Wednesday, January 28, 2015

Jepun Sebagai Destinasi Perlancongan Utama


Aku terima banyak pertanyaan mengenai trip ke Jepun.

Nampaknye sejak visa masuk ke Jepun dah tak berkuatkuasa, makin ramai rakyat Malaysia nak melancong ke sana..

Teringat masa mula-mula aku plan nak buat trip ke Jepun dulu..sesape yang aku ajak untuk join trip aku ke Jepun, semuanya berkerut dahi dok pikir camane nak survive di negara Jepun yang terkenal dengan rakyatnya tak boleh speaking dan kos hidup mahal..Cuma aku dengan Nobita je terkontang kanting bersemangat nak ke Jepun. Yang lain bersemangat nak pi Korea...haha...

Jadi, entry kali ni aku nak kongsi khas untuk sesiapa yang baru nak berjinak-jinak menanam impian ke Negara Matahari Terbit, juga camane nak memahami budaya, destinasi menarik apabila melancong ke Jepun

Kenapa Jepun?Bukan South Korea?Bukan China?

Kenapa aku bandingkan antara tiga negara tersebut? Taiwan, HongKong, Vietnam kite letak tepi dulu sebab dari segi budaya, negara tersebut kurang menonjol sebab lebih kurang sama dengan China.

Sebab luaran yang boleh nampak ialah kerana ketiga negara tersebut yang penduduknya bermata sepet..haha..

Kimono, Hanfu & Hanbok..mana yang menang?Kalau ikut populariti sekarang ni, mesti la hanbok menang,iye dop?

Tapi antara sebabnya ialah negara-negara tersebut adalah negara membangun dan memegang kuasa ekonomi dunia terutamanya di rantau asia. Tetapi, walaupun berada di kedudukan negara maju, budaya, peradaban rakyat negara mereka bergerak seiiring dengan pembangunan.. Rakyat negara mereka masih mengamalkan cara hidup, pemikiran tradisional. Bahasa ibunda mereka tetap menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian..

Selain dari itu, kemudahan public transport di ketiga-ketiga negara tu adalah tip top dari segi kemudahsampaian, ketepatan masa, akses jaringan yang meluas, mendapatkan info yang tepat, kelesesaan, keselamatan sewaktu menaiki kenderaan dan banyak lagi. Sebab itulah aku buat perbandingan ketiga-tiga negara tersebut.

Tapi antara Jepun, South Korea dan China, aku letakkan Jepun sebagai pilihan No. 1.

Sebabnya bagi aku, Jepun adalah pelopor dalam bidang teknologi moden. Walaupun China adalah pelopor dalam sejarah pembinaan tamadun dunia sejak 2000 tahun dahulu, tapi Maharaja Jepun pulak sejak dari abad ke 17 lagi dah bercita-cita menjadikan negara die sebagai sebuah negara maju. Rakyatnya dihantar ke Eropah untuk kutip ilmu dari omputeh, dan pulang untuk create their own technology. Salah satu teknologi yang kita dapat tengok ialah automotif..

Jenama Toyota, Mitsubishi, Honda, dll dah lama berada dalam kedudukan gah di dunia setanding dengan teknologi German.

Itu baru teknologi automotif, bukan dalam building structure, infrastructure (train) & robotic..
Tapi dalam sibuk dok kejar teknologi, negara Jepun masih sempat lagi mengawal rakyatnya untuk mengamalkan cara hidup yang berdisiplin tinggi.

Semua orang dah tau, kalau nak tengok cara hidup Islam yang sebenarnya, pergi le ke Jepun..

Tengok bagaimana peniaga melayan kerenah pelanggan dengan sabar.

Tengok bagaimana kebersihan menjadi aspek penting dalam kehidupan seharian.

Tengok bagaimana pekerja buruh binaan dikongker oleh orang die sendiri,bukannye buruh asing.

Tengok bagaimana pekerja driver bas ucapkan 'selamat datang' pada setiap orang yang naik bas.

Tengok bagaimana sifat kesabaran yang tinggi diterapkan dalam masyarakatnya.

Tak ada potong Q, semuanya beratur.

Tak ada sampah dalam sungai/parit, lorong belakang rumah dan di kawasan tersorok.

Terlalu banyak benda yang boleh dilihat, dipelajari, diamati, dan dihayati di Jepun.

Sebab tu aku letakkan Jepun sebagai destinasi perlancongan utama.

Okey, dah tau sebab apa perlu pergi ke Jepun, kita ke next step..

Mana nak mula kalau dah terdetik dalam hati nak pergi ke Jepun.

First, pilih location flight nak landing.

Jepun ni terlalu banyak tempat untuk dilawati. Segenap ceruk mesti ada view cantik. Tapi Ada 3 lokasi  tumpuan utama bagi pelancong ke Jepun yang jadi tumpuan terutamanya untuk rakyat Malaysia.



  • Tokyo : Meliputi Seluruh Bandar Tokyo - Mt.Fuji -Yokohama
  • Osaka : Meliputi Kansai Region [Osaka-Kobe-Kyoto-Nara]
  • Nagoya : Meliputi Nagoya-Gifu-Kanazawa

3 lokasi ni sebab AA dah buka laluan ke Tokyo, Osaka, dan Nagoya.

Tapi ade 3 lagi lokasi menarik yang kita boleh pergi dengan gunakan Shinkansen (ambil JR Pass) ataupun naik bas/ flight iaitu :-

  • Hokkaido : Sapporo
  • Hiroshima
  • Fukuoka (termasuk Kitakyushu)

Baik, sekarang meh aku ceritakan serba sedikit kawasan tumpuan perlancongan bila ke sana.
Aku pilih 3 lokasi utama je sebab semua orang nak melancong ke Jepun dengan budget travel yang murah. Jadi kebanyakannya akan pilih AA. Kalau dapat tiket MAS atau Japan Airline lagi best..

Tokyo

Banyak sebenarnye tempat menarik kalau ke Tokyo..Sekurang-kurang perlu 5D4N kalau nak cover keseluruhan tempat menarik di Tokyo.

Meh aku listkan must visit place kalau dah sampai Tokyo.
1. Asakusa - landmark die Tanglung besar yang dipanggil Kariminari Gate
Asakusa

2. Tsukiji Market - kebanyakan motif pelancong ke sini nak tengok ikan yang bapak besar. Di samping kat sini le kalau nak makan sushi murah.

3. Imperial Palace - istana maharaja Jepun.Tak boleh masuk istana, kene tengok dari luar je. Tapi view garden memang stunning

4. Tokyo Sky Tree - Menara tertinggi di Jepun. Nak naik menara ni kene bayar..
Tokyo Sky Tree

5. Tokyo Tower - sebelum wujudnya Tokyo Sky Tree, Tokyo Tower merupakan mercu tanda bandar Tokyo. Ape yang best, tower ni menyerupai Eiffel Tower versi warna merah. Disarankan pergi waktu malam, boleh tengok simbahan cahaya neon warna merah pada tower ni.

6. Harajuku - Harajuku ni besar, bukan setakan street yang mana tempat berkumpulnya budak-budak berfesyen ala cosplay je. Ada taman dan temple di sekitarnya

7. Odaiba - Odaiba ni pun besar. Kalau nak puas hati  boleh duduk satu hari kat sini sebab ade banyak tempat aktiviti bersantai. Ada Gundam, mini legoland,
Map sekitar kawasan Odaiba.

8. Akihabara- tempat tumpuan jualan gadget, robotic & macam-macam barangan high-tech buatan Jepun.

9.  Shibuya - Kalau dah sampai sini, tak sah kalau tak pergi Shibuya Crossing, tengok keramaian orang lalu lalang kat situ.
Shibuya Crossing

10. Ueno Park - Kalau datang waktu spring, datangla ke sini untuk tengok cherry blossom. Tapi mesti penuh orang ber'hanami'.

11. Tokyo Disneyland & Disneysea - yang ni malas nak komen. Antara tempat wajib pergi kalau dah sampai Tokyo


Side Tokyo

Kalau dah sampai Tokyo, disarankan jelajah kawasan yang bersebelahan dan terdekat di Tokyo. Spot yang paling famous ialah tengok Mt. Fuji. Ada dua lokasi kalau nak tengok Mt. Fuji secara dekat.
1. Hakone
2. Lake Kawaguchiko.

Kalau nak habiskan masa sehari suntuk-dua hari, boleh pergi ke Hakone..Ade banyak tempat menarik di situ. Salah satunya ialah Gotemba Premium Outlet.

Actually ade banyak tempat lagi yang boleh tengok Mt. Fuji, tapi dua tempat tersebut paling popular untuk tourist.

Selain dari tu, boleh juga pergi ke Yokohama yang merupakan bandar kedua terbesar di Jepun.


KANSAI Area [Osaka-Kyoto-Kobe-Nara]

Osaka
Osaka ni adalah bandar ke 3 terbesar di Jepun. Bagi aku, kalau betul nak puas hati tengok matahari terbit, datanglah ke Osaka. Sebabnya Osaka dikelilingi 3 sub-urban area yang tak kurang hebat dari segi menerima kedatangan pelancong iaitu Kobe, Kyoto dan Nara. Ditambah dengan bandar Osaka, menjadikan 4 lokasi tumpuan utama. Disarankan juga masa paling singkat untuk cover area tu semua ialah 5D4N.

Lokasi /aktiviti tumpuan pelancong di Osaka
1. Osaka Castle
Osaka Castle

2.  Dotonbori - Street yang menjadi mercu tanda bandar Osaka. Dah sampai sini, cari Glico Man. Orang kata, tak sah kalau tak datang Osaka tapi tak ambil gambar depan glico man. Orang kata laaa..aku tolong type je.
Dotonbori-Glico Man

3. Umeda Sky Building -Antara bangunan tertinggi di Osaka yang menempatkan escalator tertinggi di dunia.
Umeda Sky Building

4. Kaiyukan Aquarium & Tempozan Ferris Wheel - terletak berdekatan antara satu sama lain. 

5. Universal Studio Japan - Kecik sikit kalau nak dibandingkan dengan USS. Tapi berbaloi untuk yang gemarkan theme park.

6. Shinsekai - menempatkan kedai-kedai / pasar untuk warga tempatan.

Kyoto 

Di Kyoto ni menempatkan pusat segala sejarah bagi Negara Matahari Terbit. Bagi aku, Kyoto ni dikategorikan heart of Japan. Sebab nya di sinilah menmpatkan pusat pemerintahan Jepun sati ketika dahulu sebelum berpindah ke Tokyo. Jadi di sinilah bertumpu lokasi/bangunan yang telah diletakkan di bawah UNESCO.

1. Kinkakuji Temple - Uniknye temple ni sebab die warna gold walaupun tak diperbuat dari gold. kalau bernasib baik, korang boleh dapat view stunning macam aku dapat ni.

Kinkakuji Temple 

2. Ginkakuji Temple-Adik beradik Kinkakuji Temple

3. Ryoanji Temple - temple yang dikenali rock garden.

4. Kiyomizudera -temple tertua yang diperbuat tanpa paku.Terletak di atas bukit.

5. Gion District - aktiviti tengok Geisha.

6. Arashiyama - Ada 4 lokasi tumpuan yang berdekatan iaitu Tenryuji Temple, Bamboo Groove, Sagano Scenic Railway dan Torishiyama Bridge.Semuanya terletak berdekatan.Disarankan duduk satu hari kawasan sini kalau betul-betul nak menghayati keindahan alam.Cewahhh...

7.  Kyoto Imperial Palace-Istana Maharaja Jepun sebelum berpindah ke Tokyo

8. Fushumi Inari - Penuh dengan deretan Tori Gate. Disarankan kalau nak datang sini, jangan pakai baju warna merah. Nanti tak boleh beza mana tiang, mana anda.

Fushumi Inari

See??Kyoto ni memang banyak tempat menarik. Itupun aku cuma listkan sikit je..Kalau ikutkan banyak lagi tempat yang boleh dilawati. Kalau nak lagi best, cuba tinggal di ryokan,baru le dapat rasa feel Oshin.

Kobe

Seterusnya kita ke Kobe. Kobe ni bandar pelabuhan yang terletak berdekatan dengan Osaka. Nak menginap satu malam di Kobe boleh, nak balik hari pun boleh. Kalau nak menjejakan kaki ke Masjid Kobe pun boleh.

Map Kobe City Loop Bus, yang akan berhenti di tourist spot sekitar Kobe

1. Kobe Port Tower - Di sekeliling port Kobe ni, terletaknya beberapa landmark bandar Kobe. Boleh baca sini.
2. China Town (Nankamichi)
3. Kitano Meister Garden- ni kalau nak pergi ke Masjid Kobe boleh naik Kobe City Loop Bus dan turun kat sini.

Kobe Tower

Nara

1. Nara Park -  Pergi aje ke Nara Park, di sini le letaknya semua icon touris di Nara sebab semuanya terletak berdekatan. Disarankan sewa basikal kalau tak nak letih berjalan kaki. Ada Todaiji Temple, , Kofukuji  Temple, Nara National Museum. Di sini jugaklah kalau nak tengok rusa-rusa jinak berkeliaran sebab dalam agama mereka, rusa adalah binatang suci.


Chubu (Central Japan) - [Nagoya-Maibara-Toyama -Matsumoto-Takayama]

Lokasi hotspot pelancongan untuk Central Japan ni agak jauh antara satu sama lain. Tak macam Kansai Area. Tapi sememangnya menjanjikan view yang paling cantik sebab kawasan ni dilitupi gunung-ganang & tasik.

Nagoya 
1 . Nagoya Castle

Maibara
1. Hikone Castle - Antara castle yang paling cantik selain Himeji Castle.
2. Lake Biwa - Tasik terbesar di Jepun

Toyama
1. Tateyama Kurobe Alphine Route - boleh tengok tembok salji
Tateyama Kurobe Alphine Route

Matsumoto
1. Matsumoto Castle - Satu-satunya castle berwarna hitam
Matsumoto Castle

Takayama 
1. Shirakawago - World Cultural Heritage Site, sebuah perkampungan yang cantik
2. Hida Takayama 
Shirakawa-go. Kalau winter lagi cantik,dapat tengok bumbung rumah disimbahi salji.

Map bagi kawasan menarik dalam Central Japan.

Fuh!!Penat aku buat list. Itupun cuma 3 main tourist hotspot dalam Jepun dan aku letak yang jadi tumpuan pelancong luar, bukannya pelancong tempatan. Belum masuk Hiroshima, Fukuoka & Sapporo lagi. Kalau tak mesti lagi berjela.

Semoga sedikit sebanyak menjadi panduan bagi mereka yang ingin melancong ke Jepun. Kalau amik pakej pelancongan ke Jepun, pastikan tempat-tempat yang aku senaraikan termasuk dalam list.

Bye!!

p/s : 

Entry ni juga dibuat untuk penyertaan aku ke contest oleh Japan Budget Travel..

Penaja Utama : Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati



Hadiah Bulanan
Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30




19 comments:

  1. Walaupun dah 2 kali ke jepun tapi jika diberi peluang lg sy still nk melancong ke sana..umpama moto iklan JNTO dlm program zizan jejak jepun tu "japan,endless discovery"..x pernah bosan dgn negara jepun..

    ReplyDelete
  2. Banyak juga yang tempat yang boleh dilawati memang menarik kalau melancong ke sana.

    ReplyDelete
  3. JBT tu masa pendek Sgt...syiok klu dpt jelajah from Tokyo to Osaka... In Shaa Allah 2016 impian akan dilaksanakan..tggu offer dr AAX @ MAS utk travel April 2016 onward. Klu boleh pergi time sakura season...kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk join g japan leh..sy tak pnh g lg...huhuhu

      Delete
    2. Nk join sis boleh x..sy x pnh g japan

      Delete
  4. Wah memang panjang lebar.
    Walaupun tak pernah sampai tapi memang terasa nak pergi.
    Best.

    ReplyDelete
  5. terasa teruja n menarik....
    budget for each bandar/pax berapa ya?
    maybe boleh share sikit tmp for budget hotel/transport /movement to each tmp

    ReplyDelete
  6. Pilihan utama nak pergi ialah mekah baru jepunn

    ReplyDelete
  7. Wow! Baca pon sudah dpt bayangan suasananya... Hope nnti lepas surgery n baik dri patah kaki ne teringin nk g Jepun.. tapi berapa bajet keseluruhan utk ke jepun ??

    ReplyDelete
  8. Share psl bajet , penginapan srta tmpt makanan halal..

    ReplyDelete
  9. Pilihan utama nak pergi haji taib baru jepunn

    ReplyDelete
  10. Lengkap... terbaek...
    alhamdulillah...habes dah sy khatam semua kisah jepun u ni...

    Tengs feeza... bnyk mmbantu buat details mcm ni.

    Semoga d murahkn rezeki awk melancong dn buat details mcm ni lg ye..

    ReplyDelete
  11. Insha Allah akn sampai awal bln 4 thn dpn utk jumpa sakura... Nak buat rujukan blog ni.. Tq

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Sangat Menarik itinerary ni. Terasa nak pergi Tokyo pula. Saya hanya pergi ke Osaka je waktu summer tahun lepas.

    Waktu saya di Osaka, saya gunakan 2 day pass. Dapat masuk banyak tempat menarik dan x perlu bayar fees. Untuk transportation saya gunakan pass yang sama dan boleh naik subway unlimited selama pass tersebut aktif.

    Saya kongsikan sedikit itinerary saya semasa melawat Osaka, Kobe dan Ikoma di blog saya.

    http://www.jimatmelancong.com/2016/02/Percutian-di-Jepun-Melancong-Bandar-Osaka-Kobe-dan-Ikoma-Selama-6-Hari-5-Malam-dengan-Budget-RM1500.html

    ReplyDelete
  13. bestnye jepun... plan nk g jepun bln 4 tahun dpn nk tgk sakura.. tp ok ke start di osaka, kyoto n pulang dari airport tokyo? beri tunjuk ajar... tq

    ReplyDelete
  14. terima kasih ye berkongsi maklumat dengan kami semua.

    ReplyDelete