Akhirnye selamat kembali ke tanah air. Entri ni aku nak tulis dengan ayat gile-gile pun tak sanggup sebab sisa budi pekerti dari tanah haram still ade lagi.Maklumle, bile kat sana semua kena dijaga, tutur bicara, aurat, amal ibadat..pendek kata,semua la kene jaga. Dan aku berharap semua tu akan berkekalan untuk diri aku ni.
Kalau sebelum ni tengok Kaabah kat kat tv dengan mak ayah, mesti mulut diorang tak lepas asyik dok sebut betapa bestnye diorang pegi Mekah waktu diorang mengerjakan haji dulu. Tapi sekarang ni lepas pulang dari umrah, baru le aku rasa kenikmatan ape yang diorang asyik dok ceritakan tu. Kalau boleh mulut aku taknak berenti mengomel untuk katakan betapa bestnye pegi sana.Tak setanding dengan tempat lain yang pernak aku lawati sebab terasa diri dekat sangat dengan Allah S.W.T.
Bila berada kat sana, fikiran takkan ingat benda lain kecuali untuk beribadat je. Dok dalam bilik hotel pulak kami akan pasang channel live Masjidil Haram.So, bile tengok kaabah kat tv tu tak sabar nak pergi masjid. (Nasib baik le hotel kami dekat)..Jadi bayangkanlah, kalau dok dekat dengan Masjidil Haram pun hati dah meronta-ronta nak ke sana bile tengok dalam tv, apatah lagi bile balik Malaysia. Mesti le hati kita akan rasa rindu lagi nak ke sana.
Aktiviti dalam bilik hotel, tengok LIVE channel Masjidil Haram
Intro My Journey
Seperti yang dalam 1st entry aku dah ade ceritakan sikit sebanyak persiapan pasal umrah ni.
Untuk pengetahuan semua, perjalanan kami kami kali ni pihak TA telah chartered satu flight berserta dengan beberapa agensi TA lain. So, aku dah boleh bayangkan betapa ramainye jemaah nanti yang pergi. Itu baru satu kapal terbang,belum masuk jemaah kapal terbang lain..Pastu belum lagi campur jemaah dari negara lain yang akan berkumpul kat sana.
Lagi satu, aku pun dapat tau yang mase awal January itu hari kerajaan Arab Saudi telah tolak permohonan visa bagi jemaah yang menumpang mahram. Jadi permohonan mereka ni ramai yang tangguh pada bulan March. Jadi aku boleh bayangkan semua ni akan bertembung dan betapa ramainya umat Nabi Muhammad SAW di Makkah nanti.
Bile dah sampai airport, kami diberitahu yang jadual penerbangan kami yang sepatutnye 12 hari dipendekkan menjadi 11hari disebabkan flight chartered tu kene balik awal.Jadi perjalanan yang sepatutnye 7 hari Makkah,3 hari Madinah terpaksa dipendekkan kepada 7 hari Makkah,2hari Madinah.Tak pe la, kami terima seadanya..
See....betapa ramainye jemaah yang berkumpul kat KLIA hari tu..aku pun naik pening nak cari mane satu mutawif aku bile diorang suruh kumpul ikut group.Lastnye aku duduk je dulu setempat,sampai le aku ternampak sorang mutawif pegang name tag kami sefamili. Rupenye die dah puas keliling cari kami sekeluarga.hihi.. Nak buat camne, aku pun dah naik letih keliling cari mutawif dengan keadaan bersesak-sesak campur dengan luggage yang bersusun ni.
Ni ha luggage yang bersusun nak masuk kargo..campur dengan jemaah yang berkumpul,campur dengan gerombolan sedara-mara yang nak hantar jemaah, memang sesak tempat ni.Akhirnye beg main masuk je kargo, seat dalam kapalterbang plak dah jadi free seats semuanye. Family kami boleh dikatakan group yang paling lambat masuk fligt, so kami semua duduk bersepah le,tak dapat duduk dekat-dekat.Dalam pada tu, ade jugak aku dengar jemaah lain merungut,tapi bagi aku ni semua dugaan ke tanah suci.
Makkah Mukarramah
Dan tentatif perjalanan kami adalah menuju ke Makkah Mukarramah dulu. Jadi bagi yang dah tau camne perjalanan dari Malaysia-terus ke Jeddah dan terus ke Makkah dan terus menunaikan umrah tu mesti tau betapa penatnye perjalanan tu. Kami bergerak dari KLIA jam 6 petang (tunggu kat airport dari jam 2petang). Sampai di Makkah kira-kira jam 3 pagi waktu sane (8 pagi waktu Malaysia).Jadi kira la berapa jam perjalanan. Waktu orang Malaysia dok tidur, aku dok terkebil-kebil atas flight. Best je aku tengok jemaah lain tido, tapi aku tak dapat lelapkan mata sebab ade peristiwa sedih berlaku atas flight tu.
*Cerita sedih atas flight ni aku akan cerita kat entry lain.
Kalau difikirkan, tak tido malam merupakan perkara biasa bagi aku cuma effectnye bile dah masuk pagi tu badan aku akan lemah. Tapi berlainan kat sini, biarpun tak tido malam+letih angkat beg+tawaf & saei, tapi aku still boleh bertahan lagi. Betul orang cakap, mental & fizikal kita akan kuat bile ade kat sane sebab tujuan kite ke sana hanya untuk beribadah. Jadi langkah untuk ke masjid tu lebih bersemangat.
- First Time Tengok Kaabah
Walaupun senang nak jawab, tapi cuma diri sendiri je tahu camne perasaan tu..satu perasaan yang aku sendiri tak boleh nak tafsir. Selama ni aku bersujud padaNya hanya berqiblatkan arah Kaabah yang tengok atas sejadah tapi kali ni Kaabah ada di depan mata..Jadi bercampur baur perasaan tu..
- First Time Umrah
Waktu masuk Masjidil Haram tu orang dah sesak buat tawaf. Kami sekeluarga mula-mula dah bergerak seiring masa nak tawaf tu,lama-lama terpisah pada 3 group. Mak dengan adik, ayah aku dengan bapak sedara die, aku pulak dengan Tok aku.
Dalam situasi ni mesti le ayah aku amat risaukan aku sebab aku kene jaga tok aku yang dah berusia tu. Lagi satu sebab aku ni 1st time, sape le nak bimbing aku dengan tok aku. Walaupun Tok aku dah pergi haji kira-kira 20 tahun lepas tapi ingatan die pun dah pudar, memang aku tak boleh harapkan tok aku time ni.Tapi Alhamdulillah aku dapat siapkan semua tanpa bimbingan ayah aku. Berkat aku pergi kursus umrah ditambah dengan application yang ade dalam tab yang jadi rujukan aku mase tawaf dengan saei.
Dan bagi sesiapa yang tak tahu, di Mekah ni ade dua kali azan Subuh. Azan yang 1st kira-kira jam 4.30pg untuk kejutkan umat manusia. Azan yang kedua sejam selepas tu baru le betul-betul azan Subuh untuk solat. Yang Mak dengan adik perempuan aku bile dengar azan yang 1st tu terus diorang keluar tawaf dan masuk saf untuk solat subuh.hihi..(mak aku dah lupa daaa)
Kenapa aku cakap aku tak boleh follow bimbingan dari tok aku bile awal-awal kami terpisah dengan tu?Sebab lepas azan Subuh yang first, bile kami terus habiskan tawaf siap solat sunat tawaf, die nak terus nak solat subuh sendiri sebab dah tunggu lama imam takde nak solat Subuh jemaah.hihi..Time tu aku dah rase yang dalam keadaan camni,aku le yang perlu bimbing tok aku yang tua ni.
Dan seterusnya mase nak buat saei pun Tok aku cakap 1 pusingan saei dikira dari Safa-Marwah dan Marwah-Safa. (walhal sepatutnye Safa-Marwah dikira satu pusingan)..Means kalau aku ikut cakap Tok aku time tu, aku dah buat 14pusingan saei..hihi
Ni gambar kaabah yang pertama aku ambil lepas dah siap umrah pertama . Gambar ni diambil dari tempat masuk ke kawasan saei jam 8pagi. Disebabkan Masjidil haram tengah renovation sekarang, cuma ada satu laluan masuk ni je dari kawasan tawaf.
Saei...waktu saei dan tawaf ni macam-macam orang boleh jumpa. Tapi sebab mase tawaf kite kene jaga bahu supaya tak teralih dari Baitullah, jadi mase saei la mata aku sempat nak memerhatikan gelagat orang sekeliling. Gambar kat atas ni menunjukkan seorang pakcik tua yang terhinjut-hinjut berjalan tanpa menggunakan kerusi roda pun. Ada juga yang berjalan menggunakan tongkat..bukan sebab die tempang, tapi sebab die cuma ada satu kaki sahaja!!(Gambar orang yang pakai tongkat ni aku tak sempat nak snap)..Betapa kagumnye aku time ni..
Jadi kalau ade sesiapa yang berniat nak pergi sana tapi awal-awal dah siap budget nak pakai kerusi roda wahlal die mampu untuk berjalan, cuba la dulu selesaikan umrah tanpa kerusi roda. Ramai lagi yang tak berkemampuan, tapi mereka cuba sedaya upaya untuk selesaikan umrah tanpa gunakan alat bantuan.
Madinah al-Munawwarah
Setelah 7 hari di Mekah, kami menuju ke Madinah. Perjalanan selama 8 jam terasa lama sangat padahal aku dah biasa naik bas 12jam dari JB-Kelantan. Tapi mungkin sebab hati berat sangat nak tinggalkan Baitullah,sebab tu le terasa lama langat kot.
Ingatkan bile dah sampai Kota Madinah hati dah tak rasa sayu lagi sebab tinggalkan Baitullah tadi..tapi rupanya hati aku terasa sayu lagi sebab di Madinah aku rasa dekat dengan Nabi Muhammad SAW sebab di sinilah baginda meyebarkan agama Islam setelah baginda berhijrah dari Kota Mekah. Aku cuba bayangkan bagaimana besarnya cabaran Baginda nak sebarkan agama Islam di peringkat awal yang dikeliling masyarakat arab jahiliah waktu tu. Perasaan sayu tu lagi menebal bile kite masuk ke Masjid Nabawi dan kunjungi Makam Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.
Masjidil Nabawi
Lagi satu, kenapa kita akan rasa dekat sangat dengan Rasulullah di Madinah ni, salah satu sebabnye kebanyakan orang di Madinah ni cantik-cantik serta lembut budi bicaranye kalau nak dibandingkan orang di Mekah. Mutawir aku cakap, ramai penduduk di sini adalah keturunan Nabi. Jadi sebab tu le cara percakapannye lembut dan orangnye cantik-cantik.*Cantik kat sini bukan untuk perempuan,tapi untuk lelaki..sebab aku tak jumpa pun perempuan Madinah..cuma jumpa kaum lelaki je..
Selain tu jugak, Nabi Muhammad SAW juga berhijrah dari Kota Mekah setelah dikecam oleh kaumnya sendiri di sana dan menyebarkan agama Islam di Kota Madinah. Kemudian Madinah menjadi kota Islam pertama di dunia. Ini menunjukkan masyarakat Madinah lebih terbuka menerima masyarakat luar pada waktu tu.
Okey, panjangnye sneak peak untuk Umrah ni...belum masuk travelog lagi. Aku pun tak tau camne nak cerita untuk travelog nanti. Mungkin aku akan ceritakan secara rawak je dan bukannye day by day sebab kalau nak ceritakan satu persatu memang panjang.
Sekiann..
bestnye akak...bila lah org dpt g sini agakye
ReplyDeleteecah..best sangat..lagi best dari kite g melancong tempat lain.hihi..
Deleteakk doakan awak dapat sampai sane..aminnn
Assalamualaikum Tuan,
ReplyDeleteBagi sesiapa yang telah pergi menunaikan Haji atau Umrah hati terasa begitu sayu melihat akan N3 sesiapa yang baru balik dari Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.....
Tidak rugi jika berulang kali beribadah ke sana.....
Salam Tuan...Mohon Kebenaran Untuk Mengambil Manfaat Dari Cerita Di Atas Agar Menjadi Panduan Kepada Sahabat Yang Akan Mengerjakan Umrah Dan Haji . Wasalam
ReplyDelete