Showing posts with label Travel-China-Beijing. Show all posts
Showing posts with label Travel-China-Beijing. Show all posts

Thursday, March 12, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 4 (Tiananmen Square - Forbidden City)


Hari ni bangun pagi-pagi, terus siap sedia untuk check out..Malam nanti kita nak naik train ke Xian pulak.

Tapi ape-apehal, perut isi dengan maggi dulu.

Aku lupa nak cerita pasal tiket train..

Sebelum datang sini, aku dah beli tiket train dengan www.chinahighlight.com melalui email..Nak beli tiket train pun macam-macam die mintak..dan salinan pasport yang paling penting..Dan yang paling best, die akan hantarkan terus ke hotel tempat kite menginap.

Masa hari pertama sampai hotel tu, aku dah suruh budak hostel tu call no agent tu untuk inform yang aku dah sampai hotel. Kemudian, semalam, balik dari silk market aku tanye kaunter, tiket tu dah sampai..Lega hati aku..

Sebelum keluar dari hotel, kami simpan dulu beg dalam stor hotel. Tengahari nanti baru angkut terus ke Beijing Railway station.

Dari Zhangzhizonglu St. kami terus ke Tiananmen East St seiiring dengan orang-orang die nak pergi kerja..

Ramai gile!!

Keluar je dari station bawah tanah kita akan nampak Dataran Tiananmen seberang jalan nunn. Aku dah start musykil..Ade merdeka celebration ke ni?Ade upacara berarak ke yang ramai-ramai ni?

Fuh!!gile ramai punye orang.

Sebelum ni aku cuma baca je blogger lain inform betapa ramainya rakyat marhain die..Kali ni bile dah depan mata, baru le aku rase tahap camane ramainya.

2 kali ganda dari Summer Palace!!

Aku berdiri di seberang jalan Dataran Tiananmen dok cari tang mana pintu masuknye sebab dataran tu keliling dengan pagar..

Pintu masuknya nunn jauh di sana..

Tapi, dari jauh aku nampak crowded dok berkerumun kat situ.

Semakin hampir, makin aku pening tengok orang die yang ramai.

Camne nak redah ni?

Masalahnye nak masuk kene scan bag dulu..sebab tu entrance tu tersumbat dengan orang die..

National Museum of China

 Nunn di seberang jalan sata, rakyat marhainnya tengah bersesak uuntuk scan bag masuk Tianannmen Square.

 Sesak!!Nak masuk ke taknak ni?

Jadi aku buat keputusan tak yah le masuk..bukannye ade ape, setakat dataran je..nak bergambar depan portrait Mou Zhedong pun kat pintu masuk ke Forbidden City..

Local people tak kira tua muda memang semangat nak masuk situ, maklumlah tempat tu memang jadi tempat bersejarah untuk diorang..semangat patriotik betul diorang ni.

Tiananmen Square ni pernah menjadi tempat perhimpunan paling ramai pada tahun 1989. Ia boleh dikatakan menjadi sejarah hitam untuk China jugak le..Aku malas nak kaji kenapa boleh jadi perhimpunan terbesar tu sebab aku tak berapa minat komunis, aku cuma minat cerita maharaja je.haha..

Sebab tu nak pergi mana-mana dalam China ni kene scan beg je..Naik subway kene scan beg..nak masuk Tiananmen Square lagi le ketat, risau orang bawak bom..

 Tiannanmen Gate. Potrait Mou Zhedong dari jauh.



Aku pergi dari situ untuk masuk ke Forbidden City.. Dengan harapan takde le sesak terlampau camni.

Tapi..

Tapi..

Tapi..

Remuk hati aku bile sampai pintu menuju bawah tanah untuk cross masuk ke Forbidden City.

Sumpek!!

3 kali ganda sumpek nye dari gate nak masuk Tiananmen tu..Hanya untuk scan beg je tau!!

"Camane  ni Eiza?Nak masuk terus ke nak hold dulu?"

"Kita masuk je laa...nampak macam takkan surut nih."

Kami turun tangga. Sekali dah turun, takde maknanye ko nak patah balik, Orang belakang dah start tolak ko..Bile dah berdiri di tengah-tengah kesesakan, bertabahlah.

Aku dah rasa macam buat tawaf kat Mekah dah..Aku dah tak perlu jalan, orang belakang tolong tolakkan.

Time ni aku kesian sangat dengan pak cik makcik yang dah tua..

Aku ingatkan ade le special lane untuk warga emas ke, untuk foreigner ke..Tapi takde..

Lastnye aku hulur monopod camera kecik aku tu ke atas sebab aku tak nampak sampai mana lane ni beratur..

Masa hulur ke atas tu, dengar la suara-suara jakun belakang aku..Bile turunkan, aku playback kat screen camera, sibuk jugaklaa orang belakang nak tengok!

Pastu aku dengar suara.."oooo..chong-cheng-chong-cheng."ape bende pun aku tak paham, tapi aku boleh agak diorang kata.."ooo..camera..bagus jugak ade bende ni kan....lorr..jauh lagi tu nak beraturr!!"

Siyes wa terasa seksa!!

 Laluan seberang jalan bawah tanah menuju ke Forbidden City.

Kan aku dah kate, sesak!!

Settle dari kesesakan tu, kami keluar dari terowong tu..

Fuh!!lega!!

Kita akan jumpa gate besar yang famous tu dulu sebelum masuk ke Forbidden City.

Terpampang besar gambar Mou Zhedong.

 Yang berdiri tu bukan patung, tapi askar hidup.

 Gate paling depan untuk masuk ke Forbidden City ini dinamakan Gate of Heavenly Peace. Portrait Mou Zhedong ni akan ditukar sekali setahun iaitu sebelum National Day ( 1 Oktober) dan akan dicuci setiap 1 May.

Melepasi gate gambar Mou Zhedong, baru  jumpe kaunter tiket masuk Forbidden City. Sekali lagi, aku kene berebut dengan tour guide yang bawak rombongan cik kiah..

Tour guide pun dah ramai, apetah lagi jemaah pelancong!

Meridian Gate. Pintu masuk utama ke Istana ni waktu zaman maharaja memerintah dulu.

Akhirnya dapat jugak aku masuk ke Forbidden City..

Ini le tempat yang aku nak sangat pergi.

Antara sebabnya, aku membesar dengan cerita cina. Mase kecik-kecik dulu, bukak tv ade le cerita cina perang..jadi view istana ni selalu muncul.

Dari kecik lagi aku memang mengamalkan konsep pandang ke timur bila nak tengok cerita drama or movie. Kalau cerita mat saleh, memang aku tak layan sangat..Jadi cerita Cina dengan Jepun memang jadi pilihan aku. Waktu tu drama korea belum masuk pasaran lagi..

Itu le salah satu faktor kenapa aku sampai ke Jepun dengan China dulu sebab ia mengingatkan aku zaman membesar. Korea aku letak tepi sebab kpop zaman aku dah bangka.

Bila masuk sini, aku terharu sendiri..

'Akhirnya sampai jugak aku kawasan ni..Ini le tempat askar-askar berkumpul..Ini le tempat maharaja bertitah'..Aku sendiri yang jadi tourist guide untuk diri sendiri..

Eiza?? Eiza no feeling.

haha...

Aku pun tak tau ape yang ade dalam fikiran Eiza..Tapi aku boleh rasa yang Forbidden City tu takde ape-ape bagi die..Sebab die tak minat cerita cina..Jadi, untuk orang macam die, tour guide amatlah diperlukan untuk memahami sejarah istana ni.

Aku ??

Aku bukak la buku Beijing yang aku ade ni..bukannya lonely planet pun, tapi cap ayam je la.

Dan juga, berkat aku dah pernah baca buku Empress Dowager Cixi : The Last Empress, jadi aku boleh tau serba sedikit ape yang ada dalam kompleks istana ni.

Menurut Orchid (Empress Cixi), die cerita yang untuk berkahwin dengan maharaja, banyak ujian yang die kene tempuhi dulu. Akhirnya hanya ada 7 calon wanita sahaja yang terpilih. Salah seorang daripadanya akan dijadikan Maharani iaitu officially isteri maharaja. Yang lainnya akan dijadikan gundik. Untuk gundik pulak, hanya 3 orang sahaja gundik yang dipilih sebagai gundik kelas atasan..yang lainnye gundik takde kerlass..

Hari perkahwinan maharaja, majlis perkahwinan hanya akan dibuat untuk maharaja dan maharani tu je. Bagi gundik 6 orang yang lain, umpama mereka berkahwin sorang-sorang. Dan hanya maharani je yang akan diarak masuk melalui pintu hadapan.

Gundik-gundik yang lain?Ade yang dibawa pintu belah kanan, pintu belah kiri dan jugak pintu belakang. Gundik-gundik ni akan dibawa terus ke kawasan istana masing-masing dalam kompleks Forbidden City tu. Dan seterusnya, gundik-gundik ni akan tunggu giliran kot-kot maharaja nak bermalam di istana mereka. Kalau maharaja tak datang sampai ke tua, nasib le ko.


Map Forbidden City

Okey, tadi cerita pasal gundik, belum cerita pasal Forbidden City ni.

Forbidden city ni digunakan sejak pemerintahan Disnasti Ming hingga berakhirnya pemerintahan sistem maharaja China iaitu dinasti Qing. Ia meliputi 180 acre tanah dan 980 buah bangunan!!

Bangunan-bangunan ni semua adalah termasuk hall perhimpunan rasmi, kediaman maharaja, kediaman maharani, kediaman gundik-gundik raja dan juga kediaman ex-gundik raja.

Setelah sistem pemerintahan maharaja hancur pada awal abad 19, istana ni pernah dibuka pada orang awam sebagai museum. Kemudian, waktu zaman Jepun memerintah China, barang-barang dalam istana banyak disembunyikan di Shanghai dan Nanjing. Hingga sekarang, banyak artifak sejarah belum dibawa balik ke dalam istana ni.

Aku pernah tengok dokumentari pasal Forbidden City ni. Pernah sekali diorang nak buat renovation sebuah hall dalam kompleks istana ni, tapi kalau nak buat revation bangunan sejarah ni bukannye kene terus demolished dan bina baru, tapi diorang kene 'kuis-kuis' pastu tampal sikit demi sikit.

Bile tiba part bumbung, diorang terjumpa sehelai peta lama yang disembunyikan dalam bumbung tu. Tak tau peta harta karun ke ape, tapi pengkaji maramalkan sebenarnya banyak lagi yang belum dijumpai dalam kompleks istana ni.

Istana ni besar gile!! Tapi nasib baik banyak area yang tak boleh masuk. Kalau tak memang boleh sesat la duduk dalam ni.

Dah, moh kita jalan-jalan..

Aku memang dah plan, bile dah masuk sini, keluar ikut pintu belakang je senang..Jadi, route aku cuma jalan terus melepasi antara satu gate ke satu gate.Tak payah nak belok kiri belok kanan.

Ni nama die Gate of Supreme Harmony.Nama-nama bangunan die banyak harmony, purity, peace, longevity..memang sedap-sedap nama diorang letak.


 Dataran tempat orang ramai berdiri ni nama die Court of Imperial Palace. Kat sini le pegawa-pegawai, rakyat marhain sujud menyembah maharaja bila ada ada acara rasmi.

Maharaja duduk kat atas nun (Hall of Supreme Harmony) antara binaan yang tertinggi di Beijing waktu pembinaan die dulu.. Nak naik ke atas, hanya Maharaja je layang naik ikut tangga tengah tu. Orang lain sila naik tangga kiri kanan tu ye.

Belah kanan Court of Imperial Palace ade bangunan camni mengelilingi dataran tu. Ia dinamakan Tower of Manifest Benevolence.

Hall of Preserving Harmony, tempat peperiksaan diraja dijalankan.


Ape bende tah nama hall ni, aku dah lupa.


 Tong tembaga ni tempat isi air jika berlaku kebakaran. Katanya musuh utama istana ialah api. Sebab tu banyak tong tembaga ni sekitar istana ni.

Kawasan belah kiri dan kanan Hall of Preserving Harmony. Tak boleh masuk. 

 Hall of Middle Harmony. Tempat maharaja bersiap sebelum mulanya acara rasmi.

Gate of Heavenly Purity. Mula dari sini akan masuk ke singgahsana maharaja dan gundik-gundiknya. 

  Gate menuju keluar..sebelum keluar akan jumpa garden dulu.

 Dalam kawasan garden.


 Sebelum keluar, pusing belakang dulu..bye Forbidden City!!


Dah melepasi Imperial Garden baru le akan gate belakang.

Tapi, dah sampai sini, ah sudahhh..mane pulak kite nak pergi ni.

Nak ke kiri, ke kanan ni?

Takkan nak tawaf belah luar Forbidden City pulak semata-mata pergi subway station?

Tibe-tibe aku nampak ade signboard dalam english..

Rupenye die dah ade inform cara nak naik public transport kalau dah sampai sini..Die kata, kalau nak pergi ke subway station, kene naik bas no 5 turun di Tiannamen West.

 Selepas keluar dari gate belakang, kene menyeberang tasik yang mengelilingi istana ni dulu.

Nak tunggu bas No.5, korang kene masuk jalan belah kanan, Jishan Street dan turun di Nanchang Street. Jangan jadi macam aku, jumpa Tiannamen Square dulu baru turun, sudahnye nak patah balik ke subway  station dekat 1km.

Akhirnye, dapat jugak le kami sampai hotel. Waktu tu belum masuk kol 12 tghari lagi..

Awal sangat le pulak..

Train kami jam 5.30 ptg, tapi takkan le nak pergi sekarang?

Tapi nak tak nak sebab dah galas mak tapir, terpaksa le aku terus ke Beijing West Railway Station.

Mase duduk dalam subway menghala ke sini, baru le aku nampak situasi rakyat china yang betul..Tang mana ciri-ciri rakyat China tu?

Aku tengok ramai gile orang dok bawak guni-guni junjung atas kepala..ade tu sorang bawak 4-5 kotak besar turun naik tangga..

Ini baru real China!!Selama ni dok tengok dalam gambar je kes orang-orang die  overloaded bawak barang. Kali ni depan mata aku nampak..Ade sekali tu masa aku atas bas, nampak sorang pakcik ni bawak motosikal sambil galas sofa 3 seats jenis rotan!

Selepas meredah kesesakan, akhirnya sampai jugak Beijing West Railway Station. Ade masa lebih kurang 4 jam lagi ni nak naik train..huh!!Lama lagi tu..

bersambung...

Sunday, March 8, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 3 (Beijing Olympic Stadium-Temple of Heaven-Silk Market)

Dah habis jelajah tembok china, kita ke stadium sarang burung pulak..

Dari bus stop Huairou, aku naik bas 916 Ekspress ke Dongzhimen St. Aku siap tertidur atas bas,sedar-sedar je bas dah keluar dari highway dan orang ramai start turun di setiap bus stop..

Sebab mamai, aku jadi blur kejap tengok orang ramai turun. Aku pandang Eiza, die tunjuk map nama-nama bus stop yang bas 916 akan berhenti. Satu bus stop ni ade logo subway, maknenye situ boleh le kalau nak transit ke subway.

Since kami nak pergi Beijing Olympic Stadium guna subway, aku buat keputusan turun kat bus stop tu bukannya last destination di Dongzhimen Bus Station. Konon nak jimat masa laa.

Turun je dari bus, kami dah lost..Sebabnya tak nampak logo subway di sekeliling kami..

Ah sudah!!Camane ni?Kita kat mana sebenarnye ni?
Kat bus stop tu ade map surrounding area, tapi semua tulisan cina!

Aku cuba fahamkan map tu, tapi tetap aku bodoh tak faham..
Lastnye aku tahan orang,tapi macam biasa la, mungkin  aku dianggap promoter jual air isotonik kot..semua larik!!

Hoi orang cina!!walaupun aku itam, tapi aku bukan bangla tau!!

Lastnye aku tahan sorang pompuan yang dressing die ala-ala bahagian customer service. Aku agak mungkin die tau speaking sikit-sikit kot..

Tapi hampeh!!Aku tanye subway station die tak tau. Aku sebut train pun die tak tau..Lastnye aku keluarkan hp, bukak dictionary tunjuk kat die..baru la die tau..

Die bagi isyarat straight, aku dah dapat faham. Tapi die tak puas hati jugak, heret aku pegi dekat map bus stop tu tunjuk arah mane nak pergi. Tapi masalah nye die chong-cheng-chong-cheng..mana aku nak faham..

Aku cakap "Ok!!Ok!!Here?Straight?"sambil tunjuk arah subway staion tu..

Die cakap "Tui!!Tui!!streght!!"Rupenye die lupe perkataan straight dalam omputeh!

Ko mampu??Kalau perkataan 'bus stop, station, straight, left, right' pun rakyat die tak tak tau, ini menandakan kalau korang nak travel kat negara tu, kamus jangan lupa..

Beza dengan Jepun..simple perkataan camtu diorang faham..tapi tidak di China..

Berpeluh aku nak tanye direction!!Jadi kesimpulannya anak murid, toksah le mandai turun kat bus stop yang bukan kawasan tumpuan tourist..Kalau dah kate turun kat last bus stop tu, ikut je la arahan.haha

Akhirnye sampai jugak di subway station.

Kali ni nak ke Beijing Olympic Stadium, kami turun di Olympic Green Station..

Keluar dari station nak ke stadium tu, akan nampak Xin'Ao Shopping Center dulu.

Makcik aku ade pesan, kalau nak shopping FM, ade satu kedai kat dalam ni  yang memang jual harga murah tak perlu nak tawar lagi..Die pun siap kirim lagi FM, tapi aku takde masa nak shopping..aku tengok je signboard shopping centre tu..

Nak menapak ke stadium pun jauh jugak..Masa ni le aku teringin sangat nak kasut yang ada roda kat tapak tu..siyes wa dah malas nak jalan, beb!!

Duduk posing depan stadium ni sini tak lama pun, ade le dekat 15 minit je..tapi perjalanan dari station nak ke depan stadium tu ade le dekat 30 minit berjalan kaki!

Xin'Ao Shopping Market.Korang akan jumpa kalau keluar dari subway station Beijing Olympic Park.

Pintu gate depan..Cuaca berkabus!!Sedih cheq.

Kalau malas nak jalan, boleh naik tuk tuk ni..tapi aku tak tau camane cara nak naik.haha

Beijing Olympic Stadium dari jauh..

Beijing Olympic Stadium ni dibina sejak 2003 lagi khas untuk Olympic 2008. Ia mengambil konsep dari sarang burung..Pembinaan pada tahun 2004 terhenti seketika disebabkan perubahan design. Dan pada March 2003, sebelum Olympic, ia berjaya disiapkan.

Banyak persediaan yang dibuat untuk menyambut Olympic termasuk la stadium ni. Selain tu jugak pihak kerajaan dia cuba melatih rakyatnya supaya tidak meludah merata-rata.Tapi hari ni, aku tengok ramai lagi yang tak boleh tinggalkan habit meludah tu.

Selain tu, bende yang paling aku ingat pasal stadium ni, ialah lecturer aku pernah cakap waktu tu permintaan terhadap bahan binaan besi tidak mencukupi bagi Malaysia sebab kebanyakan besi telah dibawa le China untuk pembinaan stadium. Mula-mula aku tak percaya, tapi bile tengok stadium ni ade logiknya..bukan stadium ni saje, banyak lagi building lain yang diorang kene bina untuk kegunaan olympic. So ade benarnye lecturer aku cakap tu. Tapi kalau die kelentong, padan le muka aku kene tipu hidup-hidup..

Depan stadium ni jugak ade sebuah lagi bangunan, National Aquatic Center. Design bangunan die pun unik jugak sebab ia guna konsep water cube..Aku suka tengok documentary pasal pembinaan bangunan ni..banyak proses yang diorang kene kaji sebelum berjaya bina ikut konsep water cube ni. Salah satunya sebab penggunaan elemen plastic kat lapisan paling luar yang boleh menjadikan faktor utama terjadinya kebakaran.

Tapi bila sampai, cuaca berkabus..tak nampak elemen water cube kat bangunan tu..Nak tunggu malam?memang tak la..camera aku tak canggih macam camera korang..

Bird Nest Stadium

Beijing Olympic Stadium


Selfie depan National Aquatic Center..Nampak tak orang die jakun gile kat belakang tu?
Meh nak cerita..sejak dari Summer Palace lagi aku perasan orang die jakun gile bile tengok orang guna monopod. Mula-mula aku ingatkan diorang jakun sebab sports cam aku yang kecik..Tapi bila aku guna monopod & hp aku, tetap diorang jakun!!Heran aku dibuatnya..Jakun yang aku cakap ni, bukan tahap macam orang M'sia yang tenung orang bile selfie monopod tau, tapi siap dok jenguk kat hp aku lagi..Tapi....best pun ade.hahaha

Dah siap berposing sakan, kami masuk balik subway station..Misi seterusnya ialah ke Silk Market..dah tiba masa nak shopping ole-ole sikit..Masa ni ni aku cakap dengan Eiza.

"Eiza, kite macam nak pegi ke Temple of Heaven la..since hari masih siang.." Mase tu jam menunjukkan hampir kol 4 ptg.

"Ikut Pja la..kite ikut je..Alang-alang dah sampai sini, cover je la sebanyak mungkin."

Aku dah tau Eiza akan follow je, tapi aku saje je nak tanye. Lagipun location Temple of Heaven dengan Silk Market ni dalam satu kawasan je. Tu sebab aku berani nak tambah plan.

Maka bergerak le kami ke Station Tiantangdongmen (Line 5).

Keluar je dari subway station..Aiyooo..hari sudah gelap daaa...

Aku dah konfius, kat sini matahari terbenam kol berapa?

Tengok jam, dah jam 5 ptg..Aduhhh...awal sangat senja..

Aku termenung dulu tengok gate entrance..Nak masuk ke taknak...

Eiza kate "Alang-alang dah sampai ni masuk je la Pja"

Dah beli tiket, tengok map menuju ke Temple of Heaven tu, Mak aihhh...jauh gile..

Menapak lagi la kami..

Jauh lagik!!


Sampai je depan gate yang menuju masuk ke Temple of Heaven tu...guard dah tutup pintu.

Sadiss betul aku rase..Seumpama rakyat marhain yang hina dina tak layak masuk ke dinner party maharaja, kami cuma tercongok je la snap dari luar pagar..Itupun cuma nampak menara die je..

Aku pasrah..

Temple of Heaven dari luar gate..Elok je aku sampai, depa dah tutup gate.huhu

Ku pandang dikau dari luar aje la..

Tapi sebenarnye aku rase ade yang lagi rugi..Ramai lagi tour agent yang gigih dok explain kat rombongan die pasal Temple of Heaven ni..

Kalau aku jadi ahli rombongan tu aku dah mintak duit refund dah..Yang ko bawak menjelang malam gulita ni apasal?Tu laa...asyik dok hadap kedai teh la..kedai cincin la...bazir masa kat situ je.

Maka, keluarlah kami dari kawasan kawasan tu dengan hampa..

Sedih noks, temple of heaven ni pun merupakan salah satu icon sejarah china jugak...tapi takpe la, lain kali aku datang lagi ye..

Seterusnya kami terus ke Silk Market yang mana kene turun di station Yong'Anli (Line 1).

Masa ni kaki aku dah sakit gile..iyolah, sebenarnye dari Beijing Olympic Stadium lagi aku takde can nak duduk untuk legakan kaki aku..Naik subway pun asyik penuh je..

Keluar dari subway, aku dah salah exit!!Kalau nak ke Silk Market kene amik Exit A1..

Ni aku nak pesan dengan korang..bile buat itinerary, tulis terus pintu exit mana nak keluar dari subway sebabnya jalan di Beijing a.k.a China lain macam die punye lebar..silap-silap korang kene cross jalan 10 lane..Kalau nak cross kebanyakannya guna underground walkway..

Jadi, kalau sape dah ade masalah sakit kaki macam aku ni, memang masak la hadap naik turun tangga jalan jauh semata-mata nak cross jalan.

Sebelum berangkat ke China, aku check dalam google maps memang takde pun icon pintu exit di setiap station..tapi sekarang ni dah ade..So, korang kene check betul-betul..Percayalah, google map sangat membantu dalam preparation itinerary.

Mane tadi??Nak masuk Silk Market kan?

Aku masuk Silk Market dalam keadaan stress menghadap tapak kakiku yang dah sakit. Siyes,aku rase nak je bukak kasut jalan dengan kaki ayam sebab aku dah tak selesa pakai kasut dah..

Jadi, hanya Eiza je la, mampu shopping dengan berperasaan. Aku dah takde perasaan dah..penjual tu dok maki aku sebab aku tawar harga murah pun aku mampu buat selenge lagi..

Silk market dari luar

Dalam silk market

Aku masuk kedai ni nak beli alas meja untuk mak aku..banyak jugak cadar..

Peniaga kat sini memang aku boleh kate kategori kuang ajar jugak la..Aku mintak harga tshirt kurang  RMB15, die halaunye aku..

Bile dah balik hotel, baru aku teringat yang RMB15 = RM7.50..mane ade tshirt rege tu cik oii...kira logik la harga RMB 20.haha.. Jadi, untuk Beijing aku cuma dapat 3 helai tshirt je..FM pun aku beli banyak terus tapi dah lupe berapa harga aku dapat di Silk Market ni.

Dan akhirnya selepas berhempas pulak aku menahan sakit kaki, akhirnya berjaya jugak aku sampai ke hotel..

Baru aku teringat!!

Rupenye hari ni sehari suntuk kami tak makan! Cuma sarapan maggi pagi tadi dengan makan buah berangan yang dibeli kat Great Wall je..

Ingatkan balik bilik aku nak telan maggi, tapi badan aku lebih memerlukan katil..

Jadi dah sampai hotel, lepas mandi dan solat, terus tidur..

zzzz.....

Esok kita nak ke Xian pulak!!

bersambung....

Tuesday, February 17, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 3 (The Great Wall Mutianyu)

Sambungan dari Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 2 [Niu Jie Mosque]

Hari ni masuk hari ke-3 kami di bumi China, tapi merupakan hari ke-2 kami mulakan pengembaraan.

Plan hari ni, kami akan ke Great Wall..Ini le highlight untuk China. Rata-rata yang sampai ke Beijing, akan jejakkan kaki ke Great Wall.

Ada 9 section tumpuan pelancong kalau nak tengok Great Wall.Tapi kalau yang suka adventure, boleh la hire orang kampung bawak pi great wall yang belum conserve. Time tu kalau terjumpa tulang-temulang manusia, korang boleh la claim dengan pakar arkeologi yang korang dah jumpa rangka buruh binaan yang mati mase buat great wall dulu.

Aku cakap ade 9 section kan? Tapi bagi typical pelancong Malaysia, cuma ada 3 lokasi je yang biasa orang pergi iaitu :-
  • Mutianyu 
  • Badaling
  • Juyonguan Pass

Map tembok china yang menunjukkan section part untuk kita melawat. Source from www.travelchinaguide.com

Biasanya ramai yang akan pilih Badaling dan Juyongguan Pass dan tapi pilihan aku kali ni ialah ke Mutianyu.

Sebab utama aku ke Mutianyu ialah ade slideway untuk turun dari tembok china yang mana kita kene ikut gelungsur. Tapi untuk mendaki, aku plan nak naik dengan cable car untuk elakkan sakit kaki.

Tengok!!Bila aku plan itinerary, perkara utama yang aku cuba elakkan ialah sakit kaki. Nak buat camane, doremon kan kaki pendek.

Pagi ni kami sarapan dulu dengan maggi..Aku nak isi perut dulu, kemudian nak melunaskan panggilan alam. Sebabnya aku takut kene sambut panggilan alam kat public toilet luar sana. Tak boleh bayangkan aku nak kene hadap toilet yang....erk..korang sambung la sendiri.

Jadi, kami takde le keluar hotel awal pagi sangat..agak-agak kol 8.30 pagi, kami keluar, cuaca masih lagi berkabus.

Nak pergi ke Mutianyu dengan bas, ada dua cara:-

1. Naik bas 916 (Ekspress from Dongzhimen to Huairou), tambang RMB13. Turun di bus stop Huairou North Street, kemudian chartered satu minivan direct to Greal Wall dengan harga RMB40-RMB50. Nak naik minivan ni boleh share dengan tourist lain. Kalau taknak naik minivan boleh naik bas H23 atau H24 atau 936 dan turun di station Mutianyuhuandou.Tapi...ade tapinye..nak tau, baca entry ni sampai habis.

2. Kalau tak nak naik bas rakyat, boleh naik bas pelancong no 867 yang akan direct to Mutianyuhuandou. Tapi bas ni akan depart pada jam 10 pg dan 12tghari je.

Kalau boleh aku nak pilih cara no 2 tu, tapi lepas aku baca beberapa review cara tu, kebanyakannya cakap tourist bas tu tak tepat timing die. Dulu katenye bas cuma ada jam 8.00am dan 10.00am je.Tapi sekali bas datang kol 10.00 am. Kesian kat tourist yang menunggu dari kol 7 pagi lagi.

Jadi untuk elakkan tunggu masa yang lama, aku pilih cara no 1 je la.

Dah sampai Dongzhimen Station, kene keluar ikut Exit B, cari Dongzhimen Transport Hub.
Dah keluar, dari Exit B, aku dah lost nak pegi mane..Yang aku nampak, dekat bus stop tu orang ramai beratur tepi jalan tunggu bas nak pergi keje. Aku pegi tengok kat signboard bus stop tu, ade state pasal bas no 916 Dongzhimen-Huairou, so aku masuk le lane untuk bas 916.

Kebetulan time tu ade couple mat saleh yang aku terserempak mase nak keluar hostel, so aku konfident yang ape aku buat ni betul.Rupenye couple tu dari Spain, diorang dah travel start dari Singapore then overland from Malaysia cross Thailand to China..

Berbual kejap dengan die, dan die pun same le ngan kami nak naik bas 916..
Dok menunggu, lambat pulak bas ni datang.

Mari kita berebut bas dengan warga Beijing nak pergi keje, Pakcik yang pegang bendera tu memang die jaga orang nak naik bas.Nak tanya die pun boleh, tapi macam ayam dengan itik le bercakap.

Sekali mamat lelaki tu cuit aku cakap yang maybe kite ni dah salah bus stop sebab kat sebelah kiri tu tu die tengok signboard bangunan Dongzhimen Bus Station. Sepatutnye kami naik bas 916 Ekspress, bukannya bas yang local nak pergi keje.

Maka berlarilah kami masuk bus station tu dan nampak lagi ade signboard bas 916. Jadi memang betul le tu tempatnya. Jadi, untuk korang yang nak naik bas ni, kene beringat yang tempat tunggu bas 916 ni indoor, bukannye tepi jalan.

Nasib baik la mamat tu sempat perasan, kalau tak tengahari le sampai sebab bas 916 (non-ekspress) tu mungkin berhenti setiap bus stop.haha..

Entrance nak masuk bus station ni. Keluar je Exit B, belah kiri akan nampak entrance 

Naik bas je penuh orang, tapi sempat la aku tido kejap. Nak menikmati keindahan pun berkabus..

Dah keluar dari highway, bas berhenti kat satu bus stop yang nama die Qingchun Road. Time ni ramai yang turun, aku ignore je dulu sebab aku tau bukan bus stop ni.

Sekali ade lelaki kat bawah naik bas suruh aku turun.

"Great Wall!!"Great Wall!"

Aku terpinga-pinga lagi sebab mamai..Pastu aku pandang mamat Spain tu, die ngeleng kepala kat aku..

Lelaki tu turun, pastu naik lagi 2-3 orang suruh aku turun ulang banyak kali  "Great Wall here!"

Kebetulan bas pun nak jalan, diorang punterpaksa turun..

Aku jenguk kat bawah ade jugak tourist foreigner kat bus stop tu, then banyak minivan parking tepi jalan dan driver-driver die pun dok cari penumpang.

So aku dapat agak yang kalau nak pergi Mutianyu Great Wall pun boleh turun kat situ, cuma aku tak pasti tambang minivan dari situ murah atau mahal.

Dah sampai bus stop Huairou North Street, kami turun sekali dengan couple Spain tu..

Turun je dari bus stop, kami macam kene kerumun dengan lalat. Aku dah start pening sebab driver-driver minivan dok paksa ambik dengan diorang..

Then awek Spain  tu cakap kat aku yang diorang nak tunggu bas H24 sebab ade sorang traveller kat hostel dah dah pesan kat die, just ignore driver minivan tu dan tunggu je bas H24 tu kat bus stop tu.

Aku no hal je, takde masalah..Lagi bagus sebab tambang naik bas cuma RMB2 je.

Tapi masalahnya, kat situ penuh dengan 'langau'.

Semua driver tu marah kami sebab taknak naik minivan diorang..Siap maki, pastu ngumpat sama-sama depa je..Chong cheng..chong cheng..ape yang dibebel pun aku tak tau.

Lantak korang laaa..bukannye aku paham ape korang cakap pun..

Tapi yang pasti, memang bising!! Aku pun dah naik rimas..

Cuma ade sorang abang ni je dok approach cara lembut dengan kami, takde berebut dan cakap pun tak kasar..

Dah dekat 10 minit, abang tu datang bawak buku ko english, tunjuk part bas H24 tu cuma ada jam 8.00 am & 9.00 am je. Next operation pulak waktu petang.Aku dengan awek spain tu jeling hujung mata je tengok buku tu..kami cuba ignore.

Aku cakap kat couple tu kalau 5 minit lagi bas tak datang, aku nak naik minivan je. Lagipun, kami ade tempat lain nak dituju tengahari nanti. Couple tu pun setuju..

Kemudian abang yang tadi tu cakap die boleh bagi tambang RMB30 sebuah van.

Kami pun ape lagi, naik je minivan dengan abang tu sebab die nampaknye sabar tunggu kami walaupun kami buat muka toya tak pandang die.

Bus stop seberang sane le kami turun. Asal ade bas 916 je, driver-driver tu akan datang kerumun bas.

Dah sampai kat Great Wall, abang driver tu turun temankan kami sampai ke tempat bayar tiket. Si couple Spain awal-awal lagi dah blah taknak bagi abang driver tu follow diorang.

Aku tak tau ape motif abang driver tu. Mula-mula aku ingat nanti die dapat komisen la kalau die bawak tourist masuk. Tapi aku tengok die sekadar tukang cakap kat budak kaunter je berapa tiket nak, pastu lepas kami bayar dan dapat tiket, die terus blah.

Jadi haruskah aku rasa bersalah sebab berprasangka buruk padanya?

Lantak laa...yang penting dapat masuk Great Wall.

Mase aku nak buat decisions nak beli tiket tu, memang abang tu macam konfident je kami akan amik cable car.

Pastu aku cakap "No!!I want this "sambil tunjuk slideway.

Pastu die tunjuk yang aku kene naik cable car yang jenis kaki tergantung kalau nak amik slideway.

Plan aku asalnya nak naik cable car jenis gondola ke tembok paling atas, kemudian jalan kaki turun ke bawah sampai kat gelunsur tu then slide ke bawah..Sebenarnye takde masalah pun aku nak beli buat camtu, tapi harga akan jadi mahal le.

Kemudian aku tengok muka Eiza, die macam konfius sebab banyak sangat transport nak jelajah Great Wall ni. So aku terangkan kat die..Gini..gini...gini...

Tapi aku perasan, memang wajah die berubah menunjukkan "Taknak!" bile part cable car kaki tergantung tu.haha..sebenarnye aku pun gerun naik cable car jenis tu.

Jadi aku tau le yang pilihan kami ialah naik dan turun dengan gondola.

Fee yang aku bayar ialah RMB135sorang (RMB45-Ticket, RMB 10-Shuttle bas, RMB 80-Cable Car).

 Yang biru atas tu tiket shuttle bus, tengah tu ticket cable car, bawah  tu tiket Great Wall yang boleh buat poskad. Tapi aku lupe nak pos.

 Jalan kaki menuju ke shuttle bus.

Map Mutianyu,. Cable car akan bawak terus ke tower 14. Lepas tu pilih la nak pegi mane.

Maka berjalan lah kami ke shuttle bas sebab nak naik ke main entrance die pun jauh gile. Nak tak nak kene amik shuttle bus jugak. Biase le, bila site 7 wonder of the world ni, memang kene kurangkan tahap pencemaran alam, nanti reput pulak binaan tuh.*Aku balun je ni, jangan percaya bulat-bulat.

Time jugak kami dah terbeli buah berangan RMB30. Aku tak tau le harga tu kelentong ke tidak, kami tapi main bayar je..

Bile kire-kire balik, kire logik la, beli buah berangan kat jusco yang sikit tu pun dah 10inggit. Yang aku beli ni buah die sedap dan fresh, boleh balun makan sampai 3 hari menunjukkan memang banyak banyak buah tu.


Atas shuttle bus.

1/3 dari bukit yang kene daki dari tempat shuttle bus berhenti.

Gondola sudah datang.

Gondola sudah naik.

Tembok China dari jauh

Turun je dari shuttle bus, aku mengeluh lagi tengok bukit yang kene menapak sebelum jumpa cable car.

Akhirnya, dapat jejakan kaki atas Great Wall..ramai gile orang berkumpul. Dengan Travel Agent dok bagi penerangan kat ahli jemaah,

Loh..belum sampai atas tembok china lagi? Jenuh aku bercerita baru sampai kat sini..

Dah keluar gondola, ada dataran sebelum naik naik ke tembok. Kat sini ramai gile orang dok berehat dan kebanyakkannya TA dok bagi taklimat kat ahli jemaah die..Die cerita pasal sejarah tembok china le tewww....

Lain..lai..mari sini saya nak bercerita..

View tembok china dari dataran..Kabus!!

Jadi, sebab aku pun TA pada korang, moh le aku cerita sikit pasal sejarah die sikit-sikit..

Dalam entry awal aku ade cerita kan pasal pemerintatahn dinasti maharaja china dah bermula awal 2000BC lagi. Antara tahun 2000BC hingga ke 221BC, maharaja-maharaja yang memerintah china dah start buat tembok china ni sebagai alat pertahanan diorang. Kemudian, pada 221BC, Maharaja Shih Huang Ti dah menguasai tanah-tanah kawasan sekitar dan meggabungkan kawasan pentadbirannya. Dalam tempoh ni, dia arahkan kerja-kerja membina tembok china digiatkan. Ini menjadikan dia le sebagai pelopor dalam pembinaan tembok china sebab di bawah pemerintahannya, tembok china dibuat secara besar-besaran.

Shih Huang Ti ni memang antara maharaja yang paling berkuasa, bijak, dan paling legend dalam sejarah China. Dia le maharaja yang berjaya menyatukan kawasan penjajahan yang pada waktu tu dalam keadaan berselerak.

Antara kerja-kerja gila yang maharaja ni buat ialah membina kompleks kubur dia sendiri yang mana sekarang dikenali sebagai Terracota Horse & Warrior  Museum. (Benda ni nanti akan aku cerita bila dah sampai Xian).

Selain dari tu, maharaja ni jugak telah menanam hidup-hidup ahli falsafah Confucius dan juga membakar buku-buku mereka. 

Atas tu kawasan pentadbiran sebelum penguasaan Shih Huang Ti.Bawah pulak kawasan penguasaan Shih Huang Ti atau dikenali sebagai Dinasti Qin. Kawasan tembok China yang dibina waktu pemerintahannya adalah bahagian atas je, untuk mengelakkan serangan dari orang Mongolia. Kemudian, bila dah masuk pemerintahan maharaja dinasti lain hingga kurun ke 15, pembinaan tembok china dibuat sebagai menyambung tradisi pemerintahan maharaja sebelumnya. Sebab tu kalau nak cari peta tembok china yang exactly sama amat susah sebab pembinaannya berselerak.

Jadi moh le kite naik tangga yang menuju ke atas tembok tu. Kecik je pintu muat untuk sorang je kalau orang tu style merangkak naik tangga.

Dah sampai atas tembok je aku dah ade sikit mengah, belum jelajah antara tembok china yang panjang tu. Skala anak tangga tu untuk saiz gergasi kot..tinggi lain macam.

Dah sampai atas tu, aku amik jalan ke kanan sebab view belah kiri tak nampak apa. Berkabus!!

Ni yang buat frust ni,datang jauh-jauh kene tutup dengan kabus.



Tower.

Menurun
Turun lagik


Dalam tower
 Tembok China dari dalam tower.
Menurun..

Nak turun tangga ni memang curam..Nampak je macam tangga biasa, tapi seriau jugak le aku.


Dah lepas 2 buah tower dan dapat view cantik, kami duduk menikmati alam, posing dengan penuh gaya cik kiah.

Nyonya, amoi yang lalu lalang pun kami buat tak nampak je..

Ade sekali tu, baru je aku nak posing ala Fazura, ade orang pegang bahu aku, kemas pulak tu.
Terkejut aku dibuatnye sebab si Eiza kat depan aku tukang amik gambar, jadi sape pulak yang kenal aku kat sini?

Rupenye nyonya ni dah mengah sangat mendaki, bile die rasa nak tumbang, aku yang paling dekat dengan die, tu yang die berpaut pada aku je..

Pastu aku tengok geng die yang taraf nyonya pun sama, satu geng dah mengah!

Kemudian, straight je die jalan, takde say excuse me, sorry or angkat tangan pun kat aku.

Okey, aku paham semua tak cukup oksigen nak nak bercakap...

Then aku sambung posing..

Menurun...aku dah tak mau nak turun lagi dah sebab pikir nak patah balik pergi kat cable car kene mendaki pulak.

Jadi, moh le kite berehat



 Tembok China lagik..
Aku dan tembok China

Ada meriam..Fungsinya?Mestilah untuk serang orang..

Lagi..Tembok China

Melihat mereka mendaki..gigih!!Aku jugak la yang kebal nafsu nak mendaki.

Lepas tu kami berehat. Penat cik kiah berposing Semah..

Waktu tu,dari jauh aku tengok macam kelibat yang aku kenal..makin dekat ,aku dah cam..

Rupenye couple Spain tadi..Si mamat kat depan, si minah kat belakang..

Diorang tinggal one piece dah,jacket dah bukak, peluh dah berjurai..

Cepat betul diorang mendaki!!

Aku tanye "where you come from?"

Sambil kekurangan oksigen die jawab "From tower 4!"

Dengg!!Umpama peluh die terpercik kat muka aku..Malu siot..Gigih betul diorang mendaki.
Yang kami ni cuma dok cari port nak posing pun dah penat, apetah lagi nak mendaki..

Dah!Eiza!Jom kite kite beransur ke tower 14 balik..Tercabar ni!!

Dah sampai ke pintu exit nak turun ke cable car, aku pandang ke hadapan..Ada view cantik lagi..
Mase mula sampai, kabus tebal sangat, sekarang kabus dah kurang aku nak pi ambik gambar lagi..

Tapi..

Tapi...

Tapi...

Pandangan aku rosak..

Ramai orang dok berehat kat area situ..

Mereka berehat..tapi...

Tapi diorang buat shooting bikini.

OMG!!haruskan aku rasa beruntung?Tidak sekali.Menyemak ade la..

Ko dah kenapa time sejuk ni nak promote bikini?

Ramai amoi-amoi yang pakai bikni, pastu cuma tutup dengan winter jacket je. Bile nak posing, taraaa!!Die bukak jacket tu..

Sia-sia aku posing ala Fazura tadi!!

Ramai gile..dari tempat aku berdiri sampai ke bawah.Tu semua geng die.Dari belakang tengok bertutup, dari depan, taraaa!!

Tempat yang diorang nak posing tu dekat dengan main entrance/exit dari dataran tadi. Means orang dari dataran akan mendaki naik tangga. Then, ade sorang abang tengah mendaki tangga tu, elok pulak si amoi tu buat taraaaa bukak jacket, abang tu baru nak mendongak amik oksigen. Terjegil bijik mata die sambil terpinga-pinga..Aku tak tau perasaan abang tu bersyukur ke tidak dapat free show. Tapi yang pasti muka die blurr tengok amoi tu.

Dah!!Dah!!

Jom kita turun. Rosak mata dok tengok pompuan seksi pakai bikini.

Masa nak turun tu, di bahagian bawah tembok ade satu laluan, dan ramai berjalan dari arah situ. Aku tak tau ade apa kalau ikut arah situ, so aku cuma pose-pose manja kat depan tu je..


Makcik letih mendaki..

Seterusnya kami naik balik cable car ke bawah..

Dah sampai ke bawah, tempat entrance mula-mula masuk tadi, kami dok berkira nak tunggu bas ataupun nak hire minivan lagi. Alih-alih datang abang driver yang hantar kami pagi tadi.Rupanya die dok cari orang jugak. Malas nak pikir panjang, kami naik minivan die je. Tapi kali ni tak boleh tambang RMB30 dah, die letak RMB40 jugak. Takpe la, aku dok pikir die pun cari rezeki jugak, so aku accept je la..

Dah sampai bus stop Huairou, die suruh lintas jalan tunggu bas 916 balik..

Next destination, Beijing Olympic Stadium.

Bersambung..