Tuesday, April 8, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 6 [Part 5] ; Kyoto [Gion]


Dah penat shopping di Shinkyogoku, kami keluar nak ke Gion..

Nak kesana, boleh dengan jalan kaki ataupun naik bas. Tapi aku pilih untuk jalan kaki sekitar Karawamachi Street ke Gion. 

Tapi jauh gila nak sampai ke area Gion. Dah separuh jalan, nak naik bas serba salah pulak sebab dah dekat. 

Kami masuk Starbucks dulu untuk berhenti rehat. Sekali lagi kat sini aku beli tumbler starbucks versi Kyoto.

Aku pun tak tau kenapa bila datang Jepun ni jadi gile Starbucks padahal kat Malaysia memang tak kuasa pun nak masuk Starbucks ni..haha

Tumbler Kyoto..hanya ini je yang ada pada aku buat breakfast hari-hari kat office..yang lain dah kasi souvenir kat orang.
Tumbler Osaka & blueberry scoone..ape yang aku suke starbuck kat sini tak takde tax & GST. Kalau display Y230, itu le yang bayar kat kaunter..

Hampir setengah jam dok melepak lepaskan sakit kaki sebab seharian non stop berjalan. Bile tengok jam, dah hampir 4.30ptg.

Dah!!Moh gerak!! Dah lambat dah ni...

Plan aku nak tengok Geisha kat area Gion. Ada dua street utama yang jadi tumpuan geisha di Gion ni iaitu Hanamikoji area dan Shirakawa Area.

Bila kita cakap nak jumpa geisha, tapi biasanya yang akan jumpa ialah maiko.

Geisha adalah senior pada maiko, jadi kebanyakan geisha dah tua sikit..Tapi kalau Maiko memang cun muda bergetah lagi..
Kawasan sini memang jadi tumpuan tourist untuk capture gambar geisha dan maiko pergi kerja. Ramai yang menunggu tepi-tepi jalan untuk ambil gambar.

Tapi..susah nak ambik gambar diorang ni sebab stock jalan laju walaupun kaki kepit dan pakai terompah...Lagipun takkan nak buat ala-ala paparazzi ambik gambar Britney Spears pulak..takde adab le pulak orang kata..

Aku pilih nak pergi Hanamikoji since kedudukan die lagi dekat dengan main street Shijo Avenue.

Tapi...

Tapi....

Bile sampai sana,hari pun dah gelap.

Jalan tu pun dah lengang...

Orang pun dah ramai balik dah..

Geisha pun dah mula kerja die agaknya..

So kesimpulannya kami terlepas untuk tengok Geisha & Maiko.

Frust...

Sape suruh shopping tak ingat? Sape suruh lepak masuk Starbucks??

Padan le muka..Tu makan diaaa...

Maka kami cuma jalan di Hanamikoji street ni walaupun takde ape. Cuma dapat ambil feel tengok bangunan old school kiri kanan street ni..

Nak snap gambar pun,dua-dua buta camera nak setting night view..Puas dok godek,tapi tak jumpa jugak.
Akhirnye snap guna hp je..

Akhirnya kami balik..

Itu laa..lain kali kalau nak pinjam DSLR dorang,kene habis belajar dulu...

*tutup muka

Hanamikoji area..di manakan kau geisha..
Berjalan tanpa arah...orang semua dah masuk berhibur tengok performance geisha..yang tak mampu ni duduk luar je..
Kosong...kosong...
Dah le, jom kita balik..geisha tak suka kita datang nak paparazi die.

Tapi...

Tapi...

Mase nak balik..

Dari kejauhan aku nampak maiko berlari-lari anak nak pergi kerja.

Mungkin die tertinggal keretapi kot..memang laju gile die jalan dengan kaki kepit tu..

Maiko..dapat le jugak sepasang...tapi camera aku hampeh...

Fuh!!

Puas hati aku...

Dapat jugak la jumpa Maiko walaupun sepintas lalu je.

Dah dapat semua yang nak hari ni, so kami balik hotel je la sebab nak makan kat restoran pun aku jadi buntu nak pilih restoran mana. Masak maggi je la kekdahnya.

Sampai hotel, lepas tengok bilik, duduklah kami lepak kat ruang tamu hostel tu sambil habiskan stock makanan.

Nak sediakan makanan dekat dapur pun kena penuh teliti, taknak bagi sisa makanan jatuh dalam sinki. Kalau tak satu keje nak kene kutip balik celah-celah batu tu..

Siang tadi aku time nak menunggu bas, aku beli onigiri kosong. Jadi cuma panaskan rendang brahim makan dengan onigiri je la..

Time tu jugak ade sorang minah Jepun, Maia nama die. Die dari Hokaido,baru lepas 2 bulan kahwin tapi travel sorang-sorang ke Kyoto untuk habiskan cuti. 

Walaupun umpama ayam dengan itik bercakap, tapi tak jadi masalah pun untuk kami communicate.

Mula-mula aku makan onigiri dengan sambal bilis + serunding + rendang ayam brahim. Dah tentu makan depan die, so aku jenput die makan.. 

First, die rasa serunding, die kata sedap walaupun pedas.

Lepas tu aku bagi nasi onigiri tu makan dengan sambal bilis + rendang..

Terus die menangis kepedasan..

Adeh,kesian pulak aku tengok die ni..

Tak lama lepas tu die cakap nak keluar kejap,aku pun tak faham die cakap mana die nak pergi.Tinggallah kami berdua duduk situ.

Dah habis makan nasi,perut kami lapar lagi,so masak la mamee kari berapi.Lagipun itu stock last maggi yang ada.

Kemudian Maia balik,berborak lagi dengan die..

Disebabkan kali ni pun die duduk lagi depan aku,so aku pun offer le Mamee kari berapi tu..

Sekali lagi die menangis..walaupun sedap, tapi sebab pedas sangat die tak boleh telan..

Adik aku marah aku..ko dah tau die tak makan pedas, yang ko gi offer kenapa?

Aku ajak-ajak ayam je..tak tau le die berminat nak try..hahaha

Tapi aku memang kesian dengan die dok menahan pedas tu..

Maia pun hairan camane kami boleh hirup kuah maggi tu sampai licin..

Pastu die keluarkan cokelat dan hadiahkan kat kiteorang. Rupenye tadi tu dia keluar pergi kedai nak beli cokelat sebab die dah tak tahan pedas daaa..hahaha..

Bergambar dengan Maia..aku hadiahkan kat die balance stock serunding yang ada sebab die suka serunding. Suka gile die dapat serunding tu. Siap cakap nak simpan makan dengan hubby die. 

Dah licin makan, kami masuk bilik nak tidur..

Nak tidur tu, seriously malam tu sejuk gile..Aku rasa bukannya malam tu je sejuk, setiap malam sejuk sebab sekarang kan winter.

Tapi sebab kami duduk kat ryokan, yang dindingnya kayu dan kertas..tu makan diaaa...

Hari-hari sebelum ni kami sewa hotel yang dinding batu, so dapat le rasa heater tu.

Tapi kali ni sebab tidur di original rumah jepun yang dinding kertas, heater dalam bilik tu langsung tak rasa.

Nak masuk bilik air apetah lagi... Aku makin beku.

Jadi, aku mengaku yang semalaman duduk situ,aku tak mandi...Nak gosok gigi pun menangis nak tahan kesejukan, apatah lagi mandi.

Nak buat aktiviti lain macam mengemas,nak bergolek-golek atas tilam pun terbantut sebab sejuk sangat..

Time tu la baru tau betapa seksanya winter ni untuk rakyat marhain dari khatulistiwa ni..

Walaupun sejuk gile malam tu, tapi aku dapat tidur nyenyak sebab aku pakai 2 helai yukata yang hotel lagi. 

Tapi adik aku ni berlagak taknak pakai time tidur,cuma pakai winter jacket je.

So padahnya sampai ke pagi la die tak dapat tidur.

Semalam terseksa sebab sakit kaki kan..malam ni terseksa derita sebab sejuk gila.

Bersambung..

1 comment:

  1. Comel nyer.. sanggup dia makan yer.. hehhe..

    Tak mandi tu perkara normal :)

    ReplyDelete