Monday, April 7, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 6 [Part 1] ; Kyoto [Kinkakuji]

Sambungan dari Day 5 [Part 2] ; Tokyo [Asakusa & Harajuku]

Hari ni kami keluar hotel jam 6.30 pagi, terus check out..Walaupun galas mak tapir di belakang, kami pilih nak berjalan kaki je ke Shin Osaka dari naik train sebab sakit kaki dah hilang.

Destinasi kami pagi tu ke Kyoto.

Dari Shin-Osaka naik shinkansen ke Kyoto Station yang cuma 15 minit perjalanan. 

Dalam masa yang singkat atas shinkansen ni kami isi perut dengan coffee starbucks & sisa-sisa biskut yang tinggal.

Sebenarnya aku tak sedar ini le kali terakhir aku naik shinkansen dalam trip ni..

Dalam itinerary, aku plan keesokan hari nak ke Maibara sebab nak pergi ke Hikone Castle naik shinkansen.

Tapi sebab situasi di Kyoto buatkan aku tukar plan untuk habiskan masa 2 hari di Kyoto.

Masa atas shinkansen ke Kyoto ni, dari jauh aku tengok bukit-bukau warna putih.

"Apasal warna putih pulak? Patutnya warna hitam le sebab warna ranting kayu,sekarang kan winter mana ada daun..Kecuali la kalau salji.."

"Tak mungkin la salji..."Nobita jawab.

Tapi semakin dekat menghala ke Kyoto, aku makin tengok atas tanah dah penuh warna putih..bumbung rumah, ladang, semuanya dah warna putih..

"Komfirm!!Salji turun!!!"

Ape lagi, melompat exited kami kat atas train..

Tak sangka, boleh jumpa salji di Kyoto..

Hati aku menangis terharu kegembiraan..

cewahhhh..

Aku memang simpan Kyoto di lokasi terakhir sepanjang pengembaraan di Jepun sebabkan Kyoto special..heart of Japan. 

Kalau datang Jepun, tapi tak sampai Kyoto kiranya tak cukup la kunjungan korang ke Jepun.

Sekali bila aku sampai Kyoto, salji turun..

Ini le rewards untuk kami yang mana sepanjang pengembaraan ni asyik dok sakit kaki je..

Dari jauh,aku cuma nampak bukit tu ade kaler putih je..bila dah dekat dengan Kyoto,baru le jumpa ladang & rumah orang yang dah penuh salji.

Walaupun aku baru jumpa salji 3 hari lepas di Hakone, tapi di Kyoto ni tak sama.

Sebab di Hakone salji dah berhenti turun.

Tapi di Kyoto, waktu langkah pertama keluar dari shinkansen, salji turun atas kepala aku..

Ini le first time aku rasa salji.

Oh My!!!

Terharu gile rasa umpama baru lepas dilamar Keith Foo..

Sampaikan aku lupa nak wish sayonara kat shinkansen yang mana itulah kali terakhir aku naik die..

Bye shinkansen..walaupun aku datang Jepun next time, belum tentu lagi aku naik kamu..Sampai jumpa lagi sayang...

Okey, dah sampai Kyoto Station ni mana kita nak pergi? Aku lost sekejap sebab exited jumpa salji, berjalan ntah ke mana-mana sampai la jumpa kawasan bus ekspress. Sepatutnya aku kena cari area bus bandar.

So aku tanye pakcik kat information centre tu, die siap bagi floor plan Kyoto Station lagik sebab tau masalah nak communicate dengan foreigner.

Rupanya untuk naik bas bandar, side belah sana.

Patutnya aku keluar shinkansen ke kanan, tapi sebab exited nak tengok salji, tu yang berjalan sampai tak sedar ke sebelah lain.

First destination kami nak ke hostel dulu sebab nak letak mak tapir ni. 

Tapi sebelum tu aku nak beli Kyoto Day Bus Pass. Nak beli pass guna machine pun boleh, nak beli dengan driver bas pun boleh . 

Tapi sebab first time, aku beli dekat kaunter yang ada dekat dengan bus station tu untuk dapatkan bus map.

Kyoto Bus Pass ni boleh dibeli dengan harga ¥500.

Bas di Kyoto ni die pakai harga tetap.Sekali naik kene bayar ¥220, jadi kalau 3 kali naik dan ¥660. 

Jadi sebabkan itinerary hari ni memang banyak guna bas, so better aku beli day pass ni.

Masuk ikut pintu belakang, keluar pintu depan.Itulah cara nak naik bas di Jepun ni.

Kali pertama gunakan day pass ni perlu masukan dalam machine sebelah driver untuk cetak tarikh hari ni. Bagi destinasi seterusnya, cuma perlu tunjuk belakang pass tu kat driver.

Nak naik bas ke sekitar bandar Kyoto kene tunggu bas kat sini. Kalau keluar station,nampak Kyoto Tower ni, itulah tempatnya.

Tiket bus one day pass

Di Kyoto ni, kami book ryokan Haruya Aqua Hostel. Saje nak bagi tambah feeling duduk kat bandar lama Kyoto, sebab tu aku pilih duduk ryokan.

Nak ke sini, cuma follow direction yang dia bagi, memang senang je. Turun bus stop yang ke 3,jalan ke hostel. 

Laluan nak ke Hostel Haruya Aqua ni kalau ikutkan dekat je kalau turun dari bus stop. Tapi sebab aku salah pusing, berjalan jauh sampai ke belakang dan sebuah taman yang yang pokoknya disimbahi dengan salji ni. 



Apa lagik, dengan mak tapir kat belakang, gigih keluarkan camera nak bergambar.

Kebetulan masa kami baru sampai di hostel, budak receptionist dia pun baru nak masuk kerja. 

Kiranya bernasib baik la kami sebab kalau nak masuk hostel ni ade password since kunci maindoor die belum bukak lagi awal pagi.

Sementara nak tunggu budak tu setup segala urusan untuk check in, kami sarapan je dulu.

Sambil sarapan, kami disscuss..
"Esok kite tak payah pergi Hikone le kan..dah jumpa snow kat Kyoto ni dah cukup puas dah ni.." Aku bagi cadangan.
"Aku ikut mu je." Nobita jawab.

Itu le Nobita, follower tegar. Kalau aku terjun longkang pun die follow jugak agaknya.

Akhirnya aku buat keputusan untuk habiskan masa dua hari full day di Kyoto. 

So boleh la lengah-lengahkan masa & tak perlu terkejar-kejar macam apa yang kami buat sebelum ni.
Depan hostel..aku dah feeling Oshin dah mase sampai sini.
Duduk di ryokan ni, feeling ala-ala wanita Jepun di zaman Jepun. Kenapa?Boleh baca review aku pasal hotel ni kat entry ni.

Dah dekat 10.30 pagi lepas segala urusan check in selesai, kami keluar hostel dan terus ke bus stop.

First destination kami di Kyoto ialah Kinkakuji Temple.

Masa beli tiket one day buss pass tu, korang akan dapat city bus map untuk ke tempat highlight attraction sekitar dalam Kyoto.

Aku malas nak cerita panjang pasal naik bas  dalam Kyoto sebab nak baca map tu untuk naik bas, terlalu senang kalau korang takde masalah rabun warna. Sebabnya setiap laluan no bas tu akan dibezakan dengan jenis warna yang berlainan.

Naik je bas, ramainya orang..ada tu siap bawak alatan nak pegi ski lagi.

Tadi masa borak-budak dengan budak receptionist hostel, die bagitau yang harini adalah first snow yang turun kat Kyoto untuk season kali ni. Dan orang Kyoto memang menunggu salji pertama turun untuk winter kali ni. Jadi nampak tak betapa bertuahnya kami hari tu.

Rupanya rama-ramai dalam bas tu pakat nak turun kat Kinkakuji temple daa...kat atas bas pun dah ramai, kat temple tu mesti la lagi ramai,dok..

Sebab semua pakat nak tengok temple tu yang disimbahi salji, mesti cantik!!

Kinkakuji Temple

Kinkakuji Temple ni terkenal sebab binaan die yang berwarna gold dan ia merupakan salah satu Zen buddhist temple di Kyoto. 

Umum pun tahu yang Kyoto ni memang pusat bagi temple dan shrine di seluruh Jepun.
Jadi, antara faktor orang-orang seluruh Jepun ni datang ke Kyoto adalah untuk ke temple le.Sebab tu kalau hari cuti, temple dan shrine akan penuh dengan orang dia.

Masuk kawasan Kinkakujin akan jumpa walkpath Yang kiri kanannya pokok yang telah disimbahi salji.
Salji...puas gile aku dapat pegang salji kat sini. Kat Hakone aku tak sempat pegang sebab terlalu sejuk sangat, tak sempat feel.
Jalan lagi..
Muka depan..tak jumpa temple lagi..Ini mungkin bangunan tok sami die.
Lagi...
Whoaahh..happy gile dapat jumpa salji kat sini. Belum masuk tengok bangunan die lagi dah exited..Tapi kegembiraan aku cacat..Bile balik, tengok semua gambar yang ambik dengan DSLR jadi biru. Yang cantik cuma gambar snap guna hp je..huhu
Tourist berebut nak ambik gambar Kinkakuji. Aku belum tempek lagi Kinkakuji..sila scroll bawah..


Aku ade cerita dalam entry Miyajima perbezaan shrine dan temple..Jadi kat sini cikgu dah tak nak cerita dah.korang belek la sendiri.

Nak masuk ke temple ni kene bayar ¥400.

Tanah ni telah dibeli  pada tahun 1397 oleh Shogun Yoshimitsu dan selepas dia mati, baru lah diubah kepada temple. 

Temple ni dah pernah terbakar satu masa dulu dah telah dibina semula.

Kinkakuji antara salah satu bangunan dari 17 tempat di Kyoto yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage dan temple ni antara yang paling femes di Kyoto selain Ginkakuji Temple.

Gile kan??

Kalau korang tak nampak lagi tang mana yang gila,meh aku cerita lagi.

Di Kyoto sahaja ada 17 lokasi yang tersenarai dalam UNESCO site, tapi di Malaysia cuma ada 5 lokasi je iaitu Melaka,Penang(dalam kategori cultural & historic), Gua Miri & Kinabalu Park (dalam kategori natural) dan Lembah Lenggong (Archaeology).

Untuk dapatkan pengiktirafan UNESCO ni teramatlah susah. Banyak kriteria dan syarat yang ketat sebelum diiktiraf sebagai tapak UNESCO..

Contohnya Melaka tu sebenarnya kita fight untuk letak dalam kategori history, tapi tak cukup syarat, so dikategorikan dalam cultural..

Bukannya aku nak bezakan UNESCO site antara Jepun dan Malaysia, tapi bila aku dengar Kyoto je ada 17 site, aku kagum gila sebab camane rakyat dia boleh jaga monumen bersejarah tu dari zaman shogun hingga ke zaman modern ni. 

Kalau setakat nak mantain sebuah bangunan je mungkin senang, tapi setiap bangunan tu disokong dengan zen dan juga taman-taman yang synchronise dengan alam semulajadinya.

Mungkin zaman modern ni kita boleh cakap dengan banyak pertubuhan NGO serta agensi badan bersejarah yang pantau tempat tu, jadi senang nak maintain. 

Tapi kalau zaman abad 17 hingga abad ke 19 camane? Zaman tu dunia sibuk berperang..Jadi, maintainance kawasan bersejarah ni mesti le golongan raja dan orang tempatan je jaga.

Ini menunjukkan kan peradaban Jepun sebenarnya dah mula maju sebab diorang dah ada hala tuju untuk kekalkan monumen-monumen tu.

Dah..gila tak?Kalau tak cukup gila lagi, korang tengok le sendiri Kinkakuji Temple yang dilitupi salji ni..


Kinkakuji 1
Kinkakuji 2
Kinkakuji 3
Kinkakuji 4
Kinkakuji 5
Kinkakuji 6
Kinkakuji 7

Amacam??Gila tak??

Kalau korang tak gila jugak, takpe la...Nak buat camane.

Aku terima hakikat yang aku sorang je yang gila.

Dah...aku nak sambung gile aku kat Kyoto ni..jom kite keluar...Tapi nak kene keliling garden die dulu..Garden yang ada dalam Kinkakuji ni kecik je kalau nak dibandingkan dengan temple terkenal yang lain...

Habis pusing keliling zen dalam temple ni, halatuju kami seterusnya antara dua..

Sama ada naik bas ke Ginkakuji Temple ataupun nak jalan kaki ke Ryoanji Temple.

Jom....

bersambung..



3 comments:

  1. Ok.... fine .. glerz best oooo...
    baloi lh jln sakit2 kaki ... dpt jumpa selepuk salji mcm tu...

    Hihihi

    ReplyDelete
  2. Tengok gambo pun nmpk dh fefeeling oshin.... waaaaahhh

    ReplyDelete
  3. bace entri2 awk pasal pengembaraan jepon ni pon, dah buat sy senyum sorang2...mmg lawak penceritaan awk psl nobita, terima kasih kerana berkongsi info...mmg byk bg idea dan inspirasi kpd sy yang nak ke jepon tak lama lagi...

    ReplyDelete