Sambungan Day 4[Part 1] ; Osaka [Osaka Castle]
Dah habis Osaka Castle, kita nak pergi Umeda Sky Building pula.
Dari Osakajakoen Station, kita balik semula ke Osaka Station.
Time ni, tapak kaki hingga ke betis aku dah start berdenyut. Baru satu tempat cover untuk hari ni, die dah berdenyut..Adeh..
Kali ni aku lebih berhati-hati bile keluar dari mesin autogate untuk cari exit ke mana.
Ke kiri or ke kanan??
Aku tanye dulu abang guard yang dok kat pintu keluar masuk gate tu.
"Sumimasen..Umeda Sky Building?"
"Sumimasen..Umeda Sky Building?"
"Righttoo.." abang tu tunjuk kanan..
Kemudian tanye lagi sapa-sapa yang aku jumpa sampai le aku puas hati. Aku dah taknak amik risiko sesat dalam station lagi dah. Silap arah makin sakit kurang tenaga aku untuk berjalan.
Keluar dari Osaka Station, terus nampak Umeda Sky Building dari jauh..
Oh makk..jauhnyaa....
Jalan..jalan..dan terus berjalan....
Persaingan kami kaki dengan warga muda, warga emas, mak yang dokong anak dan tak kurang basikal..Semuanya berjalan laju tinggalkan kami, aku tercabar. Diorang arnab, kami kura-kura
Dah sampai Umeda Sky Building kami duduk dulu kat bawah.
Tapi tak boleh lama-lama..sejuk...
Nak naik ke Floating Garden, satu hal pulak nak mencari pintu masuk ke atas sebab die ada 2 tower.
Tapi tak boleh lama-lama..sejuk...
Yang bersilang di tengah-tengah circle itulah die escalator terpanjang di dunia.
Sakit kepala aku dongak!!
Nak naik ke Floating Garden, satu hal pulak nak mencari pintu masuk ke atas sebab die ada 2 tower.
Pergi south tower, die kata north tower..
End up aku tergecat depan ofis orang...
Lohh..ko nak ke mana Doraemon, nak pergi kerja?
Aku turun balik..
Akhirnya jumpa jugak pintu nak naik ke observation tower. Bukannya pintu pun, tapi escalator..padahal aku dah masuk ikut situ awal-awal lagi, tapi sebab mata biul, aku tak nampak direction tu..
Huhu..macam takde luck hari ni di Osaka..bersabarlah...
Umeda Sky Building
Di Umeda Sky Building ini adalah salah satu sky building di Osaka yang berbaloi untuk naik dan tengok surrounding bandar Osaka dari atas.
Di sini lah juga kalau nak tengok salah satu the most amazing engineering yang popular dan banyak gambarnya sharing dalam internet iaitu lebuhraya yang tembus bangunan.
Nampak tak highway yang tembus bangunan tu?
Masa mula-mula tengok gambar ni dalam internet tahun 2004 dulu (tak salah aku) kagum gile aku dengan bangunan ni dan terus simpan niat nak tengok depan mata bangunan ni.
Waktu tu aku cuma tahu ia terletak di Jepun je.Tapi aku tak sangka bangunan ni letaknya di Osaka sampai le aku buat research travelog bloggers yang dah ke Osaka. Jadi makin exited le aku nak ke Jepun waktu tu..
Dan kini...bangunan tu depan mata aku..
Aku menangis terharu, akhirnya dapat tengok depan mata..
Eh??
Eh??
Selain dari tu, di sini lah juga kalau nak naik escalator yang tertinggi di dunia yang mana escalator menghubungkan antara kedua-dua tower.
Ready nak naik!!
Aku sebenarnya ade sikit gayat bila nak guna escalator. Masa mula-mula naik escalator ni, aku sibuk snap gambar adik aku yang dah berdiri depan aku. Lepas tu adik aku snap gambar aku yang atas ni, die buat muka terkejut tengok belakang aku. Sekali aku pusing, lemah longlai lutut aku tengok bawah..Aku dah tak mampu nak senyum lagi dah.Gayat..
Nak tengok bandar Osaka dari atas boleh pilih indoor atau open area.
Mula-mula aku naik ke atas untuk pergi ke open area. Tapi sekejap je..tak sanggup nak duduk lama-lama..
Angin kuat,sejuk gile..
Lastnye aku turun balik..
Semalam waktu di Shibuya, kami ada satu masalah iaitu memory card DSLR adik aku dah full..banyak gambar tak berkaitan kami delete, tapi still tak cukup jugak..
Berkira-berkira jugak le nak beli memory card sebab takut budget lari. Sebelum tidur kat hotel malam tadi jugak aku sempat google kat mana nak beli barang-barang gadget di Osaka.
Banyak suggestion beli di Yodobashi, sekitar Osaka Station.
Kebetulan masa on the way ke Umeda Building, kami terjumpa Yodobashi. Rupenye belakang Osaka Station je..
Jadi balik dari Umeda Building, kami masuk dulu Yodobashi untuk beli memory card. Pejam mata aku bayar memory card tu..mahal ke murah ke..lantak le...
Ini le satu-satunya perkara yang termasuk dalam kos luar jangka budget aku.
Ini le satu-satunya perkara yang termasuk dalam kos luar jangka budget aku.
Harga??¥3000
Next destination!!!
Kita ke Universal Studio Japan pulak.
Kita ke Universal Studio Japan pulak.
Eh..kata tak minat dengan theme park,ni USJ pulak ko pegi..
Aku pergi USJ ni sekadar nak cukup syarat je..Amik gambar depan globe pun jadi le..Nak naik ride?Dah..aku dah malas..cukup le naik kat Legoland je..
Lagipun aku nak pergi USJ ni pun sebab ade motif lain..nak pergi HRC Osaka yang letaknya betul-betul depan pintu masuk USJ.
Dari Osaka Station, kene amik JR Osaka Loop Line ke Nishikujo Statio.
Dari Osaka Station, kene amik JR Osaka Loop Line ke Nishikujo Statio.
Then tunggu lagi lagi train ke USJ yang akan berhenti di USJ.
*tak salah aku ade train direct ke Universal Studio, aku tunggu lama,takde pun..so aku naik je la JR Osaka Loop Line.
Keluar je dari station,aku nampak starbucks dulu. Terus kami masuk untuk renggangkan tapak kaki yang makin sakit.
Keluar je dari station,aku nampak starbucks dulu. Terus kami masuk untuk renggangkan tapak kaki yang makin sakit.
Lagi satu, semalam masa beli tumbler starbucks di Shibuya, kami dapat voucher free 4 keping.
So ambik peluang ni untuk tapau coffee.
Aku memang dah plan nak redeem, so bawak le tumbler siap-siap..
Dan kat sini jugak aku tambah lagi satu tumbler Starbucks Osaka version. Free lagi satu voucher..Yeah!!!
Kemudian, masuk Hardrock Cafe Osaka yang betul-betul kedudukannya dekat pintu masuk USJ. Dan nasib baik ade Osaka Unlimited Pass, aku dapat discount 10% bile shopping kat sini. hohoho...
Universal Singapore pun aku tak pergi lagi, tapi sampai kat sini dulu.ngeh..ngeh..
Kedai-kedai depan USJ
Dah habis shopping kann..dah,moh kite keluar dari sini. Ade banyak tempat lagi ni nak pergi..
Bersambung....
Nak tanya...yang diskaun 10% kat HRC ni akan dapat kalau ada Osaka 1 day pass ye? Tapi pass tu kena valid masa kita pergi HRC tu cmne? kalau kita amik pass hari isnin tapi p HRC selasa agak2 boleh dpt tak diskaun 10% tu?
ReplyDeletekalau beli osaka day pass tu akan ade banyak kupon termasuk HRC..tunjuk je kupon tu kat casher nanti akan dapat diskaun.
DeleteOsaka Day pass ni 1 day & 2 day..takde masalah nak guna bile-bile
Ur blog sgt detail... iols is very de kagum one...
ReplyDeleteBlog ni best
ReplyDelete