Sunday, December 1, 2013

Safe Country in Asia Pacific For Solo Traveller Women


Top 10 Country in Asia Pasific for Woman Solo Traveler

okey,mari kita lihat negara mana yang sesuai untuk kaum yang lemah tapi semangat juang yang tinggi ni boleh travel seorang diri..

tarik nafas panjang panjang....


10.Kazakhstan
Tak pernah pulak aku jangka Kazakhstan termasuk dalam list untuk para traveler. Yang aku tau, mase kat UTM dulu selalu je jumpe orang-orang die. Cantik dan hensem orangnye...Walaupun muslim, agama diorang tak macam kita. Di negara diorang, solat hanya untuk golongan tua yang dah insaf je. Orang muda ni enjoy..tunggang arak, party tu bende normal. 
Mula-mula aku ingat Kazakstan ni kecik. Tapi bile gugel,besar okeyyy..camane negara besar ni boleh rendah jenayah die?
Keluasan die lebih kurang 8 kali ganda Malaysia.


 9. Vietnam
Vietnam termasuk skali?Kat sane selamat untuk kaum hawa ke? Tapi memang so far aku dok perhati, ramai je solo traveler woman yang buat trip overland (Cambodia-Vietnam-China) dengan takde masalah besar. hmm....



8. Mongolia
Ouchh... Negara Atlantuya ni..camne die boleh skali?*sambil tumbuk bantal
Mongolia  ni salah satu negara yang akan dilalui oleh para traveler Trans-Siberian @ Tran-Mongolian. Sebenarnye aku pun teringin jugak nak buat TransSiberian since aku dengar banyak culture yang kite boleh tengok.
 Trans-Siberian:  Laluan keretapi hanya melibatkan China dan Russia sahaja
Trans-Mongolian:  Laluan keretapi melibatkan China,Mongolia dan Russia.


7. South Korea
Malas nak citer panjang pasal negara pakwe-pakwe aku ni. Dah ramai yang tahu kot ramai gadis-gadis pergi melancong ke sana. Yang pergi sorang diri toksah cakap le..Aku je belum..huahuahahua..
Aku tak payah pegi,tengok drama & vareity show diorang pun dah umpama aku sampai ke sana..*feel terlebih.


6. Hong Kong
huaaaa...negara yang padat,mampat ni pun dikira selamat ke??bukan ke Jackie Chan banyak dok lawan geng kongsi gelap sane?kira tak safety le kan??hihi..*Global safety rank bagi HongKong ialah tempat ke 65. Walaupun tinggi, tapi still selamat untuk kaum hawa.
Tapi 70% rakyat die cakap diorang berani jalan tengah -tengah malam.Maybe sebab bandar die 24 hours happening dengan orang ramai..hmm..

5. Sydney
Sydney..memang aku nak pergi sini..Walaupun Australia tu besar bapak, tapi aku heran camane rakyat die boleh hidup dengan lifestyle camtu..Apsal aku cakap camtu? Waktu malam takde aktiviti macam pasar malam, window shopping..(kecuali pub & disco). Shopping complex pun tutup awal. 
Waktu malam diperuntukkan untuk kaum keluarga. Tak macam kite, malam biasenye kite keluar jalan-jalan, makan dengan famili. Sedare aku yang dok kat sane, anak die pernah jatuhkan hp tingkat bawah.Tapi lepas 3 hari die jumpe kat bilik lost & found. 
Makcik aku yang dok 2 minggu kat sane pun cakap, night life die sama macam area rumah aku kat Kelantan. hikhik..*Aku membesar di Pasir Puteh(pekan kecik)..Jadi aku tau pekan tak hidup waktu malam. Lain le ibu negeri..
Tapi ini Sydney okey,ibu negara...Memang rakyat dia diasuh waktu malam waktu bersama keluarga di rumah. Jadilah anak-anak itu membesar di bawah pengawasan ibu bapa dengan selamat. Dengan itu, jenayah akan berkurang.*tengok le Global safety rank bagi Australia ialah kedudukan ke-13.

4. Japan
Jepun niiii..tak perlu nak cerita panjang laa..antara negara yang paling selamat di dunia. Cuma masalah utama kat sini bagi traveler ialah communicaton. Tapi jangan risau, camane pun orang die tetap tolong bila kita tanye diorang. Even terpaksa berlakon "pak mat tempeeee...kecepunggg" sekalipun, maklumat tetap akan disampaikan pada kita. 
Cuma yang perlu berhati-hati waktu malam ialah bile jumpe orang mabuk. Bagi kita yang Muslim ni mesti le pandang orang mabuk ni bahaya. Tapi bagi mat saleh, orang mabuk ni perkara kecik je..hihihi...

3. Taiwan
Erm..Taiwan ni zero info untuk aku..drama Taiwan tu aku tau le..Meteor Garden, Prince Turn to Frog..Tapi based on yang aku bace travelog orang ke Taiwan, ade masalah dalam communication..Biase le, negara belah sane memang rakyatnya menggunakan bahasa ibunda mereka. Tapi beza dengan Jepun & Korea, orang die kurang menolong guide pelancong. Kene ketuk lagi ade le..



2. New Zealand
Tak asing lagi negara yang dikenali sebagai tempat untuk golongan pesara..hihi..
Dah tentu negara yang dijadikan orang pencen untuk bermastautin, jadi selamatle tempat ni..hihi..Satu hari nanti aku pun nak pergi sini jugak bawak ayah aku tengok lembu-lembu yang segar bugar tu..hihi


1. Singapore
Aisyy..Singapore???Seberang tambak je..kalau dari rumah aku, lambai je Singapore ni..Tapi lambai hutan je laa..hihi..Walaupun dekat dengan Johor, risiko tahap keselamatan orang awam tinggi jurangnya.. Dalam mase terdekat ni, aku cuma masuk Singapore untuk meeting & antar/amik orang kat Changi airport je..Tak pernah lagi naik public transport round Singapore..USS?Aku kurang minat sangat dengan theme park ni..buktinya,walopun LEGOLAND dekat,& aku ade annual pass, berapa kali je pegi, tak full utilized langsung annual pass tu..
Tapi sebenarnye Singapore ni jadi tumpuan warga pelancong yang suka lifestyle urban. Means orang yang nak bercuti bawa famili & golongan pelancong yang tak suka adventure. Kalau yang jenis suka history & culture mungkin akan ke tempat lain.


Sadis okeyyy...Malaysia takde dalam list..hukhukhuk...rasa macam dah aman sentosa dah dok kat sini, tapi rupenye belum sampai tahap selamat lagi bagi orang luar..hikhik..
Itu pun kalo tengok source die guna rape statistic. Kalau guna kes ragut?mesti lagi tercorot Malaysia ni..


Itu hari dok tengok channel Lifestyle Inspired pasal rumah-rumah kat Jepun..rilek je orang die renovate rumah guna dinding cermin dari atas sampai bawah.Padahal kawasan rumah tu padat gile (tau le rumah Jepun jenis rapat-rapat macam rumah doraemon) dan bukannye kawasan elite pun. Mak aku cakap, kalau kat Malaysia, rumah camni kejap je kene pecah masuk.

Kat tempat kita ni, standard bile masuk rumah baru, kene pasang grill awal-awal..kalau tak habis semua hilang..CCTV toksah cakap le..kalau pasang sekalipun, kes pecah rumah tetap berlambak jugak.

Bagi aku, negara kita kita akan diiktiraf low crime bile mentaliti penduduk Malaysia dah diubah dari rumah yang dipasang grill macam penjara tu kepada tak perlu grill.

Lagi satu, berapa ramai sekarang mak bapak yang hantar/ambik anak sendiri ke sekolah?
mak bapak sekarang sanggup bersesak jemput anak depan pintu pagar sekolah sebab macam-macam kejadian boleh berlaku.

Lagi satu, dah jadi habit untuk kaum perempuan yang bawak handbag, mesti nak kepit handbag tu..Lebih-lebih kalau baru keluar bank.

Mase kat bus station Larkin hari tu, aku berbual dengan sorang pelancong dari Jakarta,die tengah tunggu bas ke Genting Highland. Die tanye aku tempat yang die boleh jalan-jalan sekitar JB sementara tunggu bas bertolak jam11 malam. So aku suggest Bazar Karat & die pun setuju le nak pergi. Sebelum pergi, aku sempat pesan, 'beware of your handbag'..terus die buat muka terkejut beruk. Aku pulak jadi serba salah..
Bagi kite, pesanan ni dah normal for ladies lagi-lagi kalau nak pegi tempat crowded. Tapi die boleh terkejut pulak. Aku terpikir jugak, "Eh,tempat ko takde kes pickpocket & ragut ke?"

Situasi kehidupan kita dalam sehari  pun dah menandakan yang sebenarnya masyarat Malaysia pada hari ni hidup dalam berjaga-jaga setiap masa. Kalau orang kita sendiri  berjaga-jaga untuk buat aktiviti seharian tanpa perlu bebas ancaman kes jenayah, lagi le orang asing yang datang ke sini..So, tak hairan le Malaysia tak termasuk dalam list ni.



Ni  nasihat sikit untuk para wanita yang kesorangan untuk melancong...
  1. Elakkan situasi di mana anda boleh berkesorangan dengan seorang lelaki. Kalau boleh, join dengan traveler lain untuk naik teksi.
  2. Jangan bagitau orang yang anda melancong seorang diri. Kali pertama berbual, bagitau dah berkahwin.
  3. Elakkan naik bas yang sesak. kalau boleh ambil seat belakang driver.
  4. Benda yang paling dirisaukan ialah penyeluk saku. Jadi simpan barang berharga di tempat yang selamat. Jaga-jaga dengan bag bagi mengelakkan diragut. Lock beg dan kalau boleh simpan duit dalam pouch beg yang boleh diselindungkan dengan baju. Jangan terlalu tunjuk barang berharga seperti gadget.*Barang kemas takkan nak pakai pulak time melancong kannn..
  5. Kalau boleh gunakan teksi bermeter & selalu refer pada pihak hostel/hotel berkaitan tambang/jarak perjalanan.


  1. Cuba jangan tonjolkan diri sebagai 'pelancong' seperti pakai barang kemas dan accesory berjenama.cth nye: shopping kat Ben Thanh market, pakai gelang sampai ke siku, handbag LV you...*biarpun zhulian & LV pasar karat je
  2. Sediakan kondom. eh???...ini untuk mat saleh laaaa...hahahah
  3. Cover rambut yang blonde dengan 'sarung'. ini pun untuk saleh jugak..*pakai tudung je senang..
  4. Bawak ubat-ubatan..Ubat yang paling penting, ubat sakit perut. Mane tau food poisoning ke..selain dari tu, sebagai orang melayu, minyak gamat jangan lupa.
  5. Simpan sebahagian duit dalam bra @ stokin. in case ape-ape, ade backup.Selain dari tu, fotostat passport, itinerary, simpan no telefon kedutaan malaysia di negara yang kita pergi. Simpan salinan tu di pelbagai tempat. In case tercicir, sekurang-kurangnya ada backup info.
  6. Gunakan sun screen.Tapi kalau rase kulit tu dah penuh dengan Vitamin C, tak perlu guna.
  7. Ambil insurans travel. Bende ni sebenarnye penting...Makcik aku pernah cerita, mase die melancong ke Spain, salah seorang group pelancong die tu sakit jantung dalam flight. Masalahnye FA bawak turun ke airport & cuba selamatkan nyawa die di airport. Akhirnye die hembuskan nyawa kat airport tu jugak. Dan nak dijadikan cerita arwah tak ambil travel insuran. Rasanya kalau nak dikebumikan kat sana pun tak boleh sebab die tak keluar dari airport lagi. Kalau die meninggal atas kapal terbang, mungkin pihak Airline yang tangguung(tak silap aku le). Tapi sekarang, anak die kat Malaysia kene datang jemput di Spain & kos penerbangan dan urusan bawa balik tu makan puluhan ribu ringgit. Kalau dia ambil travel insuran, bende ni semua ditanggung. Kat sini le pentingnya travel insuran..sebab kalau kite meninggal kat sana,boleh kebumi terus tak kisah..Tapi ahli keluarga kita yang kampung kene tanggung semua tu.



Tips memudahkan urusan semasa travel
  1. Book penginapan anda untuk malam pertama ketibaan di tempat tersebut.
  2. Packing hanya barang yang mudah untuk dibawa sahaja.(Aku pernah je bawak hills aku mse melancong.Tapi tak guna pun..lepas dari tu, bawak selipar je..Ade orang pernah bawak 4 pasang kasut mase melancong.laki bini pulak tu..pastu bersusun je kasut dalam bilik hotel.haha)
  3. Beramah mesra dengan orang tempatan (perempuan).
  4. Kira budget lebih dari seorang in case kalau ade emergency, kita je yang dapat sumbangkan duit untuk diri kita sendiri.
  5. Bawa makanan & buku. Makanan incase tak jumpa tempat makan yang sesuai lagi-lagi le untuk muslim.Buku pulak, boleh hilangkan bosan walaupun kadang-kadang cuma berlakon je..
  6. Try to be friendly
  7. Cuba pakai fake ring *berlagak macam dah kahwin..waahhh..gituuu
  8. Pilih bilik hotel yang high safety zone. Contohnya, cuba pilih bilik yang level ramai pelancong famili.Ataupun pilih female dorm bagi hostel.
  9. Tiba waktu siang.Kalau boleh jangan sampai waktu malam sebab susah nak cari hotel waktu malam.*kecuali kalau dah cukup info untuk direction ke hotel.
  10. Pakaian yang bersesuaian, tak perlu menjolok mata.
  11. Simpan dokumen di tempat yang selamat. Satu copy simpan dalam hand luggage,lagi satu copy simpan di beg baju yang tersorok.
  12.  Tunjukkan confident diri anda, jangan buat-buat takut.







3 comments:

  1. sedihnya... malaysia tak selamat untuk wanita.

    ReplyDelete
  2. Bagus info ini.. maka berwaspada lah wanita di malaysia untuk berjalan2 seorang diri..
    hope one day soon.. malaysia tersenarai satu dari 10 ni :D

    ReplyDelete
  3. i reaaalllllyyyyyyyyyyyy wanna go to japan............

    ReplyDelete