Tuesday, May 12, 2015

Amazing China 2015 [Chongqing - Chengdu - Jiuzhaigou] : Sneak Peak

Dah seminggu aku balik dari Chongqing.

Penat dah habis dah..Tapi view tempat yang aku pergi masih lagi terpahat kekal dalam memori aku.

Cewah!!

Betull...Aku masih lagi teringatkan Jiuzhaigou..Masih lagi teringatkan Huanglong..Dan juga Wulong..

Memang cantik sangat tempat tu..Betul-betul mengingatkan aku yang kuasa Dia terlalu hebat.
Sahkan di bumi pun Dia ciptakan tempat secantik gitu, apetah lagi di syurga..*mode insaf

Layan gambar dulu...

Kokak gile kan cable car ni? Tapi yang kokak ni la aku naik menyeberang Yangtze River yang luas tu. Naik cablecar ni nak tengok view bandar Chongqing. View die mengancam kalau malam,tapi sebab camera aku tak canggih, aku pilih naik awal pagi. Padahnye, kabus je yang aku nampak. Ceh!!

Time ni kat Chengdu, jumpa sorang kawan, budak Malaysia yang study kat University Sichuan. Die bawak kami masuk Global Mall, antara Mall yang terbesar di Asia. Dalam tu ade theme park waterpark, dan banyak aktiviti lagi. Tapi kami tak habis round. Yang paling best bile tower bridge glass floor yang nampak sampai ground floor. Lemah longlai jugak la kaki aku bile dok sini.

Tengok, ade water park..best jugak tempat ni. Sekadar nak mengisi kekosongan waktu, aku suka datang sini. Lagipun bandar Chengdu aku dah cover mase first visit dulu. So kedatangan aku ke Global Mall ni buat aku puas hati. Credit to my friend!

Jiuzhaigou National Park. Waktu ni awal pagi, sejuk gila dan teramat nyaman. arghhh..rindunya udara camgini...

Panda Lake, dalam Jiuzhaigou National Park. 

Lagi satu lake dalam Jiuzhaigou, aku dah lupa nama apa. Yang pasti, dalam Jiuzhaigou banyak sangat lake yang jernih cam gini. Rasa macam taknak balik!.

Lagi satu lake dalam Jiuzhaigou. Nanti tunggu aku siapkan travelog dan entry khas Jiuzhaigou baru aku cerita pasal nama-nama lake dalam Jiuzhaigou National Park ni ye..Aku rase time tu pun korang dah sampai Jiuzhaigou dah.haha

Ok...

Done Jiuzhaigou..Banyak gile gambar scenic view dalam Jiuzhaigou, tapi aku simpan dulu buat perkasam.*gelak jahat sikitttt...

Kita layan view kat tempat lain yang aku pergi pulak.


Huanglong Valley. Nak datang sini boleh amik bas dari Jiuzhaigou, then panjat gunung. Seriously cantik! Berbaloi aku semput tak cukup oksigen mase nak panjat tempat ni. 

Dan sepanjang jalan dari Jiuzhaigou nak ke Huanglong akan jumpa view yang sangatttttt cantik. Tak terucap dengan kata-kata betapa cantiknya bumi tuhan ni. Lagi satu, feel aku mase sampai sini dah buatkan aku sampai ke Tibet. 

Ello..sorry la aku menyelit dengan baju pink tu. Tapi korang fokus kat view belakang tu la..hikhik...

Dalam Wulong Karst-Three National Bridges.

Gambar ni di Wulong Karst Geological Park. Wulong Park ni besarrrr gile, dan terbahagi pada banyak tempat. Tapi yang aku masuk ialah Three National Bridges, dan tempat ni adalah lokasi shooting Transformer : Age of Extinction. Kat sini pun banyak view cantik, tapi macam biasa, aku simpan dulu..*sekali lagi gelak jahat *sebenarnye aku malas nak bukak photoshop nak tempek 'blogkudahcacamerba' tu.

elloo..transformer okey....

Dah, gambar habis situ. Kalau nak tengok gambar lagi, pi masuk profil FB aku, hadap la album Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou 2015. Aku dah setting public dah album tu, tak payah nak add friend aku.

Selain dari tempat-tempat di atas, aku jugak pergi sightseeing bandar Chongqing. Chongqing ni memang tak famous di kalangan tourist asing. Tapi di kalangan tourist china, Chongqing memang dah terkenal dengan cruise  die yang akan menyelusuri Yangtze River.

Aku pun ade sikit ralat jugak sebab tak amik cruise ni. Masa kat sana, aku terjumpa pakej cruise yang murah, RMB 500 untuk 3D2N. Tapi aku tak tau le tahap mana service cruise die tu. Silap-silap naik sampan je kot.huhu..

Tapi, aku sarankan korang kalau nak ke Chongqing, jangan lepaskan peluang naik cruise melawat semua tempat di persisiran Yangtze River.

Haa..aku cakap kan tadi, Chongqing ni bukan tumpuan foreigner. Jadi bila dua makhluk asing ni masuk Chongqing, memang jadi alien laaa...Aku rase orang Chongqing lagi jakun terima kedatangan orang yang macam kita ni.

Ataupun, diorang ingat Sheila Amzah melancong kottt...

Eh????

Tapi aku boleh katakan, walaupun diorang jakun dan pandang pelik kat kami, tapi diorang baik dan peramah. Sepanjang kami kat sana, kami asyik jumpa orang die yang baik hati dan tolong kami dengan ikhlas. Bukan setakat di Chongqing je, di Jiuzhaigou dan Huanglong pun kami jumpa local people yang baik hati tolong tourist.

Kali ni masuk negara China, aku dah tak terperanjat dengan budi bahasa rakyat sana. Malah aku dah jadi kalis..Lagi-lagi bile masuk 'bab toilet'. *itu nanti aku ceritakan kemudian.

Bila si Nobita bebel pasal orang die dok tolak-tolak dan suka potong Q, aku pulak tolong tenangkan die.."Haa..gitu la orang die..nak buat camane, kite sabar je la.."

Hahaha..macam hebat je aku bagi nasihat kat Nobita. Tapi memang betul, kali ni aku takde masalah dengan orang-orang die.

Dah, cerita ni habis ni.

Aku mungkin lambat sikit untuk update travelog ni memandangkan aku nak update travelog Padang-Bukit Tinggi dan Siem Riep dulu. Jadi maklumat mengenai hotel, transport dan meals sepanjang di Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou mungkin lambat update.

Jadi kalau sesape nak pergi sana dan perlukan maklumat mengenai tempat-tempat ni boleh PM or email aku.

Sekian.

10 comments:

  1. Wah, dah balik!! Mesti best!! Ingat kalau ada rezeki nak pegi sini jugak. Insya allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best..memang best..pergi le Jiuzhaigou tu..memang recommended!!

      Delete
  2. Cantik betol pemandangan national park ni... suhu pon mesti best kan... awat tetiba ada transformers tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Transformer tu national park ke-3 kami pergi, di Wulong karst

      Delete
  3. subhanallah cantiknya.......

    ReplyDelete
  4. Kat China banyak betul tempat yang rare macam ni...tapi mmg serius cantik...

    ReplyDelete
  5. Akhirnya jumpa juga orang Malaysia yang ke Jiuzhaigo sendiri... Saya memang dah lama teringin nak ke sini, tapi belum ada timing yang cantik (sebenarnya tak jumpa tiket AA yang sesuai dgn budget saya).

    Tengok gambar pon dah sangat cantik, kalau tengok real mesti tak terkeluar kata-kata kan. Subhanallah. Cantiknya! Lagi berkobar-kobar saya nak pergi!
    Tak sabar nak baca details pasal perjalanan awak ni. Boleh saya buat panduan nanti.

    Salam kenal dan salam singgah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kay!!! same to sis JM...mmg dh lama berangan nk pergi tetapi BUDGET menjadi musuh huhuh

      Delete
  6. subhnallah CANTIK!!! in shaa Allah one fine day akan jumpa gak 'transformer' tu :-)

    ReplyDelete