Hari ni masuk hari ke-3 kami di bumi China, tapi merupakan hari ke-2 kami mulakan pengembaraan.
Plan hari ni, kami akan ke Great Wall..Ini le highlight untuk China. Rata-rata yang sampai ke Beijing, akan jejakkan kaki ke Great Wall.
Ada 9 section tumpuan pelancong kalau nak tengok Great Wall.Tapi kalau yang suka adventure, boleh la hire orang kampung bawak pi great wall yang belum conserve. Time tu kalau terjumpa tulang-temulang manusia, korang boleh la claim dengan pakar arkeologi yang korang dah jumpa rangka buruh binaan yang mati mase buat great wall dulu.
Aku cakap ade 9 section kan? Tapi bagi typical pelancong Malaysia, cuma ada 3 lokasi je yang biasa orang pergi iaitu :-
- Mutianyu
- Badaling
- Juyonguan Pass
Map tembok china yang menunjukkan section part untuk kita melawat. Source from www.travelchinaguide.com
Biasanya ramai yang akan pilih Badaling dan Juyongguan Pass dan tapi pilihan aku kali ni ialah ke Mutianyu.
Sebab utama aku ke Mutianyu ialah ade slideway untuk turun dari tembok china yang mana kita kene ikut gelungsur. Tapi untuk mendaki, aku plan nak naik dengan cable car untuk elakkan sakit kaki.
Tengok!!Bila aku plan itinerary, perkara utama yang aku cuba elakkan ialah sakit kaki. Nak buat camane, doremon kan kaki pendek.
Pagi ni kami sarapan dulu dengan maggi..Aku nak isi perut dulu, kemudian nak melunaskan panggilan alam. Sebabnya aku takut kene sambut panggilan alam kat public toilet luar sana. Tak boleh bayangkan aku nak kene hadap toilet yang....erk..korang sambung la sendiri.
Jadi, kami takde le keluar hotel awal pagi sangat..agak-agak kol 8.30 pagi, kami keluar, cuaca masih lagi berkabus.
Nak pergi ke Mutianyu dengan bas, ada dua cara:-
1. Naik bas 916 (Ekspress from Dongzhimen to Huairou), tambang RMB13. Turun di bus stop Huairou North Street, kemudian chartered satu minivan direct to Greal Wall dengan harga RMB40-RMB50. Nak naik minivan ni boleh share dengan tourist lain. Kalau taknak naik minivan boleh naik bas H23 atau H24 atau 936 dan turun di station Mutianyuhuandou.Tapi...ade tapinye..nak tau, baca entry ni sampai habis.
2. Kalau tak nak naik bas rakyat, boleh naik bas pelancong no 867 yang akan direct to Mutianyuhuandou. Tapi bas ni akan depart pada jam 10 pg dan 12tghari je.
Kalau boleh aku nak pilih cara no 2 tu, tapi lepas aku baca beberapa review cara tu, kebanyakannya cakap tourist bas tu tak tepat timing die. Dulu katenye bas cuma ada jam 8.00am dan 10.00am je.Tapi sekali bas datang kol 10.00 am. Kesian kat tourist yang menunggu dari kol 7 pagi lagi.
Jadi untuk elakkan tunggu masa yang lama, aku pilih cara no 1 je la.
Dah sampai Dongzhimen Station, kene keluar ikut Exit B, cari Dongzhimen Transport Hub.
Dah keluar, dari Exit B, aku dah lost nak pegi mane..Yang aku nampak, dekat bus stop tu orang ramai beratur tepi jalan tunggu bas nak pergi keje. Aku pegi tengok kat signboard bus stop tu, ade state pasal bas no 916 Dongzhimen-Huairou, so aku masuk le lane untuk bas 916.
Kebetulan time tu ade couple mat saleh yang aku terserempak mase nak keluar hostel, so aku konfident yang ape aku buat ni betul.Rupenye couple tu dari Spain, diorang dah travel start dari Singapore then overland from Malaysia cross Thailand to China..
Berbual kejap dengan die, dan die pun same le ngan kami nak naik bas 916..
Dok menunggu, lambat pulak bas ni datang.
Sekali mamat lelaki tu cuit aku cakap yang maybe kite ni dah salah bus stop sebab kat sebelah kiri tu tu die tengok signboard bangunan Dongzhimen Bus Station. Sepatutnye kami naik bas 916 Ekspress, bukannya bas yang local nak pergi keje.
Maka berlarilah kami masuk bus station tu dan nampak lagi ade signboard bas 916. Jadi memang betul le tu tempatnya. Jadi, untuk korang yang nak naik bas ni, kene beringat yang tempat tunggu bas 916 ni indoor, bukannye tepi jalan.
Nasib baik la mamat tu sempat perasan, kalau tak tengahari le sampai sebab bas 916 (non-ekspress) tu mungkin berhenti setiap bus stop.haha..
Naik bas je penuh orang, tapi sempat la aku tido kejap. Nak menikmati keindahan pun berkabus..
Dah keluar dari highway, bas berhenti kat satu bus stop yang nama die Qingchun Road. Time ni ramai yang turun, aku ignore je dulu sebab aku tau bukan bus stop ni.
Sekali ade lelaki kat bawah naik bas suruh aku turun.
"Great Wall!!"Great Wall!"
Aku terpinga-pinga lagi sebab mamai..Pastu aku pandang mamat Spain tu, die ngeleng kepala kat aku..
Lelaki tu turun, pastu naik lagi 2-3 orang suruh aku turun ulang banyak kali "Great Wall here!"
Kebetulan bas pun nak jalan, diorang punterpaksa turun..
Aku jenguk kat bawah ade jugak tourist foreigner kat bus stop tu, then banyak minivan parking tepi jalan dan driver-driver die pun dok cari penumpang.
So aku dapat agak yang kalau nak pergi Mutianyu Great Wall pun boleh turun kat situ, cuma aku tak pasti tambang minivan dari situ murah atau mahal.

Mari kita berebut bas dengan warga Beijing nak pergi keje, Pakcik yang pegang bendera tu memang die jaga orang nak naik bas.Nak tanya die pun boleh, tapi macam ayam dengan itik le bercakap.
Sekali mamat lelaki tu cuit aku cakap yang maybe kite ni dah salah bus stop sebab kat sebelah kiri tu tu die tengok signboard bangunan Dongzhimen Bus Station. Sepatutnye kami naik bas 916 Ekspress, bukannya bas yang local nak pergi keje.
Maka berlarilah kami masuk bus station tu dan nampak lagi ade signboard bas 916. Jadi memang betul le tu tempatnya. Jadi, untuk korang yang nak naik bas ni, kene beringat yang tempat tunggu bas 916 ni indoor, bukannye tepi jalan.
Nasib baik la mamat tu sempat perasan, kalau tak tengahari le sampai sebab bas 916 (non-ekspress) tu mungkin berhenti setiap bus stop.haha..
Entrance nak masuk bus station ni. Keluar je Exit B, belah kiri akan nampak entrance
Naik bas je penuh orang, tapi sempat la aku tido kejap. Nak menikmati keindahan pun berkabus..
Dah keluar dari highway, bas berhenti kat satu bus stop yang nama die Qingchun Road. Time ni ramai yang turun, aku ignore je dulu sebab aku tau bukan bus stop ni.
Sekali ade lelaki kat bawah naik bas suruh aku turun.
"Great Wall!!"Great Wall!"
Aku terpinga-pinga lagi sebab mamai..Pastu aku pandang mamat Spain tu, die ngeleng kepala kat aku..
Lelaki tu turun, pastu naik lagi 2-3 orang suruh aku turun ulang banyak kali "Great Wall here!"
Kebetulan bas pun nak jalan, diorang punterpaksa turun..
Aku jenguk kat bawah ade jugak tourist foreigner kat bus stop tu, then banyak minivan parking tepi jalan dan driver-driver die pun dok cari penumpang.
So aku dapat agak yang kalau nak pergi Mutianyu Great Wall pun boleh turun kat situ, cuma aku tak pasti tambang minivan dari situ murah atau mahal.
Dah sampai bus stop Huairou North Street, kami turun sekali dengan couple Spain tu..
Turun je dari bus stop, kami macam kene kerumun dengan lalat. Aku dah start pening sebab driver-driver minivan dok paksa ambik dengan diorang..
Then awek Spain tu cakap kat aku yang diorang nak tunggu bas H24 sebab ade sorang traveller kat hostel dah dah pesan kat die, just ignore driver minivan tu dan tunggu je bas H24 tu kat bus stop tu.
Aku no hal je, takde masalah..Lagi bagus sebab tambang naik bas cuma RMB2 je.
Tapi masalahnya, kat situ penuh dengan 'langau'.
Semua driver tu marah kami sebab taknak naik minivan diorang..Siap maki, pastu ngumpat sama-sama depa je..Chong cheng..chong cheng..ape yang dibebel pun aku tak tau.
Lantak korang laaa..bukannye aku paham ape korang cakap pun..
Tapi yang pasti, memang bising!! Aku pun dah naik rimas..
Cuma ade sorang abang ni je dok approach cara lembut dengan kami, takde berebut dan cakap pun tak kasar..
Dah dekat 10 minit, abang tu datang bawak buku ko english, tunjuk part bas H24 tu cuma ada jam 8.00 am & 9.00 am je. Next operation pulak waktu petang.Aku dengan awek spain tu jeling hujung mata je tengok buku tu..kami cuba ignore.
Aku cakap kat couple tu kalau 5 minit lagi bas tak datang, aku nak naik minivan je. Lagipun, kami ade tempat lain nak dituju tengahari nanti. Couple tu pun setuju..
Kemudian abang yang tadi tu cakap die boleh bagi tambang RMB30 sebuah van.
Kami pun ape lagi, naik je minivan dengan abang tu sebab die nampaknye sabar tunggu kami walaupun kami buat muka toya tak pandang die.
Bus stop seberang sane le kami turun. Asal ade bas 916 je, driver-driver tu akan datang kerumun bas.
Dah sampai kat Great Wall, abang driver tu turun temankan kami sampai ke tempat bayar tiket. Si couple Spain awal-awal lagi dah blah taknak bagi abang driver tu follow diorang.
Aku tak tau ape motif abang driver tu. Mula-mula aku ingat nanti die dapat komisen la kalau die bawak tourist masuk. Tapi aku tengok die sekadar tukang cakap kat budak kaunter je berapa tiket nak, pastu lepas kami bayar dan dapat tiket, die terus blah.
Jadi haruskah aku rasa bersalah sebab berprasangka buruk padanya?
Lantak laa...yang penting dapat masuk Great Wall.
Mase aku nak buat decisions nak beli tiket tu, memang abang tu macam konfident je kami akan amik cable car.
Pastu aku cakap "No!!I want this "sambil tunjuk slideway.
Pastu die tunjuk yang aku kene naik cable car yang jenis kaki tergantung kalau nak amik slideway.
Plan aku asalnya nak naik cable car jenis gondola ke tembok paling atas, kemudian jalan kaki turun ke bawah sampai kat gelunsur tu then slide ke bawah..Sebenarnye takde masalah pun aku nak beli buat camtu, tapi harga akan jadi mahal le.
Kemudian aku tengok muka Eiza, die macam konfius sebab banyak sangat transport nak jelajah Great Wall ni. So aku terangkan kat die..Gini..gini...gini...
Tapi aku perasan, memang wajah die berubah menunjukkan "Taknak!" bile part cable car kaki tergantung tu.haha..sebenarnye aku pun gerun naik cable car jenis tu.
Jadi aku tau le yang pilihan kami ialah naik dan turun dengan gondola.
Fee yang aku bayar ialah RMB135sorang (RMB45-Ticket, RMB 10-Shuttle bas, RMB 80-Cable Car).
Yang biru atas tu tiket shuttle bus, tengah tu ticket cable car, bawah tu tiket Great Wall yang boleh buat poskad. Tapi aku lupe nak pos.
Jalan kaki menuju ke shuttle bus.
Map Mutianyu,. Cable car akan bawak terus ke tower 14. Lepas tu pilih la nak pegi mane.
Maka berjalan lah kami ke shuttle bas sebab nak naik ke main entrance die pun jauh gile. Nak tak nak kene amik shuttle bus jugak. Biase le, bila site 7 wonder of the world ni, memang kene kurangkan tahap pencemaran alam, nanti reput pulak binaan tuh.*Aku balun je ni, jangan percaya bulat-bulat.
Time jugak kami dah terbeli buah berangan RMB30. Aku tak tau le harga tu kelentong ke tidak, kami tapi main bayar je..
Bile kire-kire balik, kire logik la, beli buah berangan kat jusco yang sikit tu pun dah 10inggit. Yang aku beli ni buah die sedap dan fresh, boleh balun makan sampai 3 hari menunjukkan memang banyak banyak buah tu.
Atas shuttle bus.
1/3 dari bukit yang kene daki dari tempat shuttle bus berhenti.
Gondola sudah datang.
Gondola sudah naik.
Tembok China dari jauh
Turun je dari shuttle bus, aku mengeluh lagi tengok bukit yang kene menapak sebelum jumpa cable car.
Loh..belum sampai atas tembok china lagi? Jenuh aku bercerita baru sampai kat sini..
Dah keluar gondola, ada dataran sebelum naik naik ke tembok. Kat sini ramai gile orang dok berehat dan kebanyakkannya TA dok bagi taklimat kat ahli jemaah die..Die cerita pasal sejarah tembok china le tewww....
Lain..lai..mari sini saya nak bercerita..
View tembok china dari dataran..Kabus!!
Jadi, sebab aku pun TA pada korang, moh le aku cerita sikit pasal sejarah die sikit-sikit..
Dalam entry awal aku ade cerita kan pasal pemerintatahn dinasti maharaja china dah bermula awal 2000BC lagi. Antara tahun 2000BC hingga ke 221BC, maharaja-maharaja yang memerintah china dah start buat tembok china ni sebagai alat pertahanan diorang. Kemudian, pada 221BC, Maharaja Shih Huang Ti dah menguasai tanah-tanah kawasan sekitar dan meggabungkan kawasan pentadbirannya. Dalam tempoh ni, dia arahkan kerja-kerja membina tembok china digiatkan. Ini menjadikan dia le sebagai pelopor dalam pembinaan tembok china sebab di bawah pemerintahannya, tembok china dibuat secara besar-besaran.
Shih Huang Ti ni memang antara maharaja yang paling berkuasa, bijak, dan paling legend dalam sejarah China. Dia le maharaja yang berjaya menyatukan kawasan penjajahan yang pada waktu tu dalam keadaan berselerak.
Antara kerja-kerja gila yang maharaja ni buat ialah membina kompleks kubur dia sendiri yang mana sekarang dikenali sebagai Terracota Horse & Warrior Museum. (Benda ni nanti akan aku cerita bila dah sampai Xian).
Selain dari tu, maharaja ni jugak telah menanam hidup-hidup ahli falsafah Confucius dan juga membakar buku-buku mereka.
Atas tu kawasan pentadbiran sebelum penguasaan Shih Huang Ti.Bawah pulak kawasan penguasaan Shih Huang Ti atau dikenali sebagai Dinasti Qin. Kawasan tembok China yang dibina waktu pemerintahannya adalah bahagian atas je, untuk mengelakkan serangan dari orang Mongolia. Kemudian, bila dah masuk pemerintahan maharaja dinasti lain hingga kurun ke 15, pembinaan tembok china dibuat sebagai menyambung tradisi pemerintahan maharaja sebelumnya. Sebab tu kalau nak cari peta tembok china yang exactly sama amat susah sebab pembinaannya berselerak.
Jadi moh le kite naik tangga yang menuju ke atas tembok tu. Kecik je pintu muat untuk sorang je kalau orang tu style merangkak naik tangga.
Dah sampai atas tembok je aku dah ade sikit mengah, belum jelajah antara tembok china yang panjang tu. Skala anak tangga tu untuk saiz gergasi kot..tinggi lain macam.
Dah sampai atas tu, aku amik jalan ke kanan sebab view belah kiri tak nampak apa. Berkabus!!
Ni yang buat frust ni,datang jauh-jauh kene tutup dengan kabus.
Tower.
Menurun
Turun lagik
Dalam tower
Tembok China dari dalam tower.
Menurun..
Nak turun tangga ni memang curam..Nampak je macam tangga biasa, tapi seriau jugak le aku.
Dah lepas 2 buah tower dan dapat view cantik, kami duduk menikmati alam, posing dengan penuh gaya cik kiah.
Nyonya, amoi yang lalu lalang pun kami buat tak nampak je..
Ade sekali tu, baru je aku nak posing ala Fazura, ade orang pegang bahu aku, kemas pulak tu.
Terkejut aku dibuatnye sebab si Eiza kat depan aku tukang amik gambar, jadi sape pulak yang kenal aku kat sini?
Rupenye nyonya ni dah mengah sangat mendaki, bile die rasa nak tumbang, aku yang paling dekat dengan die, tu yang die berpaut pada aku je..
Pastu aku tengok geng die yang taraf nyonya pun sama, satu geng dah mengah!
Kemudian, straight je die jalan, takde say excuse me, sorry or angkat tangan pun kat aku.
Okey, aku paham semua tak cukup oksigen nak nak bercakap...
Then aku sambung posing..
Menurun...aku dah tak mau nak turun lagi dah sebab pikir nak patah balik pergi kat cable car kene mendaki pulak.
Jadi, moh le kite berehat
Tembok China lagik..
Aku dan tembok China
Ada meriam..Fungsinya?Mestilah untuk serang orang..
Lagi..Tembok China
Melihat mereka mendaki..gigih!!Aku jugak la yang kebal nafsu nak mendaki.
Lepas tu kami berehat. Penat cik kiah berposing Semah..
Waktu tu,dari jauh aku tengok macam kelibat yang aku kenal..makin dekat ,aku dah cam..
Rupenye couple Spain tadi..Si mamat kat depan, si minah kat belakang..
Diorang tinggal one piece dah,jacket dah bukak, peluh dah berjurai..
Cepat betul diorang mendaki!!
Aku tanye "where you come from?"
Sambil kekurangan oksigen die jawab "From tower 4!"
Dengg!!Umpama peluh die terpercik kat muka aku..Malu siot..Gigih betul diorang mendaki.
Yang kami ni cuma dok cari port nak posing pun dah penat, apetah lagi nak mendaki..
Dah!Eiza!Jom kite kite beransur ke tower 14 balik..Tercabar ni!!
Dah sampai ke pintu exit nak turun ke cable car, aku pandang ke hadapan..Ada view cantik lagi..
Mase mula sampai, kabus tebal sangat, sekarang kabus dah kurang aku nak pi ambik gambar lagi..
Tapi..
Tapi...
Tapi...
Pandangan aku rosak..
Ramai orang dok berehat kat area situ..
Mereka berehat..tapi...
Tapi diorang buat shooting bikini.
OMG!!haruskan aku rasa beruntung?Tidak sekali.Menyemak ade la..
Ko dah kenapa time sejuk ni nak promote bikini?
Ramai amoi-amoi yang pakai bikni, pastu cuma tutup dengan winter jacket je. Bile nak posing, taraaa!!Die bukak jacket tu..
Sia-sia aku posing ala Fazura tadi!!
Ramai gile..dari tempat aku berdiri sampai ke bawah.Tu semua geng die.Dari belakang tengok bertutup, dari depan, taraaa!!
Tempat yang diorang nak posing tu dekat dengan main entrance/exit dari dataran tadi. Means orang dari dataran akan mendaki naik tangga. Then, ade sorang abang tengah mendaki tangga tu, elok pulak si amoi tu buat taraaaa bukak jacket, abang tu baru nak mendongak amik oksigen. Terjegil bijik mata die sambil terpinga-pinga..Aku tak tau perasaan abang tu bersyukur ke tidak dapat free show. Tapi yang pasti muka die blurr tengok amoi tu.
Dah!!Dah!!
Jom kita turun. Rosak mata dok tengok pompuan seksi pakai bikini.
Masa nak turun tu, di bahagian bawah tembok ade satu laluan, dan ramai berjalan dari arah situ. Aku tak tau ade apa kalau ikut arah situ, so aku cuma pose-pose manja kat depan tu je..
Makcik letih mendaki..
Seterusnya kami naik balik cable car ke bawah..
Dah sampai ke bawah, tempat entrance mula-mula masuk tadi, kami dok berkira nak tunggu bas ataupun nak hire minivan lagi. Alih-alih datang abang driver yang hantar kami pagi tadi.Rupanya die dok cari orang jugak. Malas nak pikir panjang, kami naik minivan die je. Tapi kali ni tak boleh tambang RMB30 dah, die letak RMB40 jugak. Takpe la, aku dok pikir die pun cari rezeki jugak, so aku accept je la..
Dah sampai bus stop Huairou, die suruh lintas jalan tunggu bas 916 balik..
Next destination, Beijing Olympic Stadium.
Bersambung..
Mula saya baca nama bus stop Hurairah?! Alimnya nama bus stop...
ReplyDeleteRupanya Huairou... Haha.
Hurairah?
Deletehaha..itu kelakarr.