Odaibakaihinkoen Station, berjalanlah kami ke Seaside Park. Tapi sebenarnya kami silap,sebab kalau nak dekat ke situ perlu turun di Daiba Station.

Tapi takpe, kita jalan kaki menghirup udara segar since masih pagi, urat betis belum sakit lagi..

Jom layan gambar sekitar Odaiba ni.

Rainbow Bridge dari atas train. Seberang sana le Odaiba.
 Odaiba Seaside Park..Nampak tak New York Liberty nunnnn jauh tu..itu le yang kita nak pergi

Odaiba map..besar banget...aku cuma akan cover Odaiba seaside park je.
 Rainbow Bridge
 Rainbow Bridge & New York Liberty
 New York Liberty
 New York Liberty & WTC Jr.......Eh??
 New York Liberty....lagi
 Anak bulan, New York Liberty & Rainbow Bridge
 Fuji TV HQ
 Fuji TV HQ. Dah balik, baru aku tau yang Fuji TV HQ  ni kita boleh melawat jugak. Kalau kena dengan timing betul, kita boleh masuk tengok orang buat recording..Kalau aku masuk ade harapan jumpa MatsuJun tak??

Dah habis berjalan sekitar sini, kami patah balik dan pergi ke station Tokyo Teleport sebab kita nak menuju ke tempat lain pulak..

Aqua City Odaiba. 
Kalau aku terus ke depan lagi, akan sampai di Venus Fort.Kalau nak shopping, kat sana le,dan kalau nak pergi Odaiba Ferris Wheel, mini Legoland kat sane. 
Symbol Promenade Park

Dah habis berjalan sekitar Odaiba, kami teruskan perjalanan ke Asakusa.

Mula-mula aku plan nak ke Disneyland since location kami sekarang ni dah menghala ke arah Disneyland. Tapi bile tengok jam, waktu tu dah jam 12 tghari, so cancel program ke Disneyland.

Lagipun bukannya nak masuk pun, cuma nak check in kat depan je pun..

Dari Odaiba ke Asakusa:
Tokyo Teleport St(Private line) ---> Shinkiba St (JR Line) -->Hatchobori St (Hibiya Line)-->Ningyocho St (Asakusa Line)--> Asakusa St.

Fuh..banyak nak kene turun naik tukar train..

Ni yang eden lomah ni..

Perjalanan nak ke Asakusa ni buatkan tenaga aku makin berkurang dan kaki pun makin sakit.

Aku rasa orang-orang kat Tokyo ni berjalan dengan kelajuan dua kali ganda dari orang Osaka. Masing-masing loghat nak ke mana aku pun tak tau. 

Dalam train station, aku cari tempat nak duduk tapi takde.Kalau ade pun, kat area luar bangunan,tapi aku beku! Nak duduk dalam train pulak dah penuh. Naik tangga, turun tangga buatkan kaki aku dah start sakit.

 Pembelian tiket di machine..senang je..tapi korang kene tahu harga tambang..Sebelum datang Tokyo, better belajar dulu beli tiket kat LRT KL..baru le tak terkial-kial depan mesin ni.
Perasan tak ni sape?Korang layan tak cerita My Boss My Hero?Cerita pasal anak ketua yakuza masuk sekolah?Ini le hero die..mase tengok gambar ni mase tunggu train, aku bagitau adik aku.Mati-mati die kate aku bohong..Die kate apasal yang ni nampak hensem, dalam citer tu tak?


Akhirnya kami selepas penat lelah tukar train, sampai jugak kami di Asakusa.

Bersambung...

2 comments:

  1. Apsal tak singgah sekali dekat patung gergasi Gundam? Belakang Fuji tv tuh je.

    ReplyDelete
  2. Lohh..ye ke...tak tau punn..kalau tau jengah jugak dari jauh.hihi

    ReplyDelete