Hiroshima (Day 1-Day 2)
Hiroshima Hana Hostel
Kami sampai hotel ni awal pagi jam 9.00pg selepas bertolak dari Kansai Airport.Sampai di Hiroshima Station, jalan kaki ke hostel ni. Letak beg,ingat nak mandi dulu.Tapi sejuk sangat,abaikan je la niat nak mandi. Di hotel ni kami amik Female Dorm dengan harga RM67.80 sorang.
Bilik memang kecik la lagi-lagi bila dah masukkan mak tapir yang besar gedabak ni. Bilik tu aku rasa kecik sebab bile nak cari barang dalam beg, kene selongkar habis. Kalau aku susun elok-elok, rasanya sesuai je dengan saiz bilik tu.kiki..
Toilet memang ada dalam bilik so tak perlu le nak keluar dari bilik.
Sebab cuaca sejuk sangat,nak mandi pun malasss..Tapi mandi jugak la..
Walaupun bilik kecik, aku tetap selesa tidur katil cam ni..
Ada ruang untuk berehat.masa kami sampai malam tu.
Kitchen. Box depan tu heater..memang aku berebut duduk depan box ni sebab nak panas.
Jalan dari Hiroshima Station ke hostel. Aku suka suasana tenang kat Hiroshima ni
Shin Osaka (Day 2- Day6)
Sunny Stone Shin Osaka
Hotel ni kami duduk selama 4 malam. Sebab booking, awal dapat le dengan harga murah. For me hotel ni quite good sebab kami tak cerewet. Staff die tak boleh speaking, tapi sebab kami tak demand apa-apa barang so takde masalah. Semua barang dah lengkap kat hotel ni walaupun biliknya kecik. Kene le terima kenyataan bahawasanya ruang-ruang di Jepun ni memang kecik dan sempit.
Duduk dalam bilik ni tengok tv Jepun walaupun tak paham, aku rasa heaven betul. Kalau kat rumah, bile ada documentary pasal Jepun mesti aku akan mengadap dengan tekun. Bile duduk kat bilik ni tengok documentary tu, aku rase nak jerit."Oii..aku dah sampai tempat ko le!!!"
Katil die memang kecik..Lagi-lagi pulak tidur dengan Nobita!!Perut aku berkeroncong pun die nak gelak.Stress aku!!
Tv, kettle semua dah siap.
Bilik air??memang heaven berendam dalam bathtub yang kecik ni. Dengan musim sejuk, berendam dengan air panas.*feeling berendam kat onsen.
Kyoto (Day 6-Day7)
Haruya Aqua Hostel
Hostel ni kami duduk di Kyoto. Kyoto ni kiranya heart of Japan,kiranya klimaks pengembaraan kami. Jadi yang best tu kita simpan yang terakhir. Nak tambah lagi feel Japan, kami book ryokan satu malam di Kyoto.
Hostel ni antara ryokan yang paling murah sebab kalau cari yang betul-betul ryokan, harganya boleh cecah RM500 satu malam.
Nak lagi feel, aku berlagak taknak amik dorm,tapi ambil private room but shared bathroom.
Mula-mula sampai hostel ni, waaa...jakun gile..sebab dah rasa feeling citer Oshin. Masuk lobby die, dapur die, ruang lepak die..aku dah exited sebab dah rasa Jepun.Tambah-tambah pulak dengan salji turun kat luar.
Dah terasa dah macam Ayumi Hamasaki bercuti kat kampung halaman!!
Tapiiii...
Ade tapi die..moh layan gambar dulu.
Muka depan Hostel Haruya Aqua
Kalau korang tengok bilik kayu belah kanan tu, itu le bilik aku nak tidur malam ni.
Feeling Sinchan duduk berehat di ruang tamu sambil kaki letak bawah meja berebut heater.Beku!!!!
Dapur..Tau tak kat sinki die tu diletakkan batu-batu..means sisa makanan korang takkan sewenang-wenang nya buang. Kalau tak satu keje penat nak kutip balik!!
Ni ruang nak masuk ke lobby.
Bilik kami!!Tatami room!!Memang dah rase oshin giler dah ni!
Biliknya memang kecik..Kalau korang jenis yang suka duduk terkangkang luas, aku tak suggest amik bilik ni.hihi..Lagi satu, kalau rase jenis ganas, jangan amik...
Camane korang tengok pompuan Jepun tutup pintu die sambil duduk &
tutup slow-slow guna dua belah tangan, macam gitu le aku kene buat..
Kalau tak, boleh roboh pintu tu!!
Pintu belah kanan tu nak masuk ke bilik aku. Dinding belah kiri tu nak masuk ke toilet.Nampak tak sempit die?So kalau korang rasa kategori ahli sumo, aku tak suggest amik hostel ni
Walkway menuju ke toilet. Tapi aku takut nak masuk toilet.Bukan sebab serammm..tapi sebab jumpa air sejukk..woooshh..terpaksa aku tadah air panas & rendam kaki dalam bathtub. Kalau tak bekuuu!!
Mini garden
Bilik persalinan sebelum masuk ke toilet
Ini dapur lama yang ada dekat bilik aku. Dapur ni tak guna, diorang buat hiasan je.
Terompah.Mula-mula aku berlagak taknak pakai terompah, tapi sebab lantai sejuk gile, terpaksa pakai..
Nak dijadikan cerita, hari aku sampai, Kyoto turun salji. Memang heaven la sebab ini adalah first snow yang turun di Kyoto untuk winter kali ni. Rasa bertuah gile!!
Tapi....
suhu nya adalah membeku.Aku rasa malam tu boleh drop below 0 degree.
Heater dalam bilik pun tak dapat panaskan badan kami. Aku boleh tidur nyenyak lagi. Si Nobita la tak boleh tidur sebab sejuk sangat..
Tak payah jauh sangat nak bayang sejuk camane.Acu korang tidur rumah kayu nenek moyang korang kat kampung bila musim hujan.Tengah malam mesti korang meringkuk cari selimut kan..Inikan pulak ryokan yang dinding kayu & kertas!!Tambah pulak dengan winter!!
So, rasakan!!
Jam 6 pagi lagi aku bangun pergi kat area lobby & duduk kat meja yang ada heater tu.Kaki aku dah beku!!
Tapi next time aku datang Kyoto, aku memang akan ambil hostel ni lagi
*yang pasti aku takkan datang time winter dah.
hi..
ReplyDeletedah follow blog nih since dlm planning nk pergi japan lagi..akhirnya termakbul jugak ya..
saya nak skit pasal haruya aqua nih.. senang ker nak cari hostel nyer sebab saya pon ada book utk next month n planning nk check in waktu mlm
Hi..good luck untuk trip.
DeleteUtk hotel tu,bg saya senang je kalau follow instruction die yang ada dalam booking.com.
Cuma kalau check in malam,budak yang jaga kaunter die tu akan balik jam 9mlm.so kalau sampai selepas 9mlm, better inform dia awal2.
Thanks feeza for the info.saya akan reschedule semula waktu check in..
DeleteHi, sy nak travel ke Osaka end of this month, nak tanya, mcm mana nak ke Shin Osaka Sunny Stone Hotel from kansai airport
ReplyDeleteSalam..saya pun stay kat hana hotel masa trip ke hiroshima dulu :)
ReplyDeletenak tanya pasal haruya aqua hostel kyoto tu. kalau jalan kaki ke situ dari kyoto station jauh sangat ke? ke kena naik bas jugak sebab direction tgk semua suh naik bas.~~terima kasih~