Cheq baru balik Siem Reap..
Aiyoo..kate itu hari dah kene sekat dengan bapak, camane boleh terlepas pulak ni?
Ceritanya begini...
Pada satu hari sebelum ,2-3 minggu sebelum aku berangkat ke China aku dah gelisah bile dok pikir after trip china dah takde trip personal aku dengan kawan-kawan.Yang ada cuma trip ke Padang dan Banda Acheh tu pun trip dengan family aku..Means itu trip aku kene jadi travel guide untuk diorang..Jadi, aku takde trip personal yang mana trip untuk aku explore tempat-tempat bersejarah iaitu UNESCO site..
Sebab tu aku jadi tak keruan..Tambahan pulak bile aku tau, cuti aku untuk tahun 2015 tinggal 5 hari je lagi (kejam gile sistem opis aku), aku lagi memberontak nak pergi berjalan..
Tibe-tibe, AA hantar msg promo. RM29 to Siem Reap!!
Aku memang dah tau dah style promo AA ni..memang takkan dapat rege camtu sebab tu harga untuk domestic. Tapi aku try check jugak..
Dapat RM290 return!!
Bagi aku dah kire murah dah sebab memang dah susah nak dapat harga yang betul-betul murah macam dolu-dolu..
So aku plan nak pergi dua hari je Sabtu - Ahad sebab malas nak amik cuti.
Lagi pun aku dah survey lama dah Siem Reap ni, main attraction yang kene dengan jiwa aku cuma Angkor Watt je. Yang lain tak mencapai standard yang aku inginkan..
Jadi aku buka peluang pada Ecah dengan Eiza dulu..Tapi macam biasa la, diorang berlagak taknak pergi sebab trip dua hari je.
So, aku buka peluang pada Liffa since dah lama aku tak berjalan dengan Liffa.
Dan Liffa adalah seorang follower berhemah!!Sebab die dah lama jadi adik angkat aku..
Jawapan die "oghe ikut kak je"
Jadi aku buat keputusan untuk die le..Terus aku beli tiket..Dah beli tu, aku pesan kat Liffa, kalau ade kawan nak ikut lagi, boleh la..
3 hari lepas tu, Liffa whatsapp aku yang Ita, kawan die yang merupakan kawan aku jugak akan ikut sekali ke Siem Reap.
Jadi trip ni jadi bertiga..
Camane boleh dapat approve bapak aku? Alhamdulillah ayah lembut hati bagi anak die jelajah lagi, tapi bukan bermakna green light terus. Ada lagi die punye 'bising' tapi belakang aku, bukan depan-depan..
Aku pun, bagi menjaga hati ayah, sebab tu aku pergi dengan orang yang ayah dan mak aku dah kenal lama a.k.a orang yang parents aku percaya..
So dapat le aku ke Siem Reap..
Aku takde le buat preparation sangat pun since pergi ke Cambodia yang mana rakyatnya serumpun dengan melayu jugak. Juga memandangkan trip ni 2 hari yang mana tapak kaki aku kat KLIA2 pun tak sempat ilang, aku dah balik Malaysia menjadikan aku lebih malas nak buat early preparation.
Cuma bab hotel, aku booking iaitu 3 minggu sebelum hari kejadian..Aku nak booking Golden Villa Temple since Abang Meng rekemen hotel tu bagus..Tapi bilik triple dah penuh untuk tarikh tu..
Jadi lastnye aku amik Jasmin Golden Villa since dapat award from Trip Advisor 2014.
Jadi, hadap le sikit gambar-gambar kat sana..tak banyak pun sebab misi utama aku cuma nak ke Angkor Watt je..
Salah satu temple yang ada dalam komplek angkor watt. Nanti aku khatam dulu buku angkor, pastu aku cerita lagi ye..
Depan angkor watt..Panas terik!!
Salah satu monumen/bangunan yang dikatakan library maharaja dulu.
Lagi..Angkor watt
Malam..kami jelajah night market..
Dah!itu je aku nak cerita..
Lain entry aku sumbatkan detail perjalanan aku kat sana.
p/s: gigih aku nak siapkan travelog amazing china nih!!
Nak jugak tau itinerary trip 2 hari ni..
ReplyDeleteAah betol tu, sila abeskan trip china mu iteww..