Tuesday, January 1, 2013

Taiping Bandar Warisan


Entry penghayatan Bandar Taiping ni aku asingkan dengan Jalan-jalan Taiping sebab entry ni menceritakan khusus berkenaan perbandaran Taiping.
***************************************************************************
Last weekend aku berpeluang ke Taiping untuk menghadirkan diri majlis perkahwinan sepupu aku.*ceh,skimanye ayat.haha

Memandangkan dah peluang camni,aku pun ape lagi, ambil peluang untuk mengayati bandar warisan ni.Bagi orang-orang biasa,mungkin nampak bandar Taiping ni same je macam bandar biasa. Iaitu pekan lama yang boleh disamakan dengan 'koboi town'.

Tapi bagi pengkaji sejarah bandar Taiping ni merupakan salah satu elemen sejarah negara yang perlu dipulihara.
Bagi perancang bandar pulak, bandar Taiping merupakan salah satu rujukan perbandaran penting kerana Taiping merupakan salah satu bandar lama di Malaysia yang terancang sewaktu penjajahan british dulu.

Okey, kalau tengok pelan bandar Taiping pun menggunakan konsep 'grid line'. Kalau refer map kat bawah ni, kite akan tengok dua kawasan pusat bandar Taiping.Satu dikategorikan bandar lama,satu lagi bandar baru.
Bagi kawasan pusat bandar lama, kita dapat tengok yang susunan bangunan dan sistem jalanraya terletak dalam kedudukan grid. Means, kalau korang tersesat masuk jalan kot celah mana pun, korang akan jumpa jugak jalan yang sama.
Berbeza pulan dengan kawasan bandar baru di mana bila dah masuk zaman moden, penempatan banyak dibuat secara berselerak. Kebanyakan bangunan dan jalanraya tidak berada dalam keadaan bergrid, tapi secara berjajar dan berpusat.
 
Bahagian atas dari Jalan Kota merupakan 'bandar lama' manakala bahagian bawah dari Jalan Kota pula adalah 'bandar baru'

 Antara contoh bandar-bandar di oversea yang menggunakan konsep grid line [source]


Okeylah, setakat ni pembelajaran urban design ahkak pada kali ni..tak boleh nak cerita banyak-banyak, nanti pecah kepala ahkak nak recall subjek urban design yang dah 7 tahun dah tinggal.hahah

Seterusnya aku jalan-jalan je sekitar bandar Taiping ni ambil gamba bangunan-bangunan bersejarah yang masih tersisa lagi. Aku tak tahu tahap pihak authority memantau pengubahsuaian bangunan deretan kedai lama kat sini. Walaupun bangunan kedai lama di sini tak setaraf bangunan kedai di Pulau Pinang, tapi diharapkan usaha pemuliharaan ke atas bangunan kedai ni dibuat. Sayang kalau bangunan lama dicampur adukkan dengan bangunan modern. 

Sebagai contoh  boleh tengok gambar di bawah ni..bile bangunan modern ketinggian lebih 3 tingkat diapit dengan bangunan kedai lama, maka vista untuk elemen warisan kan dah takde.bagi korang yang pentingkan keuntungan luas lantai untuk berniaga, memang le korang menyokong pembinaan kedai yang tinggi ni. Tapi bagi pencinta warisan, diorang akan tengok keadaan begini akan mencacatkan nilai sejarah.

 
Seterusnya korang layan je la antara bangunan lama yang masih lagi ada di Taiping. Tak tau le 10tahun akan datang bangunan ni akan wujud lagi ke tidak. Sebab majoriti akan memandang bangunan sesebuah seperti balai polis,sekolah, hotel lama tu yang perlu dipulihara tetapi memandang remeh pemuliharaan bangunan kedai teres.


 
Kemudian aku jalan-jalan lagi menghayati bandar lama ni. Apa yang nampak ada satu kawasan di Jalan Pasar meletakkan TLK di bahagian tengah jalan..Sebenarnye keadaan camni memang bagus. Kalau di bandar lain, nak cari perletakan tempat letak kereta ni menjadi masalah utama memandangkan ruang rizab jalan dengan kakilima kedai yang tak cukup. Tapi kat sini boleh lagi sumbat TLK kat tengah-tengah jalan ni.


Kat bahagian Jalan Pasar ni jugak aku terjumpa bangunan deretan kedai yang masih lagi mengekalkan keseragaman dari segi rekabentuk dan ketinggian. Tapi ia tak boleh dikira warisan sangat sebab bangunan kedai ni mungkin dibina di tahun 1970-an. Waktu ni, sistem perancangan dah wujud kat Malaysia. So mungkin di tahun 2050-an, deretan bangunan ni dikira salah satu warisan yang tinggi nilainya.


Jalan lagi (naik kereta je pun) aku sampai le kat bahagian pusat pentadbiran Bandar Taiping ni. kat sini ade banyak lagi bangunan warisan, tapi yang paling menarik ialah Pejabat Daerah dan Tanah ni. Bangunan ni dibina di tahun 1897 lagi.  Bagi aku bangunan ni le yang paling unik kat sini.

 
Okey la,sampai sini je  kita pada hari ni.Gamba memang ade banyak lagi, tapi ahkak tau nak cerita ape dengan gamba-gambar tu.
Kalau lecturer urban design ahkak bace ni mesti die menangis dengan ape yang ahkak update ni.hahah... Sebabnye  mase dulu-dulu subjek urban design akak pandang sebelah mata je.Die bawak lawatan pi Taiping dulu pun akak merewang posing bergamba je lebih. Bile nak buat report,hancur semuanya.

No comments:

Post a Comment