Wednesday, October 16, 2013

Preparation to Japan :Pengembaraan Doraemon dan Nobita!!!

Entry ni sebenarnye dedicated untuk adik aku yang mana kami berdua dah plan nak travel ke Jepun awal January 2014. Seperti biasa, budak kememeh a.k.a Adek aku tu serahkan sebulat-bulat keputusan sepanjang journey kami kat sane dari segi penginapan, train, tempat nak pegi.*sigh..

Memang takde masalah bagi aku sebab aku memang suke dok korek info pasal Jepun. Tapi nak tak nak aku kene explain kat die jugak pasal trip kami, contohnye JRPass camane, nak g melawat kat mane, berapa hari bermalam kat Osaka, berapa hari kat Kyoto..Dengan itu terjadila entry ni bagi memudahkan aku explain kat die berdasarkan gambar dan map.Tapi kalau ini pun die malas nak baca jugak, memang kene siku le ko

Intro
Kami pergi 13 - 20 January, selama 1 minggu berdua saje.
Mendarat??Kami mendarat di Osaka. Salah satu sebab aku tak nak mendarat di Tokyo ialah sebab aku nak cuba elakkan hadap map subway di Tokyo tu  yang padat, likat, menyegat berbanding dengan Osaka. Maklumle, bile sampai tempat baru kite mesti nak amik feel dulu memandangkan otak kite akan blurr mula-mula sampai.

Jadi dah sampai Osaka nak pegi mana??
Kita akan pegi ke Hiroshima, Fukuoka, Kyoto, Nara, dan Tokyo. Kenapa tak nak gi Sapporo??Sebab aku malas nak study lebih.. Lagipun kalau aku tengok salji kang, makin beku otak aku. Dah le trip ni memang aku sebagai ketua merangkap Doraemon. Bawak pulak Nobita yang akan mengekor je..
Dah, sila hadap map Jepun dulu kalau nak tau mane tempat-tempat ni.


Penginapan
Penginapan di Jepun ni memang lain dari yang lain. Rate bilik hotel yang standard yang minimum biasanya RM300 semalam. Kalau pandai cari boleh le amik bilik hotel yang standard. Tapi aku lagi suke kalau amik hostel sebab boleh jumpe traveler lain. Rate untuk hostel ni ialah RM90 sorang bagi female dorm.

Sehingga entry ni ditulis, aku dah berjaya book hotel melalui Agoda & Hostelworld. Dan aku berjaya kurangkan budget penginapan aku dari seorang RM600 (6Night) kepada RM500(6Night).
yeay!!!
Hiroshima : Hiroshima Hana Hostel
Osaka : Shin Osaka Sunny Stone Hotel
Kyoto : Haruya Aqua Hotel


Makan & Minum
Bile dah sampai Jepun, aku tak verangan pun nak masuk makan dalam restoran die memandangkan aku tau kos seorang makan pun boleh cecah RM50 sekepala. Lagi-lagi la bile takde travel guide ni, dengan masalah nak order menu lagi, silap beratus aku kene. Jadi, NO RESTAURANT!!

Jadi solution die, kite bawak le bekal banyak-banyak. 3 in 1, maggi, berahim, serunding, roti gardenia, sandwich tuna...ape lagi??
kalau ikutkan beras dengan periuk nasi pun aku nak bawak, tapi bile pikirkan, baik aku beli Onigiri kat convenient store je nanti.

Transportation Over Japan                                                                                                                                                          

JR Pass
Umum dah tau yang sistem pengangkutan utama orang awam di Jepun ialah keretapi. Dari tahun 1970-an lagi Jepun dah wujud keretapi berkelajuan tinggi(Shinkansen). Mase tu kite baru merangkak. So tak heran le kalau Shinkansen diorang hari ni boleh cecah kelajuan 500km/j.

Tapi kalau nak naik shinkansen ni memang le mahal,same taraf dengan tiket flight. Harga tiket Shinkansen Tokyo-Osaka regenye dalam RM700 sehala.Tapi kelebihannye kite tak perlu nak tunggu kat departure hall macam kat airport. So dah jimat masa kat situ

Jadi sebab tiketnye yang terlalu mahal, ada alternative lain  untuk pelancong yang datang ke Jepun. JRPass ni disediakan khas hanya untuk foreigner yang duduk di luar Jepun saje. Even orang Jepun yang dok M'sia pun tak boleh beli JRpas. Kalau nak beli pun, sila beli di negara masing-masing then bile sampai Jepun,baru boleh tukar pada tiket yang sebenar-benarnye.

Dengan JRPass ni kita boleh plan nak kemana-mana seluruh Jepun dengan naik Shinkansen. JRpass juga valid digunakan di subway,bas,serta feri di bandar-bandar utamanya yang ada train undername JR .Tapi di Tokyo,ade dua jenis train yang tak dicover oleh JR iaitu Metro dan Toei. Tapi ade pass lain jugak yang cover subway di Tokyo.

Harga JR Pass??Memang telan air liur le makk..lagi mahal dari tiket flight aku.
RM1000 untuk pass 7 hari..nyummm..nyumm...

Tapi pass ni akan berbaloi kalau korang plan travel antara bandar besar sebagai contoh Tokyo-Osaka-Hiroshima-Fukuoka-Sendai-Sapporo. Kalau setakat nak cover area Kansai (Osaka-Kyoto-Kobe-Nara) baik tak payah ambil.

Willer Express
Tapi kalau rasa JR Pass terlalu mahal, tak pe..ade lagi satu solution yang menggantikan perjalanan jauh yang menggunakan shinkansen ni..iaitu bas ekspress..
Waa..bas ekspress je??
mak cik oii..bas ekspress die tak macam kite. Bas ekspress die pun canggih.

Ni antara contoh seat bas willer ekspress yang bagi aku berbeza dengan seat bas ekspress kite.

Jenis Pas Bas





Meh aku bagi contoh kalau kite nak plan dengan menggunakan Willer Bas ni dalam masa 7 hari sepanjang kita di Jepun dan ambil 3 day pass
  • Day 1 & Day 2 : Round Tokyo. Malam Day 2 *ambil bas ke Hiroshima
  • Day 3 : Round Hiroshima
  • Day 4:* ambil bas ke Osaka
  • Day 5 & Day 6 : Round Osaka & Kyoto
  • Day 7 :  *Ambil bas ke Tokyo
* ini le yang dimaksudkan 3 days pass. die akan kira berapa kali kite akan gunakan bas ekspress tu.

Selain tu, boleh juga boleh tengok contoh route perjalanan yang lain.


Contoh Route yang diorang sediakan

Kalau guna Willer Ekpress juga, sebenarnye kite dapat jimatkan kos penginapan sebab kalau dapat naik bas malam kite dah tak perlu sewa hotel dah.hihi..

Boleh tengok website die untuk tau lebih detai pasal willer ekspress ni.
Dan aku?kenapa tak ambil pass ni tapi amik JR Pass??
ermm..sebabye aku malas nak cari bas station bile nak naik bas ni. Bile aku tengok map overall Jepun, yang aku banyak jumpe ialah logo train. So, aku tau akan jadi masalah untuk aku nak survive kalau nak cari bus station ni. Lagi pun ini festime aku pegi Jepun, mesti nak naik Shinkasnsen..In sya Allah, kali kedua pegi, aku amik bas le pulak..hihi



Transportation in Tokyo
Nak cerita pasal sistem train di bandar besar Tokyo ni sebenarnye buatkan aku muntah ijau bile dok study lane subway yang berselirat tu.

 Sile study Tokyo Subway Route Map ni ye..*sambil muntah ijo

Memandangkan aku akan ambil JR Pass, takde masalah sebab aku boleh naik train yang under JR. Tapi masalahnye kat sini, kebanyakan lane under JR tak banyak cover tempat-tempat menarik tapi subway Metro (9line) dan Toei (4 line) yang banyak cover. Bagi Metro Line & Toei Line ade pas yang diorang sediakan:-
  •  Tokyo Metro 1- Day Open Tiket
    • Adult : 710yen    Child : 360 yen
    • Valid : All Tokyo Metro 
    • Refunds available before tickets used within the valid date period. In this case, a handling fee of 210 yen is charged.
  •  1-Day Ticket for Tokyo Metro & Toei Subway
    • Adult : 1000yen    Child : 500 yen 
    • All Tokyo Metro and Toei Subway lines
  •  Tokyo Combination Ticket
    • Adult : 1580yen    Child : 790 yen
    • Valid : All lines of Tokyo Metro, Toei Subway, Toden, Tobus (except special late-night buses and buses with seating capacity restrictions), all routes of Nippori/Toneri Liners, and all JR lines within the metropolitan district

Transportation in Osaka
Di Osaka pula ade Osaka Unlimited Pass. Pass ini boleh cover  train, buss dan subway free dan juga ada free/discount admission bagi 40 tempat menarik di Osaka. Ada dua pass iaitu 1 Day Pass (2000Yen) dan 2 Day Pass (2700 Yen).

Kat mane kalau nak beli?Dekat Osaka laa..ingat ade jual kat Malaysia jugak ke??
  • Osaka Visitor Information Centre-Shin Osaka,
  • Osaka Visitor Information Centre-Umeda
  • Osaka Visitor Information Centre-Namba (Namba Minami?)
  • Osaka Visitor Information Centre-Tennoj (Tennoji-sama??)

Transporatation in Kyoto
Kyoto merupakan bandar lama Jepun, jadi subway kurang digunakan. Pengangkutan awam kat sini lebih banyak menggunakan bas. Nak guna JR Pass untuk naik train pun boleh, tapi seperti yang aku katakan, ia tak menyeluruh. Kesudahannya kita akan banyak menapak.

So, ada pass yang disediakan sebagai kemudahan korang iaitu Kyoto City Bus One Day Pass. Korang boleh study kat sini,backpakers busuk ade cerita detail pasal bas ni.

Lokasi nak beli bas ni senang je. Cari je convenience store macam Lawson ke..ataupun cari je kat information kaunter city bus kat Kyoto Station.
  • Harga 500 Yen (RM 20)
  • Boleh guna untuk sehari (unlimited)
  • Ada juga pass untuk 2 day


ITINERARY IN JAPAN
Okey, dah habis cerita pasal transportation di Jepun, sekarang  nak cerita pasal itinerary aku pulak.

13 January.(Isnin)
  • Naik flight jam 2 ptg,dijangka sampai sane jam 10malam.
  • Tup tap baik tido kat airport.
  • Jimat kos,lagi satu awal pagi esok boleh aktifkan JR Pass terus.
14January (Selasa)
  • 6 pg. -gerak ke Hiroshima
  • 10pg - sampai di Hiroshima
    • check in hotel,letak beg dulu. 
    • bergerak ke Miyajima
  • 12tgh -keluar dari Miyajima,bergerak ke Fukuoka
  • 2ptg - sampai Fukuoka, Fukuoka surrounding (Fukuoka Tower, Yahoo Dome, Hardrock cafe Fukuoka)
  • 4ptg - ke Mojiko Town
  • 5ptg - balik ke Hiroshima
  • 6ptg - sampai Hiroshima
  • 7mlm - round bandar Hiroshima
 
 Miyajima-Tori Gate dalam air.

Photos of Old Mojimitsui Club, Kitakyushu
This photo of Old Mojimitsui Club is courtesy of TripAdvisor
 Kenapa nak pegi Mojiko Town?Sebab aku perasan architecture kat sini lain dari lain sekitar Jepun.


15January(Rabu)
  • 7pg-ke Hiroshima atomic memorial
  • 9pg-bergerak ke Osaka
  • 11pg-sampai Osaka,check in hotel
  • 12tgh-gerak ke Nara
  • 3ptg-gerak ke Kobe
  • 5ptg-balik ke Osaka
    • USS 
    • Dotonbori area
 Photos of Atomic Bomb Dome, Hiroshima
This photo of Atomic Bomb Dome is courtesy of TripAdvisor
Salah satu kesan tinggalan Bom Atom. Ni yang aku nak jumpa sangat nih

Photos of Nara Park, Nara
This photo of Nara Park is courtesy of TripAdvisor
Nara Park. Salah satu ikon kat sini, rusa berlambak!!

 Photos of Kobe Harborland, Kobe
This photo of Kobe Harborland is courtesy of TripAdvisor
Kobe Harborland, ikon bandar Kobe
Photos of Dotonbori, Osaka
This photo of Dotonbori is courtesy of TripAdvisor
Dotombori Area. Signboard orang berlari tu..kalau tak jumpe signboard ni kire tak pernah sampai Osaka laaa

16January (Khamis)
  • 6pg - gerak ke Hakone
  • 4ptg-balik dari Hakone
  • 6ptg -Osaka Surrounding
    • Umeda Sky Building
    • Osaka Castle
Photos of Lake Ashi (Ashinoko), Hakone-machi
This photo of Lake Ashi (Ashinoko) is courtesy of TripAdvisor 
Kat sini boleh ambil Hakone free pass. Pass ni boleh una untuk 2 hari.Tapi sehari pun dah banyak boleh cover. Banyak boleh buat aktiviti sekitar Mt. Fuji ni. Salah satunye boleh naik kapal ni.

Photos of Osaka Castle, Osaka
This photo of Osaka Castle is courtesy of TripAdvisor

Photos of Umeda Sky Building - Floating Garden Observatory, Osaka
This photo of Umeda Sky Building - Floating Garden Observatory is courtesy of TripAdvisor

17 January (Jumaat)
  • 6pg- gerak ke Tokyo.
  • 9pg-sampai di Tokyo
    • ke Odaiba-Disneyland
    • ke Shinjuku
    • ke Asakusa
  • 3ptg -balik ke Osaka
  •  6ptg-Osaka Surrounding
    • Ferris Wheel
Photos of Odaiba, Minato
This photo of Odaiba is courtesy of TripAdvisor
Kenapa nak pergi sangat Odaiba ni??Sebab aku nak pergi New York!!

Photos of Asakusa, Taito
This photo of Asakusa is courtesy of TripAdvisor
Tempat nak shopping souvenior. Katenye kat sini paling murah walaupun harga die tetap mahal. kihkih

Photos of Tempozan Ferris Wheel, Osaka
This photo of Tempozan Ferris Wheel is courtesy of TripAdvisor

18 January(Sabtu)
  • 6pg-gerak ke Tokyo
    • Shibuya
    • Harajuku
    • Akihabara
  • 2ptg-balik ke Osaka
  • 5ptg-Osaka Surrounding
Photos of Shibuya Pedestrian Scramble, Shibuya
This photo of Shibuya Pedestrian Scramble is courtesy of TripAdvisor


Photos of Harajuku Takeshita-dori, Shibuya
This photo of Harajuku Takeshita-dori is courtesy of TripAdvisor
Memang saje pilih hari sabtu sebab time weekend ni le 'anime' tu akan keluar.

Photos of Akihabara, Tokyo
This photo of Akihabara is courtesy of TripAdvisor


19January(Ahad)
  • 7pg-gerak ke Kyoto
  • 8pg-sampai Kyoto,check in hotel
  • 9pg- Kyoto Surrounding
    • Kiyomizu Temple
    • Fushumi Inari
    • Golden Pavilion Temple
  • 4ptg-ke Gion
    • Hanamikoji Street
Photos of Kiyomizu Temple, Kyoto
This photo of Kiyomizu Temple is courtesy of TripAdvisor

Photos of Fushimi Inari Shrine, Kyoto
This photo of Fushimi Inari Shrine is courtesy of TripAdvisor

Photos of Golden Pavilion (Kinkaku-ji), Kyoto
This photo of Golden Pavilion (Kinkaku-ji) is courtesy of TripAdvisor


Photos of Hanamikoji Street, Kyoto
This photo of Hanamikoji Street is courtesy of TripAdvisor

Photos of Hanamikoji Street, Kyoto
This photo of Hanamikoji Street is courtesy of TripAdvisor
Geisha Hunting


20 January(Isnin)
  • 8pg- Kyoto Surrounding
    • Arashiyama
    • Sagano Romantic Train
  • 2ptg-Osaka surrounding
    • Cover mana yang tak sempat
  • 11mlm-naik flight balik
Photos of Arashiyama, Kyoto
This photo of Arashiyama is courtesy of TripAdvisor



Sagano Romantic train

Sekian..
*Aku mengharapkan traveller yang dah pernah ke sana bagi pendapat mengenai itinerary aku ni.Mungkin nampak padat sebab aku stay di Osaka, tapi gigih naik shinkansen ke Tokyo.Tapi aku cube minimumkan masa untuk berada di satu-satu tempat.
*Gambar-gambar ni semua hakmilik tripadvisor.ye laa,aku tak sampai lagi nak tempek gambar ape..

12 comments:

  1. Replies
    1. aminn..walopun lambat lagi nak pegi,tapi semoga tiada halangan

      Delete
  2. Pergghhh.. buat study mmg terbaik.. assignment mcm student final year kat uni hahahaa... bagus la.. excited jugak.. sebab kita pun tak pernah ke jepun lagi nie :D hahhahaa.. good luck la

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..memang kene study lebih..buatnye tersesat sane, susah nak communicate.
      semoga dapat sampai jepun jugak!!..hihi

      Delete
  3. wah~ teringin sangat nak pergi jepun.... berapa kos perbelanjaan untuk 1 minggu di sana... boleh la share dengan saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saye tak pergi lagi,so tak boleh nak komfirmkan berapa budgetnye..
      tapi boleh agak habis RM3.5k untuk flight pegi balik+penginapan+makan minum +train selama seminggu kat sane.kalau nak lagi mewah RM4k le..

      Delete
  4. wahhh..bagus research ni..panjang sgt..aku scroll down je..
    nti print yg ni la..aku study yg ni jah..ngeh ngeh ngeh..muah*

    ReplyDelete
    Replies
    1. selepas 2 bulan mu baru nak baco?
      cesss..aku tembak jugok mu nii...

      Delete
  5. Salam. Hi! sy terjumpa entry awk ni kat 1 blog ni + sy rs sgt interesting lagi2 bnyk tmpt awk pegi.Bole sy tau brapa awk habes utk keseluruhan trip awk? ada smpi 3k-4k? (flight,transport,hotel,shopping)..erm..selesa x tinggal di dorm?
    Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah siapkan entry pasal budget ni..boleh le awak refer sini

      http://hafeezafauzi.blogspot.com/2014/01/pengembaraan-doraemon-dan-nobita-ke_25.html

      Delete
  6. assalam
    saya pon selalu jd doraemon jugak
    boleh x nak pinjam full itinerary awak
    thank you

    nhidayah_86@hotmail.com

    ReplyDelete