Friday, January 25, 2013

Minang Kau Bau : [Bukit Tinggi] Part 3

Day 3 Bukit Tinggi

Hari ni sepatutnye kami ikut TA berjalan-jalan melawat tempat tenunan songket,tempat buat itu,tempat buat ini,shopping kat pasar atas..bla,bla,bla....

Tapi since aku dah pernah datang sini, aku tau ade satu tempat shopping yang best dan murah kalau nak dibandingkan dengan Pasar Atas. Pasar ni name Aur Kuning. Aur Kuning ni sebenarnye tempat shopping harian penduduk tempatan Bukit Tinggi. Macam biasa, kalau pasar tu jadi tumpuan penduduk tempatan, semestinye harga barang-barang lagi murah. Kalau dekat Pasar Atas tu bukannye mahal, tapi sebab ia tumpuan pelancong,so harganya mestile up lebih sikit kann...

Since kami datang ke sini dengan menggunakan khidmat TA,aku tau mesti diorang akan skip Aur Kuning. So mase discuss dengan pihak RaunSumatra, aku dah mintak one day free activity yang mane hari ni, semua aktiviti kami tak bersangkut paut dengan travel agent.(jadi payment pun kurang le sikit.hihi)

Sepatutnye pagi-pagi lagi kami dah bergerak Aur Kuning, tapi kalau pasar tak bukak lagi, buat ape nak pegi kan..So Jam 7pagi, lepas sarapan tu, kami nak hotel balik dan jam 9pagi kami turun.

Aku mintak receptionist kat kaunter tu call teksi 2biji amik kami kat hotel. Aku pun dah lupe berapa charge teksi untuk sehala le Aur Kuning. Tapi rasanya Rp20,000 untuk satu mobil.

Dah sampai Aur Kuning, ape lagik,kami borong le..Kalau sape-sape yang kirim telekung sembahyang tu, better beli kat sini je sebab kat sini lagi murah. So, kalau makcik-makcik kteorang yang kirim tu, kami beli kat sini je.Ahaks..

Tapi kalau telekung untuk hadiah atau sebagai hantaran, atau yang lebih berkualiti, boleh beli kat pusat tenunan..Kalau kat kedai yang TA bawak tu lagi berkualiti jenis kain dengan sulaman die.

Walaupun tempat ni adalah untuk penduduk tempatan & safety kat sini pun TA kami cakap tak memberangsangkan sangat. Purse & beg kene jaga!!

Tapi walaubahgaimanapun kalau nak dibandingkan dengan pasar kat Bandung, aku rase di Sumatera ni lagi selamat untuk tourist. Mungkin sebab kat sini penduduk die terdiri dari Melayu Minang & semuanya muslim. So dari segi communication sesi jual beli & enviroment kat sini pun aku rase tak ubah macam kat Malaysia.

Okeylah, memandangkan misi aku ke tempat ni untuk shopping, so camera takde le berguna sangat. So layan je la gamba-gambar yang sempat capture ni.


Bus station Aur Kuning. Picture ni adik aku amik. Aku tak sempat sampai pun tempat ni sebab dok sibuk shopping telekung


Ayah shopping kerepek umpama kat Malaysia takde kerepek.


Dah habis shopping kat Aur Kuning, kami call pak supir yang bawak kami ke Aur Kuning pagi tadi. Dah janji dekat tepi jalan kat sini, dan kami terus ke hotel hantar barang dulu. Mintak die tunggu dulu kat bawah dan hantar kami ke Pasar Atas untuk kami sambung shopping.

Dah sampai ke Pasar Atas, kami tak terus naik ke pasar. Kami cari dulu tempat nak lunch. Mula-mula nak masuk je kedai-kedai makan nasi padang yang ade kat area pasar ni. Tapi ntah kenapa takde kekuatan pulak semua nak masuk. Mungkin sebab dua hari sebelum ni kami dilayan macam raja oleh TA yang bawak kami ke rumah makan, hidangan nasi padang pun dah siap terhidang atas meja, tinggal kami habiskan lauk & semua dah dibayar. Jadi, bile anak raja ni ditinggalkan terkontang-kanting, maka terkial-kial le nak cari restoran yang sesuai,nak pilih makanan...

Sebenarnye aku nak masuk rumah makan ni..tapi kenapa ntah semua takut nak masuk.hahaha

Akhirnye untuk tidak memeningkan kepala, kami masuk shopping complex dan makan je di fast food restaurant, Texas Chicken. Restaurant ni ala-ala KFC, tapi die ade nasi..Kami order, dengan tunjuk menu, so makan je la..sedap-ke tak sedap, sekadar mengalas perut je.

Dah  makan, kami sambung shopping area sini pulak. Memandangkan hari ni hari minggu, jadi dataran kat sini penuh dengan aktiviti orang ramai. Lagi ramai dari semalam..

 

Tapi kami tak lepak lama kat area sini, kami jalan kaki naik ke Pasar Atas. Tapi kali ni kami tak ikut entrance besar yang ade tangga tinggi tu. Kami pusing sikit belah kiri untuk cari kedai kakut Yap Yek. Kedai kasut ni boleh dikatakan agak femes jugak bagi sesiapa yang asyik berulang-alik ke Bukit Tinggi ni. Kualiti buatan kasutnye jugak boleh dikatakan bagus. 


Time ni baru habis shopping kat kedai kasut YapYek. Kalau korang tengok signboard Y Y yang besar, tu le kedainye.


Dah masuk Pasar Atas ni, habis pulun kami shopping barangan cenderamata.

Pisang ni dah bakar, ketuk lepas tu letak gula melaka. Kalau ikutkan sedap kalau makan panas-panas. tapi sebab kteorang beli bungkus,dah sejuk jadik le tak sedap.


Dah habis shopping, kami datang balik dataran ni sebab dah tibe masa nak balik hotel. Kiranya Dataran Jam Gadang ni tempat tumpuan untuk beriadah,berniaga, lepak-lepak..Kalau nak naik teksi pun tunggu kat area sini jugak. Full of function le tempat ni. Sebab tu kat sini sememangnye digunakan sepenuhnya oleh penduduk tempatan kat sini. Bukannye macam tempat kite, shopping complex bersepah,nak tunggu bas tenpat lain, nak beriadah tempat lain. Akhirnye demand over supply.

Okeylah, berbalik pada kami yang dah tiba masanya nak balik, mula-mula nak jalan kaki je, memandangkan hotel pun takde le jauh sangat. Nak naik teksi pun malas nak tahan. Tibe-tibe...

"Kita naik kete kuda nak???"



Macam cara jugak idea tu..dah survey harga, so kami pun naik je la..
Sebab Hotel Grand Malindo tu pun tak jauh sangat, so kami pun tak teragak-agak berapa pun charge yang diorang nak kenekan kami.

Untuk group kami, perlukan 3 buah kereta kuda. First time kot naik kete kuda ni..ahaks..akak jakun kejap..Walaupun kuda-kuda ni perlu menempuh machet di sekitar bandar Bukit Tinggi, tapi kuda ni takde le jakun umpama rusa masuk kampung bile dengar kereta-kereta yang hon sana sini.
Akhirnye dah sampai hotel, kami pose-pose kejap dengan kuda.
Harga tambangnye kalau aku tak salah Rp25,000..





Adeh,bapak aku ni..Orang nak amik gambar die, die pun same naik nak amik gambar.haha..

Dah sampai hotel ni, dah letak barang...kami pun sambung shoping lagik!!
Muahahahaha....kan dah kate, hari ni full day kami nak shopping!!

Kali ni kami pergi ke Lubang Jepang yang lokasi die depan hotel kami je..Dah bayar duit entrance, ape lagik,kami masuk sini untuk beriadah dengan penduduk tempatan sambil shopping. Semalam aku dah aim beg batik,keychain  lukisan dalam ni. Dan diakui kat dalam ni memang lagi murah!

Sebenarnye aku berkenan lukisan ni, tapi sebab price die agak tinggi, aku sambar yang lain je..Agak-agak kalau aku beli yang ni, ade jadik lukisan ni hidup macam dalam Narnia 3 tak?hihi

Dan cuaca petang-petang kat sini memang best untuk shoot view yang menarik dari sini. Kat dalam kawasan ni ade menara tinggi yang memang best kalau nak capture gambar.

Nah..layan le korang gambar pemandangan ni ampai korang muntah ijau..
 









Hai cik abang, toksah le ngurat monyet tu..takde pekdahnye..adik kat atas ni single available lagik.ahaks..


Dah habis shopping ambil angin kat dalam ni, kami pun balik hotel sambil minum petang kat lobby hotel. Masa kat pasar tadi kam dah jumpa 3in1 tora bika cappuccino, kteorang mintak budak hotel tu buatkan cappuccino 3in1 tu.Nasib baik tak kene charge...So, bersantaile kami kat situ sambil layan upin ipin cakap indon.


Bapak aku beristerirehat sambil layan capuccino dengan upin ipin.

Malam tu kami dok je hotel. Nak keluar makan pun tak tau ke mana. Rase macam patah kaki pulak bile takde kenderaan ni. Lastnye kami dinner kat rumah makan depan hotel ni sambil order nasi goreng (pedas gile tapi sedap)..

bersambung...

No comments:

Post a Comment