Thursday, April 10, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 7 [Part 1] ; Kyoto [Kiyomizudera]


Hari last!!! 

Malam ni kita dah nak balik Malaysia..Rindukan nasi lemak..Rindukan teh tarik..Rindukan mee hoon goreng...

Tapi sebelum tu kita kene habiskan sisa pengembaraan ni.

Jam 4 pagi lagi aku tersedar dari tidur sebab adik aku kat sebelah dok bebel sorang-sorang sebab die tak boleh tidur..Die tak boleh tidur sebab sejuk, tapi die marahkan sape aku pun tau..

Aku terus bangun lepas dengar die dok merapu sorang-sorang..Kang kalau tak bangun lagi panas pulak die tengok aku boleh tidur nyenyak..

Lagipun aku perlu packing beg untuk balik malam ni. Barang aku berterabur jugak le dengan hasil rampasan starbucks,HRC dan rampasan di shinkyogoku aku tak kemas lagi.

Tapi sebab sejuk gile macam duduk kat kutub, aku main sumbat je semua barang, tak mampu aku nak susun semua tu elok-elok..

Masuk toilet nak menyahut panggilan alam pun terbantut. Nak pakai bedak,aku diri sebelah sinki. Kejap-kejap aku cuci tangan dengan air panas.Takde maknanye aku nak pulas paip separuh air sejuk,separuh air panas..Aku guna paip air panas terus.Gile punye sejuk pagi tu..

Kami dah siap-siap pakai baju & tudung, time tu hampir jam 5.30 pagi. Kesian pulak aku tengok adik aku muka monyok sebab tak cukup tido. Die langsung tak boleh tido malam tadi sebab dok menahan sejuk..

So aku cakap kat dia sambung tidur la dulu,kita keluar lambat.

Lagipun plan hari ni tak jadi nak ke Hikone/Maibara sebab dah jumpa snow kat Kyoto ni aku rasa dah cukup puas dah.

Jadi umpama dapat ubat tidur, Nobita terus tidur sampai jam 9 pagi.

Tapi aku yerkebil-kebil tak boleh tidur!!

Aku pulak yang stress camni..buang masa aku pulak..

Jadi time Nobita tidur nyenyak, aku amik masa explore hostel tu..masuk library die, masuk dapur die...cuba main bukak tutup pintu ala-ala wanita terakhir Jepun..

Akhirnya aku masuk kat ruang tamu, duduk kat meja yang ada heater. Golek-golek separuh badan aku kat bawah meja heater tu, baru le badan aku dapat mencapai tahap suhu badan normal.. Kalau tak hampir beku aku dibuatnya dok main keluar masuk hotel tu..

Dah dekat jam 9 pagi, aku pun kejutkan adik sebab dah lambat nak mulakan misi menawan Kyoto hari terakhir ni.

Dah checkout dan nak keluar dari hotel tu, budak receptionist tu banyak kali tunduk hormat kat kami macam dok rukuk..Serba salah pulak aku bile die tunduk banyak kali.

Hospitality kat sini memang puas hati..tapi tu le, spoil sebab sejuk tahap gila babi...Aku tak reti nak describe camane tahap sejuk tu..Tapi aku memang derita gile aku pagi tu.

Takpe la, nanti autumn aku datang lagi ye dokk..*perghh..buat plan biar umpama banyak duit. Biarpun makan nak kene catu..
 Pintu yang ada basikal tu nak masuk ke main living hall dan ade library serta bilik-bilik lain..
 Yang belah kanan tu le bilik aku tidur malam tidur.

Lepas checkout, angkutlah lagi mak tapir kami naik bas ke Kyoto Station.

Sebelum tu aku mintak budak receptionist tu tulis note untuk kami bagi kat driver bus yang kami nak Day Bus Pass 2 orang. Jadi sebelum turun,aku tunjuk note tu kat driver....

Taraaa..Dah dapat tiket...settle masalah.

Dah sampai Kyoto Station, kami letak beg dalam locker dulu..tapi locker saiz besar banyak yang penuh..Nasib baik betul-betul ada satu je locker besar yang kosong..

Selepas letak beg dalam locker kami naik tunggu bas lagi untuk ke Kiyomizudera dengan bas no 100.

Ramai gile tourist yang naik bas ni, so takyah risau le mana nak turun. Kat mane bus stop yang crowded tu turun, ikut je le..

Turun bas, nak ke Kiyomizudera kene jalan kaki naik bukit. 

Sepanjang jalan ke Kiyomizudera ni ade banyak kedai yang jual souvenir, tapi kami silap naik ikut jalan belakang Higashiyama Street yamana jala tu ialah main street nak ke Kiyomizudera.

So ape la yang kami nampak?

View biasa je pun..sebab bukannya kedai-kedai tumpuan tourist.

Kedai yang ada di jalan belakang Higashiyama street.

Terpongeh mendakli, akhirnya sampai jugak Kiyomizudera..

Fuh mengah!!!

Kite rehat le kat depan kejap sebelum masuk Kiyomizudera. 

Kat depan ni pun ramai minah-minah yang pakai kimono dok bergambar kat depan ni. Layan je le anak mata ni tengok diorang. Padahal kebanyakan diorang ni pelancong China / Korea yang sewa kimono Untuk jalan-jalan di Kyoto. 

Agak-agak kalau aku sewa kimono pakai jalan-jalan kat sini mesti ramai berebut nak bergambar dengan aku. Sebab aku mata bulat,hangpa mata sepet..haha

Aku pun dah lupa nama bende ni. Bile dah jumpa bende ni menandakan kita dah sampai Kyomizudera.
Awek-awek yang pakai kimono..tapi masalah jugak kalau pakai kimono ni sebab jalan kene kepit. Sape yang jalan kangkang tu lagi masalah le..

Dah puas berlegar-legar kat sini, moh kita masuk dalam..

Apa yang menarik dalam ni?

Temple ni adalah termasuk dalam must visit place in Kyoto. Aku pun tak tau ape yang special dengan temple ni. Mungkin sebab surrounding temple ni yang dikelilingi heritage area dan kedudukan temple ni betul-betul atas bukit yang menghadap bandar Kyoto, itu yang jadikan ia special.

Kiyomizudera ni adalah sebuah temple lama yang berusia .... tahun. Keseluruhan bangunannya dibuat tanpa menggunakan paku langsung. 

Nak masuk sini kene bayar ¥300. Fee nak masuk ke temple mungkin murah sikit nak dibandingkan dengan temple lain sebabnya kat sini takde zen garden yang besar macam temple sebelum ni aku pergi. 

Lagipun time aku pergi ade banyak renovation yang boleh mecacatkan pandangan aku.

Masuk dari depan, akan jumoe tempar diorang dok menyembah dulu..Aku pun tak tau perlu ke kiri atau ke kanan nak pergi ke main hall Kiyomizudera. Jadi aku pilih untuk ke kiri...

Mungkin ini adalah bangunan tok sami die..Kalau tak bangunan maintainance Kiyomizudera.
Air yang keluar dari batang buluh..Teringat aku mase study dulu buat landskap,aku pilih buat design konsep taman Jepun. Terus dapat full mark. Antara sebabnya Jepun ni banyak guna elemen semulajadi untuk tonjolkan ciri-ciri tamannya seperti buluh, air, moss dan batu.

Tiang-tiang temple Kiyomizudera
Masuk main hall Kiyomizudera. Kat sini ramai yang dok semayang..berbeza dari 3 temple yang pergi sebelum ni. Kat sini berebut orang die nak smayang.
Kemudian, aku boleh pilih nak terus turun tangga ataupun naik atas.  Aku pilih nak naik ke atas. Dan ini le view yang aku dapat..Bandar Kyoto dan Kyoto Tower.
Inilah die Kiyomizudera temple..Gambar dari port sini memang femes. Agak-agak kalau aku datang semalam, mesti lagi cantik view kat sini kalau disimbah salji.

Kemudian kami turun tangga follow crowded..

Dan jumpa tempat orang amik air semayang yang dipanggil Otawa Waterfall.

Ramai gile orang beratur nak amik air smayang kat sini. Agaknye special sebab menggunakan air yang fresh dari gunung kottt...

Tempat minum teh.Setiap temple provide gerai minum teh. Tapi semalam aku pergi kat temple-temple, gerai minum teh ni tutup dengan kanvas. So tak nampak gerai cam ni.
Kalau turun ikut tangga ni akan terus jumpa Otawa Waterfall.
Tengok..rakyat marhain beratur nak amik smayang.
Beria tadah air. Apasal orang beria nak minum air dari waterfall ni? korang baca je la sebab die.."Each stream's water is said to have a different benefit, namely to cause longevity, success at school and a fortunate love life."
Jalan lagi meghala keluar, jumpa tasik dan garden ni..Kalau time sakura meati cantik gile.

Dah habis pusing dalam Kiyomizudera, aku jalan turun bukit  ikut route yang sebenar-benarnya laluan untuk tourist. Memang meriah kat st street ni ditambah dengan fasad bangunan kedai yang melambangkan senibina Jepun. Nama area ni ialah Higashiyama area.

Hajat aku sebenarnya nak pusing sikit menghala ke Yasaka Pagoda dan Yasaka Shrine..Bukannya sebab aku nak pergi temple lagi, tapi sebab nak cari laluan yang betul-betul menyerlahkan ciri-ciri Jepun zaman lampau iaitu Ninenzaka Stairs dan Sannenzaka Stairs.

Higashiyama Area
Laluan menurun nak tunggu bas..

Kemudian, turun je bawah, sekejap je tunggu dah ada bas no 100 menuju ke Kyoto Station balik..

Masa atas bas ni dok membilang baki duit yang ada..

Banyak lagi balance duit ni, Along..Kita nak beli apa ni?

Nanti laa..jap lagi kite makan mewah ye,Nobita..kalau tak pun kita shopping ke...

Bersambung..

1 comment: