Thursday, April 3, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 4 [Part 4] ; Osaka [Don Qui Jote]

Sambungan dari Day 4 [Part 3] ; Osaka [Tempozan Ferris Wheel & Dotombori]

Si Nobita dok berkeras suruh aku cepat dari berlegar-legar kat Dotonbori ni.
"Bila nak masuk Don Qui Jote ni??"

Aku buat pekak je..

Aku berenti lama depan kedai takoyaki ni sebab ramai orang berebut nak beli. Aku ajak Nobita masuk lepak makan, dengan muka toya die cakap, "Kan tadi baru makan takoyaki?"

Huh..sedih...

Mr. Octopus..


Sudah laa..akhirnya aku pun dah tak boleh nak exited sorang-sorang kat sini..Nak shopping pun tak tau nak beli ape, nak makan pun tak berani nak masuk restoran..

Sebab suhu pun makin sejuk, aku ajak le Nobita masuk Don Qui Jote...

Nobita keriangan....

Ape ade kat Don Qui Jote ni sampaikan si Nobita beria-ia nak masuk?

Aku pulak yang naik rimas bila Nobita asyik sebut nak shopping kat Don Qui Jote..Menyesal pulak aku cerita kat dia pasal kedai ni..

Don Qui Jote di Dotonbori.

Kalau nak tau, kedai ni la tempat jualnya barang-barang mak nenek dari ubat gigi hingga ke handbag jenama LV!!

Don Qui Jote ada banyak cawangan di Jepun ni, tapi di Osaka, cawangan le yang paling famous dan ianya dibuka 24jam.

Kalau nak cari kedai ni, tak perlu gigih baca tulisan Jepun, tapi cuma perlu ingat anak patung itik biru dengan pakcik gemuk je sebab ianya adalah icon Don Qui Jote.

Harga barang-barangnya pun boleh dikatakan berpatutan kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai lain di Jepun ni.

Kedai ni ada lebih kurang 7-8 tingkat semuanya.
Setiap floor diasingkan ikut jenis keperluan. Ground floor jual segala jenis snack jepun.

Ada floor untuk pakaian perempuan, floor pakaian lelaki, barang dapur, beg & kasut..dan banyak lagi..Manakala floor atas sekali untuk branded item.

Luggage..Aku hampir beli luggage kat sini sebab aku suka tengok minah-minah Jepun bawak luggage ni sambil berlari.Pastu corak die fancy & stylo pulak tu..

Kami naik setiap floor nak tengok barang-barang yang dijual walaupun dengan terhinjut-hinjut...dah sampai level 6, baru tau kedai ni provide escalator..

Lorr..penat tau naik tangga..

Akhirnya sampai le kami level paling atas yang mana kat sini le jual barang-barang jenama..

Aku survey jugak Baby G & G-shock, tapi kenapa ntah mood shopping takde sebab aku menahan sakit kaki.




Kemudian mata aku terarah pada handbag...

Tibe-tibe berubah jadik Fazura & Maya Karin kejap.

Oh My Gucci!!Oh My Prada!!Oh My LV!!Oh My Coach!!Oh My Channel!!

Semua ni Ori ke???

Bile tilik harganya, memang betul macam ori.

Dan aku pernah dengar yang orang Jepun tak main barang imi,beb!!!

Akhirnya aku terima hakikat yang ianya original...

LV!!
Prada!!
Coach!!

Jalan lagi, jumpa section LV  secondhand..Tapi aku cuma mampu telan air liur je la tengok harga tu.

Jalan lagi, tenampak section Tiffany & co, Swarovski...

OMG!! Ko letak cam gitu je??

Ni yang aku nak buat tabik spring dengan Jepun ni.

Dah habis ternganga tengok barang-barang high class ni, kami keluar dari Don Qui Jote.

Tau ape yang kami beli??

Cuma beli Kit Kat je...Punye bersemangat nak masuk shopping, Kit Kat jugak yang dibeli...

Harga KitKat kat sini tak salah aku dalam Y840 sekampit dan aku amik macam-macam perisa. Ada cinnamon tea, green tea, strawberry, coffee...Aku cari perisa wasabi, tapi de le pulak...

Dah keluar dari Don Qui Jote, kami perlu cari kerusi nak duduk sebab kaki dah sakit sangat dah ni..

Aku ajak masuk kedai makan kat sebelah, adik aku tak berani. Akhirnya aku buat keputusan lepak depan Don Qui Jote, tepi sungai untuk rehatkan kaki kami yang makin sakit.

Depan Don Qui Jote ni ada jety untuk naik river cruise yang akan lalu sepanjang sungai di Dotonbori area ni.
Disebabkan Osaka Unlimited Pass tu pun termasuk dengan  tiket free untuk naik river cruise, so kami decide untuk naik cruise ni.

Hampir 20 minit menunggu dalam sejuk beku tu, sampai le river cruise ni..Masa nak naik pekerja dia agihkan selimut..Fuhh..legaa...Terima kasih le kerana memahani ksejukan ini...

Naik river cruise ni, sebenarnya nak hilangkan lenguh kaki je sebab kami nak duduk tapi waktu ni le kaki kami makin sakit sebab bila duduk kat luar dengan suhu sejuk, aku rasa urat betis aku makin frozen.....arrggh..tak tahann..

River cruise yang kami naik. Tapi gambar ni waktu petang sebelum kami masuk Don Qui Jote.
Duduk atas river cruise, dapat le tengok kemeriahan signboard area sini.




Habis pusing area sini, kami berjalan balik ke station melalui kedai-kedai pakaian..

Maka, di sinilah aku sempat sambar 2 helai winter coat dengan harga Y2900 (RM92)..kire murah la tu kalau nak dibandingkan dengan Malaysia yang iklim khatulistiwa ni..

Nak balik ke hotel, kali ni kami tak perlu nak transit kat mana-mana station since naik Midosuji Line dan akan berhenti terus di station Nishinakajima, dekat dengan hotel kami.

Dah sampai bilik, berendam dalam bath tub dengan air panas, terus lega urat-urat kaki aku...memang terasa nikmatnya. Baru le aku tau kenapa orang Jepun suka berendam dalam Onsen..aku dah dapat 'feel' die walaupun aku cuma berendam dalam bath tub je..hikhik..

Lepas tu baru le makan maggi dan kemudian buat stretching, tampal koyok, sapu minyak gamat & yoko-yoko...Lepas tu baru le dapat tidur..

Terapi perlu dibuat sebelum tidur supaya esok pagi boleh bangun sihat dan walafiat..lagipun esok kita perlu berlu bersaing dengan warga Tokyo yang jalannya laju macam palesit..

Yeah!!Esok kita akan ke Tokyo sekali lagi...

Bersambung....

p/s ; Lepas seminggu balik dari Jepun, tibe-tibe aku dapat whatsapp dari Nobita "Aku tengah tengok gambar kita kat Jepun ni, apasal le mase lepas Don Qui Jote tu kita tak masuk ke restoran takoyaki @ ketam tu dari duduk atas river cruise tu kan??"

Aku speechless....

6 comments:

  1. Tak bengkak ke mata sebab rambang sangat hahahaa.. tapi bila baca dia punya Terapi.. takut pun ada hahaaa..
    Not bad la RM 92.00 untuk dua baju sejuk.. murah kat malaysia tak dapat tu huhuuu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata tak bengkak, tapi hati yang bengkak sebab tak dapat beli.hahahha
      Eh..salah laa..pembetulan tuu..RM92 sehelai tauuu..hihih

      Delete
  2. ape nama kedai yang jual beg tu?

    ReplyDelete
  3. ape nama kedai yang jual beg tu?

    ReplyDelete