Sambungan dari Amazing China 2014 : Day 4 (Beijing-Xian)
Waktu dah menunjukkan pukul 8.30pagi.
Jomm..kita dah lambat ni..Kata nak exercise naik basikal keliling Xian City Wall.
Sebelum keluar hotel, aku ambil map yang hotel provide. Itu pun dah cukup lengkap, dah tak payah keluarkan kertas map aku dah..
Xian City Wall ni mengelilingi bandar Xian. Tapi kalau nak naik atas tembok ni, kene cari tang mana pintu masuknya.
Ada 4 pintu masuk utama.Tapi yang biasanya jadi tumpuan pelancong ialah belah South Gate.Sebabnya bas 603 (bas pelancong) akan berhenti kat South Gate ni.
Dari hotel, kami naik bas no 46 dan turun betul-betul di roundbout dekat dengan Southgate. Turun je dari bas, berdesupp desapp kereta lalu kat roundbout 5 lane ni..
Tang mana nak melintas?
Jalan je sikit, aku nampak underground pass..
Memang sah kalau nak melintas kat Xian ni pun kene guna underground pass jugak.Tok sah cuba bunuh diri dengan lintas jalan ikut jalanraya..
View dari dalam kawasan roundbout..
Sebelum melintas, pening aku tengok jalan die yang banyak lane ni.Lagi pening bile tengok cuaca berkabus!
Nak pegi ke main entrance untuk beli tiket, kene naik ke atas..harganya RMB54
Map Xian City Wall
Main entrance South Gate sebelum masuk ke Xian City Wall. Memang besar dan tinggi wall ni. Lagi tinggi dari tembok China
Dah sampai atas, ada tempat untuk sewa bakisal..ada jugak electric car yang menunggu penumpang
Lama kami duduk kat depat tu..
Nak amik basikal ke... nak naik kereta?
Nak kayuh basikal pusing tembok, sayang pulak kalori ni..Nanti sakit kaki, sape nak urut?
Nak naik electric car, mahal pulak..
Dekat 15 minit, akhirnya kami decide amik electric car je..Takde maknanye nak lenguhkan kaki dengan pusing naik basikal ni..
Electric car ni akan mengelilingi seluruh tembok 4 segi ni...
Setiap bahagian pulak ade menara yang ditempatkan di setiap gate..Electric car akan berhenti sekejap di setiap menara tu..Jadi kita boleh turun la untuk bergambar..
Masa mula-mula nak naik tu, kami pilih duduk seat belakang sekali, tapi membelakangi penumpang lain. Bila dah makin ramai, driver tu mintak penumpang lain duduk bertiga, tapi tak kacau kami pun.
Sebab kami kan alien.hahah
Tapi yang aku perasan, penumpang yang naik electric car tu semua warga emas.Kami je warga harapan bangsa dan negara,
Arghh..lantak laa..
Yang penting aku dah malas nak jalan.
Moh kita jalan-jalan..
Atas Eletric Car. Tambang die RMB80.Biarle aku habis duit sikit, jangan habis kalori..phuiii!!
pin pin pon pon...meh naik electric car.
Tempat untuk sewa basikal dan bayar electric car. Yang baju kuning tu promoter basikal..tapi dengan kteorang langsung die tak kacau.hahaha..
Meh nak cerita sikit pasal Xian City Wall ni.
Dibina sejak pemerintahan Tang Dynasty lagi (618M-907M). Kemudian masuk perintahan Ming Dynasty(1368), maharaja pertamanya mengarahkan city wall ni diperhebatkan sebab die mendapat nasihat dari seorang ahli petapa supaya membina tembok besar untuk menyimpan stok makanan dan juga sebagai benteng pertahanan.
Selepas dibesarkan, tembok ni menjadi setinggi 12m dan kelebaran 12m di bahagian atas dan 15-18m di bahagian bawah. Dan panjangnya mengilingi bandar Xian ialah 13.7km.
Tembok ni telah mengalami beberapa siri pembesaran dan perubahan size. Size segi empat tepat tetap tak berubah, tapi yang berubahnya cuma keluasan je. Hinggalah masuk pada pemerintahan Dinasti Qing, tiada lagi perubahan size dibuat tetapi hanya maintain struktur yang ada je.
Sepanjang dok round atas tembok ni, ada certain kawasan yang ditutup untuk conservation..Lantai die pulak, bukannye smooth sangat pun, tambah pulak driver tu bawak laju, terlambung-lambung aku kat belakang ni..Nasib baik die ade seat belt.Kalau tak boleh tercicir jugak la alien dua orang ni.
Masa atas kereta, ramai je yang dok gatih basikal dan kebanyakkannya mat saleh la..
ape lagik!!Babai laa...
Kami ade kete,korang ade basikal je?haha...
Tapi mat saleh ni memang sporting la..
Akhirnya dah habis keliling city wall..sekejap je kami kat sini, Aku plan nak duduk sampai tengahari, tapi tengok jam baru pukul 11.30pg.
So, ke mana kita ni??
takkan nak balik hotel tidur kot??
Dah pikir-pikir, aku buat decision, kita balik hotel, mandi dan tidur siang..
haha..memang itinerary kat Xian ni tak terkejar-kejar sangat..
Sebab Xian ni attraction die tak banyak mencapai tahap yang aku nak, iaitu yang mendapat pengiktirafan UNESCO. Yang ada cuma Terracotta warrior je.Tapi walaupun satu je, ia adalah satu tinggalan sejarah yang betul-betul buat ahli sejarah speechless!
Itu kami nak pergi esok. Jadi hari ni, kita light-light je..
Nak balik hotel kali ni aku pilih nak naik bas 603. Masa datang tadi, aku tengok ramai yang naik bas 306, bas 2 tingkat dan bile tengok map yang hotel bagi pun die ade cakap naik bas 603 je..
Tak sempat duduk, bus dah datang..
Sampai hotel, restoran halal depan hotel tu dah bukak..bila masuk, die belum start berniaga lagi, tapi die suruh je kami masuk dan terus bagi menu dalam english.
Ini sudah bagus!!
Dah siap makan, masuk bilik dan tidur..
petang nanti kita nak pergi Muslim Quarter pulak.
bersambung..
p/s: mase aku nak siapkan entry ni, stress aku dok hadap gambar yang semuanya berkabus..huh
Tembok ni telah mengalami beberapa siri pembesaran dan perubahan size. Size segi empat tepat tetap tak berubah, tapi yang berubahnya cuma keluasan je. Hinggalah masuk pada pemerintahan Dinasti Qing, tiada lagi perubahan size dibuat tetapi hanya maintain struktur yang ada je.
Garisan biru tua tu adalah size pertama yang dibina, Yang hijau pulak adalah size city wall kedua yang dibuah. Kaler oren tu pulak dibuat pada zaman dinasti Ming dan kaler biru muda pulak ialah size city wall pada masa sekarang.
Setiap gate akan ade bangunan cam gini.Aku tak tau fungsi die ape, tapi mungkin untuk tempat pegawai kerajaan mengawal tembok ni.
Nampak macam sama, tapi lain-lain tempat.
Another one.
Lagi..
Pintu keluar dari city wall.
Aku suka dengan architecture bangunan ni. Betul-betul dekat South Gate.
Park dari atas city wall. cantik, tapi berkabus.huh
City wall lagi
Atas city wall
Atas city wall lagik
Atas city wall lagik
Mengelilingi city wall ni nanti nampak le rumah tradisional orang-orang kampung.
Electric car tu akan berhenti di setiap tower..Mase kat tower ni ade orang berniaga souvenior, time aku beli le siki sebab takut nanti tak jumpa yang berkenan dah.
Perubahan senibina tower di setiap main gate city wall.
Loceng besar. Aku pun tak tau berfungsi untuk ape. Untuk panggil askar-askar berperang kot.
Sundial..sebut betul-betul..bukan di situ..disini..sundial. Alat ni berfungsi sebagai untuk tengok waktu..Kirenye jam zaman kuno laa
Masa atas kereta, ramai je yang dok gatih basikal dan kebanyakkannya mat saleh la..
ape lagik!!Babai laa...
Kami ade kete,korang ade basikal je?haha...
Tapi mat saleh ni memang sporting la..
Akhirnya dah habis keliling city wall..sekejap je kami kat sini, Aku plan nak duduk sampai tengahari, tapi tengok jam baru pukul 11.30pg.
So, ke mana kita ni??
takkan nak balik hotel tidur kot??
Dah pikir-pikir, aku buat decision, kita balik hotel, mandi dan tidur siang..
haha..memang itinerary kat Xian ni tak terkejar-kejar sangat..
Sebab Xian ni attraction die tak banyak mencapai tahap yang aku nak, iaitu yang mendapat pengiktirafan UNESCO. Yang ada cuma Terracotta warrior je.Tapi walaupun satu je, ia adalah satu tinggalan sejarah yang betul-betul buat ahli sejarah speechless!
Itu kami nak pergi esok. Jadi hari ni, kita light-light je..
Nak balik hotel kali ni aku pilih nak naik bas 603. Masa datang tadi, aku tengok ramai yang naik bas 306, bas 2 tingkat dan bile tengok map yang hotel bagi pun die ade cakap naik bas 603 je..
Tak sempat duduk, bus dah datang..
Sampai hotel, restoran halal depan hotel tu dah bukak..bila masuk, die belum start berniaga lagi, tapi die suruh je kami masuk dan terus bagi menu dalam english.
Ini sudah bagus!!
Dah siap makan, masuk bilik dan tidur..
Makanan kami berdua. Die letak pinggan kecik, ingatkan sikit..bile dah makan, tak habis..Kalau nak pedas, letak cili yang memang dah ada atas meja tu.
petang nanti kita nak pergi Muslim Quarter pulak.
bersambung..
p/s: mase aku nak siapkan entry ni, stress aku dok hadap gambar yang semuanya berkabus..huh
Errr.. malaih sungguh kome kome ni nak nganyuh basikal ye....hehe
ReplyDeleteTidor siang ?? diwaktu mengembara ?? dasat tu....
hahahah.. :facepalm:
Deletekann..trip kat Xian ni memang relaks gile,mampu tidur siang.hahah..jangan ikut contoh tak baik iteww..
haha
nape gambar 1st tu langit biru betul... tp the rest of the pic berkabus. erkkk...
ReplyDeletetp menarik! nk pegi xi'an gak nnt. besar gak nmpk bandar dia nih.
john, gambar first tu amik amik kat bahagian east gate kot..on the next day lepas kami balik dari terracota warrior..
Deletekalau tengahari, kurang sikit berkabus..kalau awal pagi, memang tak nampak awan la..
Salam...
ReplyDeleteRindunya dengan beijing!!