Yuhuuu...
baru balik dari Jepun...
Konichiwa..Ku tak pernah kuciwaaa
Arigatogozaimasss...Ku tak pernah rimass
Feel Jepun tak habis lagi ni.
Tidur pun mimpi Jepun lagi..Semalam mase bangun tidur sambil pejam mata aku plan nak pergi Kyoto kejap ambil gambar salji sebelum masuk ofis..Maklumle, seminggu dok hadap kelajuan shinkansen..Tak sedar dah dok Malaysia kene hadap kelajuan KTM.kohkoh..
Apasal trip ni dipanggil Pengembaraan Doremon dan Nobita ke Jepun?Pernah tak Doraemon keluar dari Jepun?habis-habis pun die kembali ke zaman lampau.
Lagi satu sebab kali ni aku jadi Doraemon,bersesuaian dengan gemuk pendek.muahaha..
pastu bawak pulak Nobita a.k.a adik aku yang menjadi follower tegar...so memang seduai sangat laa..
Dan di sinilah aku sebagai Doraemon menjalankan peranannya..huhu..
Penat dowh jadi Doraemon ni..Kalau Doraemon betul,ade macam-macam dalam poket die.Poket aku cuma map jah..dalam beg galas kat belakang cuma ade coklat & maggi jah..camno tuh?
Kalau doraemon yang betul ade kipas yang boleh letak kepala,boleh terbang..Ini kami jalan kaki kene bersaing dengan si Jepun-Jepun yang jalan laju macam lipas kudung tu.
Kami jah jalan slow terkangkang sebab urat betis dah menyeringai..
Tiba-tiba..
nenek bongkok tiga jalan melintasi kami..
Aiyorkk...tercabar Sharifah Sakinah camni.
Terus kami pecut..
Akhirnyaaa...
end up dengan masuk farmasi cari muscle pain..
Dengan menggunakan separuh bahasa isyarat,akhirnya berjaya jugak dapat ubat tahan sakit yang murah..
Dah!!
Malas nak cerita panjang pasal experience travel di Jepun ni.entry akan datang kita cerita panjang lebar pasal Jepun!!
Moh aku citer sikit mana aku pergi kat Jepun.
Aku letak je la roughly itinerary aku ni..Memang giler itinerary ni.
Nak buat camane,motif datang Jepun ni nak naik shinkansen, so kita buat itinerary yang berbaloi naik shinkansen.yi haaaa!!!
Day 0 : Sampai di Kansai Airport 11.30malam,tidur di airport
Day 1 : Aktifkan JR Pass, terus gerak ke Hiroshima-Moji-Fukuoka.Malam balik tidur di Hiroshima
Day 2 : Melawat Hiroshima-Nara-Kobe.Malam tidur di Hotel dekat Shin Osaka(4 malam)
Day 3 : Pergi Hakone-Tokyo.
Day 4 : Cover Osaka satu hari
Day 5 : Cover Tokyo
Day 6 : Cover Kyoto (tidur Kyoto)
Day 7 : Cover Kyoto. Malam flight balik
Nah hadap map Jepun ni ye Nobita mane kite pergi!!nanti cikgu geografi datang soal!!
Day 1st : bermula checkpoint dari Kansai Airport terus ke Hiroshima. Letak beg di hostel, kami ke Miyajima,tengok Tori Gate dalam air.
Kemudian ke Hiroshima Station balik untuk ambil shinkansen ke ke Moji Retro Town..For me, Moji Town sungguh cantik bagi sesiapa yang suka building architecture.
Kemudian terus ke Fukuoka. Apsal datang sini?Sebab alang-alang dah sampai Kyushu ni, kita singgah terus le Fukuoka. Dan pergi ke HRC Fukuoka.Kemudian balik ke Hiroshima balik untuk zzz...
Kesimpulannya, itinerary hari pertama ni, breakfast di Osaka, minum petang di Fukuoka, dinner di Hiroshima..
Tan Sri toksah dok berlagak boleh bfast,lunch & dinner tempat jauh-jauh..TanSri naik flight..ayerr naik keteapi..tapi keteapi berdesuppp!!!lagi canggih dari Tan Sri tauuu..
Miyajima Tori Gate di Hiroshima
Bangunan di Moji Retro Town
Layan blues kat bandar retro
Hard Rock Cafe Fukuoka
Hakata Station di bandar Fukuoka
Day 2 : Pagi-pagi melawat Hiroshima memorial dome.Lepas tu terus gerak ke Nara. Lepas tu gerak ke Kobe dan pergi ke Kobe port.Nak singgah masjid Kobe pun tak sempat sebab dah malam.
Hiroshima Memorial Dome
Kobe port
Day 3 : Awal pagi lagi keluar dari hotel menapak ke Shin Osaka untuk ambil shinkansen ke Odawara dan pergi ke Hakone. Sampai Hakone,warghhh..exited tengok salji.Tapi beku!! Dah habis explore Hakone,sambung pula ke Tokyo untuk ke Shibuya Crossing & Tokyo Metpolitan Government Building. Dalam jam 8mlm,ambil shinkansen balik ke Osaka.Gile penat!!
Night view of Tokyo from Tokyo Metropolitan Building
Day 5 : Hari ni pergi Tokyo lagik!!First skali pergi Odaiba.Kemudian ke Asakusa dan kemudian ke Harajuku.Banyak tempat aku skip di Tokyo sebab penat smalam jalan di Osaka.Sekali lagi balik jalan terkangkang.huhu
Odaiba
Asakusa
Creepe di Harajuku
Day 7: Pun masih di Kyoto,semalam tidur di ryokan.Ambik kauu..beku malam tu. Hari ni kami sambung sekitar Kyoto iaitu Kiyomizudera, Fushumi Inari & Arashiyama.
*Gambar-gambar di Kyoto memang saje aku tak sumbat sebab mahal.kohkoh...Nanti aku sumbat dalam entri travelog ye.
*Gile dengki dengan korang kan.hahahaha
Last..kuselitkan sekeping gambar aku makan ubi rebus di Hakone.Tau tak sedap gile!!Sejuk-sejuk makan ubi rebus panas-panas..*mati la aku balik kampung kejap lagi ayah pegi rebus ubi belakang rumah satu periuk.
*Next entry nak ceritakan pasal budget terus sebab penat nak jawab berapa total kos kat sana.
Hahaha... kira misi nya nk naik shinkansen laju tu je lh ye?
ReplyDeleteHhihi... comel