Monday, December 30, 2013

Cameron Highland: Trip Office_ALMA Architects & Planner Sdn. Bhd.


Family office trip ni julung-julung kalinya dibuat oleh oleh ALMA sepanjang 4 tahun aku kerja kat sini.

Paling latest buat family day office trip ialah ke A Farmosa Resort,Melaka. Itu pun pergi drive berkonvoi, bukannya dengan sewa transport. Selain dari tu, atas inisiatif sendiri jugak kami plan buat aktiviti sendiri macam camping, berkelah & panjat gunung di Tanjung Leman & Teluk Gorek, Johor.

Bukannye bos kedekut, tapi sebab takde sape yang volunteer arrange trip camni.


Dan hampir semua staff ade aktiviti masing-masing bile cuti..
Ade yang cycling..
Ade yang camping..
Ade yang hiking..
Ade yang walkathon
Semua aktiviti suhat..

Aku jugak la aktiviti weekend aku kalo tak window shopping, marathon drama korea..

Dah lama diorang orang suruh aku siapkan proposal plan office trip ni tapi biasenye dok cakap kosong je la..tak sempat jadi report proposal.

Apatah lagi proposal tu dibawa masuk dalam bilik bos a.k.a Pak Ngah,jauh sekali..
Tapi tahun ni, melayankan kehendak kawan-kawan office semua, maka terhasil la report proposal office trip ke Cameron Highland setebal 4 helai.
*mati la nipis gile

Location: Cameroon Highland

Lokasi yang dipilih ialah Cameroon Highland.Kenapa Cameroon?

Sebab senang untuk mereka yang berkenaan angkut anak-anak since waktu yang dipilih ialah weekend & bukannya time cuti sekolah.

Maklumlah, 70% dari staff ALMA ni dah berkeluarga, jadi si bujang kene le beralah.
*sambil ketuk tudung periuk.

Kalau ikut hati aku, aku nak arrange pergi Vietnam.Tapi aku tau, kalau buat trip oversea,ramai yang tak dapat ikut.

Lagi satu transportation yang dipilih mestilah naik bas yang mana bas kene bertolak malam & sampai sane awal pagi.

Kemudian tidur satu malam kat sane, malam kedua tu bertolak balik ke JB dan kene sampai pagi Isnin. Ni semua sebab kalau tak ia akan menggangu jadual persekolahan anak-anak.
*masak la mak bapak kene paksa anak diorang pegi sekolah pagi Isnin tu..haha

Dan atas sebab ni le Cameroon Highland dipilih..

Transportation 

Aku pilih company FD Gemilang since aku tengok bas pun baru je. Kami book 2 buah bas seat 40 walaupun total person trip ialah 44 orang.
*Kalau ikutkan memang bazir, tapi sorang dapat duduk 2 seat, kire selesa le jugak


Penginapan

Untuk penginapan kat sana pulak, aku pilih De' La Ferns Hotel. Since ramai family memang pening kepala aku nak agihkan sape dapat Deluxe King,Sape dapat Deluxe Triple,sape dapat Quard Room..yang boss mesti le aku bagi suite.*bodek le sikit...even duit company.


Family Suite. Mewah gile bilik ni.. Kami tak book pun bilik ni.Tapi sebab kami book banyak sangat bilik, pihak hotel upgrade 3 certain bilik ni. Tapi masalahnya aku tak tahu pun hal ni. Jadi pembahagian bilik ni tak dapat pada family yang lebih layak dapat (yang anak ramai la..).benda ni la yang buat ralat..sorry le kalau ade kekurangan part ni.

Junior Suite- Sepatutnya bilik ni hanya untuk family Pak Ngah je..Tapi seperti yang aku bagitau kat atas tadi, pihak hotel dah upgrade..We're really appreciate that.

Quard Room. Standard room untuk mereka yang berfamily.


Sementara itu, lawatan surrounding kat sane pulak, aku mintak TA kat sane arrangekan. Aku pilih pakej separuh hari since aku tau waktu petang mesti masing-masing nak lepak kat hotel.

Sebenarnye boleh je aku buat program sendiri dengan driver bas kami dari JB tu, Tapi aku rase kalau aku yang arrange sendiri, lagi pening kepale aku. Nanti cacamarba pulak jadinye trip ni.

Bila semuanya dah prepare, maka bermulanya trip office 5/7/2013(Jumaat) - 7/7/2013(Ahad)

Itinerary 

Jumaat Malam
Semua berkumpul depan office naik untuk naik bas.Since banyak seat kosong, so dapat le kongker 2 seat seorang atas bas tu.

Dalam jam 5 pagi, bas sampai di R&R Tapah, kami turun untuk bersiap dan tunggu solat Subuh dan terus sarapan. Then terus naik ke Cameron Highland since big boss a.k.a Pak Ngah & family dah tunggu kat sane.*bos dah sampai sehari awal kat sane.

Sabtu
Sampai je di hotel, bas TA dah tunggu & lepas keluarkan beg, simpan dulu di hotel, kami terus pergi ke tempat melawat. Ini le antara tempat lawatan yang dibawa.
*Aku sumbat je gambar ni, malas nak cerita panjang.
  • Rose Garden
First destination kami ialah Rose Garden. Peruntukan masa kat sini lebih kurang 30 minit. Tiket masuk dah diuruskan awal-awal oleh pihak TA. Dah sampai tu, ape lagi, masuk le tengok bunga ..

Sekuntum mawar merah..

Sebuah puisi..

Untuk gadis pilihann...


wooo..ooo..eh, Nana kerr?


Di bulan February....
Oh duyung..Mengapa kau vervogeh?


Apa benda ni??Macam pelik je...macam pelik je...

Gerai jualan yang ada depan Rose Garden. Kat sini aku dah terpesona dengan kelazatan keledek goreng yang bulat-bulat tu..Suhu sejuk ni, makan keledek goreng panas-panas, memang sedap...
  • Honey Bee Garden

Kemudian kami dibawa pula ke ladang lebah, nak pergi jumpa Mr.Bee

Fridge Magnet Mr. Bee, binatang ni tak berjaya buatkan aku membelinya.


Big Mr. Bee

Again..Mr. Bee..Lebah memang banyak berkeliaran.tapi jangan risau,die tak gigit pun. 

Nana!! Di mana kamu?Akak tak nampak!!hahaha..


Rumah para lebah-lebah sekalian.


Ruang penjualan madu lebah.

  •  Butterfly Farm

Kemudian kita pergi ke Butterfly Farm. Walaupun name die butterfly farm, tapi banyak serangga lain yang disumbatkan dalam ni. Ada ular, spider, tupai,katak..macam-macam spesis serangga yang boleh buatkan aku girly gentleman.

Depan Butterfly Farm, sebelum masuk. Dengar TA bagi penerangan sikit.

Pak Ngah dah semangat nak masuk tengok kupu-kupu.


Mana rama-rama?



Seekor rama-rama berterbangan mencari kawan-kawan

Sekawan rama-rama yang belum bertukar menjadi ulat gonggok

Eh,ade orang ke?? Haisy..korang ni, acu cuba jangan pakai pakaian yang boleh buat orang konfius mane satu daun,mane satu orang..Aku nak amik gambar daun ni yang besar bapak ni.

Ular..uisy...banyak lagi spesis ular kat sini,tapi aku geli nak tilik lama-lama.

Kaktus

Tupai


  • Bharat Tea  Garden

Kemudian, disebabkan semua dah lapar (sebab ramai sarapan awal pagi kat R&R tadi) kami skip ke market untuk shopping.Tapi terus pergi ke Bharat Tea Plantation untuk minum-minum kat sini sambil menikmati keindahan ladang teh.




Honestly aku tak puas dok kat sini sebab tak sempat nak round posing sakan. Lagipun, aku pakai selipar yang tapak dah haus, nak turun bukit tu banyak kali aku hampir tergelincir. Tak pe la, nanti aku datang lagi dengan famili, golek puas-puas atas pokok teh ni.


  • Strawberry Farm
Kemudian, kami ke strawberry farm, untuk kutip strawberry. Tapi majoriti yang datang sini makan aiskrim strawberry sambil cicah jammed strawberry je.hihi..



Dari jauh tak nampak pun buah strawberry nye..


Kasik close up sikit buah yang tak berapa nak semangat ni..Yang semangat semua dah habis petik daa..


Dah habis melawat, kami semua pulang ke hotel untuk lunch di hotel.

Waktu time tu dah menunjukkan 2.30 ptg. Dah settle pembahagian bilik, kira-kira jam 4.30 ptg, bas dah datang untuk bawak kami ke Pasar Malam Brinchang. Ramai jugak yang tak follow aktiviti ni sebab masing-masing dah hanyut bila jumpa katil.

Orang lain sempat le landing atas katil kejap, aku pulak sebagai  manager trip merangkap kuli batak tak sempat berehat. Cuma sempat solat sekejap je. Aku dengar orang lain siap dapat berendam dalam bath tab lagi. *argghh..jeles sebab tak sempat nak menghayati bilik yang kerlassss tu...*jakun


  • Pasar Malam Brinchang
Nak ke pasar malam ni, walaupun dekat je dengan hotel, tapi sebab jammed bersabar je la.


Dalam bekas kuning tu le keledek goreng yang aku cakap sedap tu.
Cendawan goreng pun sedap, besar-besar pulak tu.


Strawberry celup coklat.

Ketam goreng


Strawberry yang sihat.

Dah habis shopping jam 6.00 ptg, kami berkumpul kat depan stesen minyak petronas tunggu bas sebab bas tersangkut dalam jammed. Mase ni nampak kelibat  AR Badul. Ape lagik, semua sibuk nak bergambar. Lawak betul diorang ni.. nasib baik le die sporting.
Untuk gambar dengan kteorang kat atas ni, agaknye berbelas kali die stop sebab peminat nak bergambar dengan die. Padahal die pegi stesen minyak tu sebab nak masuk toilet je.hikhik..




  • Dinner Night ALMA Architects & Planner Sdn Bhd.

Malam pulak, diperuntukkan untuk aktiviti dinner semua peserta. kami sewa Conference Room Hotel & siap dengan set buffet lagi.

Pak Ngah memberikan ucapan. Nasib baik Pak Ngah dah lapar, jadi pendek je la die berucap..Kalau takkk..hikhik..paham-paham je laa..Tapi sempat lagi le Pak Ngah mengimbau kembali penubuhan ALMA sepanjang 24 tahun ni..

Banner tu pulak nasib baik le kami prepare awal-awal dari JB. Kalau tak, sama je jacket Pak Ngah dengan backround tu. 




Menu dari pihak hotel. 

Tema pakaian kiteorang malam tu pulak Merah-Hitam. Sekali masuk dewan, hotel dah setting alas meja pun warna merah..hohoho..

 
Dan diselang-selikan dengan acara penyampaian hadiah & lucky draw.

Kemudian diteruskan dengan upacara bergambar *acara wajib
ALMA Staff
Belakang dari kiri: Yazid, Abg Zaidi, Abg Burn, Abg Din, Zarm & Jabar.
Tengah dari kiri: Kak Sabar, Zue, Kak Eifa, Yani, Kak Hajar & Me
Duduk dari kiri: Hj. Bakri, Pakngah, Hj. Saiful & Abg Usen.
Tiada dalam gambar: En. Azmi, Abg Roy, Abg Shamsudin, Kak Mawar.

ALMA Staff & Family
 
Akhir sekali, yang ini memang acara paling wajib, iaitu karaoke. Mula-mula mesti le Pak Ngah yang rasmikan dulu. Dah habis PakNgah, baru le otai-otai lain..Bile ramai dah masuk bilik, yang tinggal semua bujang je, baru le yang bujang ni kongker. Tapi aku tak sanggup nak tunggu, tilam empuk dah memanggil..
zzzzz...


Ahad

Breakfast

Bangun pagi, semua breakfast kat bawah. Meriah jugak le since memang penuh dengan geng ALMA je. Dah habis makan, kami jalan-jalan sekitar hotel nak snap objek yang menarik. Tapi Objeknye takde..So naik bilik berendam bath tub lagi bagus..kikiki..






Kira-kira jam 10 pg, semua dah ready kat lobby hotel untuk check out. So, kite bergambar ramai-ramai sebelum berpecah naik bas.


Cameroon Highland Surrounding + Shopping

Dah siap bergambar bagai, nasib baik driver bas tahu ke mana destination untuk membeli belah. Aku pun tak tahu ape nama tempat ni. Tapi lokasi die tepi jalan je.



  • MARDI Farm
Dah habis shopping, kami turun balik ke Tanah Rata untuk lunch. Nasib baik ada medan selera yang siap ada parking untuk bas. So tak perlu le menapak nak cari tempat makan.

Kemudian, kami masuk ke MARDI Farm dan solat dalam ni. MARDI Farm ni memang luas & menempatkan Strawberry Farm, Kaktus garden, Rose Garden, Tea Farm & macam-macam lagi garden yang cantik-cantik.


Main building Stesen MARDI

Naufal dengan dayang-dayangnya..



Antara taman yang ada dalam MARDI Farm ni

Strawberry yang ada dalam ni lagi gebu dan sihat. Tapi tak boleh petik & beli.

Anak dara..pilih le mane berkenan..solo lagi tu..ehh..terrrtaip pulak..hikhik


Rose Garden. Bunga ros dalam kawasan ni sebenarnya lagi mekar & cantik dari tempat sebelum ni. Ada warna merah, pink, pitih, oren..






Tea Farm..walaupun kecik, tapi kalau pandai cari port, nampak cantik je..lagi-lagi kalau model cantik kan..kann..kan..


Dah penat berjalan & habiskan masa kat dalam ni sampai ke jam 4 ptg, kami bergerak untuk start  balik ke JB
On the way turun tu, diorang kat atas bas ni pegi pasang movie Jack The Giant Slyer pulak. Disebabkan best, aku pun gigih  tengok cerita tu dengan baca subtitle yang akhirnye buatkan aku rase mual. Rupenye bukan aku sorang je yang pening, ramai lagi yang paksa tidur untuk elakkan muntah. Yang tak tidur cuma budak-budak je..
Anak-anak abang Burn & Abang Din yang dok belakang aku dok main teka teki, sampaikan aku termimpi dok main teka-teki dengan diorang jugak.

Kemudian, bas berhenti rehat kejap di Lata Iskandar. Ramai jugak yang dok berkelah kat sini.

Lata Iskandar

Akhirnya jam 2 pagi, kami selamat sampai depan ofis di JB dan masing-masing balik rumah untuk sambung tidur.
Dan aku pulak bile balik rumah housemate aku bermurah hati selak pintu dari dalam rumah. Aku pun satu hal tak inform awal-awal..Dah berpuluh kali aku call, memang tidur tak sedar apa pun..Lastnya aku pegi balik office, tidur kat office..Sadis!!

END 

p/s: entry ni dah lama bersidai dalam draft. Lepas aku buat keputusan untuk letak surat, gigih kusiapkan jugak sebagai tinggalan memori untuk geng ALMA. Semoga ALMA terus maju dan semoga korang berjaya anjurkan trip office yang melangkah lebih jauh.hihi

5 comments:

  1. sedihhh.. sob3 kalo ade lg pas nih spe nk arrange ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau accountant yang arrange, mesti lagi meriah budget die kann..hihi

      Delete
    2. omak aiiiii.. kalo accountant ley approve takpe hahaha nih boss yg approve

      Delete