Baik murid-murid...
Pakai tali pinggang keledar..kita nak mulakan perjalanan ni..
Mula-mula, kita perlu melepasi gate ni dulu.. Itu pun kalau korang guna JR Pass ataupun naik train under JR laa.. Tapi kalau tak berminat dengan train-train JR, jangan risau..boleh guna Nankai Ekspress..
Kalau takde JR Pass, kene lalu ikut mesin autogate dengan masukkan tiket. Sebab aku dah ade JR Pass, kita redah gate ni melalui pintu tepi yang dekat dengan kaunter.
Bagi pertama kali redah, kene cop dulu dengan pegawai kat tepi tu..
Kemudian untuk naik train seterusnya, tunjuk je JR Pass kat pegawai tepi autogate ..Pastikan korang tunjuk bahagian tarikh die tu kalau nak cepat. Pegawai diorang memang cekap, sekali pandang je dah tau jantan betina JR Pass tu.
JR Pass yang aku dapat gambar Mt. Fuji. Ada orang dapat gambar tsunami.
Bahagian belakang JR Pass. Bahagian ni le yang pegawai die akan check setiap kali kita keluar masuk naik train JR.
Jam baru menunjukkan 5.45 pg. Mana nak pergi pagi buta ni??
Kita nak pergi ke Hiroshima.
Untuk ke Hiroshima kami perlu naik Shinkansen sebab Hiroshima terletak hampir 330km dari Osaka.
Jauh tuu..umpama Johor nak ke Perlis naik KTM, ambik masa satu malam..Tapi dengan naik shinkansen, cuma 1 jam setengah je..
Tapi kita tak boleh naik shinkansen direct dari Kansai Airport. Kita kene pergi Shin-Osaka Station dulu.
Untuk pengetahuan korang, train di Osaka ni banyak dan lane die amatlah berselirat.Itu baru Osaka, belum Tokyo lagi!!
Jadi sebab berselirat, diorang dah asingkan pertemuan train-train ni di main station yang berasingan.
Contohnya:-
1) Namba Station/ Tennoji Station :-Station ni jadi tumpuan untuk pengguna subway di sekitar bandar Osaka. Jadi hampir semua subway yang menghubungkan dalam Osaka akan berhenti di sini.
2) Osaka Station : Station ni jadi perhentian untuk train & subway yang akan ke luar bandar Osaka seperti Kobe,Kyoto,Nara dan kawasan lain.
3) Shin-Osaka: Station ni pula yang akan menghubungkan train antara bandar-bandar besar seperti Osaka ke Tokyo/Hiroshima/Fukuoka. Di Shin-Osaka ni la shinkansen akan berhenti ambil penumpang.
*Macam kat KL la..bas dari utara akan berhenti Pudu, bas dari pantai timur pulak berhenti di Hentian Putra dan bas dari selatan akan berhenti di TBS.Tapi kita diasing mengikut kawasan Pantai Timur, Barat dan Utara. Tapi di Osaka ia diasingkan mengikut tahap jenis-jenis perkhidmatan train.
Okey, ada paham???
So sekarang kita nak ke Shin-Osaka.
Dari airport, ada train laju,ade train slow untuk sampai ke Shin-Osaka.
Aku boleh naik Haruka yang akan singgah beberapa station utama. Tapi masalahnya train ni start jam 6.30pg tapi jam aku baru 5.45pg. Lama lagi tu nak tunggu.
So sebab tak nak buang masa, aku naik je train JR Rapid Service. Tapi aku kene tukar train di Osaka Station sebab train ni takkan pergi ke Shin-Osaka.
Train JR Rapid Service.
Penat kami menunggu dengan suhu sejuk gile & mak tapir di belakang. Rupanya ada bilik menunggu yang tertutup & siap dengan heater lagi. Bila aku nak masuk, pintu tu tak bukak..puas aku cari button nak bukak pintu tu. Lepas 2 hari dok Jepun, baru aku tau yang kebanyakan sliding door kat Jepun ni kene touch button yang ada kat pintu tu.*sigh..
Berdebar nih nak menghadap Osaka Station yang memang sibuk tambah lagi time tu peak hour orang pergi kerja.
First time naik train...waaa..jakun gile..
Bukan jakun sebab train tu canggih, tapi sebab semua orang yang naik tu senyap gila. Makin dekat dengan Osaka,train pun makin penih orang naik nak pergi kerja, but still in silent mode, dowhh...
Aktiviti diorang bila naik train, kalau tak tengok hp,baca buku,kalau tak pun tidur.
Dah sampai Osaka Station, nak cari platform untuk naik train ke Shin-Osaka pulak.
Lorrr..senang sangat kalau korang ni jenis alert pada signboard.
Signboard diorang memang tiptop..
Akhirnya sampai jugak di Shin-Osaka dan kami sempat kejar Shinkansen ke Hiroshima jam 7.35pagi.
Nasib baik...kalau tak kene ambil 8.10 pagi.
Walaupun beza setengah jam je, tapi masa itu emas!!
Eh..baru sampai Shin-Osaka ye, belum sampai Hiroshima lagi..hahaha...
Ingat nak cerita kejakunan aku naik shinkansen, tapi tak perlu laa..korang boleh baca kat sini je terus..
Sememangnya tak dapat dielakkan perasaan jakun mula-mula naik Shinkasen tu..
Okey, aku nak cerita camane nak naik Shinkansen pulak.
Dah ada JR Pass??Memang korang terus boleh naik shinkansen.
Tapi korang boleh reserve seat dulu.
Shinkansen ni ade banyak coach (Tapi orang Jepun panggil 'Car'). Ada Car for non-reserve seat, ade car for reserve dan ada green car.
Kalau ada JR Pass, tak boleh naik Green Car!!
Nak reserve seat, pergi je kat kaunter Shinkansen Ticket, sebut je.
"Ohio...Hiroshima,two." sambil letak JR Pass.
tak perlu la beramah mesra cakap "Cik Kiah nak pergi Hiroshima, boleh tolong reservekan seat untuk kami dua orang tak??"
dan ...
taraaa..dah dapat tiket..
Yang bawah tu reserve tiket yang ade English. Tapi yang atas tu reserve tiket tulisan Jepun saje.
So pandai-pandai le cari track nak naik shinkansen tu..Yang penting, pandai baca signboard.
Duduk atas shinkansen, lega dapat jumpa suhu bilik. Kat luar sejuk giloss..first time aku dapat rasa bernafas keluar asap. Selama ni cuma dapat tengok dalam TV je..*jakun kan???
Gambar kat atas ni seat dalam shinkansen Kodama.
Kami buka bekalan nak makan dengan makan burger Marrybrown yang beli di LCCT semalam.
Sedap!!!Walaupun salad dah layu dan daging burger dah beku..
Stewardess datang jual air pun, kami tak layan..sebab bekalan kami banyak!!Lagipun terlalu awal nak laburkan duit beli benda camtu.
Laju memang tak usah nak cerita la..Mula-mula dari bandar, jumpa kampung. Pastu masuk terowong..Pastu jumpa kampung..Pastu jumpa bandar balik.
Dari Shin Osaka, station pertama yang shinkansen akan berhenti ialah Shin-Kobe, kemudian Himeji..Lepas tu aku pun dah tak alert dengan station apa yang dia berhenti..ralit aku tengok kawasan kampung dia..
Antara view yang aku sempat snap atas shinkansen. Gambar lain kebanyakkannya bangunan senget sebab shinkansen laju sangat.
Akhirnya selepas 1 jam setengah, kami sampai di Hirohshima.
Waktu tu jam baru menunjukkan 9 pagi. Awal lagi tu...So aku ambil keputusan berjalan ke hotel untuk simpan beg.
Keluar dari Hiroshima, waaa..jumpa jugak dengan Jepun-Jepun sekalian..
Iyola, dari Kansai Airport, kami memang duduk dalam airport & station je, kaki belum jejak tanah Jepun lagi..
Tuptap, tanah Jepun yang pertama kaki kami jejak ialah di Hiroshima!!
Landing di Kansai, tapi kaki jejak tanah di Hiroshima.Gila canggih!!Kohkoh..
Keluar dari Hiroshima Station, ini la yang pertama aku tengok. Apa dia??Teksi yang cantik bersusun..Tau tak korang yang teksi ni tengah tunggu turn?Dan bukannya tempat pameran jualan teksi. Aku heran camane sorang-sorang driver teksi ni boleh park tak senget & tanpa bersimpang siur. Oh Jepun...
Hiroshima Station
Cari direction hotel, sonang jo kalau follow direction yang die dah bagi online.Terus, belok kiri,belok kanan....
Taraaa...
Bukan ini hotelnya..ini kuil yang ada depan hotel.
Inilah di Hana Hiroshima Hostel. Gambar ni aku ambil awal pagi,nampak biru menandakan cuaca terlalu sejuk.*sambil tahan bengang sebab tak reti adjust setting camera.huh..
Dah letak beg & guna toilet, kami menapak balik ke Hiroshima Station.
Destinasi pertama nak dituju sekarang ialah Miyajima.
Miyajima ni adalah sebuah pulau. Nak ke pulau tu pun kene naik train JR dan kemudian naik ferry..Jangan risau, kita kan ada JR Pass, so tak perlu keluarkan duit sebab kedua-duanya under JR.
Tengah berjalan ke Hiroshima Station,tiba-tiba si Nobita memecah keheningan
"Kat Miyajima ade ape, Long?"
Erk...
"Bestnya jadi kau kan??"Aku jawab..
Adik aku ni umpama pelancong yang hanya menurut pemandu pelancong je. Memang sejak dari LCCT lagi adik aku ni follower tegar. Hanya menurut je mana aku pergi. Nasib baik la die ade fungsi dengan camera kat tangan. Kalau tak..
Untuk pergi ke Miyajima Station nak ambil ferry pun makan masa setengah jam jugak.
Dari Hiroshima Station, turun di Miyajima Station, kene berjalan sikit ke jeti untuk naik ferry.
Kedai-kedai yang yang ada di depan Miyajima Station.
Nampak tak Tori Gate tu?Itulah die Jetty yang kite nak pergi.
Nampak tak bangunan yang colour oren?Itula die Miyajima Station. Yang laluan kayu tu pulak korang tau ape die?Laluan bawah tanah untuk seberang jalan. Seberang jalan ke mana?Ke tempat yang aku berdiri ambil gambar ni laa...Korang nampak kan pagar tu?Itu tak bagi korang menyeberang jalan laa...Jalan ni bukannya sibuk dengan kereta pun..Tapi korang perlu ikut peraturan jugak..
Jetty nak naik ferry ke Miyajima
Ferry dah sampai, moh kita naik.
Miyajima Island
Memetik soalan Nobita,"Kat Miyajima ada ape?"
Meh sini nak cerita.
Miyajima adalah sebuah pulau yang menempatkan kawasan peranginan. Antara tarikan utama Miyajima yang berkonsepkan sejarah ialah dengan adanya Tori Gate yang duduk dalam air. Kat sini jugak ada Itsukushima Shrine yang mana penganut agama Shinto datang nak semayang.
Korang kene tau, yang kat Jepun majoriti orang dia ada 2 agama/kepercayaan iaitu agama Shinto dan agama Buddha. Penganut Shinto gunakan shrine tempat nak semayang manakala penganut buddha pula gunakan temple.
So kat Miyajima ni ada shrine dan temple. Tapi yang jadi tarikan kat sini ialah Itsukushima shrine. Nak masuk shrine ni kena bayar Y300.
Dari atas ferry aku dah nampak Tori Gate dalam air ni. Waktu ni air pasang, jadi tenggelam le tiang die. Waktu air surut, pengunjung boleh berjalan pergi dekat Tori Gate ni.
Bila ferry dah turunkan kami, berjalanlah menuju ke Tori gate tu melalui kedai-kedai. Ada dua laluan, tapi aku pilih laluan tepi-tepi kedai yang menghadap pesisir pantai..
Di Miyajima ni ada banyak rusa-rusa yang berkeliaran..Tapi jangan risau sebab rusa ni jinak. Dia takkan dekat dengan korang kecuali kalau korang pegang makanan..Rusa ni binatang suci agama diorang sebab tu diorang biarkan je berkeliaran. Nasib baik rusa, kalau monyet?
Kedai-kedai yang ada sepanjang perjalanan nak pergi ke tori gate.
Ellooo..ade orang tak????tolong le bagi makanan...
Jauh.. terpongeh makkk..huhu
Dari jauh boleh nampak tori gate..makin lama, makin dekat..
Tori gate 10km lagi nak sampai
5km lagi nak sampai
1km lagi nak sampai
Depan mata..Sebenarnya aku pun tak pasti berapa jauh berjalan..Tapi boleh terpongeh la kejap..
Itsukushima Shrine dari depan.
Masuk dalam ni boleh le aku tengok orang die buat upacara semayang..
Kolah untuk diorang amik semayang..kotttt.....
View tori gate dari Itsukushima Shrine.
Itsukushima Shrine
Kalau nak explore Miyajima betul-betul, satu hari pun tak sempat. Tengok le map ni..memang besar Miyajima Island ni. Sebab tu majoriti orang-orang dia datang sini bawak beg baju sebab kebanyakannya tidur kat pulau ni.
Kat sini jugak ade 5 storey pagoda dan beberapa temple lain. Kat atas nun siap ada ropeway kalau nak tengok view dari atas. Aquarium pun ada jugak kat sini, tapi sebab misi pengembaraan kami kali ni cuma nak mencari hotspot tourist attraction yang bertaraf international, jadi aku tak pandang le bende-bende lain tu.
Aku tak berjalan sampai je temple belah belakang sana sebab aku perlu save energy. Shrine lebih menarik perhatian aku..mungkin sebab warna merah..
Hajat hati nak naik ke 5 storey pagoda,tapi bile tengok anak tangga, terus punah hajat.
5 storey pagoda dari bawah
Hoi rusa...apa ko buat haaa???
"Time is Gold!!Save the energy!!"
Itu la konsep yang perlu diterapkan bila korang travel dengan itinerary yang pack ni..
Kali ni nak balik ke Jetty tadi, aku pilih laluan belakang yang kene lalu deretan kedai-kedai..
Oh My...aku dapat bau makanan...ade fishcake..ade oyster...ada banyak makanan yang diorang jual..Nak berhenti beli tapi sebab hari pertama, aku tak berani nak belanja duit untuk street food yang macam tu...Bertabahlah..
Akhirnya aku berhenti masuk kedai beli poskad dengan harga Y800 untuk 10 keping.
Seterusnya kita balik semula ke Hiroshima Station.
Naik train dari Miyajima ni, nak dijadikan cerita kami tertidur atas train..
Bila train berhenti,aku bukak je mata nampak signboard 'Hiroshima'..terus aku kejut adik aku, kami terus turun. Tapi aku pelik,apasal sikit je orang turun kat station ni? Sepatutnye ramai le turun sebab ini main station dan akyat marhain atas train tu pun tengok je alien dua orang ni turun kat situ..Rupanya..nama station tu 'Nishi-Hiroshima' daaa...
Adoi laa..terpaksa tunggu train lagi. Tu laa..padan muka dua-dua..
Sebabkan kes salah turun station ni dah makan masa nak ke Fukuoka memandangkan itinerary yang aku buat ni memang padat dan menyengat. Kalau salah budget timing, memang rosak plan.
Sampai je di Hiroshima Station, kami ke kaunter shinkansen ticket untuk reserve seat ke Kokura Station.
Ada apa ke Kokura? Kata nak pergi Fukuoka?
Kita ke Kokura St sebab kita nak pergi Mojiko untuk ambil train ke Mojiko.
Ada apa di Mojiko?
bersambung....
sayang tak pergi atomic hall dekat hiroshima tu. JR hiroshima loop bus FOC untuk JR pass holder. :D tapi mmg tak kena la sebab itinerary korang tight gila.
ReplyDeleteKapten,kami pergi..tapi hari kedua..itupun sekadar jejak kaki je..nak feeling lebih-lebih kat bandar hiroshima mmg tak sempat
DeleteOlawei..korang memang superb! Byk betuiii...meningggalkan jejak kaki kat Jepun ni! KZ dok baca pengalaman korang ni pong rase cam semput dah...ala2...masuk pertandingan mencarik harta karun...amazing race!
ReplyDeleteThanks kak,sudi baca..memang penat ala amzinh race.tapi puas hati le..hihi
DeleteIni lah blog paling details...
ReplyDeleteRasa nk belanja penulis minum teh sbb mnjelas kn dgn sejelas jelasnya travel tips japan ni...
Dr xde plan nk g hiroshima... tetiba rasa nk pergi
best blog ni..
ReplyDeletesaya pernah pegi kursus di hiroshima selama 21 hari tahun 2013.. stay di hotel dkt tgh2 bandar. Tp masa tu winter yang paling teruk di Japan. Hiroshima ni best sbb tak sesibuk tokyo. InshaaAllah akan ke sana akhir mac 2017 dgn 3 lagi kwn..