Tuesday, March 31, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 6 (Terracotta Warrior and Horse Museum)

*Bercinta aku nak siapkan entry ni tau tak!!Okey, dah habis bebel, moh kite sambung.

Sambungan dari Amazing China 2014 [Beijing-.  an-Chengdu] : Day 5 (Muslim Quarter)

Hello sunshine!! Selamat pagi!!

Bangun..bangun..

Hari ni aku exited. Kita nak pergi tempat yang menyimpan sejarah sejak 200BC lagi iaitu kira-kira 2200 tahun yang lalu. Bagi aku, tinggalan Terracotta Horse and Warrior ni dah sama level macam piramid di mesir dah. Walaupun piramid tu zaman purba, iaitu 2000BC dan teknologi buatannya boleh buatkan scientist dan ahli sejarah speechless, terracotta army and warrior pun tak kurang hebatnya. Sampaikan ada yang gelarkan Terracotta Warrior ni Eight  Wonders of The World.

Waktu penemuannya pada tahun 1974, memang pakar terkejut yang tempat ni boleh tersimpan elok bawah tanah selama 2000 tahun lampau. Di sini lah tersimpannya segala maklumat mengenai sejarah purba China termasuk politik, sistem pertahanan, sains dan seni.

Dah, moh kita bersiap...

Kami sarapan dulu kat lobby. Aku cuma minum horliks  dengan makan biskut je..

Kat Xian ni aku tak sibuk sangat nak makan stock makanan yang aku bawak sebab senang jumpa makanan halal

Dari hotel, kita ke Xian Railway Station dulu. Sebab semalam aku dari sana, jadi aku dah hafal jalan die arah mana. Tapi tak boleh jalan kaki!! Kena naik bas 603, bas pelancong yang dua tingkat tu.

Nak menunggu bas ni pun satu keje jugak, sebab bas takkan berhenti dekat bus stop yang paling dekat dengan hotel, tapi aku kene jalan jauh sikit menyeberang taman yang penuh dengan nyonya-nyonya dok buat tai chi.

Nak pilih bus stop nak tunggu pun aku pening! Sebab aku tak tau mana arah bas tu akan datang dari station dan yang nak ke station.

Akhirnye aku gamble je tunggu bas kat bus stop yang ramai orang menunggu. Nasib baik betul.

Lupe nak cerita, tambang bas kat Xian ni pun RMB2 je untuk ke mana. Tapi untuk bas yang dalam bandar je la..Kalau nak ke luar bandar, lain pulak harganye..Metro/subway pun ade jugak, tapi kurang digunakan untuk tourist. Lagipun tourist attraction for foreigner di Xian ni kebanyakannye duduk dalam area Xian City Wall kecuali Terracota Army Warrior je yang jauh sikit.

Dah sampai Railway station, mak aihh..ramai gile orang..

Turun je bas, orang-orang pakat dok kerumun.

Tapi depa tak kerumun aku, sebab aku kan alien...

Jadi aku sempat le aku pusing kiri kanan nak aim kat tempat nak nak tunggu bas untuk ke Terracota Warrior ni.

Sekeliling aku ramai orang dok jerit "Bing ma yong!!Bing ma Yong!!"

Aku dah dapat agak yang 'bing ma yong' tu maksudnye terracota horse. Kat sini, local people panggil ' terracotta horse' tapi for foreigner, nama 'terracota warrior' ataupun 'terracotta army' lagi popular..

Jadi aku approach sorang makcik ni yang dok sibuk dok jerit 'Bing Ma yong'..Die pun takut-takut tengok aku..

Bile aku tunjuk kat kertas itinerary aku 'bus no 306', die tunjuk arah sana..iaitu betul-betul depan Xian Railway Station.

Jadi, take note ye,kawan-kawan..public transport nak ke Terracotta Warrior ni ialah bas no 306, tunggu depan Xian Railway Station. Tambangnye RMB 7 sorang.

Kene melepasi City Wall ni dulu baru nampak bus station tu. Kat bawah gate ni ramai gile homeless yang duduk Baru bangun tido.

Depan railway station tu memang dah nampak kawasan bas ekspress dok parking, tapi nak naik bas kene beratur di tepi jalan..

Aku pun beratur baik punye sebab aku tengok pak cik makcik semua beratur..

Tapi bile bas 306 dah berhenti, terus pintu bas tu kene kerumun macam semut urung makanan..

Pakcik makcik yang depan belakang aku tadi dah takde dah..Semua meluru ke bas..Barisan yang tadi cantik dah takde!

Tanjat boboi dibuatnye..

Lohh..macam gini susah kita nak naik, Eiza..

Bile bas dah penuh dan nak jalan, pakcik-pakcik yang tak sempat naik bas tu datang balik beratur belakang kami.

Mase tu, ade sorang minah mat salleh ni pun dok mencari mane lane bas untuk penumpang 306. Die pun tercengang tengok aksi berebut naik bas tadi. Aku suruh je minah tu  beratur belakang aku..

Okey, Eiza..kali ni bile bas datang make sure kite berebut macam pakcik pakcik tu jugak!Aku pun ajak minah mat salleh tu join sekali. Die pun angguk kepala..

Bile bas datang, kami pegang tangan masing-masing..

Bas dah berhenti je..."Race start!!!"

Gigih aku berebut, tapi aku tetap kalah..

Yang minah salleh tu pulak camane boleh terlepas dah naik bas, tinggal aku dengan Eiza kat bawah.

Aku risau jugak, kalau aku sorang je lepas naik bas, Eiza pulak tertinggal.

Ade polis kat belakang tu bile tengok alien 2 orang ni, die suruh kaum-kaum die bagi laluan untuk kami naik dulu.

Fuh!!Lega, dapat naik..

Bas 306. Bile bas datang je semua serbu!Takde maknenye ko beratur awal-awal..

Perjalanan nak ke sana hampir sejam jugak. Bas akan berhenti beberapa tempat dulu sebelum last pitstop iaitu Terracotta Warrior and Horse Museum. Jadi sempat le aku tidur..

Baru je nak terlelap, belakang aku ade bunyi..

"Harkkkkk.."

Adoi..die dah mula dah..

Tapi, mane tuiih nye? Tak lengkap tu..patutnye bunyi 'hark tuih!!'

Hisy..geli tekak aku la, korang nih!

On the way ke Terracota Museum, bas lalu kawasan sini. Aku tak pasti tempat ape ni, tapi ramai yang turun kawasan ni. Mungkin salah satu tourist attraction jugak.

Akhirnye sampai jugak depan Terracotta Warrior and Horse Museum ni.

Dah beli tiket, kami menuju ke entrance gate. Mase ni ramai tour guide yang approach aku, tapi dengan bangganya aku tolak.

Bile difikirkan balik, rugi jugak kami tak upah tour guide..Kalau tak, boleh tambah ilmu. Aku tak tau berapa price die, tapi aku sarankan korang amik tour guide ni. Kalau tak kosong je tak tau ape kalau masuk sini.

Aku tak pe lagi, sebab aku memang dah banyak tau pasal terracotta warrior ni sebab dari dulu aku memang suka dok baca sejarah cina. Tapi untuk orang macam Eiza yang bukan history junkie ni, kesian pulak aku tengok die..terlopong tak tau ape..

Dari entrance, nak masuk ke dalam museum ni jauh jugak kene berjalan. Sekali lagi timbul mood aku malas nak jalan kaki, aku naik electric car yang akan hantar ke depan pintu sana dengan RMB5.

Meh aku terangkan sikit pasal kedudukan kompleks ni.

Yang anak panah tu in - out untuk kawasan museum ni. Dah sampai gate depan (kene scan bag dulu), akan nampak Pit 1  kat depan dan sebelah die baru Pit 2 dan Pit 3. Belah kanan pulak ada museum.

Dah..mana aku nak mula ni?

Sebenarnye sebelum masuk sini, aku tak study pun layout kompleks museum ni. Yang aku tau cuma ada Pit 1, Pit 2 dan Pit 3..Pitbull je takde.

Jadi bile dah lepas pintu gate entrance, aku dah bingung mana nak mula sebab dalam kepala aku nak letak Pit 1 adalah yang paling last.

Bila masuk je entrance, akan nampak Pit 1 bangunan paling besar. Belah kanan aku pulak nampak macam museum, jadi aku ambik keputusan nak masuk museum je dulu untuk ambik tambah pengetahuan le sikit-sikit.

Masuk je gate akan nampak bangunan Pit 1 dulu.

Bangunan museum..takde le besar mana museumnye.

Bile dah masuk, rupenye bangunan museum tu tengah buat exhibition pasal Raja-raja Italy!

Aiseyyy..salah masuk daaa..

Ni gambar ape ni? Ni bukan kereta kuda maharaja china tau, ni roda orang zaman rome dulu kala.

Ade le sikit introduction pasal terracota warrior and horse ni..Gambar ni merupakan keadaan asal penemuan kuda-kuda yang bawak maharaja.

Ni kuda terracota, maharaja punye kereta.

Keluar dari bangunan museum tu, aku terus masuk ke Pit 2. Sebenarnye aku nak cari Pit 3, tapi tak jumpa!

Puas aku dok tilik plan kompleks museum ni yang ade kat tiket tu, tapi cinonet sangat, tak nampak!
*Ni aku nak komplen sikit..Tiket nak masuk tempat-tempat menarik kat China memang mahal gedabak, tapi cuma dapat tiket je..Segala maklumat info memang tak provide. Tak macam Jepun, tiket-tiket nak masuk semua murah, siap dengan brochure dan map lagi.

Dah, moh la aku cerita sikit ape bende sebenarnye Terracota warrior ni.

Dalam entry Great Wall aku dah cerita sikit pasal Maharaja yang boleh dikatakan paling gila dalam sejarah tamadun china Maharaja Shih Huang Ti a.k.a Qin Shi Huang ataupun digelar The First Qin Emperor. Kekejaman die dah sama dengan Firaun, cuma die memerintah sekejap je iaitu selama 36 tahun.

Kompleks makam ni mengambil masa 38 tahun untuk dibina. Qin Emperor naik takhta pada umur 13 tahun dan selepas 9 bulan dilantik, dia mengarahkan membina makam die sebab die percayakan kehidupan selepas mati. Die nak, selepas mati, kehidupan die sebagai maharaja tetap berjalan seperti biasa. Jadi, segala profesion dikerah untuk membina komples makam ni. Sebuah tempat dipilih untuk dijadikan makamnye iaitu Mount Li.

Kawasan ni dikorek dan dibina lengkap dengan semua keperluan maharaja di waktu pemerintahannya atas muka bumi.
" They dug through three layers of groundwater, and poured in bronze for the outer coffin. Palaces and scenic towers for a hundred officials were constructed, and the tomb was filled with rare artifacts and wonderful treasure" 
Itu quote dari Sima Qian (145-90BC) , yang merupakan sejarawan terkenal dari zaman Dinasti Han lagi.

Tak dapat aku bayangkan macam mane kedudukan sebenar kompleks istana bawah tanah yang sebenarnye.

Tapi kalau korang nak bayangkan jugak, boleh tengok The Mummy : Tomb of The Dragon Emperor.
Kalau betul ape yang movie tu bayangkan, memang hebat teknologi zaman dulu.

Untuk membina kompleks makam ni, seramai 700,000 kerahan tenaga telah digunakan.

Bukan setakat istana je yang dibina, tapi maharaja tu nak ade dengan orang-orang kanan seperti pak-pak menteri dan general-general die sekali.

Tak cukup dengan tu, die nak askar-askar die pun ade sekali dalam kubur tu.

Tak cukup lagi? Die nak ade jugak golongan artis-artis masuk sekali dalam kubur untuk hiburkan die di kala kesunyian..Tapi tak sempat buat, die dah mati.

Maka dengan itu, die mengarahkan rakyat-rakyatnya membuat patung-patung dari tanah liat yang menyerupai bentuk asal manusia dengan skala 1:1. Bukan skala je sama dengan manusia asal, tapi pangkat, pakaian, rupa bentuk manusia pun dibuat sama. Kalau ade sorang je menteri kewangan, maka, patung akan dibuat dan diukir mengikut rupa asal menteri tu.

Kalau ade 10,000 orang termasuk pak menteri dan askar-askar? mesti le tukang ukir tu ke ne buat exactly sama dengan bentuk asal.

Kalau ada tentera berkuda pulak?Harus la kudanye kene buat sekali..

Jadi bayangkan le kerja-kerja tukang nak buat tu.

Middle ranking officer

High ranking officer. . Salah satu dari 7 'general' yang dijumpai dalam pit. Tengok pakaian pun dah tau pangkat tinggi ke rendah. 

Cavalryman and the war horse.

Kneeling Archer. Ahli pemanah yang dah bersiap sedia untuk memanah. Sebanyak 160 kneeling archer dijumpai dalam pit 2 ni.

Ni askar prebet paling bawah..kesiannn...pakai baju pun lusuh benau..orang lain pakai baju perisai bagai..

Ahli sejarah menyatakan tiada satupun wajah patung-patung ni adalah sama. Jadi, mungkin sewaktu tukang nak ukir patung sekian, orang tu kene datang diri depan tukang untuk tukang ukir muka yang sama dengan tuan asal.

Kalau ahli pemanah, tukang akan buat patung yang menunjukkan kedudukan ahli pemanah bersedia  nak memanah.

Kalau askar prebet paling bawah?dibuatnya dalam keadaan bersedia untuk menyerang.

Pendek kata, patung-patung ni disusun dalam keadaan strategi yang dah bersiap sedia untuk berperang supaya di alam sana nanti maharaja berperang seperti sediakala seperti di atas bumi.

Meh nak cerita pasal pit pulak..

Bila kompleks ni dijumpai oleh seorang petani pada tahun 1976, arkeologi telah menjumpai askar terracota yang banyak tertanam yang mana  pit 1 dan pit 2 merupakan tentera-tentera yang dah bersedia untuk berperang. Manakala pit 3 pula merupakan tempat untuk pegawai-pegawai berbincang untuk bagi arahan pada tentera yang berada di pit 1 dan pit 2.

Sebenarnye patung asal terracotta ni telah dicat dengan warna dan ada sesetengah warnanya masih belum luput hingga sekarang. Camane tu? 2000 tahun yang lalu pun dah ada teknologi yang boleh buatkan warna kekal tak dimamah tanah.

Bukan setakat askar-askar terracota jugak yang dibuat, tapi sejata-sejata juga telah ditanam sekali bersama-sama dengan patung askar tu. Lebih 40,000 alat sejata dijumpai seperti pedang, lembing, anak panah, dan macam-macam lagi yang aku tak reti nak sebut.

Apa yang menariknya, pasal alatan senjata ni, ia disalut dengan chrome-saline oxide  yang berfungsi untuk mengekalkan ketajaman dan terus berkilat tidak berkarat. Saintis menemui permukaan pedang dan alatan senjata ni disalut chorium yang mana teknologi ni hanya digunakan di German pada tahun 1937! Tetapi Emperor Qin telah menggunakannya sejak 2200 tahun yang lampau.


Adeh..penat la aku nak cerita pasal maharaja ni..jom le kite masuk. Kat mane tadi? Pit 2 kan?

Pit 2 ni memang banyak lagi yang belum digali dan banyak lagi yang masih tertanam. Tapi unit tentera dalam pit 2 ni lebih complete jika nak dibandingkan dengan Pit 1 kerana di sini letaknya kedudukan askar dari perlbagai ranking, tentera berkuda dan tentera pemanah .

Pit 2 ni gelap malap sikit. Bawak pulak camera tak canggih. Lagi malang baru beli camera sebelum naik flight, memang takkan terrer le aku nak tukar setting. So hadap la gambar kelam..Kalau gambar cantik tu, maknenye aku snap guna handphone.

Pit 2 lagi..tu semua belum digali lagi tu.

Gambaran keseluruhan pit 2. Kesemua barisan belah atas adalah kedudukan tentera berkuda. Bahagian bawah kanan adalah kedudukan askar dan kneeling archer. Dikatakan kedudukan ni semua merupakan strategi peperangan. 

Dah habis pusing Pit 2, sebelum keluar dari pintu akan ade tempat bergambar. Tapi berbayar..Nak snap gambar patung tu pun tak boleh.huh!

Jangan tanye aku ni sape, tapi ni gambar dari tripadvisor. Kalau nak amik gambar kat sini kene bayar.. Mula-mula macam membazir, tapi bile dah balik rumah tengok balik, aku rase tak rugi pun..buat kenangan..

Kemudian kita ke Pit 3. Ini pit paling kecik yang menempatkan tempat untuk high ranking bermesyuarat untuk bagi arahan pada tentera-tentera yang berada di Pit 1 dan Pit 2.

Pit 3. Ini je yang ada..patung-patung masih belum dicantum sepenuhnya lagi.


Dah habis pit 3, baru le kami menuju ke pit 1.

Exited ni!!Sebab aku tak sabar nak tengok terracotta army yang banyak-banyak tu.

Masuk je entrance pit 1, penuh orang. Mula-mula sekali aku tengok ade model kompleks museum terracotta beserta dengan makam maharaja sekali. Lama jugak aku menilik model ni yang besar gile..

Dah puas tilik,baru le aku masuk ke pit 1..

waaaahhhh...besar gile!!!Dan ramai gile!!!

Aku tak nampak  lagi patung terracotta yang banyak tu sebab ramai orang duduk kat tempat hotspot tu.

Terpaksa le aku menyelit di celah-celah orang ramai. Akhirnye aku berjaya jugak.

Kompleks ni sebenarnye besarrr gile..Besar maksud aku ni bile dah gabung dengan kubur Maharaja Shih Huang Ti. Kubur die ni bukan sebarang kubur, tapi merupakan sebuah bukit. Untuk pergi ke kubur maharaja tu ade bas disediakan. Mula-mula aku plan nak pergi jugak, tapi bile dah masuk tengok askar-askar tu semua, aku rase dah tak perlu dah.
A - Kompleks museum terracotta warrior and horse.
B - Kompleks makam Qin Shi Huang
C - Lokasi tempat kesemua tukang dan pembuat makam maharaja ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan orang luar jumpa mayat maharaja.

Dan..taraaaaa....inilah die pit 1 yang penuh dengan askar-askar  dan kuda terracota.hanya 1/3 je yang dah siap digali dan dicantum balik. Moh kita pusing pit 1

Penuh dengan askar-askar..tapi aku tak sempat nak tilik muka patung tu satu persatu, nak tengok muka same ke tak.



Pit 1 dari sisi bucu.

Ingat senang ke nak amik gambar dapat background terracota warrior dalam pit 1? Bayangkan orang die ramai bersesak-sesak dan tolak menolak perkara biasa. Nasib baik aku ade monopod & camera wide lens je. Tu la, sape suruh pandang pelik bile aku keluarkan monopod..kan aku dah dapat, korang tak dapat..

Close up sikittt..

Lagi....Dalam pit 1 ni juga ada dinyatakan sebelum tempat ni digali pada tahun 1976, masyarakat kat sini jadikan kawasan ni sebagai kubur. Ade dijumpai kesan kubur orang-orang lama dalam kawasan ni.

Ade yang takde kepala..kesian..

Bile dah jalan sampai belakang, nampak patung-patung yang dah siap dicantum dan disusun sebelum ditempatkan di tempat yang sepatutnye.

Team kurator memang buat keje pembaikan patung terracota ni dalam pit 1 jugak, belah belakang. Jadi boleh le tengok diorang buat keje. Mase aku sampai sini time lunch. Staff tengah beratur bukak uniform dan scan barang sebelum keluar. Bayangkan mase diorang jalan keluar tu terlanggar patung-patung yang bersusun..OMG, kesiannnn..Aku bayangkan je....

Lokasi tempat team kurator buat keje.

Patung yang baru siap, dilabelkan..so far, ini le patung yang paling dekat boleh tengok oleh visitor. Patung lain cuma boleh pandang dari jauh je..Yang kat luar museum tu banyak, dalam hotel pun ade patung terracotta ni. Tapi tak special..Yang special bile die ditanam 2000 tahin dulu dan dicantumkan balik..*matila antu patung askar ikut balik.

Lokasi kerja-kerja pemulihan.

Dah habis pusing,kami keluar menyelusuri lorong tepi bangunan pit 1. Kat lorong ni ade dipamerkan gambar-gambar sejarah penemuan terracota warrior dari 1976 hingga sekarang.

Termasuk jugak le pemimpin terhormat dunia yabg datang melawat ke sini.

Bill Clinton pun dapat turun pit 1 tengok terracota warrior dari dekat. Ramai lagi orang terpenting dunia yang dapat turun ke pit 1. Kalau malaysia, yang aku tengok ex-Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan je.

Akhirnye kami jumpa gate keluar..

Tapi kene melalui deretan kedai-kedai yang jual souvenior..Aku tak tau nak kategorikan FM & souvenior lain mutah ke tak..Tapi aku rase lebih kurang sama je kalau pandai tawar.
Tapi kalau nak lagi best, rasenye better shopping kat Muslim Quarter.Cuma kat Muslim Quarter tu korang kene pandai cari lorong yang jual souvernior..Kalau tak asyik jumpa makanan je..

Layang-layang panjang ni la yang ramai orang main kat dataran dekat dengan Bell Tower tu. Kalau ade anak buah lelaki, aku fah beli dah..tapi alangkah bagusnye takde..Jadi selamat duit aku.muahaha...

Dah melepasi kedai-kedai jual souvenior, kene melalui deretan restoran pulak. Asal visitor lalu je, tukang tarik mee sibuk tunjuk kehandalan. Pastu makcik waiter pulak terpekik suruh orang masuk restoran die..Kelakar aku tengok semua restoran dok berebut customer..Kalau orang tu tak jadi masuk, dimakinye orang tu pulak. Dan sekali lagi aku bernasib baik sebab alien..haha

Akhirnye, sampai jugak pintu keluar..kami terus ke tempat bus stop tadi..Mase ni terjumpe minah salleh yang naik bas pagi tadi..So kami gerak sekali je..

Die pun lone ranger, pakwe die di Shanghai tengah study..Tapi pakwe die tak nak ikut. Petang ni die naik bullet train ke Beijing pulak untuk cover great wall. Sebab tu die kejap je kat Terracotta Warrior..

Kami?

Kami pun sekejap jugak sebab petang ni nak cover Bell Tower, Drum Tower, Masjid Xian dan yang paling best, nak pergi Muslim Quarter lagi..

yeah!!!

Tapi sebelum tu kami pergi hotel untuk lunch kat restoran depan hotel dan kemudian solat dulu sebelum keluar.

bersambung..

1 comment:

  1. Satu tpt yg betul2 rasa nak pegi bila sebut China...hiksss...
    One day one day....

    ReplyDelete