Tuesday, April 8, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 6 [Part 4] ; Kyoto [Shinkyogoku]

Sambungan dari Day 6[Part 3] ; Kyoto Ginkakuji]

Dari Ginkakuji temple, kami naik bas no 100 untuk ke Gion. Aku tak tau pun bas tu pergi mana masa nak naik, tapi bile aku tengok crowded naik, so aku naik je laa..Bila atas bas, baru aku perasan yang bas tu tak lalu Kawaramachi, jadi aku kene turun dekat bus stop Gion, then lintas jalan untuk naik bas ke CBD Kyoto.

Actually kalau nak jalan kaki ke CBD Kyoto pun boleh jugak since dah dekat dah..tapi sepanjang tepi jalan tu banyak bus dok berhenti ambil penumpang, so kami naik je bas tu dan berhenti di bus stop Shijo-horikawa..Senangnya naik bas di di Kyoto ni..

Kita nak g shopping..tapi bandar Kyoto ni besar, nak shopping kat mana?

Aku dapat tau ade satu street yang jual dengan harga yang lagi murah berbanding tempat lain...

Nama tempatnya Shinkyogoku.

Dah sampai area Shijo Avenue, tak tau nak turun kat mana. Aku cuma follow crowded turun dari bas..kemudian berjalan tepi-tepi kedai..

Ini le bandar Kyoto..

Bandar Kyoto ni bertumpu di sepanjang jalan Shijo Avenue. Walaupun Kyoto ni bandar lama dan menerapkan unsur tradisional, tapi di CBD ni boleh tahan maju, modern dan style bangunan die..Ada banyak boutique mewah tepi-tepi jalan..Shopping complex pun boleh tahan hebat jugak, tapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.

Datin nak pi shopping.

Shijo Avenue..dari hujung sana hingga hujung sini penuh dengan deretan kedai camni..Memang meriah..


Salah satu boutique mewah tepi jalan..ada banyak lagi yang nampak kat sepanjang jalan ni.
Kereta yang lalu pun boleh tahan mewah jugak..dan yang ada atas jalanraya banyak teksi dan bas je..private car memang kurang..
Rakyat marhain nak melintas.
Kedai cenderamata kueh mueh...kottt...

Dah jauh berjalan, baru le aku nampak signboard Shinkyogoku.

Shinkyogoku dori

Actually mula-mula aku bayangkan macam kedai jualan kat Asakusa yang penuh barang cenderamata, tapi sebenarnya tak. 

Banyak kedai jual baju fesyen-fesyen. Dan sebab sekarang ni winter, banyak winter coat yang murah-murah.

Lagi murah dari Dotonbori...

Huk Aloh..

Aku dah beli 2 helai winter coat kat Dotonbori, takkan nak beli lagi?

So aku cuma pandang le baju-baju tu..

Misi aku kat sini cuma cari kedai yang jual souvenir je.

Masuk kedai kat area depan, aku beli t-shirt "I Love Kyoto/Japan" dengan harga Y800 tapi kat kedai belakang jual dengan harga Y900.

Tapi kedai yang jual T-shirt mahal tu la yang jual fridge magnet murah. 

Kalau dah memang mengamalkan dasar kedekut ketika membeli-belah, jadilah kami berulang alik Shinkyogoku-dori tu lebih kurang 4-5 kali..

Huh..borong barang bukannya sampai penuh tangan kiri kanan pun, tapi lenguh kaki ni tuhan je yang tau.

Tapi nasib baik kaki ni tak sakit macam semalam waktu di Tokyo.Kali ni dah jalan terkangkang dah..cuma mulut ternganga tengok fesyen baju-baju yang murah tu..

Moh layan gambar sepanjang di Shinkyogoku ni..

Panjang tuh street nya..
lelong...lelong...Kalau aku beli jugak??
Nak pakai tang mana kat Malaysia nanti?
Ke tepi la budak..sibuk je dok depan aku 
Kedai ni le aku beli tshirt
Slurrpppp..kecur air liur aku tengok decoration menu die laa..
Uish..rambang mata aku.
Temple yang ada dalam area shinkyogoku
Budak-budak nak cari port lepak.
Shinkyogoku ni bersambung dengan Teramachi-dori, street yang penuh dengan kedai shopping jugak
Kat shinkyogoku ni aku nak cari restoran okonimiyaki. Tanya makcik kedai yang jual souvernir, di suruh aku cari kat bahagian alley yang tersorok ni. Masa aku cari kedainya, inile yang aku jumpa. Aku suka dengan view alley ni.
Aku jumpa kedainya..tapi bila tengok sample menu depan kedai, ada jual pork..so tak jadi le aku masuk.
Maka duduk le kami kat medan depan temple nak rehatkan minda tak dapat makan okonomiyaki. 
Depan medan tu ada temple..memerhatikan abang mat saleh baru keluar temple.


Kami duduk depan kuil sambil perhatikan fesyen-fesyen minah yang shopping kat sini.

Aku tak reti fesyen time winter ni.Tapi cuma satu je aku nak komen..korang ni tak sejuk ke??
Apa tengok-tengok?Tak pernah tengok orang jepun ke?
Kak..pinjam baju..macam best je akak pakai baju boleh buat selimut tu..saye sejukkk
Akak..akak tak sejuk ke dedah peha...saye yang pakai 3 lapis seluar pun dah beku kak...
Kami dari kecik lagi kene hadap musim sejuk dek..hang patut bersyukur membesar kat tempat khatulistiwa tau dak??
Kenapa akak cakap camgitu??
Kalau dak duit hangpa habis kat beli baju sejuk berlapis-lapis laa...penat tau nak pakai baju berlapis-lapis ni..tu kami dedah kat kaki sebab dah tutup litup kat atas...
oooo..camtu ye...
Okey, dah le tu..kite ushar abang mat saleh ensem pulak...
Eh...abang tu dah perasan la... larikkkk...


Dah..

Moh kte keluar dari sini...barang-barang dah dapat kan?Dah cukup buah tangan untuk scandal-scandal kita kat Malaysia kan, Nobita?

Jom kita keluar dari sini..Tak payah beli banyak-banyak..Scandal-scandal kita tu pun bukannya bagi duit support untuk kita datang sini..

Jommm..kita nak gi tengok geisha pulak..

Bersambung..

No comments:

Post a Comment