Sambungan Day 2 [Part1] ; Hiroshima
Oh Yeah!!
Eh,apsal tibe-tibe Oh Yeah pulak ni..
Sebab dapat naik shinkansen lagi kot..
Seriously aku dah jatuh cinta dengan shinkansen ni.
Eh???
Aku suka sebab dapat tengok view rumah-rumah kampung,sawah padi yang mengering,ladang-ladang yang togel daunnya, sungai-sungai yang bersih..
Tapi...asal aku nak ambik video,die masuk terowong..asal aku nak snap gambar,die masuk terowong..huh!!
Okey, nak aku tempek penempatan sepanjang atas shinkansen.
Selepas 1 jam setengah, kami sampai di Shin-Osaka dan terus kami cari locker untuk simpan mak tapir ni.
Nak simpan locker tu pun satu hal jugak bila masing-masing takde duit kecik sebab dah buat beli air pagi tadi. Bagi locker besar, kene sediakan syiling ¥600.
Sekali aku dengar bunyi "kling..kling.." syiling jatuh..rupenye kat belakang tu ade mesin nak tukar duit kecik..hohoho..mantap!!
Lepas simpan beg, kami masuk balik ke track shinkansen..
Nak pegi mane pulak ni??Asyik dok naik shinkansen je budak bertuah ni.
Kita nak pergi Nara.
Nak ke Nara ni ada dua cara kalau dari Shin-Osaka.
1st: Shin Osaka --> Osaka Station --> Nara Station(naik train JR)
2nd: Shinkansen ke Kyoto Station-->Nara Station
1st: Shin Osaka --> Osaka Station --> Nara Station(naik train JR)
2nd: Shinkansen ke Kyoto Station-->Nara Station
Memandangkan aku dah duduk di Shin Osaka, jadi aku pilih route ke Kyoto Station naik shinkansen then ambil train ke Nara.
Dah sampai Kyoto Station, pun senang nak cari track untuk naik train., cuma follow signboard Uji & Nara. Kat sini aku cuma jeling je ke arah keluar Kyoto Station..
"Tak pe,Kyoto..4 hari lagi I datang sini cari u tau..hari ni I tumpang lalu je dulu."
Aku memang dah set date untuk datang Kyoto ni haro-hari terakhir pengembaraan aku.
Save the best for the last!
Save the best for the last!
Train ke Nara ni train ekspress sebab die tak berhenti di station kecik. Journey dari Kyoto Station->Nara Station mengambil masa 1jam10min.
Atas train dari Kyoto ke Nara, boleh tengok lagi dekat kawasan perumahan Kyoto.
Atas train nak ke Nara.
Nara
Nara kiranya salah satu must visit attraction place kalau ada di Kansai Area.
Kat sini adanya Nara Park yang sungguh besar yang menempatkan Temple, Shrine, Museum, taman yang cantik. Ianya dibuka pada tahun 1880 yang juga menempat lebih 1200 ekor rusa.
Kat sini adanya Nara Park yang sungguh besar yang menempatkan Temple, Shrine, Museum, taman yang cantik. Ianya dibuka pada tahun 1880 yang juga menempat lebih 1200 ekor rusa.
Turun dari station Nara, masuk kejap tourist information nak ambil map.
Hajat di hati nak sewa basikal, tapi bile aku tilik map, nak pergi kedai nak sewa basikal pun kene menapak jugak. So cancel je hajat tu.Lagipun aku fikir jugak, kalau nak naik tangga naik ke temple pung kene tingalkan basikal tu kat bawah jugak.
Tourist Information Centre depan Nara Station
Hajat di hati nak sewa basikal, tapi bile aku tilik map, nak pergi kedai nak sewa basikal pun kene menapak jugak. So cancel je hajat tu.Lagipun aku fikir jugak, kalau nak naik tangga naik ke temple pung kene tingalkan basikal tu kat bawah jugak.
Map Nara Park yang aku dapat di Tourist Information Centre.Korang tengok le sendiri Nara Park yang teramat besar.
Deretan kedai yang ada sepanjang jalan menuju ke Nara Park.
Tengok orang-orang dia naik macam-macam jenis basikal rasa nak bawak balik satu kat Malaysia. Tapi kalau naik basikal kat Malaysia kene bersaing dengan kereta. Diorang kat sini best le sebab persaingan dengan pejalan kaki.
Jalan menuju ke Nara Park.
Sepanjang jalan ke Nara Park aku asyik berhenti tengok decoration bangunan-bangunan ni. Tak macam kita, biasanya sepanjangan jalan dibina kedai teres, jadi design bangunan tu nampak boring sebab sama je. Tapi kat Jepun diorang bebas nak nak design bangunan asal nampak cantik dan kemas.
Dah sampai separuh jalan, aku berhenti masuk lagi Tourist Information Centre nak tanye kat mana kedai nak sewa basikal. Then die tunjuk jauh lagi kedainya yang mana aku kene ikut jalan lain seolah-olah kene patah balik. So aku buat keputusan berjalan kaki je. Lagipun basikal tak boleh bonceng, means aku kene sewa dua buah basikal jugak.
Lepas 1km berjalan, sampai jugak di Kofukuji Temple.
Nak naik temple ni pun kene daki anak tangga jugak..fuh!!Mengah!!
Nak naik temple ni pun kene daki anak tangga jugak..fuh!!Mengah!!
Tasik yang ada depan depan Kofukuji Temple.
The Southern Octagonal Hall
Five Storey Pagoda
The Eastern Golden Hall
Aku dah cerita kan dekat Miyajima ada banyak rusa yang berkeliaran. Di Nara Park ni laaaagii banyak banyak rusa.
Rusa ni binatang suci agama diorang, sebab tu diorang biarkan aje berkeliaran dan nasib baik dia jinak.
Kat sini pun ade gerai yang jual makanan untuk bagi rusa makan. Kemudian korang berpeluang le dekat dengan rusa sebab dah ada makanan. Kalau tak rusa memang tak pandang korang laa...
Macam aku dengan Nobita, sebab takde pegang makanan, memang rusa tak datang dekat pun.
Kesian pulak aku tengok rusa tu dok kacau budak-budak yang pegang makanan.
Tengok tu, orang dah bagi makan, die mintak lebih pulak.
Kesian famili ni, rusa tu asyik dok follow stroller baby tu je sebab die tau dalam beg tu ade makanan.hahaha
Seterusnya kami berjalan lagi nak menuju ke Todaiji Temple & Daibutsuden Hall melalui taman yang besar dipenuhi dengan rusa.
Dah sampai tengah-tengah taman menuju ke Nara Park ni, aku berdiri di bahagian belakang bangunan Nara International Museum, aku berkira-kira nak teruskan perjalanan ke Daibutdusen Hall dan seterusnya ke Nara Park.
Tempat yang aku berdiri sekarang ni tak masuk centre Nara Park lagi, cuma pintu depan je..
Aku tengok map, waahh..jauh lagi tu kalau jalan kaki..
Nara National Museum
Aku tengok map, waahh..jauh lagi tu kalau jalan kaki..
Tiba-tiba ada rusa berdiri belakang, tengah aim nak sondol buntut aku le tewww...
Tapi sebab aku takde pegang anything berunsur makanan, die tengok je..
"Oii rusa, kalau aku teruskan perjalanan ke depan agak-agak letih tak?"
"Mesti le letih dowh..lagi-lagi ko kan Doraemon, kaki pendek. Orang lain langkah besar, ko langkah kecik.."
rusa jawab.
rusa jawab.
Erk....
Akhirnya aku tinggalkan je rusa tu kat sini, Mesti die frust aku tak bagi die makanan padahal time tu aku baru nak bukak coklat sneakers.
Nobita!!Kita patah balik!!
Save the energy!!
Jalan balik ke Nara Station, lalu ikut restoran yang letak sample makanan depan kedai buatkan aku rasa lapar.
Waktu tu dah habis waktu lunch, tapi kami cuma makan coklat je..
Terliur aku tengok set makanan yang diorang letak depan kedai tu.
Akhirnya kami beli coffee BOSS di vending machine. Kat Nara le satu-satunya vending machine yang aku jumpa jual semua air Y100. Kat tempat lain kebanyakannya jual Y120-Y150 setin.

Dah,jom kita tinggalkan Nara. Ada lagi satu tempat yang kita perlu jejak dan nak pegi situ pun makan masa sejam lebih jugak.
Sebab itulah menguatkan alasan aku tak perlu ke Todaiji Temple walaupun sebenarnya aku boleh dikira rugi tak jejakkan kaki ke situ.
Tak pe la, dekat Kyoto ada banyak lagi temple.Lagipun, aku ni Islam, tak perlu ralat sangat tak pergi temple.
Kita nak ke mana pulak ni?
Kita akan ke Kobe, kawan-kawan..
Jom..pakai tali pinggang keselamatan.
Bersambung..

Hahaha... teringat nobita sebenar... markah exam tak pernah lulus ... asal masalah je... jerit ..."doremonnnn tolonglah saya".... hahaha....
ReplyDelete