Ni adalah peta lokasi kedudukan Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina. Ketiga-tiga tempat ni menjadi lokasi penting untuk jemaah haji menunaikan fardhu haji.Kalau kat Mina tu, korang nampak putih-putih tu adalah khemah-khemah untuk jemaah haji bermalam..besar kan kawasan die..Sementara tu, Jabal Rahmah pula terletak di Arafah.
Jabal Rahmah
Kami singgah di Jabal Rahmah. Nabi Adam AS telah dibuang ke Sri Lanka dan Hawa pula dibuang di Iraq.Di sinilah tempatnya Nabi Adam AS bertemu dengan Hawa setelah dibuang ke bumi. Dikatakan mereka berjumpa setelah 200 tahun terpisah.
Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir yang diturun pada Nabi Muhammad SAW ketika melakukan wukuf. Wahyu tersebut dimuatkan dalam Surah Al-Maidah(5):3 yang berbunyi;
“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku ridhai Islam itu jadi agama bagimu. ….."
Bagi sahabat-sahabat Nabi, apabila turunnya ayat ini mereka rasa sedih kerana mereka dapat merasakan kewafatan Rasulullah dalam jangkamasa terdekat.
Sebelum menunaikan umrah, ramai yang sempat berpesan, kalau dah ke Jabal Rahmah tu jangan lupa doa jumpa jodoh. Tapi bila sampai sini, mutawif aku cakap tak perlu le beria-ia panjat Jabal Rahmah tu nak berdoa. Lagi pun, kita sekadar menziarah je. Dalam nas pun takde cakap yang tempat bermustajab untuk berdoa di Jabal Rahmah. Cuma kita digalakkan berdoa bersempena tempat pertemuan Adan dan Hawa sahaja.
Bila difikirkan balik, memang betul pun. Yang aku tahu tempat untuk mustajab untuk berdoa di bumi Makkah cuma di Multazam, Hajar Aswad,Hijir Ismail, Makam Ismail, dan semuanya di dalam Masjidil Haram.
Aku dengan adik cuma mendaki separuh bukit je sebab ayah aku kat bawah ni sibuk dok melambai kami suruh turun. Ade sorang pakcik yang naik bas sama kami sempat panjat sampai atas. Die cakap ade orang mane ntah sempat lagi solat berkiblatkan tiang monumen atas bukit tu.Ini le yang dikatakan terlalu taksub.
Atas; Gambar di Jabal Nur.
Bawah: Jabal Rahmah
Jabal Rahmah di waktu musim umrah memang tak ramai jemaah.
Jabal Rahmah dari pandangan atas di waktu musim haji.
Masjid Namira di waktu musim haji. Masjid ini terletak di Padang Arafah dan digunakan sekali sahaja untuk setahun iaitu di hari wukuf.
Ji'ranah merupakan tempat bermiqat utama bagi yang mengerjakan umrah selain Hudaibiyah dan Tana'im. Para ulama' berpendapat Ji’ranah merupakan tempat miqat umrah yang paling afdal bagi penduduk Makkah.
Kemudian kami pulang untuk meneruskan umrah. Waktu kami sampai belum masuk Zuhur jadi sempat le kalau nak tunaikan umrah.
Gambar sekitar Bandar Makkah.
Umrah Ke-2
Hari kedua kami di sini, kami mengerjakan umrah yang ke-2. Sebenarnya berat jugak aku nak share peristiwa yang terjadi di hari kedua ni sebab bagi aku peristiwa ni betul-betul menguji keluarga kami.
Memandangkan kami datang dengan warga tua iaitu tok aku, jadi kami tau pergerakan mestila limited sebab taknak tok aku penat.
Memandangkan kami dah bermiqat di Jiranah,waktu sampai di hotel jam 12.00tghari sempat lagi sebenarnya kalau nak start tawaf dulu sementara tunggu Zuhur. Tapi kami cadang nak start lepas lunch dulu sebab taknak lapar mase tawaf dan saei tu.
Tapi sebab kesiankan tok aku yang cepat lemah kalau bawah panas terik, kami cadang buat selepas asar, waktu redup sikit. Kebetulan ayah aku pulak memang dah niat nak jaga tok aku masa tawaf dan saei dan tok aku pulak nak buat dengan anak lelaki kesayangan die tu, jadilah aku, mak dan adik buat tawaf dulu.
Jadi kami lepas Zuhur, aku, mak dan adik keluar untuk tawaf dan saei sementara ayah, tok dan toksu pulak start lepas Asar. Kami dah cakap dengan ayah awal-awal,mungkin kite jumpa lepas Isyak je la sebab kalau kami balik hotel lepas Asar pun ayah tak mungkin siap umrah lagi.
Dan aku, mak dan adik teruskan buat tawaf dan saei dan kami selesai lepas solat Asar. Bila difikirkan balik, aku cakap ngan mak "Sempat lagi ni mak,kalau kite balik hotel tidur kejap.." Mak pun cakap "okeyla,kita balik.".
Tapi on the way keluar dari Masjidil Haram tu, kami ingat nak explore dalam Masjidil Haram, so kami jalan-jalan pusing masjid. Nama je pusing masjid, tapi disebabkan terlalu besar, memang lenguh le kaki kami. Pastu bile keluar dari masjid, terjumpa pulak toilet. Selama ni tak pernah jumpa toilet..Tapi nak masuk toilet pun bawah tanah, dua tingkat..Kaki kami pun sebenarnye dah tak tahan dah nak naik turun tangga. Akhirnye kami buat keputusan tak balik hotel dan tunggu je Maghrib dan Isyak kat masjid.
Peta Masjidil Haram. Laluan biru tu laluan yang kami pusing dalam Masjidil Haram dari tempat saei hingga sampai ke kawasan toilet(tanda kuning). Selama ni kami keluar masuk ikut pintu King Aziz yang bertanda merah je..Kalau nak menapak balik ke hotel memang tak sanggup lagi dah..
Maka tunggu le kami tiga beranak kat masjid dari Magrib hingga Isyak. Mula-mula aku dengan adik ingat nak pi cari kebab kat dalam bazaar dekat masjid tu,tapi sebab kaki kami sakit tak tahan sangat batalkan je la..
Hilton Hotel yang terletak sebelah menara jam.
Dalam Masjidil Haram, level atas bahagian solat perempuan.
Saei..gambar-gambar ni snap mase berehenti rehat untuk saei.
Nampaknye hari tu memang penat sangat kami tiga beranak. On the way balik dari masjid lepas Isyak tu, aku sakit pinggang sebab banyak sangat jalan.So tak boleh jalan menegak,jadi le aku nenek bongkok tiga. Adik aku plak sakit kaki, terpaksa jalan seret.Mak aku plak, sakit perut dah nak kene gastrik sebab dah lapar. Macam kelakar pun ade 3 beranak ni jalan macam-macam pesen.
Dah sampai lobby hotel, kami duduk dulu kat sofa hotel,sambil tunggu ayah,tok dan toksu aku.Sambil-sambil tu dok berborak,"Mungkin ayah dah siap kot umrah..Camne la ayah bawak tok tu.."
Mula-mula aku nampak Toksu aku masuk hotel,die tanye kami.."Haa..Dah jumpe dah Tok mu?"
Kiteorang jawab "Jumpa apanya..Dok tunggu ayah la ni..Toksu dah makan?Gi la naik makan dulu,takpe kami tunggu ayah kat bawah makan sekali ngan ayah.."
Yang Toksu aku ni dah buat muka bingung,terus naik atas.
Adik aku pulak nak naik atas dulu sebab nak pergi toilet.Jadi aku ngan mak tunggu la kat bawah.
Tibe-tibe ayah aku datang dengan muka pucat.
"Jumpa Mak (Tok ) dah?"Die tanye mak aku..
"Mak kat mane?" Mak aku tanye die balik..
"Kite terpisah ngan mak mase nak sembahyang Asar lagi.Polis pompuan tu dok halau kite, terus tak jumpa Mak sampai sekarang."
Zasss...
Macam halilintar aku dengan Mak aku dengar. Ya Allah...Aku tak boleh bayangkan camne Tok aku yang tua tu sesat sorang-sorang dalam masjid.
"Ayah dah berapa kali dah ulang alik masjid kot-kot Tok dah balik hotel."
Bile dengar ayah aku cakap camtu, aku dah tau yang ayah aku dah lelah & dah lama panik sebab terpisah dengan Tok. Jadi aku terus lari keluar dari hotel nak ke masjid nak cari Tok.
Dari tadi sakit pinggang dah hilang bila dengar ayah dengan Tok terpisah kat masjid tadi. Mak pulak muka dah takde darah dah..Ayah toksah cakap laa..
Tapi elok je aku keluar hotel, aku nampak tok aku dipimpin oleh sorang nenek tua dan cucu lelaki nenek tua tu.
Aku terus terkam tok aku. Ya Allah,hanya tuhan je yang tahu waktu tu bersyukur sangat sebab ade orang bawak Tok aku balik.
Dan aku amat berterima kasih sangat dengan budak lelaki tu.*Aku tak sempat nak ucap terima kasih kat dia sebab bile die tengok Tok aku dah jumpa keluarga,terus dia lari. Mungkin sebab die taknak kami bayar duit selipar yang dia belikan untuk Tok aku sebab Tok aku hilang selipar masa nak keluar masjid.
Maka terjadilah sessi jejak kasih depan hotel.*sambil kesat air mata dan urut dada.
Tok aku cerita,lepas pengawal tu halau ayah aku dari solat sebelah Tok *sebab tak boleh solat sebelah perempuan, tok aku banyak kali kene halau.Lepas satu tempat,satu tempat die kene halau sebab tempat die berenti nak solat tu laluan orang.
*Situasi ni hanya orang yang pernah sampai Masjidil Haram tau le camne sebab time imam dah nak start solat fardhu, memang jemaah akan kalut cari kawasan untuk solat.Jadi ramai jemaah akan 'park' mana yang sempat. Sebab tu pengawal ni ditugaskan 'halau' jemaah dari solat di tempat laluan orang.
Dia cuba cari balik ayah aku kat tempat mula-mula terpisah tapi tak jumpa dan Tok aku pun duduk kat kawasan tu tak ke mana-mana. Dan ayah aku pun memang asyik dok cari Tok kat tempat sama, tapi Allah Maha Besar, memang ayah aku tak nampak Tok.
Tok cakap, nasib baik die pakai tag nama yang gantung tu, jadi ada jemaah dari Malaysia call mutawif Tiram. Mutawiff tu dah janji nak ambil Tokdekat dengan polis yang jaga kat Gate King Aziz. Tapi faham-faham je la bile orang ramai sangat, die tak jumpa Tok aku. Jadi ade famili Malaysia ni bawa Tok aku duduk dulu dan bagi makan dan tenangkan kat Tok aku, jangan risau, lepas Isyak nanti die akan hantar Tok balik ke hotel.
Nasib baik le jumpa family Malaysia ni yang temankan Tok aku sepanjang dok kat masjid tu.
Cuma yang kesiannya ayah aku le, 4-5 kali lari balik hotel kot-kot dah ade orang hantar tok aku pulang.
Bila difikirkan,memang ditakdirkan ayah aku diuji sorang diri sebab kalau ikutkan aku, adik & mak nak balik hotel lepas solat Asar, tapi kami tukar program tak jadi balik. Mungkin kalau balik time tu dapat ringankan beban ayah aku yang sorang diri berlari sana sini cari Tok.
Sebabnye time adik aku nak masuk bilik, adik terbaca nota yang ayah tinggalkan untuk kami yang cakap Tok dah hilang. Tulisan ayah pulak time tu memang nampak sangat terketar-ketar menulis.
Terus dia berlari turun cari aku dengan mak kat bawah.*yang tadi dia jalan terseret pun terus ok.
Tapi bile die sampai bawah, die tengok Tok dah ade dengan kami.
Lepas tu aku dengan adik pegi beli kebab depan hotel nak kasi ayah dengan tok makan sebab ayah tak makan ape pun.
Depan kedai kebab pulak, adik aku dok wat drama swasta menangis teresak-esak sebab teringat ayah sorang-sorang panik cari Tok..
"Kesian ayah,Along..Kalau kita balik tadi pun takpe..Kalau tau camni, baik tok buat tawaf ngan kita je.."sob..sob..
Tuan kedai tu tengok je kami. Yang aku pulak tak tau nak buat camne..sedih memang la sedih, tapi nak tergelak pun ade die dok wat drama swasta depan kedai kebab.. Kalau teresak-esak menangis depan Baitullah, orang paham la..
Korang boleh faham tak situasi kehilangan Tok aku yang ceritakan ni?
Tak paham pun tak pe la, tapi sebagai pengajaran kalau jemaah lelaki dan perempuan nak solat sebelah menyebelah, boleh le solat kat kawasan luar MasjidilHaram ataupun kawasan saei. Sebab kat bahagian dalam tu dah diasingkan lelaki -perempuan. Kalau nak solat kat dalam jugak, datang awal, sekurang-kurangnya sejam sebelum masuk waktu. Jadi boleh le cari saff..
Macam dalam situasi ayah dan Tok aku, kalau dia datang awal, die boleh letakkan Tok kat kawasan saff perempuan dan janji lepas solat, ayah akan cari Tok kat tempat sama dia letakkan Tok. Tapi silapnya diorang sampai waktu imam dah nak start solat.
Maka selesailah umrah kedua untuk aku, adik dan mak hari tu. Untuk Ayah, Tok dan Toksu pulak, tak selesai lagi. Disebabkan diorang tiga orang terlalu penat, jadi diorang naik tidur dulu dan bangun awal untuk buat tawaf dan saei esok pagi.Jadi diorang malam tu kena berjaga-jaga sebab masih lagi dalam ihram.
No comments:
Post a Comment