Tapi malam tadi lepas terima berita ketiadaan Tok Guru Nik Aziz, terus aku takde mood.
Sampai ke pagi, setiap kali aku buka feeds FB, air mata bercucuran laju tengok update news terkini dari perkarangan Masjid Pulau Melaka.
Bumi Kelantan menangis lagi. Belum kering airmata banjir besar melanda Kelantan, kini Kelantan kehilangan Murabbi Ummah pula.
Bagi orang luar Kelantan, panggilan Nik Aziz lebih dekat. Kalau nak formal, akan dipanggil Datuk Nik Aziz.
Tapi bagi kami penduduk Kelantan, lebih mesra dengan panggilan Tok Guru yang mana boleh digunakan semua peringkat.
Bagi aku pula, Arwah Tok Guru dekat dengan keluarga kami walaupun aku cuma sempat berjumpa dan cium tangannya masa umur 8 @9 tahun dulu. Itu pun ayah aku paksa aku menyelit di celah orang ramai untuk bersalam dengan Tok Guru.
Bila dah besar, dari hari ke hari kami nak pi melawat ke rumahnya di Pulau Melaka, tapi tak pernah berkesempatan. Baik sedara-mara aku yang jauh pulak boleh pergi ke rumahnya. Kami yang dekat ni tak sempat pun.. Bila Tok Guru dah takde, sedikit terkilan dalam hati ni.huhu...
Arwah Tok Guru merupakan sahabat baik Arwah To'oki aku waktu mereka belajar bersama-sama di Pondok Tuan Guru Haji Abbas, Besut. Walaupun arwah cuma setahun je belajar di situ, tapi arwah Tok Guru dan arwah To'oki bersahabat baik hingga ke tua.
Antara cerita yang arwah To'oki sempat ceritakan pada cucunya ,Tok Guru ni anak orang kaya, keluarga dia bagi kuda waktu di pondok. Jadi bila nak ke kelas, Jadi bila nak ke kelas, Tok Guru akan tumpangkan To'oki naik kuda tu sama-sama.
Bila nak tidur, arwah berdua akan berkongsi bantal. Sebab keluarga Tok Guru ni golongan berharta, jadi keluarga dia mampu hantar Tok Guru menuntut ilmu agama di India. Disebabkan keluarga To'oki miskin, jadi terpisahlah mereka berdua.
Ade banyak lagi yang arwah To'oki cerita, tapi sebab masih budak-budak, aku dah lupa..Lagipun, sejak aku habis SPM, merantau keluar menuntut ilmu, dah kurang dengar cerita-cerita zaman Jepun dari mulut arwah To'oki aku. Bila die dah takde, rindu pulak nak dengar cerita dia.
Ada sekali tu, arwah Tok Guru datang ziarah arwah To'oki aku di Besut yang mana waktu tu Tok Guru kebetulan ade program dekat dengan Besut. Tapi waktu tu, kami satu famili berada di Johor dan ralat sangat bile dengar Tok Guru datang rumah To'oki, takde sorang pun adik-beradik ayah aku yang ada. Kebetulan waktu tu semua pergi kerja, yang ada cuma To'oki dan Tok perempuan je.
Lepas Tok Guru pulang, Tok aku cerita kat ayah yang Tok Guru peluk To'oki lama, sambil menangis. To'oki aku waktu dah sakit tua, telinga kurang dengar dan mata kurang nampak.
Hari ini, tanggal 12 February 2015, Tok Guru meninggalkan kita semua. Arwah To'oki aku pula meninggal pada 7 Nov 2011(Raya ke-2 AidilAdha). Pemergian Tok Guru betul-betul mengingatkan aku pada arwah To'oki..Kedua-duanya aku anggap atuk dalam hidup aku. Dua orang yang sama saiz fizikal badanya, ilmu agama yang tinggi, garang & tegas dalam bab agama.
Semoga roh kedua-dua insan yang aku sayangi dicucuri rahmat.
Dan untuk Tok Guruku sayang, jasamu dalam mengembangkan ilmu agama di bumi Kelantan amatlah dihargai. Jika tidak kerana aku dibesarkan di bumi Kelantan, mungkin aku pun hidup dengan lalai nikmat dunia.
Terima Kasih, Tok Guru.
Ramai yang datang untuk bagi penghormatan terakhir pada Tok Guru. Tengok gambar-gambar ni aku terfikir, "Adakah bila aku pergi nanti akan mendapat penghormatan yang sebegini rupa?"
Gambar arwah To'oki diapit cucu-cucunya.
Ayat ni aku #Report from IG @fedtriyahya
Tanggal 23 Rabiul Akhir 1436 Hijri bersamaan 12 Februari 2015 Masihi, perginya seorang lagi ulama pemimpin ummah.
Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat.
Pemergian tokoh ulama seperti Ayahanda Tuan Guru sememangnya meninggalkan ruang kosong dalam masyarakat yang memerlukan ulama dalam memandu kehidupan mereka.
Satu soalan yang perlu direnungi di sini ialah mengapa kematian para ulama disebut sebagai satu ujian kepada kita?
Bagi menjawab persoalan ini, saya mengajak para pembaca merenungi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari:
Dari Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan.
Imam Ibnu Hajar menyatakan di dalam Kitab Fathul Bari bahawa dari Abu Umamah r.a, ketika mana Baginda SAW menunaikan Haji Wida’ Baginda SAW bersabda: Ambillah ilmu sebelum ia dicabut atau diangkat.
Maka para sahabat bertanya: Bagaimana ilmu itu diangkat?
Jawab Baginda SAW: Ketahuilah, bahawa perginya ilmu itu dengan perginya orang yang menanggungnya - iaini ulama.
Pemergian seorang ulama tidak sama seperti hilangnya seorang doktor, arkitek, peguam mahupun seorang pemerintah. Bukan bertujuan mahu memperkecilkan peranan orang lain, namun setiap manusia punya ‘gelanggangnya’ sendiri.
Masyarakat yang kehilangan ulama seumpama masyarakat yang hilang arah pedoman hidup.
Tiadanya ulama menandakan titik permulaan kehancuran dalam masyarakat. Ketiadaan ulama sebenarnya adalah alamat kepada berlakunya hari kiamat.
Hadiahkan Al-Fatihah untuk Ayahanda Tuan Guru. Semoga tenang disana.
Takziah untuk seluruh ahli keluarga beliau.
Takziah untuk seluruh ahli keluarga beliau.
Dari Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment