Aku ngaku, aku makin malas nak update..
Aku banyak terhutang entry dengan blog ni..
Aku nak update pasal banjir di kampung halaman aku di Kelantan.
Aku nak update kenapa dalam last entry aku ada cakap yang aku dah tak boleh travel.
Aku nak update information pasal Jepun sebab aku banyak terima pertanyaan berkenaan Jepun.
Aku nak update pasal travelog Beijing-Xian-Chengdu selama 9 hari yang lepas..
Sebelum tidur aku sempat mengarang ayat dalam otak, pastu terus bawak dalam mimpi..haaa..sebab tu tak pernah siap entry aku ni.
Sebenarnye salah satu sebab aku malas ialah laptop aku dah uzur, lembap tahap gaban..
Doa-doa le aku murah rezeki, boleh beli laptop baru sebab memang susah jugak hidup aku ni takde laptop..
Kalau harapkan PC dekat ofis nak menaip, kesian pulak bos aku..Mati-mati die ingat aku menaip report, tapi rupenye mengarang untuk blog aku yang tak semengah ni..
Okey, Next!!!!
sekarang ni aku nak explain kenapa dalam entry sebelum ni aku ade cakap yang aku mungkin dah tak boleh travel lagi..Ramai yang email & tanye aku pasal ape...
Mula-mula complicated jugak aku nak cerita..tapi lama-lama, isu ni dah jadi kalis pada aku, so aku amik keputusan nak share dengan korang sebab ape aku cakap dah tak boleh travel..
Sebenarnye atas sebab izin orang tua aku..
Ayah aku dah tak izinkan sebab dalam hukum agama, adalah haram bagi anak perempuan travel tanpa mahram.Kalau nak jugak, berkahwinlah, travel dengan suami!
Dah lama sebenarnye die tak bagi aku travel, tapi die tak bagitau sebab ape. Aku yang jahil agama ni buat bodo je la dengan larangan die. Sampai le dah nak dekat pemergian aku ke China, barulah aku tau atas reason ape yang die berkeras tak bagi aku travel lagi. Tapi sebab preparation ke China dah buat, so die izinkan le aku pergi jugak.
Mesti le aku sedih dengar atas alasan tu die tak izinkan aku travel lagi..
Remuk hati aku.
Putus cinta pun aku tak rasa camni..
Teresak-esak aku menangis bile mengenangkan aku kene korbankan satu-satunye hobi aku ni.
Maklumle, dari kecik, aku takde hobi yang kena dengan jiwa aku selain dari membaca buku dan main internet. Itu typical hobby..aku nak hobi yang lain dari yang lain..
Nak panjat gunung, komfirm lagi la ayah aku tak bagi sebab nak kene bermalam dalam hutan.
Nak cycling, maaf..aku tak berminat bile tengok kene bercampur laki-pompuan, kene pakai seluar ketat, baju ketat..benda tu aku jadi tak minat..
Nak swimming/scuba diving...susah untuk aku menyelam dengan kepala bertutup sebab aku bertudung..aku tak selesa bile air masuk telinga. Lastnye aku bukak juga serkup kepala.Kan dah berdosa..
Bukannye nak tunjuk aku alim, tapi sebenarnye aku tak selesa dengan aktiviti camtu yang dalam mase yang sama kene jaga batas susila sebagai perempuan Islam.
Tapi bila travel, aku bebas pakai pakaian harian..sekadar tracksuit & tshirt kat negara orang pun aku bebas.
Berjalan tengok budaya dan cara hidup tempat orang..Tengok gaya hidup seharian diorang pergi kerja, cara makan, cara bercucuk tanam...itu semua kepuasan bagi aku.
Sebab tu bile aku dapat tau reason ayah aku tak bagi travel lagi, aku sedih sangat..Umpama impian aku hancur musnah..
Aku tak menidakkan hukum Allah..
Hukum is hukum!!Tak boleh dinafikan lagi.Apa yang Allah buat, ade sebab untuk hambanya.
Dalam masa yang sama, aku mencari jawapan tu..Aku mintak tolong pandangan kawan-kawan aku yang baik dengan alim ulama/ustaz yang arif dengan hal ni..Almaklumlah, aku bukannye ahli surau, jadi aku takde sumber rujukan selain dari internet..
Terima kasih pada kawan lelaki aku tu yang memahami situasi aku, die tolong tanyakan ustaz mengenai hal ni..
Dan ini jawapannya :-
Dah dapat jawapan ni, baru aku beranikan diri mencari jawapan dalam ceramah-ceramah ustaz di youtube..
Sebelum ni bukannye aku taknak cari jawapan, tapi aku bimbang akan terima perbezaan pendapat alim ulama, nanti buatkan aku lagi konfius.
Kemudian, aku terjumpa ceramah ni dari Dr. MAZA:-
Dalam FB group 'Backpackers Buddies Malaysia (BBM) pun dah ade perbincangan hebat mengenai topik ni..korang search sendiri le,aku malas nak huraikan sebab topik perbincangan tu panjang. Nak dapat input pun kene baca komen satu persatu.
Akhirnya aku dah dapat jawapan.
Tapi aku taknak buat kesimpulan aku sendiri dalam entry ni sebab aku bukannya mahir nak mengulas hukum agama. Jadi korang fahamkan sendiri..
Jangan ambil mudah hal ni.. Kalau boleh bila travel tu, jangan dok buat aktiviti enjoy dan melalaikan. Lagi-lagi pompuan, berjauhan dengan mahram..
Pasal hal aku dengan ayah aku tu, aku paham, sebenarnye ayah aku lebih risaukan anak dara die berjauhan di tempat orang tanpa lelaki yang boleh jaga aku.. Sebab itu le die berat hati nak izinkan..
Tapi nak buat camane, hal jodoh ni ketentuan dariNya jugak..aku berusaha setakat mana yang boleh..
Tapi tak boleh la nak lebih-lebih, perempuan pun ade maruah jugak nak kene jaga..Nampak je tough ke hulu-ke hilir tanpa bantuan lelaki, tapi taman dalam hati ni masih disemai terjaga.
Semoga ia menjadi panduan untuk kawan-kawan perempuan sekalian yang belum mempunyai mahram selain dari ayah & abang kandung.
Dan sekarang, aku kene memperhebatkan misi mencari mahram.Haha...
Sekian
p/s: aku baru balik dari Bukit Tinggi Sumatera, bawak family berjalan..In sya Allah bulan May nanti ade trip ke Acheh pulak dengan famili aku..Untuk tahun ni aku dah takde planning ke mana-mana selain dengan trip famili aku ke Acheh..Tambahan pulak, cuti aku dah takde. Tak tau la camane sistem cuti office baru aku ni, pelik lain macam..Annual leave cuma berkuatkuasa selepas tahun kedua kerja, tahun pertama kerja aku tak boleh cuti kecuali ambil advance cuti..Rupenye yang aku dok apply untuk pergi China tu adalah advance cuti. Sekarang ni total cuti aku hingga December 2015 ialah 2 hari je..mampusssss
salam, Good info! Saya pon baru tau hal ni bila dah baca post ini. tinggal 2 hari? laaa... advance la 2016 plak...hihihi....
ReplyDeletepernah terbaca sebelum nie...aaaa tetiba rasa bersalah
ReplyDeleteOh...gitu ker? Thx bagi info..sblm ni lansung tak perasan psl mahram :(
ReplyDeletehi salam kenal
ReplyDeletesentap pula baca entry ni.Timbul fitnah itu adalah benar.
thanks for this info. sebenarnya tengah google pasal nak cari travel mates.
ReplyDeletetapi ada fatwa membenarkan wanita bermusafir jika bersama kumpulan perempuan yang thiqah (boleh dipercayai) dan solihat.
bagi family saya, selagi perkara ini tidak betul-betul diharamkan (seperti hukum berzina, minum arak dsb)... saya masih dibenarkan untuk travelling. Alhamdulillah. TAPI mesti ditemani rakan-rakan perempuan muslim yang mereka boleh percayai. Dan motif untuk travel bukan lah nak pergi tengok konsert camtu.
wallahualam. nak cakap lebih, saya pun tak pandai sangat dan tak cukup ilmu.
dan saya faham dengan misi mencari mahram awak. hehe. soal jodoh kita memang tak tahu.
berdoa untuk dapat bakal suami yang suka travel jugak. amin~
Fatin Laila nak cri travel mate ke mna tu? Ke japan ke? Saya pun tgh cri travel mate juga yg boleh gi travel dlm jgka waktu 8-10 hari..
DeleteJom kitaa..
Wassup Saya 012-6126244 if kita boleh jd partner utk travel.
Nice entry! perkongsian yang bermanfaat.
ReplyDeleteWatch box office