Tuesday, March 25, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 2 [Part 1] : Hiroshima

Sambungan dari Day 1[Part 2] ; Mojiko & Fukuoka

Baru masuk hari kedua??

Waa..lambatnya nak habis..

Panjang gile?

Sabarla weii..dah nama pun pengembaraan. Aku nak bagi feel kat korang journey aku sepanjang kat sana.

Kalau korang rasa penat nak habiskan, aku lagi le rasa penat nak buat karangan tahap darjah satu ni..hikhik..

Awal pagi dah bangun..jam 4.30 pagi lagi aku dah bangun mandi. Ambik masa jugak la sebab nak mencari barang-barang nak pakai dalam cuaca sejuk menggigil tu. Cari hotpack laa,glove laa, muffler laa...

Pastu nak asingkan makanan siap-siap dalam beg lain, so tak payah le nak menyelongkar mak tapir tu lagi.

Gigih bangun awal-awal pagi ni nak pergi mana?

Kita nak pergi Hiroshima Memorial Park

Ini le klimaks kita bila di Hiroshima.

Kita nak pegi tempat bom atom digugurkan tahun 1945. Tempat ni menjadi peristiwa besar pada kita weii.. Kalau tak pasal bom atom ni, Jepun takkan menyerah kalah di Tanah Melayu. Kalau tak kita akan terus dijajah Jepun.

*Tibe-tibe aku nak buat dua timeline.
1.Tanah Melayu bebas dari penjajahan British. (Yang ni toksah dok bayang sebab ini adalah dunia nyata kita sekarang)
2.Tanah Melayu bebas dari penjajahan Jepun. Adakah mentaliti, disiplin, dan ciri-ciri kita akan mencontohi Jepun?

*Tampar pipi!!Dah,jangan nak mengarut!!

Dari hostel nak ke Hiroshima Memorial Park kene naik tram.

Nak bergerak surrounding bandar Hiroshima ada dua main public transport iaitu bas atau tram. Tapi aku pilih naik tram sebab nak rasa kejakunan tunggu tram kat tengah-tengah jalan.

Bila naik tram ni ada satu masalah iaitu kami cuma ada duit besar. Tambang nak ke Genbaku Dome St cuma  Y150je..

Takpe le, nak turun nanti mesti pakcik driver ada duit kecik.

Naik tram kat sini pun sama. Dah naik, driver die akan  ucap selamat datang. Bila nak turun, akan ucap terima kasih. Satu trem boleh dengar sebab pakcik driver pakai microfon.

So bile Doraemon nak tukar duit kecik? mesti la satu trem tahu kan??

Masa nak turun tu, aku cuma tunjuk kat dia yang aku cuma ada Y1000. Lepas tu die suruh masukkan dalam tabung sebelah die.

kling..kling..kling...

Keluar la duit syiling..

Waaa..jakun lagik..

Lepas tu baru la aku bayar duit tambang tu..

Seat atas tram. Kalau korang tengok ade mesin dekat lelaki pakai baju hijau yang berdiri hujung nun, itulah dia mesin nak tukar duir syiling. Gambar kanan tu pulak makcik yang duduk menunggu kat  station bawak mesin tukar duit syiling.

Tram di Hiroshima.

Laluan tram di tengah-tengah jalan utama Hiroshima

Dah sampai, berjalanlah kami menuju ke Genbaku Atomic Dome.

Ini la dia satu tinggalan bangunan bangunan di Hiroshima yang masih wujud hingga sekarang selepas bom atom digugurkan. Ia menjadi salah satu ikon kesan bom atom memandangkan sejurus selepas pengeboman, Hiroshima menjadi padang jarak padang terkukur. Yang tinggal hanya bangunan ini sahaja.

Sebelum atom digugurkan, bangunan ni adalah  Hiroshima Commercial Exhibition Hall yang dibina pada tahun 1910 lagi.

Apabila bom atom digugurkan pada 6 August 1945, 8.15 pagi yang menyebabkan kematian seramai 140,000 orang hanya struktur bangunan ini saja yang tinggal.

Bangunan ini juga telah menjalani beberapa kerja-kerja penambahbaikan dan sejak itu ianya dikenali sebagai Genbaku Atomic Bomb Dome.







Ambik feel kat sini kejap dengan cuaca pagi tu 1 degree.

Air hidung aku keluar pun tak sedar..alih-alih dah kering.huhu..

Berjalan lagi menyelusuri sungai dan cross jambatan hingga ke Children Peace Monument.

Waktu ni dapat lihat warga Hiroshima berjalan dan naik basikal nak pergi kerja. Laju gile diorang ni jalan, mungkin nak elakkan kesejukan kot..Kami dua orang je la jalan berlenggang walaupun air hidung dah meleleh keluar menahan kesejukan.






Children Peace Monument

Memorial Tower

Kemudian menyelusuri tepi kolam yang panjang ni menuju ke Hiroshima Peace Memorial Park yang mana terletaknya The Memorial Cenotaph yang mana di sinilah lokasi sebenarnya bom atom on the dot digugurkan.

The Memorial Cenotaph
Bawah sculpture tu ada batu yang ditulis "安らかに眠って下さい 過ちは 繰返しませぬから"  bermaksud "Rest In Peace, for [we/they] shall not repeat the error."

Kat sini jugak lah aku tengok ada diletakkan tempat orang-orang die semayang untuk mereka-mereka yang telah mati kesan dari pengeboman bom atom.

Di hujung sana pula ada Museum yang mana segala cerita hal ehwal pengeboman bom atom ada dalam museum tu. Dalam museum ni jugak ada banyak gambar mangsa-mangsa dan kesan sejurus selepas pengeboman.

3 monumen utama yang menjadi simbol kejadian pengeboman bom atom ini iaitu Peace Flame, api yang dinyalakan dari 1964 hingga sekarang tak pernah terpadam, The Memorial Cenotaph yang merupakan spot bom atom digugurkan dan belakang sekali ialah Hiroshima Peace Memorial Museum, tempat yang menempatkan seribu cerita disebalik pengeboman bom atom.


Tapi aku tak masuk museum ni sebab waktu tu baru jam 7.30pg. Museum bukak jam 8.30pg.

Jadi aku tak berjalan ke arah museum tu. Lagipun bila aku tengok kepanjangan museum tu, aku rasa boleh spend 2jam kat dalam tu. Mesti hati akan dirobek-robek tengok gambar mangsa-mangsa bom atom,kan??

Tak pe la, aku simpan ia untuk next kedatangan aku ke sini.

Eh??Bila tu??

Kalau nak menghayati kesan-kesan pengeboman bom atom ni, satu hari pun tak habis kat Hiroshima Park ni. Kalau korang betul-betul menghayati,percayalah, keperitan mangsa-mangsa di Hiroshima akan terkesan sampai lubuk hati.

Cewah..jom kita balik!

On the way nak pergi station tram, kali ni aku lalu seberang sungai yang menghadap Atomic Bomb Dome.



Itu le bangunan asal Atomic Bomb Dome.

Dah habis layan blues di Hiroshima Memorial Park,jom kita balik..Bye Hiroshima, nanti I datang lagi.

Kalau ikutkan nak je aku berjalan kaki ke Hiroshima Castle yang ada kat depan sikit nun. Dengar cerita Hiroshima Castle & garden nya memang cantik.Lagipun aku datang time winter kan,jadi pokok mesti togel.Dah nampak dah cela sikit tu.. Jadi batalkan je la niat tu.

Balik hotel, amik mak tapir then jalan kaki ke Hiroshima station untuk balik semula ke Shin-Osaka.

Naik shinkansen lagi...

Oh Yeah!!!

Bersambung...


Duduk dalam shinkansen, baru le kami breakfast. Beli air coffee tu yang memang sedap gile.(aku rekemen amik yang ni), bukak roti gardenia, sapu mayonis dengan serunding..Fuhh!!Dah sama macam roti chicken floss yang jual kat Lavender. Walhal sebenarnya korang bayangkan roti gardenia tu dah baekk punya terpenyek, kemudian simpan dalam ice box. yeahh..itulah wajah asal menu breakfast kami hari tu..


3 comments:

  1. Kat Horishima ni tak ada ke terasa lain macam.. udara dgn bahan kesan atom hahahaa :D
    Agak kalau kat sana kita tanya diorng suka tak dgn USA.. boleh tak hehhee..
    Buka roti sapu mayo tu memang sedap melayan bila travel.. rasa dia tak sama bila di rumah kan hahahaaa.. :P

    ReplyDelete
  2. Tak sempat nak merasa udara lain macam ke tak..yang pasti sejuk beku sampai air hidung meleleh.haha

    yess..roti gardenia yang terpenyek tu kita takkan pandang pun bila dok kat rumah..tapi bila kat sana, itu pun dah jadi sedap.hihi..

    ReplyDelete
  3. Mcm perasaan sy g memorial park kt okinawa last year ... errr dlm hati "bengkek" je... apsal ko serang negara aku... zalim pulak tu... cissss...

    Tp lbh cisss lg... dh knapa aku nk dtg jepun juga... ayyakkk... huhuhuhu...

    Mix feeling dowh..

    ReplyDelete