Monday, April 20, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 8 (Chengdu City - Jinli Street)

Sambungan dari Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 8 (Panda Research Base Center)

Petang ni kami keluar. Sebenarnye aku takde hala tuju..misi utama nak pergi ke Jinli Street, tapi tak tau nak pergi camane dari hotel. Jadi bile dok search online ade masjid dan muslim restaurant dekat dengan Tianfu Square, aku dah berbelah bagi.

Jadi aku buat keputusan, mane tempat yang kite jumpe dulu, kite pergi je la.

Sebelum keluar hostel aku tanye budak kaunter camane nak pergi ke Jinli Street, die cakap nail bas no 1 dan kene tunggu di bus stop kat satu simpang ni.

Jadi kami berjalan ke bus stop tu, tapi aku dah konfius nak tunggu kat simpang mane.

Dah jauh berjalan, tengok-tengok kami dah sampai di subway station.
Sebab malas nak pening kepala, aku buat keputusan naik je subway dan turun di Tianfu Square je.

Dah sampai Tianfu Square Station, mak aih...ramainye orang!!!

Memang mane-mane pergi orang die memang ramai. Itu pun dah kawal kelahiran dalam keluarga. Kalau tak control, memang lagi penuh agaknye orang die.

Kami main keluar je pintu Exit yang mana-mana. Memang takde hala tuju kami berjalan kali ni. Rupenye aku dah keluar exit yang paling jauh dari Tianfu Square.Rasakan!!Nak cross ke centre square tu pun jauh jugak nak menapak.

Memang ramai orang atas square ni, tapi aku cume cross je sebab nak pergi ke muslim restaurant yang paling terdekat. Statue Mou Zhedong pun aku tengok dari jauh, malas nak pergi dekat.

Kite layan gambar je la.


Sane tu bangunan kerajaan, dan ade patung Mou Zhe Dong.


Bandar Chengdu ni sebenarnye besar gile, maju gile, modern gile. Mula-mula aku cuma dengar khabar angin je kepesatan pembangunan die.Tapi bile dah sampai sini baru aku faham camane yang dikatekan maju tu. Kalau kat KL, cuma area center KL(Bukit Bintang-KLCC) je ko boleh tengok high rise Dengan design bangunan yang mewah dan futuristic. Tapi di Chengdu ni, dalam radius 30km pun kite boleh tengok lagi bangunan-bangunan mewah. Kagum aku tengok design bangunan depa, dan sakit tengkuk aku dok tengok atas je. Macam kat KL takde high rise!

Akhirnye sampai jugak di muslim restaurant. Location die betul-betul sebelah bangunan kuning di sebelah Tianfu Square. 

Tapi dah masuk restoran, rupenye aku sorang je yang makan, Eiza tak nak makan. Gigih jugak la aku makan mee tarik walaupun sebenarnye aku dah tak syiok sebab makan sorang dan Eiza cuma tengok je aku makan. Die tak suka mee katenye..

Sebenarnye kalau aku tau, aku takkan gigih cari restaurant ni. Baik aku terus cari jalan ke Jinli Street je.

Dah siap makan, Aku dah blurr kejap mana nak mula ni.Tak tau nak naik bas no berapa, nak tunggu kat bus stop mane.

Lastnye kami masuk hotel tanye budak kaunter hotel. Rupenye takde bus direct ke Jinli Street, kene naik teksi.

Nasib baik budak tu tahankan tesi dan cakap dengan pakcik teksi tu yang kami nak pergi ke Jinli Street.Kalau tak, mau aku bergaduh lagi dengan driver teksi kat Chengdu ni.

Teksi berhentikan kami depan Jinli Street. Tak silap aku tambang dari Tianfu Square ke Jinli Street RMB6.

Masuk Jinli Street ni, aku suka tengok architecture kedai die..old skull punye style.

Bersebelahan Jinli Street ada sebuah temple iaitu Wuhou Temple. Actually Jinli Street ni sebahagian dari kawasan Wuhuo Temple tapi nak masuk ke Jinli Street ni jalan die sendiri, tak perlu melalui temple tu.

Kite layan gambar je la, aku pun tak tau nak cerita ape.

Pintu masuk ke Jinli Street

Intro fasad bangunan die memang cantik.Starbucks yang ade kat sini pun cantik design die.

More..

Ramai orang die..sesak!

Lagi..aku suka design style bangunan dalam Jinli Street ni.

Dalam kawasan ni aku tengok banyak performance tentang kebudayaan China. Persembahan tu start 7.30 malam. 

Lagi...

Lagi..kalau malam camera aku tak boleh nak capture gamba clear ni.

Panda!!Lagi murah dari dalamresearch base panda tadi.

Banyak kali aku tenye anak patung panda  untuk hadiahkan anak buah aku.Tapi mengenangkan tak tau nak sumbat mane dalam beg, aku letak balik. Lagipun kat Xian aku dah beli beg panda untuk die.Cukup-cukup sudah...

Ukiran kayu..karektor tu macam dalam kungfu panda, kan?

Ni ape ni? Biji tasbih?

Bile kawan-kawan aku tengom gambar ni, diorang terus cakap "dalam Running Man ade ni!!" Running man aje la korang ni.

Beratur beli ape pun alu tak tau la. Dalam Jinli Street ni banyak jugak cafe, kalau nak masuk duduk.



Dah puas berjalan, kami pusing balik..tadi kite intro je, sekarang baru nak shopping.

Sebenarnye takde le nak shopping sangat pun. Aku cuma nak cari FM dengan Tshirt Chengdu je. 

Tapi tak banyak pilihan.Tshirt pun takde, yang ade tshirt yang tak melambangkan Chengdu.

Jadi lepas habis berjalan, kami tunggu bas no 1 depan Jinli Street. Atas bas, tibe-tibe aku rase nak on gps kat hp aku. Bile aku bukak google map, rupenye die boleh detect mana bas tu berjalan walaupun aku takde 3G. 

Lorr..baru hari ni aku tau yang gps boleh detect walaupun takde internet.

Dah agak-agak bus stop mane yang paling dengan hotel, kami turun.

Dari bus stop ke hotel, penuh dengan kedai-kedai baju, kasut dan handbag.

Sebagai wanita, aku teruja!!

Tapi nasib baik le sebab nak masuk winter, semua fesyen style winter je. Jadi takde le aku goyah.

Tapi, kat sini aku dah terbeli beg tarik. Itupun sebab dok pikir beg aku yang ade tu dah outdated benar dah..pastu dah koyak rabak pulak tu. Jadi aku beli jugak la sebagai buah tangan untuk diri sendiri yang paling mahal di China ni.

Malam tu kami sampai awal di hotel, dan terus tidur.

bersambung...

6 comments:

  1. dlm runningman ada!! hehe

    ok pantas update.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..lagi sorang Sebut Running Man.haha

      Dah tak larat tengok draft bersawang,hbiskan jugak le entry ni.haha

      Delete
  2. Lajunye menaip..ni mesti kes idea sedang mencurah2.....

    ReplyDelete
  3. Memang bandar2 kat China nampak moden dan cantik...

    Laju update... ni mesti sebab dah ada trip baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. trip baru? hihi..tunggu haa..last entry.
      gigih ni nak habiskan cepat-cepat

      Delete