Tuesday, May 19, 2015

Amazing China 2015 [Chongqing - Chengdu - Jiuzhaigou] : Budget Travel & Itinerary

Sebenarnye penat la aku nak cerita pasal budget. Bukan sebab tak suka, tapi sebab time aku nak buat entry ni aku tengah kopak. Nak kene cari duit lebih ni nak topup balik saving aku yang dah berkurangan.

*tibe-tibe ade suara ghaib "Sape suruh ko berjalan?"

Elloo...

Ni tiket free kowwttt...sape yang nak tolak rezeki..

Okey, perbentangan budget pada kali ni tak termasuk tiket flight KL-Chongqing (return)

Mula-mula budget aku nak pergi cuma 5 hari je dari 30 April - 4 Mei memandangkan cuti aku dah takde.

Tapi bile aku bagi tarikh tu kat AirAsia, die kate "Awak...awak tak boleh amik tarikh tu sebab flight 30th April tu kene transit di Bangkok. Kite boleh bagi kat awak tiket yang direct flight from AirAsiaX je. Jadi kite suggest awak pilih flight sama ada tarikh 28th April  ataupun 1st May"

"Alaaa...awak ni..rosak saye punye planning tauuu..Takkan saya nak amik flight 1st May pulak?Nanti tak sempat le saye pergi Jiuzhaigou.."

"Okey la..okey laa...saye pilih flight 28th April la.."

Nasib baik flight KL-Chongqing tu malam, selamat le cuti aku. Jadi hari tu gigih jugak aku pergi keje dan petang tu terus ke airport. Tapi yang tak syiok, sampai jam 12.30 malam kat airport sana,jadi terpaksa la aku tidor kat airport.

Flight balik Chongqing-KL pulak AAX postpone pada 5th May (12.05 am).

Ini menjadikan total perjalanan aku ialah 6 hari (full day) sebab flight pergi balik aku tengah malam.

Tapi takpe, aku suke je bile kene panjangkan tempoh journey, sebab dalam kepala aku dah nampak yang aku kene tambah satu lagi destination di Jiuzhaigou, iaitu HuangLong.

Tapi mesti bertambah budget aku. Lagi-lagi entrance fee mahal bapak gile, dan silap-silap aku kene sewa teksi one day untuk pergi ke tempat tu.

Mula-mula aku dah ready budget cuma nak sediakan RM1000 je untuk total budget termasuk accommodation, transport, fee masuk, makan, souvenir dan kos luar jangka.

Tapi sebab dah tambah lagi satu destinasi, terpaksa la aku tambah sikit lagi budget tu.

Sebelum cerita pasal budget, meh aku explain camane itinerary aku sepanjang 6 hari kat sana

Aku bercerita melalui peta.

Cewah!!

A = Chongqing
B = Chengdu
C = Jiuzhaigou
D = Huanglong
E = Wulong

Day 1: Sampai di Chongqing Airport jam 12.30mlm. 
Pagi; Round bandar Chongqing 
Petang; Ambil bullet train ke Chengdu
Malam ; Round bandar Chengdu
Day 2 : The whole day journey dalam bas Chengdu - Jiuzhaigou (10jam)
Day 3 : Jiuzhaigou National Park
Day 4 : Pagi ; Journey 3 jam  dari  Jiuzhaigou ke Huanglong Valley
Tengahari : Cover Huanglong Valley 
Malam (11.30mlm) ; Flight Jiuzhaigou to Chongqing
Day 5 : Sampai Chongqing, terus ke hotel.
Awal pagi ; ke Wulong Karst. 
Petang ; Back to Chongqing
Day 6 : Chongqing City sightseeing.
Malam (12mlm); Flight Chongqing to KL.


Info :

  • Normal route tourist nak pergi ke Jiuzhaigou adalah melalui Chengdu. Ini adalah route paling senang. Tapi kalau dari Xian, kene naik bas ke Mianyang, then naik bas lagi Jiuzhaigou. Route ni aku tak berapa arif, korang boleh survey tempat lain. Selain dari tu, korang boleh juga ke Jiuzhaigou melalui Lanzhou. 
  • Public transport nak ke Jiuzhaigou, hanya dengan bas. Bas pulak hanya bergerak awal pagi sahaja. Jam 10 pagi adalah last bus ke Jiuzhaigou. Bila malam, takde kenderaan yang akan melalui jalan ke Jiuzhaigou. Kalau naik bas dari Chengdu, boleh pergi ke Xinnanmen Station. Nak beli tiket ke Jiuzhaigou boleh beli on the spot atau petang sebelum bertolak. Tiket takde jual awal ye.
  • Kalau tak nak naik bas, boleh naik flight. Tapi kalau musim winter, banyak flight akan delay. Bukan setakat delay 1-2 jam..tapi sampai flight cancel. Antara sebabnya ialah cuaca dan geografi kat sana yang bergunung-ganang. Time aku naik flight balik ke Chongqing, aku boleh rasa yang flight tu melawan angin. Sahkan aku pun boleh rasa flight tu tak stabil, huyung hayang..Seramm..tawakal je, Kiah.
  • Bila waktu sesuai melawat Jiuzhaigou? Time winter : Entrance fee murah hampir separuh harga. Tapi banyak kawasan dalam Jiuzhaigou tu ditutup pada public. Flight pun banyak delay time ni. Summer/Spring  : Entrance fee mahal, tapi cuaca best sebab sejuk ala-ala Cameroon. Tapi bila pagi tu boleh beku jugak la. Tapi kene ingat, bile summer, akan selalu hujan. Jadi banyak landslide berlaku. Autumn : Entrance fee mahal tetapi paling cantik view sebab daun-daun dah berubah warna. Tapi kene hadap keramaian rakyat marhain China yang super padat. Padat tak pe lagi, tapi kalau dah hilang ekslusif tempat tu dek perangai orang die yang hazab, redha je la. Tapi elakkan tarikh 1st-10th Oktober sebab time ni Republik China cuti seminggu (National Golden Week). Semua kilang tutup operasi, jadi korang boleh bayangkan camane penuh rakyat die.
  • Hotel di Jiuzhaigou, better walk in atau call & booking bile dah sampai China. Bas akan berhenti di bus station Jiuzhaigou. Bila bas dah berhenti, akan ade promoter ahso- ahso datang offer hotel dan siap dengan transport untuk hantar ke Jiuzhaigou Entrance. Rate hotel antara RMB 50 hingga RMB 150 semalaman. Booking online dekat booking.com @ hostelworld lagi mahal dari walk in.
  • Location hotel paling bagus? Bukak map, cari  entrance masuk 'Jiuzhaigou Scenic Area'. Kemudian cari location 600m ke kiri. Situ adalah location paling strategik untuk berjalan kaki ke entrance Jiuzhaigou. Hotel banyak gile kat area sini. Muslim restaurant pun ade tepi jalan tapi korang kene alert dengan signboard tulisan 'Qing Zhen' kot cina la.
  • Nak ke Huanglong Valley? Kalau dari bandar Chengdu, boleh ambil bas di Chadianzi Bus Station ke Pekan Chuanzhusi. Kemudian keesokan hari boleh ke Huanglong Valley. Tapi kalau dari Jiuzhaigou, boleh naik bas di Jiuzhaigou Bus Station ke Huanglong Valley. Jarak Jiuzhaigou-Huanglong adalah 128km dan bas ade jam 7.30 pagi je. Kemudian, boleh balik ke Jiuzhaigou dengan bas yang sama sebab bas tu boleh tunggu passenger yang sama.  Kalau nak sewa teksi satu hari ke Huanglong pun boleh jugak (RMB500/taxi). Sewa teksi pun okey jugak, boleh mintak die berhenti stop kejap untuk snap breathtaking view sepanjang perjalanan ke Huanglong. Lagi satu, kat pekan Chuanzhusi tu banyak muslim restaturant, so boleh la mintak taxi bawak pergi makan dulu.
  • Habis Huanglong & Jiuzhaigou, cerita Wulong pulak. Nak ke Wulong Karst, kene ambil masa sehari suntuk kalau pitstop dari Chongqing. Nak tidur kat hotel di Wulong pun boleh jugak, tapi tak banyak choice untuk foreigner. Dari Chongqing, naik bas di Singongli Bus Station, kemudian ke Wulong ambil masa 3 jam. Dah sampai Wulong, pergi ke bus station Wulong, ambil tiket mini van direct to Wulong National Park entrance. Dalam Wulong National Park ni ade banyak aktiviti untuk pencinta alam. Nak berkayak pun boleh, nak   pergi Lotus Cave pun boleh, nak pergi Hoping Giant Doline pun boleh. Kesemua price entrance lain-lain. (korang boleh research sendiri yang ni). Tapi yang paling famous orang datang sini ialah Three Natural Bridges.
  • Tiket train Chongqing ke Chengdu aku mintak chinahighlight belikan. Macam biasa, aku malas nak communicate dengan orang kaunter tiket sana. Untuk tiket flight Jiuzhaigou - Chongqing, aku mintak travelchinaguide  belikan. Waktu tu ade promo, aku dapat RM450 sorang one way. Nak beli tiket flight domestic kat china, katenye kene ade credit card China sahaja. So no choice, kene guna agent la..
  • Pakej ke Jiuzhaigou? Kalau nak guna pakej, boleh hire agent sana. Kebanyakan hostel memang ade sediakan pakej ke Jiuzhaigou. Kalau dapat price RM1.5 k - RM 1,8k include flight, dah kire murah dah tu. Otherwise, travel as backpacker. Tapi perlukan masa sekurang-kurangnya 3 hari (2 hari perjalanan). Serius penat wooo 10 jam dalam bus.

Baik kan aku?cerita detail terus kat sini..Pasal harga, kejap lagi aku cerita.

Balik pada topik itinerary & budget, pening aku nak susun schedule aku ni. Antara sebabnye ketiga-tiga flight aku tengah malam. Macam biasa, kalau dah sampai malam, aku dah plan nak tidur kat airport je,  boleh jimat accommodation.

Tapi aku tak full confident nak tidur kat airport. Salah satunye sebab Chongqing bukannye destinasi untuk foreigner, jadi mungkin facility untuk traveler ni kureng sikit. Silap-silap, airport tutup bila tengah malam. Jadi aku dah nampak yang kene sediakan budget accommodation untuk 2 malam.

Jadi setelah kira-kira dibuat, jumlah akhir yang aku perlu keluarkan untuk hotel, transport dan fee entrance ialah RM 950++/ pax.  Tapi itu belum masuk makan & minum dan jugak incase ade emergency spt naik cab,cari ubat..etc..

Jadi aku cakap dengan adik aku, kite collect RM1180 @ RMB2000 seorang all in. Kalau ade duit lebih pun, kita beli souvenir untuk sedara-mara, kawan-kawan kite guna duit tu je. Jadi, budget on the ground untuk 2 orang ialah RMB4000.

Untuk personal, aku bawak jugak duit lebih in case terasa nak shopping LV ke, Prada ke..*phuiii
Aku tukar lagi RMB600 @RM350.*cukup ke LV, Kiah kalau banyak ni yang ko bawak.

Dipendekkan cerita, balik dari trip, duit yang kami collect ade lagi balance RMB200 dari RMB4000

Dan duit poket yang aku bawak ade balance RMB500. Jadi, berapakan jumlah perbelanjaan on the ground kami di sana?

Pergghhhh..macam soalan Matematik Tambahan!!

Nah!!Korang hadap dulu itinerary dan budget yang aku tampal ni dulu. Itinerary ni le aku bawak ke mana-mana.

Day 0 & Day 1 : Awal-awal lagi budget dah lari. Plan asal nak tidur kat airport, tapi bila tengok airport tak semengah terpaksa la kami naik teksi pergi ke Hostel dalam bandar Chongqing. Sebab walk in, dapat la bilik yang rege die mahal.

Day 2, Day 3 & Day 4 : Day 4 tu dah jimat sikit. Sepatutnye kami naik teksi dari Huanglong Valley ke Airport (RMB200/taxi). Sekali conductor bus Jiuzhaigou-Huanglong tu cakap die boleh drop kami kat Pekan Chuanzushi, then kami naik cab dari situ dengan RMB50.

Day 5 : Semua plan berjalan ikut itinerary. Sampai Chongqing airport, kami terus ke hostel yang 1st night kami duduk. Sebab bilik dah penuh, kami tidur kat lobby je.Jimat kan?Selesa pun iye jugak.kihkih...

Day 6 : Totally out from schedule. Sebab dah duduk dalam bandar Chongqing je, kami pergi semua tempat tu ikut mana yang sempat. 


Dah sampai Malaysia, hasil dari duit yang kami collect RMB4000, kami ade balance lagi RMB 200.

Ini menjadikan kos kami sepanjang kat sana (termasuk unexpected kos hotel & teksi di hari ketibaan) ialah RMB1900 (RM 1100/pax).

Aku tau korang malas nak tilik jadual tu satu persatu . Jadi aku listkan terus price setiap tambang dan entrance fee.

  • Taxi Airport Chongqing to CBD Chongqing = RMB80 (midnight)
  • Hotel di Chongqing  = RMB230
  • Train Chongqing-Chengdu = RMB 97 (Tapi kalau beli guna agent RMB125)
  • Tiket Bus Chengdu-Jiuzhaigou = RMB151 *harga tiket berubah ikut suka hati die.
  • Tiket masuk Jiuzhaigou Park = RMB 220
  • Bus dalam Jiuzhaigou = RM90
  • Bus Jiuzhaigou - Huanglong = RMB45
  • Tiket masuk Huanglong = RMB200
  • Huanglong Cable Car = RMB 80
  • Tambang bus Huanglong - Chuanzhusi = RMB 30
  • Taxi Chuanzhusi - Jiuzhaigou Airport = RMB 50
  • Bus Chongqing - Wulong Town = RMB60
  • Minivan Wulong Town - Wulong Karst = RM8
  • Tiket masuk Wulong Three Natural Bridges = RM135
  • *Tambang subway di Chongqing dan Chengdu mengikut jarak station. Kalau dekat RMB2, kalau jauh RMB3/4
  • *Taxi di Chongqing ikut meter. Sekali naik je terus RMB10, dan seterusnya ikut jarak perjalanan.
Fuh...dah siap! Panjang lebar rupenye cerita pasal budget ni..

Semoga jadi panduan untuk sesape yang berniat nak ke sana.

Air terjun dalam Jiuzhaigou.

Tuesday, May 12, 2015

Amazing China 2015 [Chongqing - Chengdu - Jiuzhaigou] : Sneak Peak

Dah seminggu aku balik dari Chongqing.

Penat dah habis dah..Tapi view tempat yang aku pergi masih lagi terpahat kekal dalam memori aku.

Cewah!!

Betull...Aku masih lagi teringatkan Jiuzhaigou..Masih lagi teringatkan Huanglong..Dan juga Wulong..

Memang cantik sangat tempat tu..Betul-betul mengingatkan aku yang kuasa Dia terlalu hebat.
Sahkan di bumi pun Dia ciptakan tempat secantik gitu, apetah lagi di syurga..*mode insaf

Layan gambar dulu...

Kokak gile kan cable car ni? Tapi yang kokak ni la aku naik menyeberang Yangtze River yang luas tu. Naik cablecar ni nak tengok view bandar Chongqing. View die mengancam kalau malam,tapi sebab camera aku tak canggih, aku pilih naik awal pagi. Padahnye, kabus je yang aku nampak. Ceh!!

Time ni kat Chengdu, jumpa sorang kawan, budak Malaysia yang study kat University Sichuan. Die bawak kami masuk Global Mall, antara Mall yang terbesar di Asia. Dalam tu ade theme park waterpark, dan banyak aktiviti lagi. Tapi kami tak habis round. Yang paling best bile tower bridge glass floor yang nampak sampai ground floor. Lemah longlai jugak la kaki aku bile dok sini.

Tengok, ade water park..best jugak tempat ni. Sekadar nak mengisi kekosongan waktu, aku suka datang sini. Lagipun bandar Chengdu aku dah cover mase first visit dulu. So kedatangan aku ke Global Mall ni buat aku puas hati. Credit to my friend!

Jiuzhaigou National Park. Waktu ni awal pagi, sejuk gila dan teramat nyaman. arghhh..rindunya udara camgini...

Panda Lake, dalam Jiuzhaigou National Park. 

Lagi satu lake dalam Jiuzhaigou, aku dah lupa nama apa. Yang pasti, dalam Jiuzhaigou banyak sangat lake yang jernih cam gini. Rasa macam taknak balik!.

Lagi satu lake dalam Jiuzhaigou. Nanti tunggu aku siapkan travelog dan entry khas Jiuzhaigou baru aku cerita pasal nama-nama lake dalam Jiuzhaigou National Park ni ye..Aku rase time tu pun korang dah sampai Jiuzhaigou dah.haha

Ok...

Done Jiuzhaigou..Banyak gile gambar scenic view dalam Jiuzhaigou, tapi aku simpan dulu buat perkasam.*gelak jahat sikitttt...

Kita layan view kat tempat lain yang aku pergi pulak.


Huanglong Valley. Nak datang sini boleh amik bas dari Jiuzhaigou, then panjat gunung. Seriously cantik! Berbaloi aku semput tak cukup oksigen mase nak panjat tempat ni. 

Dan sepanjang jalan dari Jiuzhaigou nak ke Huanglong akan jumpa view yang sangatttttt cantik. Tak terucap dengan kata-kata betapa cantiknya bumi tuhan ni. Lagi satu, feel aku mase sampai sini dah buatkan aku sampai ke Tibet. 

Ello..sorry la aku menyelit dengan baju pink tu. Tapi korang fokus kat view belakang tu la..hikhik...

Dalam Wulong Karst-Three National Bridges.

Gambar ni di Wulong Karst Geological Park. Wulong Park ni besarrrr gile, dan terbahagi pada banyak tempat. Tapi yang aku masuk ialah Three National Bridges, dan tempat ni adalah lokasi shooting Transformer : Age of Extinction. Kat sini pun banyak view cantik, tapi macam biasa, aku simpan dulu..*sekali lagi gelak jahat *sebenarnye aku malas nak bukak photoshop nak tempek 'blogkudahcacamerba' tu.

elloo..transformer okey....

Dah, gambar habis situ. Kalau nak tengok gambar lagi, pi masuk profil FB aku, hadap la album Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou 2015. Aku dah setting public dah album tu, tak payah nak add friend aku.

Selain dari tempat-tempat di atas, aku jugak pergi sightseeing bandar Chongqing. Chongqing ni memang tak famous di kalangan tourist asing. Tapi di kalangan tourist china, Chongqing memang dah terkenal dengan cruise  die yang akan menyelusuri Yangtze River.

Aku pun ade sikit ralat jugak sebab tak amik cruise ni. Masa kat sana, aku terjumpa pakej cruise yang murah, RMB 500 untuk 3D2N. Tapi aku tak tau le tahap mana service cruise die tu. Silap-silap naik sampan je kot.huhu..

Tapi, aku sarankan korang kalau nak ke Chongqing, jangan lepaskan peluang naik cruise melawat semua tempat di persisiran Yangtze River.

Haa..aku cakap kan tadi, Chongqing ni bukan tumpuan foreigner. Jadi bila dua makhluk asing ni masuk Chongqing, memang jadi alien laaa...Aku rase orang Chongqing lagi jakun terima kedatangan orang yang macam kita ni.

Ataupun, diorang ingat Sheila Amzah melancong kottt...

Eh????

Tapi aku boleh katakan, walaupun diorang jakun dan pandang pelik kat kami, tapi diorang baik dan peramah. Sepanjang kami kat sana, kami asyik jumpa orang die yang baik hati dan tolong kami dengan ikhlas. Bukan setakat di Chongqing je, di Jiuzhaigou dan Huanglong pun kami jumpa local people yang baik hati tolong tourist.

Kali ni masuk negara China, aku dah tak terperanjat dengan budi bahasa rakyat sana. Malah aku dah jadi kalis..Lagi-lagi bile masuk 'bab toilet'. *itu nanti aku ceritakan kemudian.

Bila si Nobita bebel pasal orang die dok tolak-tolak dan suka potong Q, aku pulak tolong tenangkan die.."Haa..gitu la orang die..nak buat camane, kite sabar je la.."

Hahaha..macam hebat je aku bagi nasihat kat Nobita. Tapi memang betul, kali ni aku takde masalah dengan orang-orang die.

Dah, cerita ni habis ni.

Aku mungkin lambat sikit untuk update travelog ni memandangkan aku nak update travelog Padang-Bukit Tinggi dan Siem Riep dulu. Jadi maklumat mengenai hotel, transport dan meals sepanjang di Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou mungkin lambat update.

Jadi kalau sesape nak pergi sana dan perlukan maklumat mengenai tempat-tempat ni boleh PM or email aku.

Sekian.

Monday, April 27, 2015

Amazing China 2015 [Chongqing - Chengdu - Jiuzhaigou] : Intro

Hulaa..hulala!!

Aku tak sangka akan jejakkan kaki lagi ke China.

Mase baru pulang dari China tempoh hari, Eiza cakap.."Sumpah, kite dah taknak datang China lagi kecuali kalau office trip atau melalui travel agent. Kalau nak travel sendiri kite dah taknak!"

Aku pun sama mengiyakan..

Tapi tak sangka dalam masa terdekat aku boleh sampai sana lagi.

Lagi tak sangka bile aku menang contest AirAsia. Aku malas nak cerita detail pasal menang contest ni, sebab aku dah cerita dalam entry sebelum ni.

Selama aku hidup, aku anggap diri aku ni selalunya tak bertuah sebab tak pernah menang ape-ape contest. Sekali menang contest yang hadiahnye tiket flight free ke Chongqing,China.

Haaa..ape lagik?Start merancang la.

Kalau tak pasal tiket free, aku memang tak tau kat mana Chongqing dalam kedudukan negara China.

Bile dah tengok map, baru aku tau yang die dah dekat dengan Chengdu..Jadi dalam kepala aku dah merancang nak ke Jiuzhaigou!

Tapi aku tak cukup masa. 

Mula-mula aku plan 4 hari untuk trip ni.Tapi aku perlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk cover Jiuzhaigou dan 2 hari untuk cover Chongqing. Menjadikan total trip aku selama 6 hari (Full day).

Masa mula-mula aku study pasal Chongqing, nak menangis aku bile majoriti rakyat Malaysia tak tau kat mana Chongqing dan tak pernah pergi Chongqing.

Jadi terpakasala aku berharap 100% sumber dari traveler mat saleh..Sumber rujukan aku hanya pada tripadvisor dan chinatravelguide je..Sedih gile aku dibuatnya bile kenangkan AA bagi tiket flight free yang locationnye tak berapa nak best ni..

Bile lagi 2 bulan nak bertolak, baru aku tau main attraction orang pergi ke Chongqing ialah ambil cruise 3 Days 2 Night menyelusuri Yangtze river.

Naik cruise?

Amik package?

3D2N?

Alaa...ini tak kene dengan jiwa aku..
Jugak tak kena dengan itinerary aku yang waktu tu aku dah beli tiket flight balik dari Jiuzhaigou-Chongqing.

Lagi satu, bile dah naik cruise tu aku dok pikir, ade halal food ke tak?Camane aku nak survive atas cruise nanti?Baik aku survive atas tanah, dari atas kapal.

Jadi, aku terpaksa tolak tepi activity naik cruise.

Aku dah spend 4 day untuk Jiuzhaigou (termasuk 1 day journey naik bas Chengdu-Jiuzhaigou).
Jadi aku cuma ada 2 full day untuk Chongqing. Maka terpaksa la aku cuma berharap sightseeing sekitar bandar Chongqing je.

Untuk pengetahuan semua, most attraction bagi Chongqing ni terletak jauh dari pusat bandar atau dengan kata lain luar dari region Chongqing. Dan mostly terletak di persisiran Yangtze River. Sebab tu main attraction tourist datang sini amik package cruise.

Bila aku dok survey ape yang menarik di sekitar Chongqing selain dari naik cruise, aku terjumpa 2 buah heritage site yang bertaraf UNESCO.

Wulong Karst & Dazu Rock Climbing.

Wulong National Park ni rupenye tempat penggambaran Transformer. Dan juga tempat ni memang jadi location penggambaran movie-movie China yang famous.

Wah!!ini sudah bagus.

Tapi nak pegi Wulong Karst ni ambil masa satu hari sebab location yang jauh dari Chongqing..Sama jugak dengan Dazu Rock Climbing, perlu ambil masa seharian nak melawat.

Jadi, aku kene pilih salah satu.

Bila aku study ape yang special Dazu Rock Climbing, yg aku jumpa cuma patung buddha yang diukir di kaki bukit. Jumlah die banyak, dan memang special sebab ia wujud sejak beribu tahun dulu.

Tapi memandangkan kita ni muslim, jadi aku rase tak perlu le beria nak melawat tempat ni. Lagipun kalau aku nak tengok patung buddha besar, baik aku cari kat Kelantan.

Eh???

Dah, malas nak cerita panjang, aku tampal gambar-gambar ape yang special untuk Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou.

Kejap lagi flight aku ke Chongqing.

Berdebar nak travel lagi ke negara China ni. Tak confident pun ade.Lagi-lagi bile nak berjalan dengan Nobita.

Dan sekali lagi masuk ke negara yang FB, IG, blogspot & google kene block!

Haish!!

Apepun, mulakan langkah dengan Bismillahirahmanirahim....


Huanglong Valley

Huanglong Valley. Antara Huanglong dan Jiuzhaigou, aku lagi exited nak pergi Huanglong.Kali pertama tengok gambar aku dah jtuh cinta dengan tempat ni.

Jiuhaigou National Park.Besar sangat kawasan die dan menjanjikan view yang sangat menarik.

Jiuzhaigou National Park.Nak masuk ke National Park dalam China ni amatlah mahal. China antara yang termahal kos entrance fee bagi UNESCO site. Aku pun tak faham kenapa.

Wulong Karst National Park.Kali pertama tengok gambar ni aku terus masukkan dalam must visit place bila aku sampai di Chongqing.

Lagi-lagi bila aku tau tempat ni location untuk shooting Transformer. Tapi kene sediakan duit je la kalau dah dimaklumkan yang UNESCO site di China ni antara yang termahal di dunia.
Tau tak korang yang kos perbelanjaan aku ke 3 tempat di atas dah hampir menyamai budget aku travel ke Beijing-Xian-Chengdu tempoh hari.*pecah tabung buluh aku.

Main attraction bila sampai Chongqing ni ialah naik cruise menyelusuri Yangtze River. Sepanjang Yangtze River ni cruise akan berhenti untuk melawat tempat menarik.View toksah cakap la, memang stunning punye.*itupun kalau bernasib baik tak jumpa foggy.haha Aku survey price pakej yang paling rendah ialah RM1.5k..kita boleh naik cruise dari Chongqing then tamat di Yitchang. Harga pakej tu dah termasuk untuk tiket flight balik dari Yitchang-Chongqing.
Bila aku dapat tiket free dari AAX ni, antara task aku kene buat ialah send to AA gambar selfie sepanjang percutian ke Chongqing. Dan aku tau, AA mengharapkan aku send kat die gambar aku sepanjang di Yangtze River. Tapi aku tak amik pakej cruise ni, so kurang la gambar aku di Chongqing nanti. Mesti banyak gambar di Jiuzhaigou je.haha
*Sorry la Uncle Tony..saye sebenarnye seram naik kapal..takut air....tapi sebenarnye, saye tak cukup wang.kihkih..

Tuesday, April 21, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 9 (Wuhou Temple - FINALE)

Sambungan dari Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 8 ( Chengdu City - Jinli Street)

Yihaaaa!!!!

Hari ni hari last kami di China. Petang ni flight kami ke KL. Tak sabar rasenye nak jumpe nasi lemak Pak Nasir atas flight nanti.

Dan aku tak sabar nak habiskan episod Amazing China 2014 ni..Aku nak start episod 2015 pulak.hahaha...

Okey, petang ni balik, pagi ni kite nak ke mana?

Takkan nak duduk dalam bilik?Aku tak sanggup habiskan masa dalam hotel ni.Jauh-jauh aku datang, biar habis ku lenjan bandar Chengdu ni.

Jadi kami keluar je hotel, berjalan kaki ke bus stop semalam untuk tunggu bas no 1.

Aku cuma konfident naik bas no 1 je sekarang ni. Bas lain aku tak berani...

Bile tengok maps attraction, kat area Jinli Street ade Tibetan Quarter..hmm..nama macam menarik, jadi ini menguatkan sebab aku nak ke sana.

Turun je di bus stop Jinli Street, aku menapak ke hadapan lagi, sebab tengok map Tibetan Quarter letaknye dalam 0.4km dari entrance Jinli Street.

Tapi aku tak jumpe pun..Yang banyak deretan kedai-kedai outdoor macam North Face, Columbia, etc..pagi benar kami sampai, kedai tak bukak lagi..

Yang bukak cuma satu kedai je.

Jadi kami masuk je kedai tu.

Betul la orang kate, barang outdoor kat Chengdu memang murah since sini last pitstop untuk traveler sebelum naik ke Tibet. 

Tapi tau ape aku beli? 

Tongkat!!

Untuk ayah aku hiking, kalau tak pun untuk die tebas semak samun belakang rumah.

Big Boss kena bodek, beb!! Die pegang lesen besar untuk aku travel mana-mana.

Keluar dari kedai tu, aku dah tak tau nak ke mana bila tak jumpa Tibet Quarter...

"Kita nak habiskan masa kat mane ni, Eiza?"

"Ntah, kite ikut Pja la."

Adoi..aku dah tau standard jawapan minah ni. Memang ade virus Nobita jugak die ni.

Masalahnye, aku memang dah tak dapat buat keputusan sekarang ni. Otak aku dah blurr bedooh dah..Kalau boleh aku taknak masuk temple, lagi-lagi aku tau, buddhist temple ni penuh dengan patung-patung die.

Waktu tu, dalam hati aku terdetik nak masuk butik LV, Gucci, Prada, etc..bas no 1 tadi ade lalu satu kawasan elite yang mane semua butik high class duduk kat situ. 

Sebenarnye aku bukan nak masuk sangat butik LV dan seangkatan die..aku pun tahu taraf aku setakat mane je, tapi aku lebih pada teringin nak bersiar-siar kawasan tu sebab design bagunan situ lebih mewah dan futuristik.

Waktu tu kami dah sampai entrance Wuhou Temple.

Hmm...

"Kita masuk temple ni je la.Habiskan masa kat sini.Tibe-tibe aku buat keputusan.

Tak tau kenape aku boleh cakap camtu, walhal dalam hati nak pergi tempat lain.

"Okey..jom..kite follow je" Eiza jawab.

Kan aku dah kate, spesis Nobita jugak die ni.haha..

Dan kami masuk Wuhuo Temple.

Tempat ape Wuhuo Temple ni?

Aku pun tak tau ape bende..yang pasti tempat orang die semayang. Tapi sebab die tersenarai dalam must visit place in Chengdu, jadi aku berani le masuk.

Wuhuo temple ni sebenarnye adalah memorial temple untuk Zhuge Liang, seorang Marquies pada zaman Kingdom of Shu. 

Kan aku ade cerita kat awal entry yang dinasti pemerintahan maharaja China ni banyak berpecah kawasan pentadbiran sejak dari 300M lagi. Jadi di Wuhuo temple ni le tersimpannya sejarah maharaja yang memerintah bahagian selatan China. Sementara bahagian atas China diperintah oleh maharaja lain.

Waktu pemerintahan maharaja China waktu ni dikenali sebagai the Three Kingdom.

Antara yang aku nampak objek warisan yang masih ada ialah patung-patung maharaja. Mula-mula aku tengok patung tu ingatkan patung tuhan depa, tapi rupenye patung maharaja, maharani, anak die, perdana menteri, menteri-menteri lain semua ada.

Patung-patung ni dibuat sejak tahun1300 lagi, dan dijumpai pada 1800 dan dikonservasi hingga sekarang. Bayangkan sejak dari tahun 1300 lagi diorang dah boleh buat patung yang mana warnanya akan kekal sehingga 700 tahun kemudian. Hebat betul peradaban depa ni.


Entrance belah hadapan & tengah tu untuk ke Wuhuo Temple,belah Paling kanan dan deret bangunan memanjang tu Jinli Street. Kawasan Jinli Street memanjang hingga ke belakang.

Masuk je Wuhuo Temple Akan jumpa taman dulu.Tapi tak berapa cantik sangat taman kat entrance ni.


Pagoda tempat Nak beristerirehat..


Makin masuk ke dalam, banyak jumpe landscape yang menarik.

Memang ade temple dalam untuk depa semayang.

Actually dalam kawasan Wuhuo Temple ni landskap die amatlah menarik. Ade banyak taman, tapi yang paling aku suka ialah bonsai park sebab kawasan die teramatlah nyaman.

Jadi memang tak sia-sia aku masuk sini..

Dari Wuhuo Temple nak keluar ke Jinli street pun ade pintu exit. Tapi sebab kami dah pergi semalam, so kita abaikan je la.
Kita round-round dalam kawasan taman je , banyak tempat boleh posing ala Fazura ni, noks..



Opocot mak kau!!! Terkejut aku tengok patung ni mula-mula.Main hall Wuhuo Temple menyimpan khazanah patung yang bentuk macam opera cina.Bukan sikit tau, banyak!! Setiap patung ade cerita masing-masing. Adik raja, mak sedara raja, anak sedara raja pun ade sekali. Jadi bayangkan le banyak mane tu.  Tapi acu tengok warna patung tu.Camane zaman dulu dah boleh create cat undercoat yang boleh tahan lama hinga 700 tahun kemudian?

Ni lagi patung sape ntah, aku malas nak tilik info sejarah patung-patung yang memang ade tulis kat situ. Aku seram nak duduk lama-lama.

Seterusnya kami masuk ke kawasan taman-taman.

Ramai orang dok bersiar-siar..cuma takde orang berkelah bawah pokok je.

Ade tempat jualan batu jed.

Taman bonsai.

Dalam taman bonsai.

Air terjun.

Ape lagik,posing laa..muahahaha...tongkat tu aku beli kat kedai outdoor sebelum masuk tadi.Jadi la aku golongan orang tua bertongkat untuk bersiar-siar.


Pokok bonsai

Pokok bonsai lagi

 Lagi..

Lagi..

Last pose sebelum keluar, kene melalui lorong tembok merah ni..memang old skul cina punye style la tempat ni.

Selepas keluar dari Wuhuo Temple, kami terus nak bas no 1 balik ke hostel.

Masuk bilik, sempat lagi kami berehat, dan agak-agak jam 12 tengahari kami keluar dan check out.
Untuk pergi ke airport, aku dah suruh budak hostel tu booking taxi tapi taxi akan datang dalam jam 1tghari. Flight aku pulak jam 3ptg.

Aku pun tak tau sempat ke tak kalau nak kejar..

Masa dok argue dengan budak kaunter tu, datang sorang perempuan..Bile die dengar flight aku kol 3ptg, die kata tak sempat sebab aku international flight..

Rupenye, die le Loretta..

Kemudian si Loretta tu mintak budak die cancelkan booking taxi tu, then die tolong aku tahan taxi depan hotel.

Dekat 15 minit baru dapat taxi! Itupun lepas beberapa kali kene reject dengan pakcik taxi.

Sahkan orang die sendiri tahan taxi pun susah, apetah lagi pelancong!

Akhirnye sampai jugak kami di airport Chengdu, dengan tambang RMB 60.

Bye China!!

Aku tak tau nak letak tagline 'nanti kami datang lagi' ke tak..

Kalau ikutkan, aku malas nak hadap keramahan rakyat jelatanya. Tapi bile ditengok dalam list wishlist breathtaking view dan UNESCO Site, China mendahului senarai..


Beratur nak check in lugage, Cina Malaysia aje yang aku jumpa. Kami dua orang je melayu.

Masa duduk atas flight, ade sorang perempuan cina duduk sederet dengan kami. Rupenye die tourist guide yang bawak rombongan pelancong Malaysia ke Chengdu.

Tercabar jugak la bile die dengar kami travel dari Beijing-Xian-Chengdu sendiri tanpa guide.

Muahahaha..bangga kejap aku.

Lepas tu die cakap lagi,"Sebab tu tourist agent susah nak cari makan sekarang".

Baru aku tau, yang die cuma part-time tourist guide je sekarang. Ni semua sebab die kata dah ramai orang boleh berjalan sendiri ..tak macam dulu-dulu. Jadi die dah bukak kedai jual barang-barang spa kat Klang.

Time ni jugak la, die racun aku betapa ruginya aku datang ke Chengdu, tapi tak pergi ke Jiuzhaigou..

Pulak....

Aku racun die dengan gambar-gambar dekat Xian dan Beijing, tapi tak berapa menjadi sebab gambar die di Jiuzhaigou lagi cantik.

Siot je la!!

Ni yang buat aku nak datang lagi nak pergi Jiuzhaigou ni.

Sebenarnye untuk itinerary di Chengdu, aku memang cuba cari solution untuk pergi jugak ke Jiuzhaigou & Huanglong Valley dalam masa 2 hari.

Tapi amat mustahil sebabnye kalau nak tempat tu perlu ambil masa sekurang-kurangnye 3 hari.

Itu pun kene ambik domestic flight.

Jadi, mula la aku tanam impian nak ke Jiuzhaigou. Takpe, ade peluang nanti kite datang lagi..

Meh aku belanja gambar Jiuzhaigou dan Huanglong Valley.

Huanglong Valley

Jiuzhaigou

Sudahlah..nak nyesal pun tak guna, sape yang suruh malas buat survey awal-awal? Bile dah booking tiket train baru aku tau pasal Jiuzhaigou ni. Kalau tak aku cuba pendekkan masa dekat Xian dan lebihkan masa di Chengdu.

Jom la, kite layan view awan sambil makan nasi lemak Pak Nasir.

Aku tak sabar nak jejak kaki bumi Malaysia ni..Nak jumpa rakyat Malaysia yang penuh tata susila.

 Di atas langit lapisan pertama

Aku rase ni area Lijiang..cantik gile mase lalu atas ni.

Akhirnya, jam 7 petang, kami sampai di KLIA2..Si Nobita dah menunggu aku..

"Amacam, best China?"die tanye.

"Erm...boleh laaaa" Aku jawab

"Hmm..bunyi macam takde le aku rugi sangat aku burn tiket flight!"

Bengong ..dah memang hobi die burn tiket flight!

Tapi bile balik rumah, dekat seminggu jugak aku teringatkan China.

Walaupun aku kate tak best, sebenarnye dalam jiwa aku terselit kepuasan yang orang lain tak boleh rasa.

Sebenarnye China tu best!!

Sebab tu China is Amazing!!

_END_



Eh..tak habis lagi.

Nak dijadikan cerita, 3 bulan lepas aku balik, Airasia buat contest di IG, upload gambar selfie yang ada background melambangkan cina. Tak kisah la pakai cheongsam ke, dengan angpow ke..

Dah tentu aku baru balik China, penuh la gambar selfie aku kat sana.

Jadi banyak jugak la aku hantar contest..

Alhamdulillah, memang rezeki aku.. gambar aku dengan panda dipilih pemenang.

Tengok!!Kan aku cakap!!

Panda ni bawak tuah pada aku..


Tu dia..The Winner!!Terpampang gambar aku dengan panda

Tau ape hadiah die?

Hadiah die sepasang tiket ke Beijing or Chongqing.

Ade dua pemenang, jadi aku amat berharap dapat tiket KL-Beijing since aku pikir nak shoot terus ke Shanghai- Huangzhou-Suzhou.

Tapi..yang aku dapat ialah tiket ke Chongqing.

Chongqing??Mane tu?Aku tak pernah dengar pun nama tempat tu.

Bile aku study geografi, baru tau yang Chongqing dekat dengan Chengdu..

Whoaahhh...ini sudah bagus!!

Dalam kepala aku dah nampak Jiuzhaigou..

hahahaha..kite gelak jahat lagi.

Tapi tak lama aku gelak jahat..Sebab ade hantu raya dok mengekor aku mana aku pergi..

Si Nobita!!

Aku tak offer pun tiket free tu  pada die..Tibe-tibe dah ade keputusan yang nama die wajib pergi.

"Kire ganti tiket flight aku yang burn KL-Beijing, Chengdu-KL hari tu la kan?" die kate.

Bengong!!Mula la aku nak maki die.

"Ko punye pasal tak nak pegi hari tu, apsal pulak aku yang ganti tiket ko? Penat aku masuk contest ni tau tak?"

Tapi nak buat camane, lesen besar aku nak travel dengan bigboss dah mensyaratkan peneman adalah orang die percaya. Sebab si Nobita ni memang mendapat kepercayaan bapak aku, nak tak nak terpaksa la aku bawak die.

Dah!! Malas nak cerita panjang..

Hujung bulan ni (cuti Labour day dan Wesak Day) kami nak pergi Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou..

Sekali lagi aku travel dengan Nobita.

Nak cover 3 buah National Park sekaligus selama 6 hari.

Tak tau la stamina aku camane nanti. Bawak Nobita pulak tu.

Haish...



There was an error in this gadget