Sunday, March 8, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 3 (Beijing Olympic Stadium-Temple of Heaven-Silk Market)

Dah habis jelajah tembok china, kita ke stadium sarang burung pulak..

Dari bus stop Huairou, aku naik bas 916 Ekspress ke Dongzhimen St. Aku siap tertidur atas bas,sedar-sedar je bas dah keluar dari highway dan orang ramai start turun di setiap bus stop..

Sebab mamai, aku jadi blur kejap tengok orang ramai turun. Aku pandang Eiza, die tunjuk map nama-nama bus stop yang bas 916 akan berhenti. Satu bus stop ni ade logo subway, maknenye situ boleh le kalau nak transit ke subway.

Since kami nak pergi Beijing Olympic Stadium guna subway, aku buat keputusan turun kat bus stop tu bukannya last destination di Dongzhimen Bus Station. Konon nak jimat masa laa.

Turun je dari bus, kami dah lost..Sebabnya tak nampak logo subway di sekeliling kami..

Ah sudah!!Camane ni?Kita kat mana sebenarnye ni?
Kat bus stop tu ade map surrounding area, tapi semua tulisan cina!

Aku cuba fahamkan map tu, tapi tetap aku bodoh tak faham..
Lastnye aku tahan orang,tapi macam biasa la, mungkin  aku dianggap promoter jual air isotonik kot..semua larik!!

Hoi orang cina!!walaupun aku itam, tapi aku bukan bangla tau!!

Lastnye aku tahan sorang pompuan yang dressing die ala-ala bahagian customer service. Aku agak mungkin die tau speaking sikit-sikit kot..

Tapi hampeh!!Aku tanye subway station die tak tau. Aku sebut train pun die tak tau..Lastnye aku keluarkan hp, bukak dictionary tunjuk kat die..baru la die tau..

Die bagi isyarat straight, aku dah dapat faham. Tapi die tak puas hati jugak, heret aku pegi dekat map bus stop tu tunjuk arah mane nak pergi. Tapi masalah nye die chong-cheng-chong-cheng..mana aku nak faham..

Aku cakap "Ok!!Ok!!Here?Straight?"sambil tunjuk arah subway staion tu..

Die cakap "Tui!!Tui!!streght!!"Rupenye die lupe perkataan straight dalam omputeh!

Ko mampu??Kalau perkataan 'bus stop, station, straight, left, right' pun rakyat die tak tak tau, ini menandakan kalau korang nak travel kat negara tu, kamus jangan lupa..

Beza dengan Jepun..simple perkataan camtu diorang faham..tapi tidak di China..

Berpeluh aku nak tanye direction!!Jadi kesimpulannya anak murid, toksah le mandai turun kat bus stop yang bukan kawasan tumpuan tourist..Kalau dah kate turun kat last bus stop tu, ikut je la arahan.haha

Akhirnye sampai jugak di subway station.

Kali ni nak ke Beijing Olympic Stadium, kami turun di Olympic Green Station..

Keluar dari station nak ke stadium tu, akan nampak Xin'Ao Shopping Center dulu.

Makcik aku ade pesan, kalau nak shopping FM, ade satu kedai kat dalam ni  yang memang jual harga murah tak perlu nak tawar lagi..Die pun siap kirim lagi FM, tapi aku takde masa nak shopping..aku tengok je signboard shopping centre tu..

Nak menapak ke stadium pun jauh jugak..Masa ni le aku teringin sangat nak kasut yang ada roda kat tapak tu..siyes wa dah malas nak jalan, beb!!

Duduk posing depan stadium ni sini tak lama pun, ade le dekat 15 minit je..tapi perjalanan dari station nak ke depan stadium tu ade le dekat 30 minit berjalan kaki!

Xin'Ao Shopping Market.Korang akan jumpa kalau keluar dari subway station Beijing Olympic Park.

Pintu gate depan..Cuaca berkabus!!Sedih cheq.

Kalau malas nak jalan, boleh naik tuk tuk ni..tapi aku tak tau camane cara nak naik.haha

Beijing Olympic Stadium dari jauh..

Beijing Olympic Stadium ni dibina sejak 2003 lagi khas untuk Olympic 2008. Ia mengambil konsep dari sarang burung..Pembinaan pada tahun 2004 terhenti seketika disebabkan perubahan design. Dan pada March 2003, sebelum Olympic, ia berjaya disiapkan.

Banyak persediaan yang dibuat untuk menyambut Olympic termasuk la stadium ni. Selain tu jugak pihak kerajaan dia cuba melatih rakyatnya supaya tidak meludah merata-rata.Tapi hari ni, aku tengok ramai lagi yang tak boleh tinggalkan habit meludah tu.

Selain tu, bende yang paling aku ingat pasal stadium ni, ialah lecturer aku pernah cakap waktu tu permintaan terhadap bahan binaan besi tidak mencukupi bagi Malaysia sebab kebanyakan besi telah dibawa le China untuk pembinaan stadium. Mula-mula aku tak percaya, tapi bile tengok stadium ni ade logiknya..bukan stadium ni saje, banyak lagi building lain yang diorang kene bina untuk kegunaan olympic. So ade benarnye lecturer aku cakap tu. Tapi kalau die kelentong, padan le muka aku kene tipu hidup-hidup..

Depan stadium ni jugak ade sebuah lagi bangunan, National Aquatic Center. Design bangunan die pun unik jugak sebab ia guna konsep water cube..Aku suka tengok documentary pasal pembinaan bangunan ni..banyak proses yang diorang kene kaji sebelum berjaya bina ikut konsep water cube ni. Salah satunya sebab penggunaan elemen plastic kat lapisan paling luar yang boleh menjadikan faktor utama terjadinya kebakaran.

Tapi bila sampai, cuaca berkabus..tak nampak elemen water cube kat bangunan tu..Nak tunggu malam?memang tak la..camera aku tak canggih macam camera korang..

Bird Nest Stadium

Beijing Olympic Stadium


Selfie depan National Aquatic Center..Nampak tak orang die jakun gile kat belakang tu?
Meh nak cerita..sejak dari Summer Palace lagi aku perasan orang die jakun gile bile tengok orang guna monopod. Mula-mula aku ingatkan diorang jakun sebab sports cam aku yang kecik..Tapi bila aku guna monopod & hp aku, tetap diorang jakun!!Heran aku dibuatnya..Jakun yang aku cakap ni, bukan tahap macam orang M'sia yang tenung orang bile selfie monopod tau, tapi siap dok jenguk kat hp aku lagi..Tapi....best pun ade.hahaha

Dah siap berposing sakan, kami masuk balik subway station..Misi seterusnya ialah ke Silk Market..dah tiba masa nak shopping ole-ole sikit..Masa ni ni aku cakap dengan Eiza.

"Eiza, kite macam nak pegi ke Temple of Heaven la..since hari masih siang.." Mase tu jam menunjukkan hampir kol 4 ptg.

"Ikut Pja la..kite ikut je..Alang-alang dah sampai sini, cover je la sebanyak mungkin."

Aku dah tau Eiza akan follow je, tapi aku saje je nak tanye. Lagipun location Temple of Heaven dengan Silk Market ni dalam satu kawasan je. Tu sebab aku berani nak tambah plan.

Maka bergerak le kami ke Station Tiantangdongmen (Line 5).

Keluar je dari subway station..Aiyooo..hari sudah gelap daaa...

Aku dah konfius, kat sini matahari terbenam kol berapa?

Tengok jam, dah jam 5 ptg..Aduhhh...awal sangat senja..

Aku termenung dulu tengok gate entrance..Nak masuk ke taknak...

Eiza kate "Alang-alang dah sampai ni masuk je la Pja"

Dah beli tiket, tengok map menuju ke Temple of Heaven tu, Mak aihhh...jauh gile..

Menapak lagi la kami..

Jauh lagik!!


Sampai je depan gate yang menuju masuk ke Temple of Heaven tu...guard dah tutup pintu.

Sadiss betul aku rase..Seumpama rakyat marhain yang hina dina tak layak masuk ke dinner party maharaja, kami cuma tercongok je la snap dari luar pagar..Itupun cuma nampak menara die je..

Aku pasrah..

Temple of Heaven dari luar gate..Elok je aku sampai, depa dah tutup gate.huhu

Ku pandang dikau dari luar aje la..

Tapi sebenarnye aku rase ade yang lagi rugi..Ramai lagi tour agent yang gigih dok explain kat rombongan die pasal Temple of Heaven ni..

Kalau aku jadi ahli rombongan tu aku dah mintak duit refund dah..Yang ko bawak menjelang malam gulita ni apasal?Tu laa...asyik dok hadap kedai teh la..kedai cincin la...bazir masa kat situ je.

Maka, keluarlah kami dari kawasan kawasan tu dengan hampa..

Sedih noks, temple of heaven ni pun merupakan salah satu icon sejarah china jugak...tapi takpe la, lain kali aku datang lagi ye..

Seterusnya kami terus ke Silk Market yang mana kene turun di station Yong'Anli (Line 1).

Masa ni kaki aku dah sakit gile..iyolah, sebenarnye dari Beijing Olympic Stadium lagi aku takde can nak duduk untuk legakan kaki aku..Naik subway pun asyik penuh je..

Keluar dari subway, aku dah salah exit!!Kalau nak ke Silk Market kene amik Exit A1..

Ni aku nak pesan dengan korang..bile buat itinerary, tulis terus pintu exit mana nak keluar dari subway sebabnya jalan di Beijing a.k.a China lain macam die punye lebar..silap-silap korang kene cross jalan 10 lane..Kalau nak cross kebanyakannya guna underground walkway..

Jadi, kalau sape dah ade masalah sakit kaki macam aku ni, memang masak la hadap naik turun tangga jalan jauh semata-mata nak cross jalan.

Sebelum berangkat ke China, aku check dalam google maps memang takde pun icon pintu exit di setiap station..tapi sekarang ni dah ade..So, korang kene check betul-betul..Percayalah, google map sangat membantu dalam preparation itinerary.

Mane tadi??Nak masuk Silk Market kan?

Aku masuk Silk Market dalam keadaan stress menghadap tapak kakiku yang dah sakit. Siyes,aku rase nak je bukak kasut jalan dengan kaki ayam sebab aku dah tak selesa pakai kasut dah..

Jadi, hanya Eiza je la, mampu shopping dengan berperasaan. Aku dah takde perasaan dah..penjual tu dok maki aku sebab aku tawar harga murah pun aku mampu buat selenge lagi..

Silk market dari luar

Dalam silk market

Aku masuk kedai ni nak beli alas meja untuk mak aku..banyak jugak cadar..

Peniaga kat sini memang aku boleh kate kategori kuang ajar jugak la..Aku mintak harga tshirt kurang  RMB15, die halaunye aku..

Bile dah balik hotel, baru aku teringat yang RMB15 = RM7.50..mane ade tshirt rege tu cik oii...kira logik la harga RMB 20.haha.. Jadi, untuk Beijing aku cuma dapat 3 helai tshirt je..FM pun aku beli banyak terus tapi dah lupe berapa harga aku dapat di Silk Market ni.

Dan akhirnya selepas berhempas pulak aku menahan sakit kaki, akhirnya berjaya jugak aku sampai ke hotel..

Baru aku teringat!!

Rupenye hari ni sehari suntuk kami tak makan! Cuma sarapan maggi pagi tadi dengan makan buah berangan yang dibeli kat Great Wall je..

Ingatkan balik bilik aku nak telan maggi, tapi badan aku lebih memerlukan katil..

Jadi dah sampai hotel, lepas mandi dan solat, terus tidur..

zzzz.....

Esok kita nak ke Xian pulak!!

bersambung....

6 comments:

  1. giler kentangggg ! gigih aku baca 1 per 1 perkataan ko tahuk..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..harap bertabah lah tunggu sambungan

      Delete
  2. aku ingat monopod tu from china.. huhu

    teruskan menulis.. i likeeee!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann...itu yang lagi mengherankan..padahal made in china.

      Delete
  3. Padat betul jadual hari ini... sampai lupa makan...

    ReplyDelete
  4. Betul laaaa....kdg2 kalo leka sgt jln mmg blh lupa mkn....

    ReplyDelete