Adeh..dah hari yang keempat ek?Malasnye nak balik.Dan malas jugak nak habiskan entri untuk Padang Bukit Tinggi ni..Akan ku kuatkan semangat..
kejap..kejap..nak refresh balik ape yang jadik di hari yang ke-4 ni..serius tak ingat..
*layan gambar dulu
Boleh dikatakan setiap rumah di bukit tinggi ni ada sawah padi dan kolam ikan depan rumah masing. Even kadang-kadang kubur pun ade tepi rumah. Kat sini bukannye macam M'sia,kalau nak kebumi, kene tanam kat tanah perkuburan. So, tanam tepi rumah je la.Tapi tanah perkuburan still ada lagi disediakan untuk penduduk yang takde tanah.
Kalau kolam ikan tu pulak, diorang gilir-gilir, lepas hasil padi dituai, diorang buat jadikan tapak sawah tu kolam ikan pulak. Dan lepas tu diganti pulak dengan sawah padi.
Istana Silinduang Bulan - Istana ni aku tak pergi melawat mase trip kali ni. Tapi pict atas aku pergi 2007. Disebabkan waktu ni Istana Pagar Ruyung baru je terbakar, jadi Istana Silinduang Bulan sebagai ganti tempat lawatan kami waktu tu.
Hari ni kami angkut semua beg dan check out. Dah tiba masanya kami tinggalkan Bukit Tinggi.
Tapi sebelum tu kita akan pergi ke Danau Singkarak dulu. Maksudnya laluan kami ke Padang bukannye ikut laluan yang kami datang itu hari. Tapi kami pusing Gunung Merapi.Senang cerita, tengok map je laa..
1st day, kami dari padang ke Danau Maninjau, 2nd & 3rd day pula kami di Bukit Tinggi, dan hari ke-4 ni kami ke Padang melalui Danau Singkarak.(tapi kami akan singgah di Pagar Ruyung)
Sebenarnye berat hati rasa nak balik dari Bukit Tinggi ni. Mungkin sebab kat sini sejuk,nyaman terserlah suasana kampung walaupun kami dok kat hotel tengah bandar Bukit Tinggi, ditambah dengan penduduk kat sini yang ramah-tamah..sobsob..
Okeyla, berbalik pada journey kami pada hari ni, mula-mula lagi TA bawak kami ke kedai sulaman.*lagikkk..
Tapi kali ni tempatnye murah sikit. Disebabkan kami dah borong habis-habisan kain sulam semalam, jadi takde le nafsu kami nak beli. Cuma sempat beli kemeja batik untuk ayah je.
Tapi depan kedai ni, kami terpandang stesen radio tempatan. Nah!!Tu diaaa...amek kauu..bangsal buruk pun boleh jadik stesen radio..terbaek laaaa
Name stesen radio ni Lita FM.
Selepas tu, kami pergi ke tempat sulaman Hjh. Rosma. Die ni memang femes even dekat Malaysia. Sebab die buka kelas menjahit sulaman dan sulaman die mamang berkualiti tinggi. Mak aku yang tukang jahit pun mengakui yang sulaman die memang berkualiti. Kalau nak tau, student dari Malaysia pun ade belajar kat sini.Kerajaan Kelantan pun pernah hantar budak perempuan yang menganggur belajar menyulam kat sini.
Banner Kelantan pernah hantar budak perempuan ke Pusat Sulaman Hjh. Rosma. Kalau sesape yang minat menjahit tu boleh le datang sini untuk belajar. Sekali kelas akan ambil mase 6 bulan.
Kelas menyulam,kak kiah..
Dan sebenarnye Hjh. Rosma ni teramatlah berusia.Dah kategori nenek bongkok tiga dah. Mungkin dalam lingkungan 80-an. Mase aku pergi tu die duduk je kat kerusi sambil tengok student die menyulam. Tapi die boleh nampak & tegur kesalahan student die menyulam. Mana-lubang-lubang sulaman yang halus pun die boleh nampak lagi.
Salah satu hasil sulaman yang dihasilkan Hjh. Rosma
Kasi close-up sikit
Kemudian kami menuju ke Istana Pagar Ruyung. Laluan menuju ke istana kami, kami akan lalu ikut kaki Gunung Merapi. Bile dengar Gunung Merapi ni aku gerun jugak sebab gunung berapi ni masih aktif lagi. Tapi masih ramai lagi penduduk yang tinggal di kaki gunung ni. Al-maklum, tanah kat sini memang subur. Tengok je la sawah padi bercerun yang dibuat penduduk kampung ni. Semuanya dibuat secara tradisional tau,dengan menggunakan kudrat manusia. Sebab tu mak aku cakap,kalau nak tengok Malaysia saman 70-an,ini la die. Menjamu mata sawah padi yang tak terbentang luas, tapi mengikut cerun kaki gunung, rumah-rumah tradisional minang, memang menyejukkan mata memandang.
Kemudian, kami singgah lagi tempat membuat pisang salai sambil minum teh buatan tempatan. Teh ni baik untuk orang sakit darah tinggi dan kencing manis. Ape lagi, ayah aku pun beria le sebab die ade penyakit darah tinggi tu..
Buat pisang salai
Shopping kerepek,pisang salai dengan teh ubat.
Kemudian, sampailah kami ke Istana Basa Pagar Ruyung. Basa kat sini maksudnya Besar.
Pagar Ruyung merupakan pusat pemerintahan Kota Kerajaan Minangkabau di abad ke-14. Setelah kedatangan Islam ke sini, pusat pemerintahan Minangkabau menjadi semakin hebat. Kalau nak tahu, Istana ni dah mengalami 2 kali kemusnahan. Kali pertama pada tahun 1804 yang dimusnahkan oleh penjajah Belanda. Kemudian replika istana ni dibina semula pada 1976 dan dibuka sebagai Muzium.Tapi pada tahun 2007, Istana ni musnah dijilat api kerana disambar petir.
Sebenarnye ade cerita di sebalik kemusnahan istana ni, tapi aku pun dah lupe cerita die. Menurut TA aku, sehari sebelum kemusnahan istana ni dijilat api, penduduk tempatan nampak serangga macam lebah keluar dari istana ni. *Dah ade petanda yang istana ni akan musnah.
Dengan kemusnahan istana ni, ia meninggalkan kesan untuk penduduk sekitar. Mana taknye, Istana ni menjadi ikon bagi pengunjung yang melawat ke Sumatera Barat. Jadi penduduk sekitar mencari makan dengan menjual bahan cenderamata dan makanan untuk pelancong. Tapi dengan kemusnahan istana ni, pelancong tak akan datang ke sini lagi. Jadi, penduduk tempatan memang dah tak ade sumber pendapatan lain selain dari bertani.
Ape yang aku tulis ni sebab aku pernah datang ke sini tahun 2007 selepas kebakaran istana ni. Mase tu team lecturer aku bawak datang ke sini. Apa yang aku nampak cuma padang jarak,padang terkukur. Dengan panas terik takde satu pun pokok,kami turun melawat tapak.Memang panas ya amat..Mase ni jugak ade segerombolan makcik-nenek datang merayu kat kami menjual kerepek.
Tapi disebabkan aku naif time tu,(ye la, time tu student) geng kami lari dari nenek-nenek tu tak nak beli. Bile dah naik bas, aku nampak nenek-nenek tu kesat air mata. Time tu aku rase bersalah sangat tak beli. Lepas tu baru le lecturer tu cerita yang memang diorang takde pendapatan bila tiadanya istana tu.
Tapi bile aku datang tahun 2011 ni, istana pun dah siap dibina semula, pelancong pun dah ramai yang datang. Walaupun time aku datang ni istana ni tak siap lagi, tapi bentuk istana yang gah ni dah nampak sepenuhnye. Kami cuma bergambar kat depan je.Sekarang ni mungkin dah siap sepenuhnya dan dah dibuka untuk pengunjung.
Gambar atas ni Istana Pagar Ruyung sebelum terbakar di tahun 2007. Pinjam dari seorang blogger yang sempat ke sini tahun itu jugak. [source]
Istana Pagar Ruyung yang dah siap pembinaannya time aku pergi,tapi belum bukak lagi.Sekarang ni dah dibuka untuk pengunjung.
Banyak sebenarnye sejarah Pagar Ruyung ni. Dari pagar ruyung jugak le wujudnya ciri-ciri bumbung Minangkabau yang bentuknye macam kerbau tu.
Lepas tu kami dibawa ke rumah makan ni. Aku pun dah lupe ape tempat di. Tapi nak makan atas kolam ikan sambil layan view sawah padi, terasa suasana kampung.
menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah tepi sawah ni.
Kemudian, kami menuju ke Danau Singkarak. Danau ni merupakan yang terbesar sekali kat Sumatera Barat ni. Sebenarnye takde ape pun kat sini.Tapi kami berenti untuk minum air sambil layan view danau. Macam biasa, TA kami pun ade cerita pasal cerita dongeng Singkarak ni, tapi kami tak ingat.
Kat sini, kami minum kopi sambil layan lagu Ayam Den Lopeh..memang nostalgia..
Tasik Singkarak
Adik-adik oi..len kali nak mandi tu tutup le ape yang patut.*Sebenarnye ahkak jeles sebab kecik2 dulu akak tak boleh berendam tempat camni.ahaks...
Sambil minum lepak-lepak,melayan kerenah Naufal yang time ni hyper pulak die nak gelak.Ape lagik, snap le gambar die..banyak lagi gambar die tengah mengekek..tapi yang ni paling comei.
Kemudian, dah minum tu kami terus menuju ke Padang.
Padang ni merupakan ibu negeri Sumatera Barat dan juga boleh dikatakan bandar paling membangun di kepulauan Sumatera ni.
Dah sampai bandar Padang ni, kami sightseeing dari atas bas je. Kami round-round ni kawasan jambatan Siti Nurbaya, kawasan China town, dan jugak meninjau kesan gempa bumi besar yang melanda sumatera tahun 2009. Memang kesan keretakan nampak sampai sekarang.
Lepas tu TA drop kami di shopping complex Matahari. Kat sini, ape lagik, kami borong 3 in 1 Tora Bika Cappuccino untuk bawak balik Malaysia. ahaks..
Sepatutnye plan kami check in hotel dulu,pastu keluar makan malam balik. Tapi disebabkan ade kejadian tak diingini berlaku,kami terpaksa tukar plan.
bersambung...
hohohoo.. menarik minang kau bau kat indonesia... :D
ReplyDeletetqvm visit here..
Deleteminang ni tempat recommended budget place kalau nak release tension.hihi ;D
i will try to come here one day soon...
Deletetgh sibuk kat tempat lain la ni.. nice blog.. :D